Anda di halaman 1dari 1

Soalan:

Penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) membimbangkan penduduk di negara ini. Ramai pesakit mati
akibat penyakit ini, contohnya di China dan Hong Kong. Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi penyakit yang berbahaya ini agar tidak merebak ke negara kita?

Pada masa kini,pelbagai jenis penyakit berjangkit yang timbul merebak akibatnya menyebabkan pandemik.Banyak
nyawa menjadi korban akibat dijangkiti penyakit berjangkit seperti penyakit SARS pada tahun 2002.Namun terdapat
langkah-langkah yang perlu diambil bagi mencegah penularan penyakit ini.

Antaranya ialah dengan menjaga kebersihan diri dapat mengekang penyakit ini daripada merebak. Sentiasa memastikan
tangan anda bersih sebelum menyentuh bahagian muka terutamanya bahagian mulut, hidung atau mata Tangan yang
tercemar dengan virus ini akan memasuki badan seseorang apabila tangan tercemar itu menyentuh mulut, hidung atau
mata orang tersebut.Kerap mencuci tangan anda dengan air dan sabun antibakteria atau pencuci tangan, terutama
selepas menyentuh bahagian mulut, hidung, mata atau permukaan yang berkemungkinan tercemar seperti pemegang
tangga.Amalan mandi sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat juga mencegah penyakit ini kerana dapat
menyingkirkan bakteria dan virus yang terdapat pada badan seseorang.

Selain itu,setiap individu juga perlu mempraktikan etika batuk dan bersin.Penyakit SARS mudah merebak melalui batuk
atau bersin.Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat
membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh
menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Bersin adalah mekanisme pertahanan diri
untuk mengeluarkan bahan iritasi dari hidung.Oleh itu setiap individu mestilah menutup hidung atau mulut ketika
bersin atau batuk dengan menggunakan tisu atau sapu tangan bagi menghalang bendasing,kuman atau virus daripada
tersebar di udara.Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.

Seterusnya,pengambilan makanan yang bernutrisi juga penting membina sistem pertahanan badan atau antibodi yang
kuat.Makanan bernutrisi tinggi dapat meningkatkan sel T atau sel kekebalan untuk melawan virus yang masuk ke dalam
badan.Pengambilan sumber vitamin C seperti oren dan jambu juga berfungsi menjaga sistem antibodi seseorang
disamping juga berfungsi sebagai bahan antioksida.Cara yang lebih adalah dengan pengambilan pil Vitamin C yang
diekstrak dari sumber semulajadi Vitamin C.Pengambilan supplemen seperti Echinacea dapat meningkat penghasilan
sel T untuk kegunaan badan melawan virus atau bakteria didalam badan.

Penggunaan penutup mulut dan hidung atau mask juga berperanan penting sebagai langkah mengatasi bagi penyakit ini
daripada tersebar. Virus SARS berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu
ketika bercakap, bersin atau batuk). Penggunaan penutup mulut dan hidung juga membantu menghentikan penyebaran
titisan cecair daripada tersebar.Kesannya membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka
yang memakai mask tersebut.Penggunaan penutup mulut dan hidung jenis N95 dan jenis pembedahan (surgical
mask)adalah disyorkan bagi mencegah penularan penyakit ini.

Kesimpulannya pelbagai langkah perlu diambil bagi mencegah penularan penyakit ini agar dapat mengurangkan mangsa
korban akibat penyakit ini.Setiap individu dan masyarakat haruslah berganding bahu dalam mencegah penyakit ini
daripada tersebar menjadi pandemik.