Anda di halaman 1dari 3

Isu Penambakan

Pantau penambakan laut


Oleh: ABDUL RAZAK DIN (Wartawan Utusan) 14 Julai 2008
11 Rejab 1429

Penambakan boleh didefinisikan secara ringkas sebagai proses `korek' kemudian


`tambak'. Ini bermaksud projek penambakan memerlukan bahan timbus (lazimnya pasir)
dan proses pengorekkan bahan timbus tersebut.

Dalam konteks lazim, pasir laut dikorek dan kemudian dipindahkan ke tempat
penambakan untuk kerja-kerja penimbusan.Contoh mudah, pihak Singapura mengambil
pasir dari Malaysia atau Indonesia, diangkut dan kemudiannya ditimbuskan di Pulau
Tekong.Menurut Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr. Abdul
Aziz Ibrahim, kerja pengorekkan pasir laut di lokasi yang sensitif (dari sudut perikanan)
mendatangkan kesan negatif.Kerja penambakan di lokasi yang sensitif contohnya di
kawasan bakau, berhampiran pelabuhan juga mendatangkan masalah.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kajian Hidraulik Malaysia (Nahrim)
yang pakar dalam bidang kerja-kerja penambakan laut menjelaskan, Malaysia
mempunyai garis panduan sendiri yang sedang diterima pakai untuk melaksanakan projek
ini tanpa meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.Katanya, kalau kita kaji negara
Belanda, 40 peratus tanahnya adalah hasil penambakan. Kita di Malaysia begitu juga
Singapura banyak mempelajari selok-belok penambakan ini dari Belanda.

Belanda telah begitu lama menjalankan kerja-kerja ini (sehingga sekarang) tetapi tiada
pun rungutan dari negara jiran.Jadi apakah persoalannya, mengapa di rantau sebelah sini
ia menimbulkan masalah? Adakah mentaliti orang kita `bila terhantuk baru terngadah'
selalu menimbulkan masalah?

Dalam hal ini, penambakan oleh pihak Singapura telah berjalan berpuluh tahun tetapi
mengapa sekarang dipersoalkan?Apa yang kita buat selama ini? Adakah pemantauan
dibuat? Jika ada, apa tindakannya?

Pencerobohan pada dasarnya pelanggaran sempadan perairan antarabangsa yang telah


dipersetujui bersama. Dalam isu penambakan laut di selatan tanah air, tindakan Singapura
memang sah satu pencerobohan.Dari konteks kerja-kerja penambakan oleh Singapura,
bentuk pencerobohan ini bermaksud penambahan kawasan tanah secara fizikalnya
melampaui garis sempadan yang hakikatnya berbentuk imaginasi atau maya.

Ini hakikatnya kata Abdul Aziz, belum lagi berlaku di sekitar kawasan yang ketara iaitu
di sepanjang Selat Tebrau.Apa yang berlaku dan sedang hangat diperkatakan ialah
pembesaran pulau-pulau milik Singapura melalui tebus guna laut atau tambak laut.

Apa yang perlu difikirkan juga apakah `penyempitan' Selat Tebrau menerusi penambakan
oleh mana-mana pihak boleh dianggap menceroboh walaupun sempadan itu belum
dilampaui.Walaupun pada zahirnya di atas permukaan air, sempadan ini belum diceroboh
- apakah pencerobohan mungkin telah berlaku secara tersorok dan ini perlu dipantau dan
disahkan.Isu besar lain yang penting akibat penyempitan terusan Selat Tebrau yang
dilakukan tanpa kajian antara lain ialah perubahan perilaku regim hidraulik secara
mendadak ke atas aliran air di selat.

Lazimnya perubahan ini ke arah yang lebih ekstrem iaitu arus yang lebih deras dan ia
akan memberi kesan dalam bentuk hakisan pantai di sebelah Johor (di sebelah Singapura
dilindungi oleh tembok laut).Pencemaran pantai Johor oleh sampah-sampah yang
dibuang dari Singapura secara terbuka atau tersorok.

Lebih serius ialah pencemaran air selat atau kumbahan atau sisa kilang yang beroperasi di
Singapura.Pencemaran ini akan melupuskan kelompok hutan bakau di bahagian Johor
dan akhirnya melupuskan juga spesies ikan.Kesan yang lebih serius, walaupun ia
mungkin berlaku dalam tempoh yang panjang ialah ke atas sosio-ekonomi penduduk di
pesisiran pantai Selat Tebrau di bahagian Johor yang banyak bergantung hidup dalam
bidang perikanan.Apa yang ditakuti ialah rungutan ini akan mendatangkan implikasi
politik apabila rakyat berpandangan Kerajaan Malaysia tidak mampu menangani masalah
ini.

