Anda di halaman 1dari 15

Open University Of Malaysia 1

BBAW2103 Financial Accounting

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

BBAW2103

FINANCIAL ACCOUNTING

Name: VIKRA MATHITHTHAN @ VICTOR A/L GENASON


Matric No: G14104001
NRIC No: G14104
Telephone No: 0167552626
Email Address: lgvictor@oum.edu.my

Local Learning Center PPW Johor

SEMESTER MAY 2010


Open University Of Malaysia 2
BBAW2103 Financial Accounting

ISI KANDUNGAN

TUJUAN LAPORAN KEWANGAN PERLU DISEDIAKAN

CIRI-CIRI KUALITATIF MAKLUMAT PERAKAUNAN

a) Releven ( Relevance)
b) Kebolehpercayaan (reliability)
c) Perbandingan (Comparability)
d) Konsistensi (Consistency)

PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN

EMPAT PRINSIP-PRINSIP ASAS PERAKAUNAN

a) Prinsip Kos Sejarah (Principle of Historical Cost )


b) Prinsip Pendapatan sebagai ukuran ( Principle of Income Recognition )
c) Prinsip persamaan ( Principle of Mathching)
d) Principle of Full Discloser

PENILAIAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2009, ADVANCE


SYNERGY BERHAD.

CADANGAN KEPADA ADVANCE SYNERGY BERHAD

RUJUKAN
Open University Of Malaysia 3
BBAW2103 Financial Accounting

TUJUAN LAPORAN KEWANGAN PERLU DISEDIAKAN

Semua syarikat perlu memastikan pengurusan organisasi telah dijalankan dengan sempurna.
Lebih-lebih syarikat yang disenarikan di Bursa Saham Malaysia. Perniagaan yang berbentuk
syarikat adalah lebih mencabar jika dibandingkan yang berbentuk perkongsian dan perseorangan.
Syarikat yang ditubuhkan perlu mengikut peruntukan-peruntukan perundangan dan memenuhi
harapan pemegang-pemegang saham terhadap pulangan modal. Pemegang-pemegang saham
syarikat adalah merupakan pemilik syarikat, tetapi syarikat pula diuruskan oleh pihak
pengurusan yang diberi kuasa oleh pemilik-pemilik syarikat ini. Pemilik syarikat tidak dapat
meneliti setiap urusniaga yang dikendalikan oleh pihak pengurusan. Oleh itu untuk memastikan
bahawa pengurusan syarikat telah menjalankan tugas mereka dengan sempurna, tidak
menyalahgunakan harta syarikat, telah menyediakan penyata kewangan yang benar dan saksama;
juruaudit dilantik untuk memberi jaminan tersebut.

Seksyen 172 Akta Syarikat 1965 memperuntukkan setiap Syarikat yang ditubuhkan mesti
melantik juruaudit. Juruaudit yang dilantik akan memegang jawatan sehingga tamat Mesyuarat
Agung Tahunan pada tahun berikutnya. Apakah pentingnya setiap syarikat berdaftar mempunyai
juruaudit? Sudah pasti kerana audit dapat melindungi kepentingan pemegang-pemegang saham
serta pengguna-pengguna penyata kewangan yang lain dan meningkatkan kebolehpercayaan
penyata kewangan yang disediakan oleh pengurusan.

Tidak dinafikan pihak awam dan pelabur mendapat faedah keatas penyata kewangan yang telah
diaudit. Malangnya pemegang-pemegang saham, pihak awam dan pelabur sentiasa inginkan
kepastian yang mutlak daripada juruaudit terhadap penyata kewangan yang diaudit. Jurang
perbedaan antara apa yang diharapkan oleh pihak awam dan tanggungjawab sebenar juruaudit
kian ketara apabila berlakunya ‘jenayah perdagangan’ juruaudit sering dipersalahkan. Ini
mencerminkan ketidakpuasan pihak awam terhadap juruaudit. Ada yang beranggapan juruaudit
tidak menjalankan tugas-tugas dengan sempurna, kesudahannya penipuan yang berlaku tidak
dapat dikesan.
Open University Of Malaysia 4
BBAW2103 Financial Accounting

