Anda di halaman 1dari 2

PUNCA-PUNCA KES PENDERAAN KANAK-KANAK

Media cetak dan elektronik sering melaporkan kejadian penderaan terhadap anak-anak yang berlaku di seluruh
negara. Nyatakan punca-punca berlakunya penderaan terhadap anak-anak.
Pendahuluan
a. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, negara kita telah berkembang pesat sama ada dari segi
ekonomi, sosial ataupun politik dalam menongkah arus modenisasi.
b. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang
sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat kita, iaitu masalah penderaan kanak-kanak.
c. Lazimnya, kanak-kanak dilaporlan didera secara fizikal sehingga meninggalkan kesam lebam, luka,
parut, dan sebagainya pada anggota tubuh badan.

d. Persoalannya, apakah faktor pencetus utama masalah ini kerana ada asap ada apinya?

Isi 1
a. Dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa kekurangan didikan agama merupakan antara sebab utama
kes penderaan kanak-kanak berlaku.
b. Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan.
c. Hal ini demikian mengakibat ibu bapa tersebut ini sering gagal mengawal kemarahan.
d. Akhirnya, mereka melepaskan kemarahan kepada anak-anak mereka hingga terlanjur memukul mereka
dengan teruknya.

Isi 2
a. Ada juga pasangan suami isteri yang berkahwin pada usia yang terlalu muda dan belum benar-benar bersedia
untuk menempuh alam rumah tangga terdorong untuk melakukan penderaan.
b. Mereka masih ingin mengekalkan kebebasan yang dinikmati ketika masih bujang.
c. Dalam pada itu, mereka juga kurang mahir untuk berperanan sebagai ibu bapa.
d. Apabila kebebasan mereka terhalang oleh kerenah anak-anak, mereka dengan mudah marah-marah lalu
bertindak melulu sehingga memukul anak-anak.
e. Oleh itu, tidak hairanlah anak-anak kerap menjadi mangsa dera kepada Ibu bapa yang tidak berhati perut.

Isi 3
a. Punca yang seterusnya ialah sikap ibu bapa yang agak keras dalam usaha mendisiplinkan anak-anak.
b. Ada antaranya yang menjatuhkan hukuman yang keterlaluan, misalnya menampar, menerajang, dan
mencucuk putung rokok.
c. Jika hukuman yang tidak masuk akal itu diambil oleh ibu bapa berkenaan, berlakulah penderaan yang tidak
sengajakan.
d. Walau bagaimanapun, nasi telah menjadi bubur dan anak-anak pun telah menjadi mangsa dera.

Isi 4
a. Selain itu, ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang
berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar.
b. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana
mempunyai kekasih barn.
c. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Isi 5
a. Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak.
b. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.
c. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka.
d. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal.
e. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak
berdosa.

Penutup
a. Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kes penderaan kanak-kanak berlaku.
b. Masalah ini seharusnya diketengahkan dan diselesaikan dengan menjalankan langkah-langah yang efektif
sebelum keadaannya menjadi lebih teruk lalu menggugat masa depan negara.
c. Dalam hal ini, semua pihak haruslah bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan masalah
ini kerana bak kata peribahasa Melayu, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.