Anda di halaman 1dari 6

Bahagian B

[ Jawab empat soalan dalam bahagian ini ]

1. Sains sukan mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Bincangkan.

i. Pendidikan.
- Menawarkan pengajian sains sukan di peringkat tertinggi kepada masyarakat dunia.
- Contohnya: cadangan membina university sukan pertama di Asia mampu menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan sukan di dunia.
ii. Pengkajian/penyelidikan.
- Melaksanakan kajian mengenai bagaimana meningkatkan prestasi atlet bagi
membolehkan bersaing dengan atlet-atlet dunia lain.
- Contohnya: latihan gravity bagi atlet berbasikal Negara sebelum menyertai sukan
Asia di New Delhi membuahkan hasil selepas kajian yang dilakukan menjelaskan
mengenai menyesuaikan diri dengan latihan gravity dengan kerap dapat mengatasi
masalah memecut di bahagian selekoh.
iii. Ekonomi
- Melalui pengetahuan dan kajian sains sukan, penghasilan peralatan terkini mampu
menjana pendapatan Negara melalui penjualan barangan sukan secara komersial di
seluruh dunia.
- Contohnya: barangan-barangan sukan jenama malaysia di jual dalam dan luar Negara.
iv. Kecemerlangan dalam sukan
- Merujuk kepada pembangunan kecemerlangan sukan melalui program sains sukan
menjana kemasyuran Negara di mata dunia dan menarik ramai atlet-atlet dunia
mendapatkan sendiri rahsia kejayaan Negara.
- Contohnya: program latihan badminton kepada Negara yang masih baru dalam arena
sukan badminton telah menarik minat ramai pemain-pemain badminton dari Negara-
negara afrika berlatih di Malaysia sebelum menyertai sukan olimpik Beijing China
2009.
v. Kerjaya.
- Sains sukan menawarkan peluang pekerjaan sekaligus mewujudkan golongan tenaga
mahir dan profosionalisme bagi menaikkan nama Negara dalam bidang sukan samada
di dalam dan di luar Negara.
- Contohnya: Guru-guru dan pensyarah-pensyarah sains sukan merupakan antara
profesion yang semakin tinggi permintaannya di kalangan golongan belia selepas
subjek ini di tawarkan di peringkat SPM dan STPM.

2. Sains sukan dan wanita. Bincangkan.


- Di zaman Greek, wanita di larang sama sekali melihat dan menyertai sukan olimpik
kerana di anggap sebagai golongan yang tidak layak menyertai aktiviti suci bagi
menghormati tuhan Zeus.
- Pada hari ini, golongan wanita antara golongan yang menaikkan mutu sains sukan di
peringkat dunia samada kepada sukan itu sendiri ataupun kepada bidang sains sukan.
i. Atlet elit.
- Golongan wanita menjadi atlet elit seperti mana kepada golongan lelaki. Aktiviti yang
di jalankan sama seperti lelaki walaupun program latihan yang melalui pengkhususan
bidang sains sukan dilakukan tidak mencapai tahap lelaki namun, kemampuannya
mampu menyaingi golongan lelaki.
- Contohnya: Ranate Mainer dari Jermen pemegang rekod dunia acara 100 meter
mampu mencatat masa 10.9 saat dan jika di banding dengan catatan yang dilakukan
oleh atlet pecut lelaki utama malaysia, catatan ini tidak jauh bezanya.
ii. Mampu melakukan aktiviti lelaki.
- Kemampuan golongan wanita memang di akui dunia samada dari segi kepimpinan
dalam sukan, penyelidik sains sukan, menyusun atur program sains sukan,
berpengetahuan dalam bidang sains sukan yang mana di pelopori oleh golongan lelaki
dari zaman dahulu lagi.
- Contohnya: Sara Cristian sebagai pelumba NASCAR wanita pertama di Amerika
Syarikat
iii. Halangan-halangan wanita terlibat dalam bidang sains sukan.
- Isu-isu membabitkan golongan wanita di jadikan sebagai penghalang kepada
golongan ini menyertai bidang sains sukan samada sebagai jurulatih, atlet, saintis dan
sebagainya
- Comtohnya: isu-isu seperti jantina, agama, ganguan seksual, tanggapan masyarakat,
haid dan kehamilan di jadikan sebagai penghalang kepada golongan wanita terlibat
secara langsung dalam bidang sains sukan.

3. Bagaimanakah organisasi yang berkaitan dengan sukan seperti Majlis Olimpik


Malaysia, Majlis Sukan Negara, dan Institut Sukan Negara membantu
mengembangkan sukan di Malaysia?.

