Anda di halaman 1dari 2

RASULULLAH SEBAGAI MODEL IKUTAN

Rasulullah S.A.W telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia
ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda S.A.W adalah
rahmat dari Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,
sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk


menjadi rahmat bagi sekelian alam”. ( Al Anbiya’: 107 )

Sebagai seorang rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-


pemimpin yang lain. Baginda bersifat maksum iaitu terpelihara daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu, arah dan tujuan yang dibawanya untuk
seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke
jalan yang diredai Allah S.W.T iaitu agama Islam. Kini Baginda S.A.W telah sudah tidak
ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka
berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al Quran dan as Sunnah.

Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga


memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Firman Allah yang
bermaksud :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan
(balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah
banyak-banyak (dalam masa susah dan senang ) ( Al Ahzab : 21 )

Dalam kehidupan berumah tangga, Rasulullah S.A.W telah memperlihatkan suatu


teladan yang baik yang boleh diikuti oleh sesorang suami. Rasulullah S.A.W amat
bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan
dengan tangan sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing, dan apabila
makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada sahaja. Rasulullah S.A.W
sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba
abdi. Rasulullah S.A.W juga menunjukkan teladan yang baik khususnya kepada mereka
yang mempunyai isteri lebih dari seorang. Baginda tidak sekali-kali bersikap pilih kasih
dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan
dengan adil serta cukup rapi sekalipun Baginda sedang sakit.

Dalam masalah hubungan sesama jiran, Rasulullah S.A.W melarang seseorang Islam
mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda
yang bermaksud :

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa selamat dari
kejahatannya”. ( Riwayat Muslim )

Dalam sebuah hadis yang lain Baginda telah bersabda yang bermaksud :

“Tidak beriman dengan aku seseorang yang tidur dalam keadaan kenyang
sedangkan dia tahu yang jirannya dalam kelaparan”.

Rasulullah S.A.W juga bersifat pemaaf. Contoh ini dapat dilihat dalam satu peristiwa di
mana Rasulullah talah diancam oleh seorang musuh yang telah menghunus pedang
kepada Baginda sambil bertanya siapakah yang akan menyelamatkannya, lalu dijawab
Allah. Serentak dengan itu, pedang itupun jatuh ke bumi lalu diambil oleh Rasulullah
sambil menghunus kepada musuhnya itu. Baginda bertanya siapakah yang boleh
menyelamatkannya. Ternyata tiada siapa yang boleh menyelamatkannya lagi, namun
Rasulullah telah melepaskannya pergi walaupun dia tidak mahu memeluk Islam.
Rasulullah S.A.W juga merupakan seorang yang amanah. Sejak kecil lagi, Baginda digelar
‘Al Amin’ di kalangan orang-orang Makkah. Umat Islam adalah dituntut oleh agamanya
supaya menjadi orang yang beramanah yang dapat memikul tanggungjawab yang
diserah kepadanya dengan sebaik-baiknya. Isteri adalah amanah yang diserahkan
kepada suami; anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa, murid-murid adalah
diamanahkan kepada guru, malah semua manusia ada amanah yang mesti
ditunaikannya.

Demikianlah beberapa sifat Rasulullah SAW yang dapat kita paparkan di sini dalam
ruangan yang terbatas. Kesimpulannya jika kita ingin maju kita harus melihat ke
belakang iaitu dengan melihat sejarah Rasulullah dan generasi sahabat yang begitu gigih
dalam memperjuangkan Islam. Orang-orang barat dan Kristian maju kerana
meninggalkan ajaran agama mereka yang ortodok manakala umat Islam pula mundur
dan ketinggalan kerana meminggirkan ajaran Islam yang syumul, komprehensif, dan
progresif.