Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu aspek yang penting di dalam pengurusan. Kebolehan


memimpin merupakan satu petanda bahawa seseorang itu memiliki bakat untuk menjadi
seorang pengurus yang berkesan. Tetapi kecekapan memimpin saja tidak memadai untuk
mencatat kecemerlangan di dalam kepimpinan dan pengurusan. Sering diperkatakan bahawa
pengurus yang berkesan ialah pemimpin yang baik, tetapi pemimpin yang baik tidak
semestinya seorang pengurus yang baik. Untuk menjadi seorang pengurus yang baik,
seseorang itu memerlukan kebolehan merancang, menyusun dan mengawal. Bersenjatakan
kuasa yang ada padanya pemimpin mestilah bijak menggabungkan semua sumber yang ada
di dalam organisasi ke arah matlamat yang telah ditetapkan.
Di samping pandai menggunakan kuasa dan pengaruh, penerimaan juga merupakan
inti kepada kepimpinan. Penerimaan ialah kerelaan orang bawahan untuk menerima dan
memperakui pucuk pimpinan. Pada amnya manusia akan menerima sesuatu pucuk pimpinan
jika di dalam penilaian mereka pemimpin yang terlibat itu berkemampuan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan hidup mereka.
Dalam mengorganisasi sesebuah sekolah seseorang guru besar perlu menjadi
pemangkin kepada perubahan, agen kepada satu bentuk kepimpinan yang baru dan dapat
mengubah organisasi kepada bentuk yang lebih mantap dan cemerlang. Dalam pengurusan
pengkongsian tugas, kerja dan kepimpinan adalah perlu bagi mendorong pengikut
merealisasikan visi, misi dan objektif. Konsep ini akan menyediakan perubahan organisasi
ke arah hala tuju yang lebih mantap dan berdaya saing.

2.0 Definisi dan Konsep Kepimpinan Distributif

“Kepimpinan” ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu
atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju
ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan “Kepemimpinan”
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin”. (Kamus Dewan 1994).
Menurut Koontz, Harold and O’Donnel, 1976, kepimpinan secara amnya adalah semata-mata

1
bermakna pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya berusaha secara
sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama.
Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan
kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli yang
menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat memegang watak-watak yang berbeza antara
satu dengan yang lain. Asas yang membezakannya ialah pengaruh iaitu pemimpin
mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.(Gordon, Thomas 1955)
Robert, Fulmer 1975, pula berkata bahawa kepimpinan melibatkan kedua-dua
keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu
matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mencapainya.
Menurut Hollander, Edwin 1978, kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi di
antara pemimpin dengan pengikut. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian
pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utamanya untuk mencapai matlamat bersama.
Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam
situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati
bagi mencapai matlamat bersama.(James Gribben, 1972)
Menurut Gronn (2002 : 427) dalam Journal Distributed leadership: A Case of An
Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros (P:2)
mendefinisikan Distributif sebagai kepimpinan, dimana ia membenarkan pentaksiran yang
berbeza tentang kepimpinan daripada tradisional, perseorangan dan ketua yang berani.
Kepimpinan distributif ialah satu status yang menunjukkan seseorang individu, satu ageregat
untuk membezakan individu, sebilangan kecil daripada individu yang beraksi dalam
pertunjukkan atau sebilangan besar ahli unit-unit berorganisasi.
Bennis & Nanus 1985 ; Burn, 1978,yang dipetik dari Jurnal Investigating School
Leadership Practice : “A Distributed Perspective” oleh James P. Spillane, Richard Halberson
& John B Daimond (2001 : P24) mendefinisikan distributif sebagai ”kemampuan untuk
memberi kuasa kepada yang lain-lain” dengan tujuan menbawa perubahan yang besar dalam
bentuk, sifat dan fungsi kebanyakan fenomena. Sementara Cuban, 1988 dipetik dari jurnal
yang sama menyatakan bahawa distributed membenarkan kita menimbangkan dimensi
pengurusan kepimpinan dengan mengekalkan syarat yang perlu bagi membantu sesebuah
organisasi mencapai matlamat semasa.