MSN
- Berperanan membantu menyelaras sukan berprestasi tinggi. Kerjasama yg
diwujudkan oleh pelbagai pihak sama ada agensi kerajaan dan organisasi sukarelawan
memudahkan pelaksanaan program dirancangkan.

MOM
- Merupakan badan induk kpd semua persatuan sukan kebangsaan. MOM dan MSN
bekerjasama dlm menentukan program latihan utk atlet.
- Menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan olimpik
- Bertanggungjawab dan memastikan pertandingan antarabangsa yg disertai atlet
diiktiraf oleh jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
- Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, dan IOC untuk pembangunan dan latihan
atlet-atlet, jurulatih-jurulatih, pegawai-pegawai teknikal dan pentadbir-pentadbir
sukan untuk sukan kompetitif serta sukan untuk semua.
- Bekerjasama dengan agensi-agensi sukan dan persatuan-persatuan sukan dalam
persediaan atlet-atlet dan pegawai-pegawai bagi menyertai dalam Olimpik, Asia, SEA
dan Sukan Komanwel.
- Mengumpul dana-dana dengan tujuan memenuhi objektif dan peranan majlis olimpik
malaysia.

ISN.
Tujuan Institut ini adalah:-
- untuk menyediakan perkhidmatan sains sukan.
- perubatan sukan
- penyelidikan dan pembangunan sukan.
- pendidikan berterusan ke arah mencapai kecemerlangan sukan negara.
- Bagi mengecapi matlamat ini, jurulatih, ahli sains sukan dan penggiat sukan harus
menggunakan pendekatan saintifik dalam menyediakan program latihan bersistematik
kepada atlet-atletnya.
- Juga merupakan satu pusat sumber maklumat dalam memberi ilmu bermanfaat kepada
jurulatih-jurulatih negara seiring dengan fungsi ISN sebagai pusat kecemerlangan
sukan negara

4. Berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada anda, huraikan persamaan dan perbezaan
antara sukan massa dan sukan prestasi tinggi dari segi objektif, penglibatan dan ciri-
ciri setiapnya.

Persamaan
i. Objektif
- Pembentukan sahsiah diri
- Kesihatan
ii. Penglibatan
- Semua peringkat umur
- Pencegahan jenayah di kalangan remaja.
- Pemupukan persahabatan/silaturahim
iii. Ciri-ciri.
- Dilaksanakan oleh pihak yang sama – KBS.
- Interaksi sosial.

Perbezaan
i. Objektif
- SM – riadah, spontan.
- SPT – Kecemerlangan, kemenangan, persaingan.
ii. Penglibatan
- SM – penglibatan komuniti
- SPT – atlet elit, jurulatih bertauliah, organisasi.
iii. Ciri-ciri.
- Pelaksanaan aktiviti/latihan/program
SM - Pelaksanaan aktiviti secara riadah, spontan.
STP – sistematik, melibatkan pelbagai perkara – kewangan, masa, perbincangan etc.
- Tahap kemahiran
SM – tidak memfokuskan kepada penguasaan kemahiran
STP – penguasaan kemahiran tahap tinggi, startegi, teknikal dan taktikal

Persekitaran panas atau lembab - Dihidrasi - stress haba –


strok haba – kematian.
5. Kenyataan diatas merujuk kepada kepentingan air dan elektrolit. Jelaskan.
Fungsi air dan elektrolit.
i. Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang
proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air,
darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa
tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
ii. Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada
unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun,
kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging
dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang
diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang
terdapat di dalam air, udara dan makanan.
iii. Menghalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah
disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi
dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi
dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan,
pening kepala, insomnia dan banyak lagi.

Kesan kekurangan.
- Haus bersangatan.
- Kekeringan amat sangat dimulut, kulit dan membrane mucus.
- Kekurangan peluh.
- Kencing sedikit atau tiada. Air kencing berwarna kuning pekat.
- Tekanan darah rendah.
- Denyutan jantung menjadi cepat.
- Suhu badan naik.
- Didalam kebanyakkan kes keracauaan dan tidak sedarkan diri.

Punca-punca
- Cirit birit
- Muntah
- Demam
- Perpeluhan yang amat sangat.

Simptom

- Mulut kering dan melekit.


