Anda di halaman 1dari 10

PROPOSAL KAJIAN

TINDAKAN

1.0 TAJUK KAJIAN

GET 1 FREE 1
(Learn AND & OR, Get NAND & NOR)

Satu Kaedah untuk mengingati Jadual Kebenaran bagi get


logik AND, OR, NAND & NOR
2.0 NAMA PENYELIDIK

En. Deddy Nurhady Bin Jamian


En. Gatu Gadisa
En. Jasman Bin Basit
En. Janus Bin Tioon
En. Sapitang Bin Untoi
Pn. Nurul Bahriah Abdullah

FASILITATOR :

Pn.Anida binti Tumiran

3.0 NAMA SEKOLAH


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK LIKAS
KOTA KINABALU, SABAH
4.0 REFLEKSI SITUASI YANG LALU

Saya berpengalaman mengajar mata pelajaran PKEE selama 6 tahun. Sepanjang


tempoh ini saya dapati topik Logik Gate Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 5
adalah teori-teori yang senang dan mudah diajar. Pelajar dapat memahami dan menerangkan
semula konsep pada waktu akhir tajuk topik tersebut diajar.

Namun demikian, masalah timbul apabila saya mengimbas kembali topik tersebut
pada sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu-minggu berikutnya,saya dapati pelajar
sukar mengingat Jadual Kebenaran Logik Gate dan ini boleh menjejaskan keputusan
peperiksaan mereka. Ini memandangkan pelajar berisiko kehilangan maksimum 6 markah
dalam Kertas 1 dan kehilangan sehingga 20 markah dalam Kertas 2 diperingkat SPM jika
mereka tidak dapat mengingat Jadual Kebenaran Logik Gate ini dengan tepat. Hal ini akan
menjadi lebih teruk jika jalan penyelesaian tidak dicari dengan segera. Ini akan menjejaskan
prestasi mata Pelajaran PKEE di sekolah ini khususnnya dan di peringkat kebangsaan amnya.

Saya sedar perkara ini dan saya tidak mahu sama sekali pelajar-pelajar saya berulang
membuat kesalahan dalam menjawab soalan yang mudah ini. Saya bertekad saya mesti
membuat perubahan dalam corak pengajaran dan pembelajaran saya dalam topik ini! Jika
tidak pelajar-pelajar saya akan berada ditakuk lama. Pelajar-pelajar ini memerlukan sesuatu
untuk mereka mudah mengingati Jadual Kebenaran Logik Gate yang sesuai dan mudah serta
dapat diaplikasikan dalam peperiksaan. Perkara inilah yang mendorong saya membuat kajian
tindakan agar dapat menghasilkan perubahan yang positif kepada pelajar-pelajar saya.

Oleh yang demikian, saya telah menghasilkan satu kaedah yang dinamakan “Get 1
Free 1” untuk meningkatkan penguasaan pelajar mengingat dalam topik ini. Saya berharap
sekiranya kajian saya ini berjaya, kaedah ini akan dipraktikkan oleh pelajar-pelajar SMT
Likas yang mengambil matapelajaran ini.
5.0 FOKUS KAJIAN
Membantu pelajar-pelajar untuk mengingat dan memahami Jadual Kebenaran Logik Gate
AND, OR, NAND dan NOR

6.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah untuk membantu pelajar Kelas 5 PKEE


meningkatkan pencapaian di dalam subjek PKEE untuk topik Logik
Gate

Objektif Khusus
1. Membantu pelajar mengingat 4 daripada 7 jadual kebenaran Logik Gate
2. Membantu pelajar untuk mengingati jadual kebenaran Logik Gate dengan mudah dan
tepat.
3. Memperkenalkan teknik P & P baru kepada guru untuk tajuk Jadual Kebenaran Logik
Gate.
4. Meningkatkan keputusan prestasi subjek PKEE dalam Peperiksaan SPM

7.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 21 orang pelajar kelas 5 PKE 1 ( 3 perempuan dan 18 lelaki ).
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Aktiviti 1 : Pengajaran secara konvensional

(i) Terlebih dahulu pelajar akan diajar seperti biasa sub topik
logik get.
(ii) Pelajar akan diajar Jadual Kebenaran bagi logik get AND, OR, NAND dan NOR.
(iii) Rumusan dan pengukuhan diberi kepada pelajar.

Aktiviti 2 : Membuat ujian Pre-Test

(i) Selepas satu minggu pelajar diberikan 1 set soalan “pretest” yang berkaitan dengan
topik bagi menentukan bilangan pelajar yang dapat mengingati Jadual Kebenaran dengan
tepat.
(ii) Analisis pencapaian pelajar dalam “pre-test”.
(iii) Buat refleksi hasil analisis ‘pre-test’

Aktiviti 3 – Pengajaran menggunakan kaedah “Get 1 Free 1”

(i) Pelajar diajar semula get logik AND dan OR menggunakan kaedah “Get 1 Free 1”.

LANGKAH 1 – GET 1
1. AND Gate
Jadual Kebenaran

suami isteri anak


A B Y
1 0 0 0
2 0 1 0
3 1 0 0
4 1 1 1

1. Tiada suami, tiada isteri maka tiada anak.


2. Tiada suami, ada isteri maka tiada anak.
3. Ada suami, tiada isteri maka tiada anak.
4. Ada suami, ada isteri maka ada anak.
Kesimpulan:

Ada suami, ada isteri Y sama dengan 1


maka = jika
ada anak. masukan A dan B adalah 1.

2. OR Gate
Jadual Kebenaran

perbelanjaa
anak anak
n
lelaki perempuan
A B
Y
1 0 0 0
2 0 1 1
3 1 0 1
4 1 1 1

1. Tiada anak lelaki dan perempuan maka tiada perbelanjaan


2. Tiada anak lelaki, ada anak perempuan maka ada perbelanjaan.
3. Ada anak lelaki, tiada anak perempuan maka ada perbelanjaan.
4. Ada anak lelaki, ada anak perempuan maka ada perbelanjaan.

Kesimpulan:

Ada anak lelaki atau perempuan Y sama dengan 1


maka = jika
ada perbelanjaan salah satu masukan A dan B adalah 1.
(ii) Pelajar diajar semula get logik NAND dan NOR menggunakan kaedah “Get 1 Free 1”.

LANGKAH 2 - FREE 1

3. NAND Gate
Jadual Kebenaran

suami isteri anak


A B Y
1 0 0 1
2 0 1 1
3 1 0 1
4 1 1 0

Kesimpulan:

NAND gate adalah songsangan daripada AND gate.


Jadi, output NAND adalah songsangan daripada output AND gate.

4. NOR Gate
Jadual Kebenaran

suami isteri anak


A B Y
1 0 0 1
2 0 1 0
3 1 0 0
4 1 1 0

Kesimpulan:

NOR gate adalah songsangan daripada OR gate.


Jadi, output NOR adalah songsangan daripada output OR gate.

iii) Bantu pelajar mengingat kaedah ini dengan


memberikan “kata kunci” seperti:
- mesti ada suami & isteri baru ada anak – get AND-
- ada anak ada perbelanjaan – get OR
- songsangan get AND adalah get NAND
- sonsangan get OR adalah get NOR

iv) Berikan soalan-soalan pengukuhan dalam bentuk lisan untuk melihat kefahaman
pelajar.

(v) Buat refleksi bagi keseluruhan aktiviti yang telah dilakukan

Aktiviti 4 : Ujian Post Test

(i) Selepas 2 minggu, kita adakan ujian “post test” untuk mengenal
pasti bilangan pelajar yang dapat menjawab soalan dengan tepat.

(ii) Bilangan dan bentuk soalan dalam “post test” adalah sama dengan soalan-soalan
dalam “pretest” untuk menjamin ketekalan. Boleh juga menggunakan soalan-soalan
“pretest” yang disusun atur semula.
(iii) Buat analisis bagi “post test”.
(iv) Buat perbandingan pencapaian pelajar sebelum dan selepas kaedah ini diajarkan.
(v) Buat Rumusan.
9.0 JADUAL PERLAKSANAAN
BIL. AKTIVITI TARIKH/ TEMPOH
1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. Mei 2009
2. Menulis proposal kajian Mei 2009
3. Merancang tindakan- individu / kumpulan Mei 2009
4. Melaksanakan tindakan – Tindakan 1 (pengajaran secara Jun 2009
konvensional)
5. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 (Pre-Test) Jun 2009
6. Melaksanakan aktiviti 3 dan membincangkan masalah yan Julai 2009
timbul dalam aktiviti 3. (pengajaran menggunakan kaedah
“Get 1 Free 1”)
7. Melaksanakan aktiviti 4 dan membincangkan masalah yang Julai 2009
timbul dalam aktiviti 4. (Post-Test)
8. Refleksi kajian Ogos 2009
9. Menulis laporan kajian September 2009
10. Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia / September 2009
sekolah.

10.KOS BAHAN

BIL. BAHAN KUANTITI HARGA KOS


SEUNIT (RM)
(RM)
1. Kertas A 4 1 9.00 9.00
2. Dakwat 1 65.00 65.00
Pencetak
3. Fotostat bahan 10.00
dan laporan
kajian
JUMLAH 84.00

Anda mungkin juga menyukai