Audit adalah proses pemeriksaan ke atas penyata kewangan supaya ianya disediakan mengikut
piawaian perakaunan (prinsip-prisip perakaunan) yang diluluskan dan juga kehendak yang
tercatat di Jadual 9 Akta Syarikat. Sejajar dengan definasi audit yang tercatat di dalam Seksyen
174 Akta Syarikat 1965, audit adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan dan memberi
pandangan ke atas kebenaran dan kesaksamaan penyata kewangan tersebut. Laporan audit
merupakan satu laporan yang disediakan oleh juruaudit yang mengandungi pendapat juruaudit
tentang kunci kira-kira, akaun untung dan rugi, dan penyata sumber dan penggunaan dana.
Penyata itu disediakan mengikut kehendak Akta Syarikat, 1965 dan prinsip perakaunan diterima
umum supaya memberi gambaran benar dan saksama tentang hasil kendalian entiti bagi tahun
yang berkenaan. Apabila menjalankan tugas audit, juruaudit perlu mematuhi kehendak Piawaian
Pengauditan dan Perundangan. Harus diingati proses audit tidak melibatkan penyediaan penyata
kewangan, kerana penyediaan penyata kewangan adalah sepenuhnya tanggungjawab syarikat
(pelanggan juruaudit) itu sendiri. Antara tanggungjawab lain syarikat adalah menyimpan rekod-
rekod perakaunan, menjaga aset-aset syarikat, menentukan kecekapan dan keberkesanan
syarikat, dan menghalang dan mengesan penipuan dan kesilapan.
Open University Of Malaysia 5
BBAW2103 Financial Accounting

CIRI-CIRI
CIRI KUALITATIF MAKLUMAT PERAKAUNAN

Ciri-ciri kualitatif maklumat


umat perakaunan yang merujuk kepada ciri-ciri
ciri yang harus ada dalam
maklumat perakaunan untuk membuat maklumat tersebut berguna dan boleh diguna pakai. Ciri-
Ciri
ciri tersebut terbahagi kepada dua iaitu “primary” dan juga “secondary”. Maklumat primary atau
maklumat utama adalah releven (relevant) dan juga boleh dipercayai (reliability ), manakala
maklumat secondary
dary atau maklumat kedua adalah bercirikan perbandingan (comparability) dan
juga konsisten (consistency).

Berikut merupakan huraian kepada cirri


cirri-ciri yang tersebut:

a) Releven ( Relevance)
Merujuk kepada keadaan sesuatu yang logik dan masuk akal, penting atau berkaitan.
Tetapi dalam perakaunan ianya di kaitan dengan sesuatu yang akan menimbulkan
perbezaan dalam membuat sesuatu keputusan. Iaitu sesuatu yang berkaitan apabila ia
mempengaruhi atau memberikan kesan ke
kepada
pada sesuatu keputusan yang dibuat.

Sebagai contoh, anda adalah merupakan seorang pemegang saham di salah sebuah
syarikat tersenarai dalam papan utama Bursa Saham Malaysia, anda ingin membuat
keputusan samaada ingin meneruskan dengan saham yang ada atau menjual saham yang
ada, dengan itu maklumat yang anda perlukan adalah berkenaan dengan keuntungan
syarikat dan juga persembahan syarikat tersebut, barulah anda boleh membuat keputusan
dan maklumat ini lahyang dikaitan dengan sebagai releven.
Open University Of Malaysia 6
BBAW2103 Financial Accounting

Terdapat beberapa ciri yang mana dikatakan maklumat itu adalah releven iaitu:

i- Feedback value – maklumat yang boleh membantu pengguna dalam membuat


pembetulan kepada ramalan awal
ii- Forecast value - boleh membantu pengguna dalam membuat ramalan
iii- Timeline – maklumat tersebut boleh digunakan dalam masa yang sesuai dan tidak
lapuk

b) Kebolehpercayaan (reliability)
Maklumat jenis ini bermaksud pengguna boleh mempercayainya atau boleh bersandarkan
kepada maklumat ini dalam membuat keputusan. Maklumat jenis ini adalah penting,
kerana pengguna tidak akan ada masa untuk membuat perhitungan analisis dan
sebagainya untuk menilai sebarang maklumat lagi. Pengguna akan mempercayai
maklumat ini sebagai benar atas sokongan daripada entity terbabit dalam membuat
keputusan. Ini menunjukkan makumat ini tidak semesti 100% tepat Cuma ianya boleh
dianggap sebagai boleh di percayai sahaja. Berikut merupakan cirri-ciri kepada maklumat
ini :

i- Verifiable – Maklumat ini daripada segi ilmu perakaunan boleh di sahkan


kesahihannya oleh orang lain.
ii- Objective – Maklumat ini tidak berat sebelah, maklumat boleh digunakan oleh
semua pengguna dan tidak fokus kepada pengguna tertentu sahaja.
iii- Trustworthy – Maklumat diperolehi daripada keputusan yang benar atas aktiviti
ekonomi yang benar-benar berlaku dengan menggunakan kaedah yang tertentu.