Perubahan aliran air di Selat Tebrau juga memberi kesan kepada operasi Pelabuhan
Tanjong Pelepas (PTP) memandangkan ia berhampiran dengan Tuas, di mana kerja-kerja
penambakan sedang dijalankan.Menurut Abdul Aziz, proses penambakan juga
mengakibatkan pengampaian mendapan (bahan tambakan) dan jika tidak dikawal
mendapan ini akan mendap di kawasan PTP.

Kesannya ialah saluran pemaliman di PTP akan cepat terkambus, lalu penyempitan selat
mungkin memberi kesan ke atas pergerakan kapal-kapal yang keluar masuk.Jika diteliti,
penambakan di Pulau Tekong akan memberi kesan kepada operasi Pelabuhan Pasir
Gudang.Apa akan terjadi kepada pelabuhan ini jika pihak Singapura membina satu lagi
pelabuhan di Pulau Tekong - pintu masuk ke Pasir Gudang.

Lazimnya, penambakan laut di Malaysia dan di mana-mana juga dilakukan mengikut


garis panduan yang sedia ada dan diguna pakai. Garis panduan di Malaysia adalah seperti
yang termaktub dalam dokumen Akta Kualiti Alam Sekitar 1987.``Perancangan dan
pelaksanaan projek tambak laut yang telah saya laksanakan di Kedah, Melaka, Sabah,
Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Langkawi dan Selangor berdasarkan garis
panduan ini,'' kata Abdul Aziz.

Katanya, sebagai contoh, penyempitan Selat Tebrau oleh penambakan laut perlu dikaji
dengan kaedah simulasi komputer (pemodelan hidraulik) untuk menggambarkan regim
aliran sebelum dan selepas penambakan.Isunya sekarang, adakah mereka peduli akan
kesan-kesan negatif ini memandangkan ia menimpa ke atas pihak Malaysia/Johor bukan
Singapura?
Tindakan-tindakan mencegah kesan negatif ini semasa proses penambakan itu sedang
berjalan dan ia bukan asing bagi kontraktor bertaraf antarabangsa dan pihak berkuasa
tempatan (Singapura).Pihak tertentu di Johor dan di Malaysia amnya ada mempersoalkan,
adakah proses pemantauan dibuat?

Soal pemantauan ini agak sulit tambahan pula ia melibatkan dasar laut dan kawasan
negara asing. Setakat pemantauan kerja-kerja penambakan di atas permukaan air ia
adalah mudah.Kemudahan dan kepakaran yang ada di Malaysia dalam bidang teknologi
penginderaan jauh (remote sensing) membolehkan pemantauan ini dijalankan dengan
mudah.

Tetapi bagaimana pula dengan pemantauan di dasar laut? Satu cara yang berkesan ialah
kajian ukur hidrografi. Masalahnya ialah kita terpaksa memasuki sempadan Singapura.
Dalam suasana keruh seperti sekarang pastinya pihak Singapura menghalang.Teknologi
penginderaan jauh dalam keadaan tertentu boleh menembusi permukaan air dan memeta
dasar laut tetapi ia bergantung kepada kejernihan air. Dengan keadaan kualiti (kejernihan)
air di Selat Tebrau yang begitu teruk, teknologi ini tidak sesuai.

Pemantauan yang lebih berkesan ialah pengawalan eksport pasir ke negara luar.
Penambakan di Singapura rata-rata menggunakan bahan timbus (pasir) dan sebahagian
bahan batu yang diimport dari Malaysia (Johor).Larangan mengeksport bahan ini ke
Singapura dibuat pada tahun 2000 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir.
Namun ia terus berlaku secara sulit.

Penggunaan bahan dari Indonesia (Pulau Karimun) hanya dilakukan sejak kebelakangan
ini setelah larangan berkuat kuasa dan penangkapan dibuat ke atas kontraktor dari
Korea.Masalah pengawalan ini agak rumit kerana konsesi pengambilan pasir di perairan
Malaysia iaitu berhampiran Johor, diberikan kepada individu/syarikat
persendirian.Sumber pasir laut banyak terdapat di Teluk Ramunia dan Kota Tinggi dan
perlombongan pasir di kawasan ini telah lama berlaku.Berbeza dengan negeri lain di
Semenanjung, contohnya di Melaka, Kedah dan Selangor, konsesi pasir laut di perairan
negeri diserahkan kepada anak syarikat negeri.

Jadi, kawalan agak mudah dan rata-rata pengeksportan pasir keluar Malaysia tidak
dibenarkan.Begitu juga di Thailand, pemindahan pasir dari kawasannya keluar negara
dianggap `penjualan' maruah negara.Satu lagi isu besar yang tersorok di belakang
masalah penambakan laut oleh pihak Singapura ialah isu pembekalan air ke republik
tersebut.Dengan penambahan kawasan tanah, maka penduduk Singapura akan bertambah,
keperluan kawasan pertanian dan kilang perindustrian juga akan meningkat.

Ini semua memerlukan bekalan air yang lebih besar. Dalam keadaan tersepit begini, kita
perlu merangka pelan tindakan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai