Anda di halaman 1dari 9

SKRIP JURUACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH

PENGETUA SMK TAMAN MALURI,


PN HAJAH WAN NAJIAH BT WAN YUSOF
25 OKTOBER 2007

Juruacara : 1. En Alex Leong Jun Wei


2. Cik Noor Haslina bt Hashim


1. Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit


semasa majlis sedang berlangsung. Selain itu, hadirin dipersilakan berdiri
dan memberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja ketibaan tetamu
diumumkan. Terima kasih.

(Hadirin berdiri)

2. Hadirin yang dihormati,


Diumumkan ketibaan Yang Berusaha Pn Hajah Wan Najiah bt Wan

Yusof, diiringi ..........................................................................................

......................................................................................................................

.....................................................................................................................

......................................................................................................................

......................................................................................................................

3. Hadirin dipersilakan duduk.

4. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

5. Indah bersinar seri bintang,


Tampak dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka bicara.

6. Yang Diraikan Pn Hajah Wan Najiah bt Wan Yusof, Pengetua SMK


Taman Maluri,
Yang Berhormat Dato’ Hj. Astaman b Abd Aziz , Pengerusi Yayasan
Pendidikan Titiwangsa,
Yang Berusaha _____________________________, *wakil Ketua
Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur,
Yang Berusaha Pengetua-pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Yang Berusaha Encik Ramlan bin Rasali, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Taman Maluri,
Yang dihormati Pn Fatimah bt Yacob, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum,
Yang dihormati Pn Mariam bt Abbas, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang dihormati Pn Jasma bt Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang dihormati Penyelia Petang, Pn Teh Swee Kee,
Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Dif-dif kehormat, Guru-guru Kanan, guru-guru dan murid sekalian.

7. Majlis mengucapkan Selamat datang ke Majlis Lambaian Kasih


bersempena dengan persaraan pengetua SMK Taman Maluri, Puan Hajah
Wan Najiah bt Wan Yusof.

8. Kesucian bertakhta di wajah kaca,


Berjiwa waja pembela bangsa,
Tangan ditadah doa dibaca,
Memohon berkat Yang Maha Esa.

9. Supaya majlis pada pagi ini mendapat keberkatan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz Hafiz bin Sulaiman untuk memimpin
bacaan doa.

10. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hafiz bin Sulaiman .

11. Pagi-pagi makan halwa,


Halwa manis dari istana,
Pagi ini kita bersua,
Raikan majlis penuh bermakna.

12. Selak takbir ambil geliga,


Belati tajam letak di riba,
Gelak bibir tampak gembira,
Hati di dalam sayu dan hiba.
13. Tuan-tuan, Puan-puan dan hadirin yang dihormati,
Pada pagi yang mulia ini, kita akan bersama-sama meraikan persaraan
Yang Berusaha Pn Hajah Wan Najiah bt Wan Yusof, Pengetua SMK
Taman Maluri yang amat kita kasihi dan hormati. Walaupun hanya dua
tahun beliau berkhidmat di sini, beliau telah banyak mencurahkan bakti
dan menabur budi untuk SMK Taman Maluri. Sesungguhnya, banyak
pengorbanan dan kudrat yang telah disumbangkan oleh beliau kepada
sekolah ini khasnya, dan kepada bidang pendidikan amnya. Jasa dan
bakti beliau selama 30 tahun berkhidmat sebagai pendidik bangsa tidak
mampu untuk disenaraikan dalam keterbatasan waktu yang ada.

14. Yang dikasihi Puan Hajah Wan Najiah,

Cari ikan di pinggir muara,


Anak keli main di jeti,
Kami ucapkan selamat bersara,
Budi dan bakti tetap di hati.

15. Pagi petang mengail ruan,


anak ayam makan di taman,
takkan hilang jasamu puan,
jadi ingatan sepanjang zaman.