2
House dan Aditja (1997 : 457) dalam Journal Distributed Leadership: A Case of An
Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros (P:3)
mendefinisikan kepimpinan distributif sebagai proses kepimpinan yang tidak boleh
dipandang ringan dalam mengenali tabiat seseorang, lebih tepat lagi, kepimpinan merupakan
hubungan kolabratif di mana ia menjadi panduan kepada asas tindakan kolektif dalam
berkongsi nilai manusia yang berkerja bersama bagi mendapatkan kesan perubahan yang
positif.
Barry (1991 : 34) dalam Journal Distributed Leadership: A Case of An Australian
Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros pula menyatakan,
kepimpinan distributif ialah gabungan antara peranan dan tabiat yang boleh dipisahkan,
dikongsi, diputarkan dan digunakan secara berturutan dan berperingkat. Ini bermaksud dalam
satu masa tertentu pemimpim yang berkebolehan boleh wujud dalam satu kumpulan dengan
”angkuh” sebagai pelengkap kepada peranan kepimpinan. ” Angkuh” bukan bermaksud
sombong, takbur tetapi lebih bersikap autokratik, tegas terutama dalam menangani masalah
dan isu-isu subordinat yang ”besar kepala”.
Kepimpinan Distributif boleh didefinisikan kepada pengagihan tugas, kuasa,
tanggungjawab dan bidang daripada pemimpin kepada orang di bawah. Kepimpinan
distributif ini boleh dijalankan di semua organisasi seperti sektor pendidikan. Kepimpinan
distributif ini dapat mengurangkan jurang antara pemimpin dan subordinat.
Model ini menolong pemimpin mengenali karektor dan cara untuk berubah. Melalui
kepimpinan ini, pemimpin akan menggunakan nilai, skil, pengalaman, taktik, sifat personal
diri dalam membentuk nilai percaya mempercayai, pengagihan kerja dan penurunan kuasa
(empowerment), dihormati dan ketulenan.
Jackie Burniskie dan Tom Barlow Menggariskan tiga model dalam Kepimpinan Distributif
Shared Leadership Through Co-Pricipalship- dimana pembantu berfungsi seperti
pemimpin di atas termasuk bekerja sama dengan guru lain, ibu bapa dan pelajar. Ia
memerlukan koordinasi yng intensif dengan implementasi yang sesuai dan membantu
dalam memberikan sokongan kepada guru dan ibubapa.
Shared Leadership Involve Small Group- Perkongsian kepimpinan dalam kumpulan
kecil melibatkan ibubapa dan guru yang terlibat dalam tugas khas seperti
mewujudkan pelan peningkatan sekolah

3
Organize School Like A Company- Pengetua atau guru besar sebagai Pengarah
Urusan (CEO), manakala guru penolong kanan, ketua panitia akan bertindak dan
berperanan dalam fungsi yang spesifik.
Namun demikian boleh juga diwujudkan model tersendiri di mana setiap orang menerima
kepimpinan sekolah, namun sesiapa yang mempunyai kepakaran, kemahiran tertentu sebagai
contoh guru panitia matematik boleh membantu rakan dalam menganlisa data murid
berkaitan subjek tersebut.

Antara konsep Kepimpinan yang dikenalpasti ialah:


• Kepimpinan berbentuk perkongsian kepimpinan, dan juga berbentuk pengagihan
bidang dengan subordinat dimana seterusnya pemimpin juga menerapkan amalan
empowerment (penurunan kuasa)
• Kepimpinan ini mencari jalan dengan menggunakan idea, “tapping the expertise” dan
penglibatan semua orang dalam perancangan dan perlaksanaan dalam sesebuah
organisasi
• Kepimpinan boleh memahami masalah, ancaman dan perubahan. Ia bukan
mewujudkan satu proses dari bentuk konsep kepada bentuk realiti.
• Pemimpin boleh melihat dari sudut yang lebih baik, menguji, mengawal dan berani
mengambil risiko.
• Dalam suasana kepimpinan ini kesalahan/kesilapan akan menghasilkan penemuan
baru kepada pendekatan terbaharu.
• Kepimpinan ini memberi kuasa subordinat bekerja lebih effisen, bermakna dan lebih
efektif.
• Dalam situasi kepimpinan ini, bukan semua orang sebagai pembuat keputusan, tetapi
setiap yang pakar dan mempunyai kemahiran boleh menyumbang kepada proses
membuat keputusan.
• Kepimpinan ini tidak beerti melanggar kebiasaan dalam kepimpinan dan pengurusan.
• Kepimpinan ini adalah mengenai kerjasama dan percaya- mempercayai dan bukan
satu persaingan/pertandingan antara individu atau unit. Berkongsi dalam satu misi
dalam mencapai matlamat yang sama.

4
• Kepimpinan distributif bermaksud semua warga organisasi mesti bersifat mengambil
bahagian (bertanggungjawab) dalam sesuatu organisasi.
2.1 Perubahan mengikut Cook, Hunsker dan Coffey (1997) mendefinisikan perubahan
sebagaimana berikut:
“The coping process of moving from the present state to desired state that individual,
groups and organisations, undertake in respone to dynamic internal and external
factors”
Quinn menjelaskan perubahan organisasi melibatkan segala bentuk modifikasi yang
bermakna dan telah dilakukan oleh pemimpin terhadap sebahagian atau keseluruhan jentera
organisasi. Pengurusan perubahan merupakan satu proses pembaharuan yang dilakukan
secara berterusan oleh organisasi dari segi hala tuju, struktur, kemampuan untuk memenuhi
keperluan pelanggan dalaman dan pelanggan luara mempunyai imej yang jelas
tertangn.Pemimpin memainkan peranan yang amat penting dalam menganjurkan
pembaharuan dalam organisasi. Pemimpin perlu mempunyai imej yang jelas tentang
organisasi bersabit apa, arah yang ingin ditujui dan bagaimana tujuan ni akan dicapai. Maka
dengan kepimpinan yang sesuai seperti distributif amat sesuai diaplikasikan di sesebuah
sekolah.

3.0 Dapatan Kajian

Pengagihan kepimpinan atau distributif mula dibicarakan oleh seorang ahli Psikologi
Australia , CA Gibb ( 1954 ) dalam bukunya ’Psikologi Sosial – Satu Kebimbingan
Hubungan Utama’. Persoalannya ialah sama ada idea pengagihan kuasa ini dapat
dilaksanakan secara menyeluruh atau sekadar luaran sahaja.
Tujuan utama distributif ialah supaya kuasa yang ada tidak tertumpu atau dimonopoli satu
kumpulan kecil sahaja. CA Gibb cuba mengaplikasikan pengagihan kuasa ini di dalam
sesebuah organisasi supaya bila seseorang pemimpin bertukar nanti akan ada pelapis di
kalangan pemimpin sedia ada.
Kepimpinan berbentuk distributif (perkongsian) ini selalunya mendorong pengikut
merealisasikan visi dan misi yang dibentuk dan memotivasikan pengikut mencapai objektif
organisasi. Distributif Leadership Model (DLM) telah dibangunkan selama 4 tahun di MIT

5
Leadership Centre , Philedelphia oleh Profesor Deborah Ancona, Tom Malone dan Wanda
Orlikowski dengan Pensyarah Kanan Peter Saget. mereka mendapati ia merupakan alat yang
amat berkesan dan boleh diintegrasikan dalam kepimpinan. Kepimpinan (DLM)
menyediakan satu rangka kerja dalam pengajaran kepimpinan dan kepimpinan di lapangan
sebenar.
“The Distributed Leadership Model (DLM) provides the framework for teaching
leadership and for leadership practice in general. As leadership moves away from a
“command and control” model to a more “culculative and coordinate” model, the way that
leadership is thaught must change, too. “
Peter Senge

Dalam sesebuah organisasi terutama sekolah perlu membuat perubahan bagi


memastikan organisasinya terus bersaing dalam era globalisasi ini. Terdapat 4 komponen
utama DLM yang dikaji di MIT iaitu:
- Sense making – boleh memahami keadaan di mana kita bekerja
- Relating- membina hubungan erat antara dan semasa dalam organisasi
- Visioning- mencipta sesuatu yang menambat perhatian masa hadapan
- Inventing – mereka cara baru bekerjasama untuk mencapai visi.
L
L
L
L
Leadership Pratice
F
F
Leadership
Pratice F TIME
Followers

Rajah 1: Amalan Kepimpinan dari Perspektif Distributif

6
Berdasarkan kepada beberapa perkara di atas Kepimpinan Distributif merupakan satu
anjakan paradigma di sesebuah sekolah. Ia menjadikan sesebuah organisasi persekolahan
menjadi lebih effisen, dan menggurangkan birokrasi dalam pengurusan sekolah.
Mengikut Johnathan A. Supovitz dalam Jurnal Manage Less, Lead More menyatakan:

“An important benefit of distributive leadership is that it will free up time for
principles to become true instructional leaders.”

