Anda di halaman 1dari 5

Seerah - 1a.

Episod 1 - Pemilihan tempat kelahiran perjuangan yang strategik

Kalau kita tengok, perjuangan dan risalah hero kita ni bawak makna pada bangsa manusia.
Tunjuk ajarnya membezakan antara yang betui dengan yang tak betui. Kesejahteraan yang
dah dia bawak tak dapat nak kira. Tapi yang terrornya pengorbanan dia ni tak dapat siapa
calen.

Dia ni hidup sederhana, tapi sangat disayangi dan kamcing dengan member-member. Tak
kurang yang boring dengan dia pasal apa yang diperjuangkannya. Perjalanan hidupnya
memang banyak pengajaran yang mulia. Tulah yang kita nak cerita ni...

Walaupun dia ni dah takde, namun perjuangannya patut kita ikut pasal takde lagi dah
perjuangan yang lebih mulia dari perjuangan dia ni. Siapa dia hah? Dialah yang terpuji....

Episod 1 - Pemilihan tempat kelahiran perjuangan yang strategik

Dia ni terpilih dalam satu bangsa yang agak unik. Kalau kita tengok dari segi geografi,
bangsa dia terletak di tengah-tengah dua kuasa yang besar pada zaman itu.

Kuasa yang pertama (Parsi) tengah dalam konflik falsafah dan etika. Tatasusila dan adat
sopan santun dah takde lagi. Ada ke seorang laki disuruh kahwin dengan mak atau adik
perempuannya. Teruk betui. Yang satu lagi ni pulak (Rom) tengah gila dan mabuk menjajah
negeri orang. Rakyat semua habis kena tindas. Walaupun kedua-dua bangsa ni sangat maju
dalam kemajuan material, namun pada hakikatnya kedua-dua bangsa ini sebenarnya dah
nak terlungkup.

Sementara itu bangsa yang aku cakap unik ni tadi tinggal dekat satu kawasan yang agak
terpencil. Keadaan muka bumi yang penuh dengan pasir telah menolak minat kuasa-kuasa
besar. Dari segi anutan pulak, bangsa ini taklah gitu kompleks sangat dan banyak problem
berbanding kuasa-kuasa besar tadi. Diorang ni merupakan satu bangsa yang nak kan
sesuatu yang tinggi dan nak jadi manusia yang mulia. Hanya kurang ilmu je dikalangan
diorang ni. Misalannya diorang bunuh anak perempuan (kesian) pasal nak jaga maruah
konon. Dah tu berperang pasal nak pertahankan kehormatan.

Di tengah-tengah bangsa ni lah hero kita akan lahir, Tapi apasal kat sini hah? ... sebenarnya
ada rahsia...

Hikmah - Pemilihan tempat dan bangsa yang strategik pasal:

1. Berada di tengah-tengah kuasa yang dah nak runtuh ni senang nak bagi peluang yang
baik kepada perjuangan hero kita untuk berdiri dan tersebar luas. Betul tak?!

2. Dia dilahirkan didalam bangsa yang nakkan sesuatu yang mulia dan taklah terlalu terikat
pada satu kefahaman aje. Jiwa diorang ni masih boleh diubati. Kira macam seketul daging
yang masih mentah. Kalau dah hanguih nak masak cam mana...?!?

Ikuti episod seterusnya yang akan datang - Kelahiran yang dinantikan

Seerah - 2a. Episod 2 - Kelahiran yang dinantikan

Sedikit latar belakang tentang bangsa kelahirannya (Arab). Bangsa dia ni sebenarnya adalah
keturunan seorang hero yang tiada tolok bandingnya iaitu Ibrahim a.s. Seorang yang juga
menyampaikan risalah yang mulia. Jadi asal bangsa Arab ni dah menerima risalah tetapi
faktor masa yang lama sangat sehingga berzaman menyebabkan yang betui dan tak betui
dan bercampur-aduk. Namun ada juga yang masih pegang ajaran tauhid yang sejati (agama
hanif) tapi dah sikit sangat. Kaabah, menunaikan haji dan wukuf di padang arafah sebagai
bukti bangsa arab ni dulu asal dari Ibrahim a.s. Cuma dah tak berapa betui.

