Anda di halaman 1dari 2

RAHSIA LELAKI

Baik dan buruk dalam hidup lelaki

Bagi lelaki terdapat pelbagai keadaan yang dianggap terbaik dan bermakna dalam
hidup mereka. Begitu juga dengan keadaan yang dianggap memberi kenangan
buruk dalam hidup mereka.

Baik:
Saat kelahiran mereka di mana mereka terdapat segalanya yang memberi
kesenangan.
Buruk:
Saat kelahiran mereka dan kemudiannya nanti mereka terpaksa mendapatkan
sumber rezeki sendiri.

Baik:
Hari pertama sekolah. Adanya pengetahuan yang boleh menjadikan anda seorang
yang berkuasa kelak.
Buruk:
Pertama kali tidak dibenarkan untuk pergi ke tandas.

Baik:
Berjaya mendapatkan ijazah. Bangga dikenali sebagai lelaki yang 'educated'.
Buruk:
Selepas berjaya mendapatkan ijazah, tetapi tiada kerja!

Baik:
Mendapat pekerjaan yang pertama.
Buruk:
Pertama kali dibuang kerja.

Baik:
Hari perkahwinan.
Buruk:
Menghadapi krisis rumahtangga.

Baik:
Anak pertama lahir.
Buruk:
Tangisan anak yang menyebabkan anda bangun tiga kali pada malam hari.

Baik:
Hubungan anda dengan wanita lain selepas berkahwin. Anda masih ada peminat
walaupun sudah sepuluh tahun berkahwin!
Buruk:
Perceraian pertama anda.

Baik:
Perkahwinan kedua anda.
Buruk:
Mendapat serangan sakit jantung yang sepatutnya tidak anda dapat.

Baik:
Kelahiran cucu yang pertama.
Buruk:
Anak anda meninggalkan anaknya kepada anda untuk mengejar kejayaan.

Baik:
Anda bersara dan bolehlah menghabiskan sisa-sisa hidup dengan menbuat perkara-
perekara yang dulu anda tidak berpeluang hendak membuatnya.
Buruk:
Isteri anda 'dingin' terhadap anda.

Baik:
Cucu-cucu datang menziarah.
Buruk:
Anak-anak menghantar anda ke rumah orang-orang tua.

Baik:
Tiada lagi tekanan dalam hidup.
Buruk:
Mati.