Mengikut Johnathan A. Supovitz lagi:

“ Instructional leadership is the mantra of school reform today. Distributed practices


can help principles free some time to focus on instructional leadership”.

Seseorang pemimpin sekolah dalam sudut kepimpinan distributif, akan dapat menjalankan
tugas sebagai pemimpin instruksional peranan dalam dari perspektif sebagai pemimpin
pengajaran. Guru besar sering kekurangan masa untuk membuat perubahan. Dalam dimensi
kepimpinan distributif, pemimpin tidak perlu banyak mengurus tetapi lebih banyak
memimpin. Pemimpin sekolah akan mempunyai banyak masa dalam mengendalikan
kurikulum dan peningkatan akademik, membuat pemantauan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran, menyelesaikan masalah dalam kurikulum serta boleh menganalisa pencapaian
pelajar bersama-sama dengan subordinat serta membuat pelan tindakan bagi meningkatkan
prestasi akademik.
Pendidik, komuniti, penyelidik dan pembuat polisi bersetuju bahawa
pengurus/pemimpin sekolah pada hari ini tidak boleh memimpin bersendirian menjadi hero
atau superman dan superwoman dalam membentuk watak dan persekitaran sekolah yang
cemerlang. Kemampuan seseorang pemimpin itu terbatas oleh keupayaan, masa, tenaga,
kemahiran dan dari segi kecekapan. Mengikut Profesor John Diamond dari Havard Graduate
School of Education menyatakan:

“Distributed leadership is a powerfull way to understand leadership activity in


school in more complex and interconnected ways”

7
Melalui ini perbandingan boleh dibuat tentang kokpit sebuah kapalterbang, yang mempunyai
penumpang, anak kapal di dalam kokpit, panel di dalamnya, orang yang cuba mendaratkan
kapal terbang .Seterusnya fikirkan bahawa aktiviti bagi mendaratkan kapal terbang bukan
kerja sembarangan boleh dilaksanakan dan juruterbang sebagai pemimpin tidak dapat
mendaratkannya tanpa pemabantunya, jurutera dan pengawal trafik. Maka pembahagian
tugas dan tanggungjawab di sini adalah perlu dalam keseragaman dan kesepaduan supaya
tugas yang dijalankan mampu dilaksanakan dengan berkesan.
Kepimpinan distributif boleh dijadikan sebagai satu strategi organisasi sekolah yang
amat berkesan. Berdasarkan kepada Pengarah Bahagian Pengetuaan di Harvard University,
seseorang pengetua aatau guru besar dipandang seperti kenyataan berikut:

“Principles is expected simultaneously to be a servant-leader, an organitional and


social archited, an educator, a moral agent, a child advocate and a social worker, a
communit-v activist, and a crisis negotiator-, while raising student’s standardizes – test
performance.”
(Blackman and Fenwick 2000)
Berdasarkan kepada pernyataan di atas dapat dinyatakan seseorang pemimpin sekolah
begitu terdesak dalam memimpin dan menguruskan sekolah. Ekspetasi guru-guru, murid-
murid, ibu bapa, komuniti dan stake- holder begitu tinggi terhadap keupayaan seseorang guru
besar dan pengetua. Melalui kepimpinan distributif, dengan adanya pengagihan kepimpinan
kepada semua pihak yang berkaitan dapat meringankan bebanan yang digalas oleh guru
besar. Ia akan dapat memberikan fokus kepada kepimpinan pengajaran.
Seterusnya persekitaran yang boleh diwujudkan oleh kepimpinan distributif adalah
seperti berikut dimana guru besar boleh berfungsi sebagai penunjuk jalan “shepherds”
berbanding pegawal atau penjaga “guardians” kepada perubahan. Maka pemimpin boleh
membina dan mencari peluang bagi mewujudkan peluang untuk organisasinya berubah.
Disamping itu pemimpin sekolah juga memberikan kuasa dan pengagihan dalam membuat
keputusan kepada subordinat sementara beliau berusaha untuk memberi arahan.