Jadi lahirlah hamba Allah yang terpuji ini pada hari Isnin 12 Rabiul Awal, tahun Gajah (Ingat
birthday dia tu...) tahun yang tentera Abrahah kena bom dengan burung ababil (Al Fil: 1-5).
Beliau telah diberi nama Muhammad (yang terpuji), seorang utusan Allah. Itu pasal kita
panggil dia hero pasal dia bakal menyelamatkan manusia.

Muhammad dilahirkan anak yatim. Dah pulak tu maknya meninggal dalam usia baru dua
bulan. Jadi atuknya (Abdul Mutalib) lah yang menjaga. Bani Sa'ad yang masa tu tengah
kemarau, bila sampai je Muhammad, maka berubahlah keadaan dan dimurahkan rezeki. Tak
lama lepas tu atuk dia meninggal. Jadi kenalah bapa saudaranya jaga iaitu Abu Talib. Abu
Talib masa tu agak berpengaruh dan berkuasa.

Pengajaran:

1. Kita kena faham keturunan Arab asal dari Nabi Ibrahim. Ini kerana ada setengah orang
yang dengki dengan Muhammad ni tuduh risalah yang dibawa baginda sebenarnya
hanyalah adat budaya bangsa arab yang lapuk. Risalah Muhammad bukanlah risalah sejati
tapi ciplak dari budaya orang Arab ni. Contohnya amalan haji. Ni diorang yang busuk hati tu
tuduh.

Dengan memahami bangsa Arab asal dari Nabi Ibrahim mejawab tuduhan diorang ni.
Sebenarnya Nabi Ibrahim juga menyampaikan risalah dan tauhid yang sejati sepertimana
Muhammad. Malah risalahnya sama je dengan nabi-nabi yang lain iaitu tiada tuhan
melainkan Allah. Cuma syariat yang berbeza-beza. Jadi ini membuktikan lagi kebenaran
risalah Muhammad. Seharusnya apa yang dibawa Muhammad tidak bertentangan dengan
apa yang telah dibawa nabi yang dulu-dulu. Kalau berbeza, mestilah ada yang tak kena.
Contohnya, ada ke satu golongan tu kata Tuhan ada tiga (dalam satu) ?!. Beza sungguh
dengan apa yang nabi lain ajar. Sudah tentu kita takleh terima.

Namun risalah yang dibawa Muhammad sebenarnya mengakui yang hak dan
menghapuskan yang batil. Ia bukanlah cedokan adat tradisi bangsa Arab semata-mata.
Yang betui tetap betui tapi yang salah tu Muhammad betuikan balik. Dengan melihat
perjalanan hidup Muhammad, ini semua akan terbukti. So jangan heran dengan tuduhan
mereka tu.

2. Ada yang kita boleh belajar dari hakikat Muhammad jadi anak yatim dan buta huruf. Ini
membuktikan risalah Muhammad adalah dari Allah. Dan bukanlah risalah yang diciptanya
sendiri atau dari ajaran keluarga dia. Ia juga bukan ajaran dari bangsa dia pasal nanti kita
tengok bangsanya sendiri sakit hati dengan risalah yang akan dibawanya.

Ikuti episod seterusnya - Zaman remaja hero kita

Seerah - 3a. Episod 3 - Zaman remaja

Pada zaman kanak-kanak, Muhammad pernah didatangi Jibrail dan berlaku pembedahan.
Cerita ni ada dalam kitab hadith riwayat muslim.

Sesungguhnya Muhammad telah didatangi Jibrail ketika baginda sedang bermain-main


dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibrail telah merebahkan dan membelah betul-betul di
hati dan telah mengeluarkan seketul darah sambil berkata, inilah sasaran syaitan di hati
engkau. Lepas itu dibasuhnya dalam tas dari emas dengan air zam-zam dan dimasukkan
semula ke tempat asalnya. Kanak-kanak lain berkejaran lari menemui ibu susuannya
Halimah sambil melaungkan: Muhammad telah dibunuh dan mereka semua meluru ke arah
Muhammad dan didapati pucat lesu.