16. Hadirin yang dihormati,


Sebagai pembuka tirai majlis, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Ketua Murid SMK Taman Maluri, saudara Thanilas a/l Sakathevan untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

17. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

18. Hadirin,
Sekarang, majlis dengan hormat takzimnya mempersilakan Penolong
Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Pn Fatimah bt Yacob untuk
menyampaikan ucapan beliau.

19. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Fatimah.

20. Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dihormati,


Seterusnya,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Encik Ramlan bin Rasali, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

21. Terima kasih Encik Ramlan bin Rasali.

22. Puteri bongsu cantik mejelis,


Dari kayangan turun ke pekan,
Untuk menambahkan keserian majlis,
Ucapan YB Dato` kita dengarkan.

23. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat


Dato’ Hj. Astaman b Abd Aziz, Pengerusi Yayasan Pendidikan
Titiwangsa untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dengan hormatnya dipersilakan.

24. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ Hj Astaman b Abd Aziz.

25. Seterusnya, majlis mempersilakan Pn Hajah Wan Najiah Wan Yusof ,


YB Dato` Hj Astaman b Abd Aziz dan En Ramlan b Rasali mengambil
tempat di bawah pentas untuk sama-sama menyaksikan persembahan
istimewa yang telah disediakan.

26. Tumbuh melata pohon kemangi,


Indah mewangi di taman sari,
Pn Hajah Wan Najiah kami sayangi,
Terukir indah kenangan bersemi.

27. Hadirin yang dihormati,


Sebelum kita saksikan paparan LCD, kita dengarkan dahulu gurindam
untuk Pn Hjh Wan Najiah bt Wan Yusof, hasil nukilan MAS ADEKI
atau nama penuhnya Mohd Sidek Mohd Dollah, bekas pengetua SMK
Seri Tasik yang juga rakan seperjuangan Pn Hjh. Wan Najiah.
(Baca Gurindam)

28. Sekarang, marilah kita sama-sama saksikan paparan LCD yang bertajuk
Persembahan Memori Terindah untuk mengimbas kembali memorabilia
dan liku-liku perjalanan hidup Pn Hajah Wan Najiah bt Wan Yusof dari
kecil sehingga kini.

29. Tabur bunga harum kasturi,


Beras kunyit berselang-seli,
Pelajar dididik kasih diberi,
Pendidik cemerlang pemimpin misali.
Demikianlah tadi Persembahan Memori Terindah Pn Hajah Wan Najiah
bt Wan Yusof yang pasti terpahat kukuh dalam kenangan kita selama-
lamanya.

30. Hadirin yang dihormati, persembahan yang kedua adalah daripada guru
SMKTamanMaluri,iaitu Pn Ambigah Devi__. Pn Ambigah
akan menyampaikan dua buah lagu berjudul ..............................................
Dan..................................................... Dipersilakan.

31. Terima kasih Pn Ambigah Devi atas persembahan yang cukup menarik.

32. Hadirin,
Tidaklah molek, kalau ada kolek, tiada dayungnya,
Tidaklah sempurna, kalau ada alu, tiada lesungnya,
Tidaklah lengkap, kalau yang diraikan, tidak menyampaikan amanatnya.
Dengan itu, majlis dengan amat berbesar hati mempersilakan Yang
Berusaha, Puan Hajah Wan Najiah bt Wan Yusof , Pengetua SMK
Taman Maluri untuk menyampaikan ucapan persaraan beliau. Dengan
hormat takzimnya, dipersilakan.

33. Kain berlipat dalam istana,


Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan.

34. Buah longan beli sekati,


Buat makan di atas titi,
Pesanmu puan kami ingati,
Jadi azimat di dalam hati.
Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian Puan Hajah
Wan Najiah bt Wan Yusof menyampaikan ucapan itu tadi.
35. Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan
Pengetua, Puan Hajah Wan Najiah bt Wan Yusof, diiringi oleh
___________________________________________________________
_______________________________________________________ dan
___________________________________________________________
_____ untuk memotong kek sempena sambutan ulang tahun beliau yang
ke-56, esok.