8
4.0 Aplikasi Kepimpinan Distributif Di Sekolah

Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan


pemimpin dalam memimpin dan mengurus. Pemimpin perlu bijak menggunakan
personalitinya dalam mempengaruhi pemimpin bawahan dan subordinat bagi memimpin
sekolah. Melalui kepimpinan distributif, pengurus boleh berubah dari tahap yang kaku atau
“vaccum” kepada perubahan mengamalkan pengkongsian kepimpinan, pengagihan tugas
kepada subordinat. Mengikut Ainon Mohd dalam bukunya, Bagaimana Hendak Mendorong
Semangat Kerja menggariskan beberapa ciri pemimpin yang berkesan seperti berikut:
• Menetapkan hala tuju
• Berpengetahuan dalam bidang teknikal
• Menjaga standard prestasi tinggi organisasi
• Mendukung dan menyokong
• Fleksibiliti
• Memastikan pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik
para pelajar dapat dicapai.
• Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan kemerosotan akademik
sekolah.
• Membentuk atau mewujudkan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia
ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif.
• Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian
matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.

Lataran itu, dalam merealisasikan perubahan dan hala tuju sesebuah sekolah seseorang
pemimpin perlu menoleh kepada bentuk Kepemimpinan Distributif. pemimpin boleh berubah
dari tahap yang kaku atau “vaccum” kepada perubahan yang mengamalkan pengkongsian
kepimpinan, pengagihan tugas (distribute) dan seterusnya penurunan kuasa kepada pemimpin
bawahan dan subordinat
Pengagihan dan pengkongsian boleh diaplikasikan mengikut kepakaran, kemahiran
dan kesesuaian tugas seseorang subordinat. Maka, pemimpin memberi kepercayaan kepada
subordinat menjalankan tugas dengan lebih bermotivasi, penuh kepercayaan dan ada

9
kebebasan dalam kreativiti serta berinovasi. Ini kerana subordinat boleh, merancang,
mengelola, melaksana dan memantau dalam sesuatu tugasan yang diberi. Subordinat berani
meluahkan idea dan pencetus idea kepada organisasi sekolah. Kepimpinan distributif
kelihatan dan bersifat demokratik dilaksanakan. Seseorang pemimpin pula dapat bertindak
sebagai pemimpin Instruksional. Pemimpin sekolah boleh menumpukan kepada “core
business” iaitu bidang akademik yang menjadi tunjang kepada pencapaian sesebuah sekolah.
Guru besar mempunyai banyak masa merancang strategi akademik, mengenal pasti hala tuju,
memantau pengajaran dan pembelajaran serta mengadakan perbincangan dengan staff
mengenai cara meningkatkan keupayaan kurikulum. Ini kerana Kepimpinan Distributif amat
selari dengan kepimpinan Instruksional.
Dalam mengaplikasi kepimpinan distributif, ia lebih kepada kepimpinan bersama
“share leadership”. Ia bermaksud pemimpin dan staf berkongsi tugas dan tanggungjawab
dalam mencapai matlamat. Ia bukan bermaksud pemimpin menyerahkan tanggungjawab
keseluruhan kepada subordinat. Ia juga bukan bermaksud subordinat diberi tugas sewenang-
wenangnya. Pemimpin perlu membuat pemantauan dan bersama merancang dan
melaksanakan tanggungjawab berpusatkan kepada hubungan atau tugas. Melalui kepimpinan
ini pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik dengan pengikut, mengambil berat
kebajikan pengikut, serta menaruh kepercayaan.
Di masa yang sama seseorang pemimpin perlu berpusatkan tugas. Ia boleh
mengagihkan tugas kepada pengikut supaya pemimpin boleh bertindak sebagai Pemimpin
Instruksional. Penyelidikan kepimpinan di Universiti Michigan mengkaji tingkah laku
pemimpin yang berpusatkan pekerja dan berpusatkan pengeluaran. Mereka merumuskan
bahawa seseorang pemimpin boleh memaparkan tingkah laku berpusatkan kepada tugas dan
hubungan pada masa yang sama.(Likert 1961)
Mengikut Teori Pemimpin Mengikut Keadaan (Teori Situasi) pemimpin boleh
menggunakan Gaya Penugasan.
“Pemimpin memberi kepercayaan dan menyerahkan tanggungjawab dan tugas kepada
subordinat. Mereka yang dipimpin dikehendaki membuat keputusan berkenaan tugas-tugas
yang mereka jalankan”.
Ainon Mohd