Pada usia 12 tahun, Muhammad telah dibawa oleh bapa saudaranya pergi ke negeri Syam
untuk berniaga. Dalam perjalanan rombongan diorang singgah kat satu tempat nama Basra.
Pada ketika tu rupa-rupanya Muhammad telah diperhati oleh sorang paderi yang nama dia
Buhaira. Dia pun tanya Abu Talib siapa bapak Muhammad ni. Abu Talib kata dialah bapanya.
Pas tu paderi tu kata tak mungkin bapa Muhammad masih hidup. Barulah Abu Talib
mengaku yang Muhammad tu anak saudaranya saje. Pas tu paderi ni bagi tau kat Abu Talib
suruh bawak Muhammad ni balik cepat-cepat. Pasal kalau dijumpa oleh orang yahudi takut
terancam pulak keselamatannya. Sebenarnya paderi ni dah cam Muhammad tu seorang
manusia yang bakal membawa kebenaran. Ini telah diberitakan dalam kitab injil, pasal tu lah
dia boleh cam Muhammad ni sangat. Sebenarnya masa di Basra, Muhammad ada berteduh
dibawah sebuah pokok. Paderi ni heran pasal dia tahu selama ni tak pernah ada pokok tu
kat situ.

Selepas balik ke Mekah, Muhammad hidup sebagai pengembala kambing. Adalah upah sikit.
Pada zaman remaja, Muhammad ni bukan jenih nak berseronok aje. Bukan macam remaja
sekarang fikir nak seronok aje. Namun sebagai manusia, keinginan tu tetap ada. Pernah
sekali Muhammad ingin pergi ke kota kerana ada perayaan. Tapi bila sampai di kota, Allah
telah menutup pendengaran Muhammad dan lantas tertidur. Bila terjaga, matahari
memencar ke mukanya. Pernah di waktu yang lain ingin sekali lagi Muhammad ke kota
kerana ada perayaaan tapi perkara yang sama jadi lagi. Lepas tu Muhammad tak teringin
lagi dah.

Pengajaran

1. Kisah pembedahan sebagai satu tanda bakal kenabian. Allah dah mula memelihara
Muhammad sejak dia kecil lagi. Hati manusia ni ada seketul darah yang menjadi sasaran
syaitan. Tu pasal dalam hati kita ni kekadang ada perasaan buruk.

2. Paderi yang dapat mengenali Muhammad semasa di Basra juga sebagai satu lagi tanda
kenabian. Sebenarnya orang nasrani ni dah mengenali Nabi Muhammad lebih dari anak
diorang sendiri. Ini ada diberitakan dalam Al Quran.

Firman Allah: Orang-orang yahudi dan nasrani yang telah Kami beri kitab (Taurat dan Injil)
mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya
sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. (Al
Baqarah: 146)

3. Keinginan Muhammad untuk pergi ke kota menunjukkan Muhammad tetap manusia


biasa. Tapi dia dari kecil lagi kurang berminat kepada benda yang lara nih......

Ikuti episod seterusnya - Menjadi businessman...

Seerah - 4a. Episod 4 - Menjadi businessman

Muhammad terkenal pada masa tu dengan akhlak yang mulia serta beramanah. Jadi cerita
tentang Muhammad ni sampai ke pengetahuan Khadijah. Khadijah ni seorang business
women. Jadi dia nak offer kat Muhammad menjalankan perniagaannya. Offer ni telah
diterima oleh Muhammad lalu dia bersiap untuk berangkat ke negeri Syam untuk berniaga.
Maisarah seorang budak suruhan Khadijah ada ikut bersama. Semasa menjalankan
perniagaan di Syam, Muhammad telah berjaya mengaut untung. Dan bila pulang diserahkan
segala keuntungan dengan penuh amanah. Rupa-rupanya, Maisarah dah perhati budi
pekerti Muhammad lalu diceritakan ke Khadijah. Khadijah terpikat lalu mengajak
Muhammad untuk mendirikan rumah tangga. Lamaran Khadijah diterima baik dan
berkahwinlah Muhammad dengan Khadijah. Masa tu Muhammad berusia 25 tahun dan
Khadijah berumur 45 tahun.

Pengajaran

1. Pertemuan Muhammad dengan Khadijah ada hikmahnya. Ini kerana apabila Muhammad
berkahwin dengan Khadijah seorang business women, ia memberi perlindungan ekonomi
kepada Muhammad, yang mana sedikit sebanyak membantu dalam misi menyebarkan
risalah.

2. Sepertimana dia dijaga bapa saudaranya Abu Talib, dia juga mendapat perlindungan
politik dan juga membantu penyebaran risalah. Nanti kita tengok dalam episod yang akan
datang.

