Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN AIR

Hampir 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia mengandungi air.


Oleh itu, kita disarankan mengambil antara 8 hingga 10 gelas air sehari.
Pengambilan air yang mencukupi amat penting bagi tubuh manusia untuk
mengenyah toksik dalam badan, melincirkan sendi, membantu sistem dan
organ pencernaan, mengawal suhu badan serta menghantar nutrien dan
oksigen ke sel-sel badan.

Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan,


menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan
pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.

Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak
selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk.
Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi
kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak
sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang
sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan
seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting
berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air.

Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus


mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan,
dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita
masih kurang menghargainya.

Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah
membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang
tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan
punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun,
masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan
ke dalam sungai.

Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku
di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit
yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah
sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan
menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.

Anda mungkin juga menyukai