c) Comparability – Maklumat ini merupakan maklumat yang boleh di buat perbandingan


diantara sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain, dikalangan industri dan juga
masa yang berlainan. Maklumat ini juga boleh digunakan dengan membuat persamaan
atau perbezaan dengan maklumat yang ingin diperolehi.
Open University Of Malaysia 7
BBAW2103 Financial Accounting

d) Consistency – Maklumat ini bermaksud organisasi yang berkaitan menggunakan satu


sistem perakaunan yang sama sepanjang masa. Ini bertujuan untuk perbandingan yang
akan dibuat lebih bijak dan tepat. Organisasi tidak boleh menggunakan keadah-kaedah
yang lain pada setiap tahun yang berlainan.

PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN

Pengguna maklumat kewangan dalam ilmu perakaunan boleh dikatogerikan kepada dua iaitu
pengguna dalaman dan juga pengguna luaran.

Siapakah pengguna dalaman?. Pengguna dalaman adalah mereka yang terlibat secara langsung
kepada sesebuah entiti tersebut, iaitu mereka yang bekerja di dalam sebuah organisasi itu, atau
pun mereka yang terlibat dalam pengurusan organisasi tersebut. Mereka boleh akses kepada
maklumat kewangan tersebut menerusi kedudukan mereka dalam organisasi tersebut.

Pengguna luaran adalah mereka tidak terlibat secara langsung kepada pengurusan organisasi.
Mereka ini adalah pemegang-pemegang saham atau pelabur dan juga pemberi pinjaman. Mereka
boleh akses kepada maklumat kewangan hanyalah dengan maklumat terhap yang disediakan oleh
organisasi, sebagai contoh, laporan tahunan yang dikeluarkan oleh organisasi.

EMPAT PRINSIP-PRINSIP ASAS PERAKAUNAN

Empat prinsip asas perakaunan ini adalah merupakan prinsip asas yang digunakan di dalam
proses, mengenalpasti, menilai, mengukur, dan laporan dalam maklumat kewangan.

a) Prinsip Kos Sejarah (Principle of Historical Cost )


Mengikut prinsip ini, aset dilaporkan dalam kunci kira-kira pada kos sejarah (kos asal)
atau pada nilai yang berasaskan kos sejarah. Nilai pasaran semasa aset diabaikan untuk
tujuan pelaporan luar. Walaupun penggunaan kos sejarah akan meningkatkan lagi
objektiviti penyata kewangan (dan seterusnya kebolehpercayaan/reliabiliti) tetapi ia
mungkin dianggap kurang relevan bagi kebanyakan pengguna yang lebih inginkan nilai
semasa. Perkembangan semasa pelaporan perakaunan memerlukan pelaporan yang
Open University Of Malaysia 8
BBAW2103 Financial Accounting

berasaskan nilai saksama (fair value reporting). Dalam keadaan ini, kemungkinan nilai
yang diterima pakai bukan berdasarkan kos sejarah. FRS 101 yang menggantikan MASB
1 memuatkan peraturan berkaitan falsafah pelaporan yang menitikberatkan kerelevanan
maklumat kepada pengguna. Dasar berkaitan nilai terkini dibentangkan untuk mengatasi
masalah kurang relevan maklumat yang disediakan berasaskan kos sejarah.

b) Prinsip Pendapatan sebagai ukuran ( Principle of Income Recognition )


Prinsip ini menyediakan panduan berkenaan dengan bila dan bagaimana untuk
menjadikan pendapatan sebagai ukuran. Ada tiga keadaan wajib sebelum pendapatan
boleh dijadikan sebagai ukuran, iaitu :
- Penjual telah melakukan tindakan yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan
(untuk
Contohnya, menyediakan barang untuk perdagangan atau penyerahan perkhidmatan).
- Jumlah pendapatan boleh diukur secara objektif
- Pendapatan yang boleh dijumlahkan .

