Anda di halaman 1dari 14

TAJUK : Disiplin Sekolah Semakin Merosot.Bincangkan.

TAJUK : Disiplin Sekolah

Semakin Merosot.Bincangkan.

PENGENALAN
  “ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “  Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial
”, “  Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”. 
Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada  akhbar-akhbar tempatan pada masa
kini.  Berita-berita seperti ini membayangkan  kemerosotan  disiplin pelajar dan masalah disiplin
di sekolah-sekolah pada masa kini memang  amat serius sehingga mencapai tahap yang
membimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi
nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. 
Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam  negara dan bakal menjadi pemimpin negara
pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara
untuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial
dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang
negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup
yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Masalah disiplin di sekolah  kini telah menjadi lebih  kompleks dengan kewujudan kes pelajar
yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya
jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin
seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar. 
 
KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar
selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun
begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur
lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan
guru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah
masalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin
didefinisikan sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”

Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995)
mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan
yang ditetapkan”.  Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989)
mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh
mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya
hukuman atau denda dikenakan”.
Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan
disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan
disiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan
tindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya  direkodkan. 
 
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang
mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai
punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan
yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan
pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas
hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. 
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah 
keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa
menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar
rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada
diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba
ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin
di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap
materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak
telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka
dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari
dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas
mereka dengan sempurna (disfungsi).  Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk
ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan
mereka. 
 
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH

Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap
didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan
jenayah”.
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri
Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas
perkara tersebut beliau berkata; 
" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan
bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar
umbi." 
                                            (Utusan Malaysia 20 Feb 97)
Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu
dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal
Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini.
Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng
Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di
seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut
menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi
gelap khasnya di Johor. 
 Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang
pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:
 
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan
tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan
tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. 
Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi
sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut
menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan
akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan. 
Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan
untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan
pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka,
kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan
penambahan sumber dan keahlian kumpulan. 
Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih
berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan
pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. 
Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun
remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan
Lunghofer (1993) iaitu: 
a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. 
b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan.
c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. 
d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. 
e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan. 
 
BAHAN LUCAH
Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar dirogol atau menjadi
perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10 hingga 18 tahun
yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa bahan lucah ke
sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan perbuatan yang tak
senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan sekolah. Hal ini
berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan mudah
diperolehi .
Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan akhbar, ‘ Ibu bapa dan anak kongsi bahan
lucah’(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di atas bedasarkan kajian sekumpulan
penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6 dari mukim Ulu
Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang
mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun penguatkuasaan
telah dijalankan oleh pihak kerajaan  VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di pasaran terbuka
seperti pasar malam dengan hanya RM3 sahaja setiap satu. Mereka sering menonton ‘aksi’ yang
boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk melakukan perbuatan
merogol dan membunuh.
Oleh sebab kebanyakan mereka dalam lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa,
polis, dan masyarakat tidak boleh memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang
berkesan perlu dilakukan segera untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini.
Pihak penguatkuasa undang-undang juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang
kurang berkesan. Pengusaha tempat hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak
mempedulikan soal moral dan etika juga bertanggungjawab terhadap gejala yang
membimbangkan tersebut. . Oleh yang demikian, penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan
diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan tindakan mereka demi masa depan generasi
muda. 
“Remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun terlibat dalam persembahan Hip Hop di
pusat hiburan di ibu kota. Sekumpulan remaja perempuan berpakaian seksi , seperti baju sendat
bertali halus, berpeluk-pelukan di khalayak ramai.Mereka ini bercampur bebas dan berkucupan
tanpa segan silu. Lirik lagu Hip Hop menggalakkan seks bebas, kelucahan melampau dan
keganasan. “
                             Laporan Berita Harian 17 Julai 1999 ( Sabtu ) ,
Seorang komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair iaitu, M.Nasir (Berita Minggu 26
September 1999) berpendapat pembaratan Muzik Malaysia sudah berlaku sejak zaman
penjajahan Barat terhadap Asia Tenggara lagi. Kini terbuktilah budaya kebaratan ini semakin
menular dan remaja menjadi mangsa mereka. Langkah sewajarnya perlu diambil agar hal
sebegini tidak semakin menular. Kesan yang besar kepada negara di masa hadapan kerana
golongan inilah yang akan menyambung warisan kemajuan serta kemakmuran yang dikecapi
selama ini.