10
Pemimpin boleh mengagih-agihkan tugas-tugas kurikulum kepada guru penolong
kanan kurikulumn pentadbiran dari aspek pengkongsian tugas. GPK kurikulum membuat
perancangan kurikum bersama ketua bidang, ketua panitia dan jawatan kuasa bagi
peningkatan kurikulum dalam bilik darjah. GPK kurikulum perlu memikirkan pelaksanaan,
strategi pengukuhan atau sokongan kepada pengurusan kurikulum. Manakala pihak
pemimpin sekolah memikirkan tentang strategi utama dalam kurikulum, perbelanjaan, serta
perancangan peringkat tertinggi seperti dalam jawatan kuasa exco sekolah. Begitu juga dalam
pengurusan Hal Ehwal Murid dan Ko Kurikulum. Guru besar sebagai pemantau juga
menyumbang idea dalam merencanakan pembangunan di sekolah. Penglibatan ibubapa boleh
digerakkan. Pengkongsian yang berbentuk permuafakatan ini boleh dilaksanakan oleh
pemimpin sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru. Sebagai contoh dalam
memantapkan pencapaian akademik, ibubapa boleh diberi tanggungjawab menguruskan
kelas tambahan dengan menggunakan tenaga dan kemahiran ibu bapa menjalankan kelas
bimbingan, tuisyen atau motivasi
Peringkat komuniti setempat seperti Lembaga Pengurusan Sekolah boleh digembleng
dengan pengkongsian tanggungjawab seperti mencari dana untuk menampung perbelanjaan
menjalankan program sekolah seperti motivasi, kem cuti sekolah, kelas tiusyen berbayar dan
pelbagai program tambahan.
Dalam dunia globalisasi yang memerlukan perubahan , seseorang pengetua dan guru
besar mempunyai banyak tugas termasuk kepada ibu bapa dan komuniti koloborasi dengan
agensi yang menyokong sekolah. Maka dari itu perlu adanya “participatory leadership”,
“de-centered leadership” bagi mewujudkan konsep kepimpinan yang berubah mengikut
konsep kepimpinan berkesan.
Dalam mengaplikasikan kepimpinan ini di sekolah pemimpin perlu memberikan
kebebasan kepada pemimpin di bawah dan subordinat membuat perubahan namun
pemantauan atau monitoring itu amat perlu dalam mempastikan kepimpinan ini berfungsi
sebagaimana sepatutnya. Pemimpin pada masa ini tidak boleh memimpin secara koservertif
yang memegang semua tampuk kuasa dan semua arahan datang dari satu pihak sahaja.
Seseorang pemimpin yang berketerampilan perlu menurunkan sedikit sebanyak tugas dan
kuasa. Sebagai contoh Guru Kanan Hal Ehwal Murid dibenarkan menjalankan pentadbiran
HEM dengan membuat perancangan tahunan dan, membuat kertas kerja , mengendalikan

11
mesyuarat dan menjalankan pogram. Namun begitu guru besar perlu diberitahu, berunding,
bermesyuarat dan memantau program . Guru besar sebagai pemimpin teratas pula perlu
mengawal dari segi peruntukan kewangan dan perbelanjaan. Kemudian Guru Kanan HEM
berkongsi tugas dengan ahli dalam Jawatan Kuasa Perancangan HEM seperti menyerahkan
tugas BOSS (Skim Pinjaman Buku Teks) dan guru berkaitan boleh memproses borang
pinjaman dan murid-murid yang layak menerima buku teks mengikut kriteria yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Demikianlah Kepimpinan Distributif boleh
dilaksanakan. Namun seseorang pemimpin perlu memantau, menyelia dan tidak
menyerahkan bulat-bulat yang diberikan kepada subordinat.

5.0 Rumusan

Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan (distributive leadership) adalah


seorang yang dapat mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat dan menentukan
arah tujuan organisasi dan memotivasikan subordinat untuk menangani masalah seterusnya
menggerakkan organisasi ke arah masa depan yang cerah. Ciri-ciri atau sifat-sifat pemimpin
yang ingin berubah memainkan peranan penting ianya merangkumi motivasi kepimpinan,
integrasi, keyakinan diri dan pengetahuan yang luas di samping kebolehan dalam
melaksanakan perkongsian kepimpinan dalam mengurus organisasinya ke arah perubahan
yang positif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan ini adalah merupakan
pemimpin karismatik yang mana ia juga merupakan komponen dalam kepimpinan
transformasi. Pemimpin distributif merupakan pemimpin perubahan yang dapat mencorak
visi kepada realiti. Mereka melakukan perkongsian dalam menjana perubahan melalui
karisma, perhatian individu terhadap pengikut, kepintaran stimulasi, membentuk visi mereka,
membina kepercayaan dan keyakinan diri yang positif.

12

Anda mungkin juga menyukai