Biasanya, pendapatan diiktiraf pada titik jualan. Titik jualan merujuk untuk situasi di
mana pemilikan telah dialihkan dari penjual pembeli, walaupun telah berlaku
perpindahan wang tunai atau tidak. Untuk entiti yang menawarkan perkhidmatan, titik
jualan adalah ketika perkhidmatan telah diberikan kepada pelanggan. Namun, dalam kes-
kes tertentu, titik kaedah jualan adalah tidak sesuai. Berikut beberapa kaedah yang boleh
digunakan, contohnya peratusan penyelesaian (percentage of Completion Method ) dan
Kaedah asas wang tunai (Cash basis method ).

c) Prinsip persamaan ( Principle of Mathching)


Mengikut prinsip ini, untuk menentukan untung/rugi sesuatu tempoh, hasil yang
diperolehi bagi satu tempoh mesti dipadankan dengan belanja yang dikenakan untuk
memperolehi hasil bagi tempoh yang sama. Konsep ini adalah penting untuk mengukur
prestasi sesebuah perniagaan bagi sesuatu tempoh.

Sebagai contoh, barang niaga sebanyak 10 unit telah dibeli di awal tempoh perakaunan
dengan kos RM1.00 setiap satu. Dalam tempoh perakaunan tersebut, 7 unit telah dijual
Open University Of Malaysia 9
BBAW2103 Financial Accounting

pada harga RM1.20 satu. Jika prestasi perniagaan diukur dalam tempoh ini, nilai jualan
ialah RM8.40 dan kos barang niaga yang telah dijual ini ialah RM7.00 bukan RM10.00.
Ini adalah kerana dalam menjanakan hasil sebanyak RM8.40, hanya 7 unit barang niaga
dijual bukan 10. Sekiranya terdapat belanja lain bagi perkhidmatan atau perkara lain yang
terpaksa ditanggung bagi menjanakan hasil RM8.40 itu, belanja-belanja ini juga perlu
ditolak daripada RM8.40 sebagai mematuhi konsep pemadanan.

d) Principle of Full Discloser

Prinsip ini menekankan untuk pendedahan penuh semua maklumat dan data-adat yang
relevan terkandung dalam penyata kewangan, samaada, daripada dalam penyata itu
sendiri atau dalam kertas kerja atau nota perakaunan. Hal ini untuk memastikan bahawa
pengguna boleh membuat keputusan yang tepat.

PENILAIAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2009, ADVANCE


SYNERGY BERHAD.

1. Prinsip Akaun terlibat = Prinsip Kos Sejarah

Ciri-ciri = kebolehpercayaan, boleh dibandingkan dan konsisten

Item = Asset Tetap dan Nota akaun

Penyata kewangan = Imbangan Duga bawah tajuk asset tetap

Asset tetap direkodkan dalam penyata kewangan mengikut prinsip Kos Sejarah. Asset tetap
tersebut di rekod dalam imbangan duga pada harga kos. Menurut pada nota akaun semua asset
tetap yang dinyatakan adalah direkodkan berlandaskan prinsip kos tetap. Ini merupakan prinsip
kos sejarah kerana rekos dalam Imbangan duga adalah harga kos dan tidak ada perubahan pada
harga asset tetap tersebut. Maklumat ini juga boleh dipercayai kerana dokumen sokongan yang
ada dan ini boleh disahkan dengan menggunakan dokumen perjanjian jual beli asset dan juga
resit yang berkaitan. Pengguna boleh menggunakan sumber ini kerana maklumat disampaikan
Open University Of Malaysia 10
BBAW2103 Financial Accounting

mengikut format yang telah ditetapkan oleh MASB. Aset tetap itu disusut nilai menggunakan
“straight line method” pada setiap tahun dan ini menjadikan maklumat ini sesuai sebagai
perbandingan dan juga konsisten.

2. Prinsip Akaun terlibat = Principle of income recognition

Ciri-Ciri = releven, boleh dipercayai, bole dibuat perbandingan

Item = jualan/ hasil , untung kasar, untung bersih, dan nota akaun.