36. Sama-samalah kita berdoa semoga Yang Berusaha Puan Hajah Wan
Najiah meniti hari-hari persaraan beliau selepas ini dengan penuh
bahagia, gembira, dan sihat selalu di samping keluarga tercinta. Selamat
bersara dan selamat hari lahir.

37. Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Jangan dilupa kami di sini,
Tanda kenangan cenderadurja.

Majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada Pn Hajah Wan


Najiah bt Wan Yusof, Pengetua SMK Taman Maluri yang akan bersara
mulai esok.
Majlis dengan takzimnya mempersilakan Pn Fatimah bt Yacob untuk
mengiringi Pn Hajah Wan Najiah menerima cenderamata sebagai tanda
terima kasih dan kenang-kenangan.

Dipersilakan wakil daripada ......


1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.
8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

38. Terima kasih diucapkan kepada semua.

39. Tumbuh menjalar pohon peria,


Musim kemarau daun berserakan,
Persembahan pelajar sudahpun bersedia,
Sama-samalah kita saksikan.
Persembahan yang pertama merupakan tarian Zapin yang
dipersembahkan oleh murid tingkatan 4.

-Persembahan seterusnya ialah Choral Speaking bertajuk A Tribute to Our


principal yang akan disampaikan oleh murid tingkatan 3A.

-Persembahan yang berikutnya ialah Tarian Sarawak oleh murid tingkatan 2.

-Persembahan murid disusuli pula dengan nyanyian solo bahasa Inggeris


oleh ........................................... dengan lagunya Wind Beneath TheWings.

- Persembahan diteruskan dengan Tarian Merdeka yang akan


dipersembahakan oleh murid tingkatan 4.

- Persembahan yang terakhir ialah nyanyian koir oleh kumpulan koir SMK Taman
Maluri dengan lagu .....................................................................................................
40. Demikianlah tadi persembahan hebat daripada pelajar SMK Taman
Maluri. Terima kasih. Semoga persembahan mereka menghiburkan
hadirin.

41. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan


berdiri.

42. Hadirin dipersilakan duduk.

43. Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin yang dikasihi,


Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan, begitulah lumrah
kehidupan yang tidak dapat kita elakkan. Kendatipun pahit untuk ditelan,
namun perpisahan ini terpaksa kita relakan. Marilah kita sama-sama
berdoa agar perpisahan ini menjadi satu kenangan yang paling bermakna
bagi Puan Hajah Wan Najiah bt Wan Yusof. Sumbangan puan dalam
dunia pendidikan akan terus diingati dan dihargai. Terima kasih puan.

44. Anak Ceti memasang lukah,


Lukah dipasang tepi perigi,
Walau hati berasa gundah,
Terpaksa jua lepaskan pergi.

45. Goreng bertih di tepi jerami,


Jerami padi di tepi perigi,
Janganlah sedih tinggalkan kami,
Ada hari berjumpa lagi.

46. Pn Hjh Wan Najiah bijak bestari,


Memimpin dari hari ke hari,
Selamat bersara ucapan diberi,
Semoga bahagia meniti hari.

47. Hadirin yang dikasihi, dengan ini berakhirlah sudah Majlis Lambaian
Kasih bersemepena dengan persaraan Puan Hajah Wan Najiah bt Wan
Yusof, Pengetua SMK Taman Maluri. pihak majlis ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat bagi menjayakan dan memeriahkan majlis pada pagi ini.
48. Majlis mempersilakan para guru berdiri di sepanjang laluan utama untuk
bersalam dengan Pn Hajah Wan Najiah dan mengiringi beliau ke
kenderaan khas yang telah sedia menunggu untuk membawa beliau.

49. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Alex Leong Jun Wei dan Noor Haslina bt Hashim

Anda mungkin juga menyukai