PERBINCANGAN:
FAKTOR-FAKTOR UTAMA
 Banyak faktor yang menyebabkan masalah kemerosotan disiplin pelajar pada masa kini berlaku.
Punca utama ialah pengaruh media massa. Filem, suratkhabar, majalah, dan televisyen yang
menonjolkan budaya kuning amat mudah diikuti oleh para pelajar. Babak ganas dan seks akan
menjadikan fikiran remaja keras dan rakus. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana usia mereka
yang rata-rata berusia antara 12 hingga 20 tahun masih dianggap mentah. 
Selain itu, kemerosotan disiplin para pelajar juga terjadi kerana masalah keluarga. Ayah dan ibu
sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak
mereka berjaya dalam pelajaran. Sesetengah ibu bapa pula menyerahkan soal disiplin
sepenuhnya kepada pihak sekolah, sedangkan pada hakikatnya pembentukan moraliti seseorang
itu bermula di rumah.
Sesetengah pelajar pula menjadikan sekolah sebagai tempat untuk melupakan segala masalah.
Namun, keadaan di sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa. Guru memang ingin
membantu masalah yang dihadapi oleh pelajarnya, tetapi jumlah pelajar yang ramai di dalam
sebuah kelas menyebabkan kesempatan guru terbatas.
Hukuman atau denda yang dikenakan kepada sesesorang pelajar juga merupakan faktor yang
menyebabkan seseorang pelajar itu menjadi semakin liar. Pihak sekolah perlu menggunakan
pendekatan psikologi apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak berdisiplin. Namun
begitu, ini juga tidak menyelesaikan masalah kerana para pelajar tidak akan takut jika sesuatu
kesalahan dihukum dengan nasihat sahaja.
Pengaruh rakan sebaya juga turut mempengaruhi disiplin para pelajar merosot. Ada pelajar yang
masih berkawan dengan rakan yang tidak bersekolah. Mereka yang tidak bersekolah ini mungkin
kerana keciciran dalam pelajaran ataupun sudah menamatkan alam persekolahan akan berlagak
dewasa dengan menghisap rokok, berpakaian tidak senonoh, dan melakukan sesuatu tindakan
untuk menarik perhatian. 
Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi bagi pelajar miskin. Kedua-dua ibu bapa sibuk
mencari nafkah, si anak akan terbiar dan memilih haluan sendiri. Pelajar ini mempunyai perasaan
rendah diri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan berkemampuan, peraturan yang ditetapkan
oleh pihak sekolah tidak diikuti.
Sebenarnya masalah kemerosotan disiplin saling berhubung kait. Oleh itu, tidak wajar jika
sesetengah pihak sahaja yang dipersalahkan. Para pelajar, ibu bapa, dan guru mestilah
memainkan peranan mereka masing-masing.
Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru lelaki di mana fenomena ini mungkin menjadi
salah satu punca kemerosotan disiplin.  Nisbah antara guru lelaki dengan guru perempuan pada
kadar 4:6. (Berita Harian :19 Julai 1999) . Keadaan yang lebih meruncing sangat dirasai di
sekolah rendah dan menurut Kementerian Pendidikan, fenomena kekurangan guru lelaki akan
berterusan dalam beberapa tahun yang akan datang kerana jumlah guru pelatih perempuan di
maktab perguruan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Begitu juga di peringkat universiti , di
mana kaum lelaki amat tidak begitu berminat untuk menceburi bidang pendidikan.
Sememangnya hal disiplin pelajar biasanya diserahkan kepada guru lelaki yang bermisai lebat
dan berwajah garang. Apabila orang lelaki semakin menghindari profesion ini, ada pendapat
yang menyatakan bahawa tahap disiplin pelajar hari ini semakin merosot. 

KESAN
  Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa
sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat
sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut
adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). 
Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah
kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya
kegiatan salah laku di sekolah. 
  Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat
peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah
adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di
tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat
sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. 
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: 
a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. 
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. 
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. 
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. 
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. 

   Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani
permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi
demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur
pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan
pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif
kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar,
sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan
yang berkesan serta menyeluruh.
 
CADANGAN
1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini.
2.    Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan
untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan
program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-
jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan
sebagainya.
3.  Perkhidmatan Bimbingan  & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar
dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka
yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah
yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah
seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan
membangunkan negara pada masa akan datang. 
4.  Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan
sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini
yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek
jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada
pentingnya sikap yang jujur.
5.    Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang
paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan
sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. 

PENUTUP
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-
an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas
dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain
daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat
menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. 
Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati
mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling
penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan
popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang
paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh
bezanya. 
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan
sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar
kewibawaan sekolah.  Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan,
menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. 
Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga
tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk
memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak
berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk
para pelanggannya iaitu para pelajar.
SENARAI  RUJUKAN

Amir Hasan Dawi 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books ,
          Tanjong Malim.
Ee Ah Meng1995, Pendidikan Sebagai Satu Proses, Fajar Bakti Sdn. Bhd.Kuala Lumpur. 
Kamarudin Hj.Husin1994, Asas Pendidikan 1, Longman Malaysia Bhd. Kuala Lumpur. 
Noraini Ahmad 1995, Kaunseling Remaja, Budaya Ilmu Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Ting Chew Peh 1997, Konsep Asas Sosiologi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Wan Azmi Ramli1978, Masyarakat Satu Kajian Ilmiah Dalam Kontek  Kebajikan Am, 
          Utusan Printcorp Sdn. Berhad, 
W.S Winkel 1987, Psikologi Pengajaran, Penerbit PT Gramedia, Jakarta. 

Lain-lain rujukan:
Utusan Malaysia 14 Ogos 1996
Utusan Malaysia 17 Julai 1999
Berita Harian 19 Julai  1999
Berita Harian 7 April 2001
Berita Harian 7 September 2001
Berita Harian 11 September 2001
Berita Harian 12 September 2001
Berita Harian 17 September 2001
Berita Harian 22 Oktober 2001
 Sumber  Internet

Anda mungkin juga menyukai