Penyata kewangan = Penyata untung rugi

Catatan pada rekod julan, atau hasil, untung kasar dan juga untung bersih adalah mengikut
prinsip “principle of Income Statement” , ini jelas menunjukkan proses jual beli telah berlaku, ini
boleh dibuktikan dengan dokumen dan juga resit-resit jual-beli, keuntungan juga boleh dikira
dan dinilai secara objektif dan keuntungan juga boleh diperolehi dan diagihkan. Maklumat
keuntungan adalah releven kerana dengan maklumat keuntungan bersih pengguna boleh
membuat keputusan berkenaan dengan sesuatu isu, maklumat ini juga boleh dipercayai dengan
persembahan format laporan penyata kewangan yang disahkan oleh MASB, dan juga
penggunaan prinsip perakaunan yang sama sepanjang perniagaan membolehkan pengguna
maklumat-maklumat yang ada sebagai perbandingan.

3. Prinsip Akaun terlibat = Prinsip Pemadanan “ Principle of Matching”

Ciri-Ciri = releven, boleh dipercayai, bole dibuat perbandingan

Item = jualan/ pembelian, perbelanjaan, terakru, prabayar, penghutang, pemiutang, dan


nota akaun.

Penyata kewangan = Penyata untung rugi dan imbangan duga


Open University Of Malaysia 11
BBAW2103 Financial Accounting

Prinsip ini digunakan dalam item-item jualan, pembelian, perbelanjaan terakru dan prabayar,
penghutang dan pemiutang, dan dicatatkan dalam nota akaun. Prinsip ini menunjukkan
persamaan catitan berlaku pada transaksi berlawanan pada item di atas. Synergy berhad
menggunakan prinsip akaun ini dalam menilai aktiviti-aktivit di atas. Maklumat releven ini akan
digunakan oleh pengguna dalam membuat keputusan, boleh dipercayai berdasarkan dokumen
dan juga format akaun yang disahkan oleh MASB. Penggunaan prinsip yang sama pada setiap
tahun menjadikan maklumat ini sebagai sesuatu yang konsisten.

4. Prinsip Akaun terlibat = Prinsip ukuran pendapatan dan Pemadanan

Ciri-Ciri = releven, boleh dipercayai, bole dibuat perbandingan

Item = Hasil daripada projek, peratus persiapan projek dan nota akaun.

Penyata kewangan = Penyata untung rugi dan imbangan duga

Synergy berhad menggunakan prinsip ukuran pendapatan dan juga pemadanan pada item-item
hasil projek. Apabila jualan berlaku, hasil diterima dan hasil juga boleh dikumpulkan dan
direkodkan ini adalah dinamakan prinsip ukuran pada pendapatan. Inilah yang berlaku sekiranya
kita melihat kepada laporan kewangan Synergy berhad ini. Prinsip pemadanan juga adalah
merupakan prinsip yang hampir sama, dimana belanja di keluarkan untuk mendapatkan hasil.
Maklumat ini releven dengan segala urusniaga telah dicatatkan dengan pengesahkan daripada
MASB dan juga penggunaan prinsip yang sama pada setiap tahun menjadikan maklumat ini
sebagai sesuatu yang konsisten.
Open University Of Malaysia 12
BBAW2103 Financial Accounting

5. Prinsip Akaun terlibat = Principle of Full Discloser

Ciri-Ciri = releven, boleh dipercayai, bole dibuat perbandingan

Item = Nota kepada akaun, - Item extra, perubahan polisi akaun, perubahan prosuder
akaun, pengabungan, pembelian syer semula dan lain-lain lagi.

Penyata kewangan = Penyata untung rugi dan imbangan duga

Synergy Berhad juga menggunakan prinsip ini iaitu “ Full discloser” yang mana prinsip ini
menunjukkan penggunaan maklumat di dalam penyata akaun itu sendiri dan juga di dalam nota
akaun sebagai satu persembahan maklumat untuk digunakan oleh pengguna. Maklumat ini juga
adalah sah, dan di rekodkan serta mempunyai dokumentasi yang lengkap untuk
mempercayainya.