- Mengantuk dan keletihan-kanak kanak akan menjadi kurang aktif daripada biasa.
- Dahaga.
- Kencing yang berkurangan.
- Kelemahan otot.
- Sakit kepala
- Pening.
6. Huraikan fungsi sistem rangka kepada seorang atlet.
i. Sokongan
- Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh
atlet.
- Contoh: tubuh seorang atlet bina badan memerlukan rangka tulang yang kukuh bagi
menampung bentuk otot yang padat.

ii. Perlindungan.
- Melindungi organ-organ dalaman atlet semasa aktiviti
- Contoh: bola hoki terkena kepala seorang pemain hoki menyebabkan kecederaan
kontusi tetapi bahagian utama iaitu otak di lindungi oleh kranium/tengkorak.
iii. Pergerakkan
- Sebagai sistem tuas kepada atlet semasa melakukan sesuatu pergerakan
- Contoh: semasa melakukan pukulan sudut penalti dalam permainan hoki, sistem tuas
yang di gunakan adalah sistem tuas ketiga dimana mengunakan daya yang lebih besar
tetapi pergerakan pantas. Kaki kiri sebagai fulkrum, badan sebagai daya dan bola hoki
(tangan) sebagai beban.
iv. Pembentukan sel-sel darah
- Atlet memerlukan sel-sel darah bagi proses respirasi, pemulihan dari kecederaan.
- Fungsi sel-sel darah adalah seperti Sel darah putih – berfungsi menentang penyakit,
Sel darah merah -berfungsi mengangkut oksigen dan Platelets – berfungsi menolong
menghalang pendarahan
v. Penstoran
- Menyimpan simpanan tenaga bagi atlet dalam bentuk lemak yang akan di gunakan
apabila diperlukan oleh tubuh.
- Contoh: penggunaan tenaga oleh atlet ada tiga sumber iaitu karbohidrat sebagai
tenaga utama, lemak dan protein. Apabila sumber tenaga utama habis di gunakan,
mekanisme badan akan menggunakan simpanan tenaga yang di simpan iaitu lemak
dan protein.

7. Jenis-jenis otot terbahagi kepada tiga iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardiak.
Perihalkan

Otot rangka
- Merangkumi seluruh tubuh manusia
- Melekat pada bahagian tulang dan kulit
- Bentul sel otot adalah tunggal, panjang dan berjalur
- Pengawalan adalah terkawal dan di kawal oleh sistem saraf.
- Rentak kontraksi otot adalah dari perlahan kepada cepat
- Contoh: gluetius maximus, pactoralis majot, biseps bracii, triseps bracii, trapezius etc.

Otot licin
- Berada pada dinding-dinding organ-organ viseral.
- Bentul sel otot adalah tunggal dan tidak berjalur
- Pengawalan adalah di luar kawal dan di kawal oleh sistem saraf, hormon.
- Kelajuan kontraksi adalah sangat perlahan.

Otot kardiak
- Hanya terdapat pada dindng jantung sahaja.
- Bentuk sel otot adalah berangkai dan berjalur.
- Pengawalannya dalah di luar kawal dan di kawal oleh perentak jantung.
- Kelajuan kontraksi otot adalah perlahan.

8. Sains sukan sebagai disiplin akademik dan profesion. Bincangkan.

Disiplin akademik.
i. Skop bidang yang luas (pengetahuan/ilmu, generalisasi, prinsip) –
mengabungkan beberapa jenis bidang/disiplin sains dalam sukan.
- Contoh: sains sukan tulen iaitu bidang asli sains sukan yang menerapkan kepada
pembelajaran teori dalam sukan.

ii. Khusus kepada matlamat: Skop dipersetujui bersama oleh pakar bidang
- Matlamat sains sukan mengkhususkan kepada petumbuhan organan, pertumbuhan
fizikal, pertumbuhan otot, saraf dan kemahiran, pertumbuhan emosi dan sosial dan
pertumbuhan insan dan negara.
iii. Profesion: Melibatkan bidang yang diminati/keprihatinan manusia yang
spesifik, pakar yang berkualiti tinggi dan mendapat pengiktirafan global.
- Sains sukan menjadi bidang pekerjaan yang mendapat perhatian umum.
- Contoh: sains sukan – pendidikan (guru, pensyarah. KPM), penyelidikan (ISN, saintis
sukan), ekonomi (penjualan peralatan sukan terkini, idea/program latihan)
iv. Skop bidang boleh di kaji.
- Bidang sains sukan di jadikan sebagai ruang kajian kepada saintis sukan.
- Contoh: Biomekanik - keseimbangan tubuh badan Usain Bolt dengan graviti menjadi
penemuan baru keperluan seorang atlet pecut.
- Olimpik Beijing diperkenalkan dengan penggunaan nanoteknologi dalam
menghasilkan spike. Spike asimetrikel yang menggunakan nanoteknologi dikatakan
dapat memberi prestasi atlet lebih berkesan, tahap keyakinan yang tinggi dan stabil.
- Pakaian baju renang Speedo telah memberi kesan teknologi ke atas pencapaian atlet
renang dunia setakat ini.

Anda mungkin juga menyukai