Kesan sekiranya:

1. Synergy Berhad menggunakan kaedah pengiraan susut nilai yang berubah-ubah pada
asset tetap. Sebagai contoh pada tahun 2008 Synergy Berhad menggunakan pendekatan
kaedah garis lurus “straightline method” dan pada tahun 2009 mereka menggunakan
kaedah pengiraan menengak. Ini akan menjadikan maklumat yang diperolehi itu tidak
konsisten dan ini menjadikan pengguna sukar untuk menjadikan maklumat itu sebagai
satu landasan untuk membuat keputusan. Oleh yang demikian keadaan itu akan
menjejaskan cirri-ciri maklumat perakaunan itu sendiri.
Persembahan dan klasifikasi item dalam penyata kewangan mesti dikekalkan dari satu
tempoh ke tempoh berikutnya kecuali, terdapat satu perubahan yang signifikan dalam
sifat operasi perusahaan; atau satu kajian semula persembahan penyata kewangan
menunjukkan bahawa perubahan (dalam persembahan dan klasifikasi) akan
menghasilkan satu persembahan urus niaga dan peristiwa yang lebih sesuai atau, terdapat
satu perubahan dalam persembahan yang diperlukan oleh satu piawaian MASB atau
sebarang pengumuman teknikal yang diterbitkan oleh MASB atau peraturan/arahan lain.
Open University Of Malaysia 13
BBAW2103 Financial Accounting

2. Tata cara sistem perekodan bagi perakaunan kewangan adalah sebenarnya berasaskan
idea yang sangat ringkas iaitu dalam bentuk satu persamaan yang dikenali sebagai
persamaan perakaunan. Kaedah ini adalah Prinsip Pemadanan atau “ Principles of
Matching” Ia kedengaran agak kompleks tetapi amat senang untuk difahami. Semua urus
niaga bagi sesebuah entiti mengambil bentuk akaun apabila direkodkan ke dalam sistem
perekodan perakaunan kewangan. Di antara contoh urus niaga adalah seperti menjual,
membeli, memberi atau menerima perkhidmatan atau mendapat pinjaman. Kesemua urus
niaga ini akan memberi kesan ke atas persamaan perakaunan. Synergy Berhad tidak
boleh mengabaikan prinsip yang nampak ringkas ini tetapi sebenarnya merupakan satu
prinsip yang penting. Sekiranya prinsip pemadanan ini tidak diamalkan keadaan
maklumat akaun tidak akan menepati cirri-ciri kualitatif maklumat perakaunan.

Berikut merupakan contoh pemadanan yang perlu dijadikan amalan oleh Synergy
Berhad, barang niaga sebanyak 10 unit telah dibeli di awal tempoh perakaunan dengan
kos RM1.00 setiap satu. Dalam tempoh perakaunan tersebut, 7 unit telah dijual pada
harga RM1.20 satu. Jika prestasi perniagaan diukur dalam tempoh ini, nilai jualan ialah
RM8.40 dan kos barang niaga yang telah dijual ini ialah RM7.00 bukan RM10.00. Ini
adalah kerana dalam menjanakan hasil sebanyak RM8.40, hanya 7 unit barang niaga
dijual bukan 10. Sekiranya terdapat belanja lain bagi perkhidmatan atau perkara lain yang
terpaksa ditanggung bagi menjanakan hasil RM8.40 itu, belanja-belanja ini juga perlu
ditolak daripada RM8.40 sebagai mematuhi konsep pemadanan.

3. Synergy Berhad perlu membuat bijak menangani maklumat yang ada. Maklumat
dianggap matan sekiranya maklumat itu, jika tidak didedahkan (undisclosed), boleh
mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna berasaskan penyata
kewangan. Kematanan bergantung kepada saiz dan sifat sesuatu item yang dinilai dalam
keadaan tertentu. Kedua-dua ciri ini dinilai bersama. Salah satu ciri ini boleh jadi faktor
penentu.Keperluan pendedahan spesifik piawaian MASB tidak perlu dipatuhi jika
maklumat yang dihasilkan adalah tidak material. Dari segi persembahan, setiap item yang
matan/material perlu dipersembahkan secara berasingan dalam penyata kewangan. Item
Open University Of Malaysia 14
BBAW2103 Financial Accounting

yang tidak material perlu dijumlahkan dengan item yang sama sifat atau fungsinya dan
tidak perlu dipersembahkan secara berasingan.
Open University Of Malaysia 15
BBAW2103 Financial Accounting

Rujukan

1. Oum Module, BBAW2103, Financial Accounting, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor.
2. Warren et. Al (2001), Accounting: Customized by school of accountancy UUM for
business accounting students, Thompson Learning.
3. Laman Web rasmi Bursa Malaysia http://www.klse.com.my
4. Laman Web rasmi Advance Synergy Berhad, www.asb.com.my or
http://asb.listedcompany.com/misc/AR2009.pdf

Anda mungkin juga menyukai