3. Kita tengok ye Muhammad berusia 25 tahun kahwin dengan wanita yang lebih tua, 45
tahun. Bukan apa, ada setengah orang yang busuk hati kat Muhammad ni mengatakan dia
seorang yang gila nafsu pasal dia kahwin ramai. Ni dah membuktikan Muhammad bukan
jenis tu. Kalau dia sorang yang macam tu, takkanlah dia nak kahwin dengan seorang wanita
yang 20 tahun lebih tua dari dia. Kan ramai yang muda-muda. Pada zaman tu pun orang
Arab ada menyimpan gundik muda-muda untuk memuaskan nafsu tetapi tidak pada
Muhammad. Walaupun nanti Muhammad akan berkahwin lebih dari sorang, tetapi itu ada
hikmah dan pengajaran. Nanti kita tengok ye...

Ikuti episod seterusnya - Pembinaan semula Kaabah.

Seerah - 4a. Episod 4 - Menjadi businessman

Muhammad terkenal pada masa tu dengan akhlak yang mulia serta beramanah. Jadi cerita
tentang Muhammad ni sampai ke pengetahuan Khadijah. Khadijah ni seorang business
women. Jadi dia nak offer kat Muhammad menjalankan perniagaannya. Offer ni telah
diterima oleh Muhammad lalu dia bersiap untuk berangkat ke negeri Syam untuk berniaga.
Maisarah seorang budak suruhan Khadijah ada ikut bersama. Semasa menjalankan
perniagaan di Syam, Muhammad telah berjaya mengaut untung. Dan bila pulang diserahkan
segala keuntungan dengan penuh amanah. Rupa-rupanya, Maisarah dah perhati budi
pekerti Muhammad lalu diceritakan ke Khadijah. Khadijah terpikat lalu mengajak
Muhammad untuk mendirikan rumah tangga. Lamaran Khadijah diterima baik dan
berkahwinlah Muhammad dengan Khadijah. Masa tu Muhammad berusia 25 tahun dan
Khadijah berumur 45 tahun.

Pengajaran

1. Pertemuan Muhammad dengan Khadijah ada hikmahnya. Ini kerana apabila Muhammad
berkahwin dengan Khadijah seorang business women, ia memberi perlindungan ekonomi
kepada Muhammad, yang mana sedikit sebanyak membantu dalam misi menyebarkan
risalah.
2. Sepertimana dia dijaga bapa saudaranya Abu Talib, dia juga mendapat perlindungan
politik dan juga membantu penyebaran risalah. Nanti kita tengok dalam episod yang akan
datang.

3. Kita tengok ye Muhammad berusia 25 tahun kahwin dengan wanita yang lebih tua, 45
tahun. Bukan apa, ada setengah orang yang busuk hati kat Muhammad ni mengatakan dia
seorang yang gila nafsu pasal dia kahwin ramai. Ni dah membuktikan Muhammad bukan
jenis tu. Kalau dia sorang yang macam tu, takkanlah dia nak kahwin dengan seorang wanita
yang 20 tahun lebih tua dari dia. Kan ramai yang muda-muda. Pada zaman tu pun orang
Arab ada menyimpan gundik muda-muda untuk memuaskan nafsu tetapi tidak pada
Muhammad. Walaupun nanti Muhammad akan berkahwin lebih dari sorang, tetapi itu ada
hikmah dan pengajaran. Nanti kita tengok ye...

Ikuti episod seterusnya - Pembinaan semula Kaabah

Seerah - 5a. Episod 5 - Pembinaan semula Kaabah

Kaabah yang telah dibina sejak Ibrahim a.s. dah mula menghadapi sikit kerosakan. Jadi
kaum quraish yang ada kat Mekah pada masa tu pun nak repair lah balik. Kaabah pada
masa tu masih dianggap rumah mulia. Tapi diorang ni berebut dalam siapa yang nak buat
kerja repair. Di sinilah Muhammad memainkan peranan dalam menjadi orang tengah dan
menyelesaikan perselisihan. Diorang ni dah hampir nak bergaduh pasal benda ni.
Muhammad pun mengunakan kebijaksanaan mengajak wakil setiap puak untuk turut
bersama mengangkat batu dengan sehelai kain. Jadi kira semua orang terlibat. Jadi semua
puas hati.

Bila usia Muhammad mencecah 40 tahun, kira dah dewasa, dia selalu pergi ke gua hira'. Dia
duduk sorang-sorang yang kadang-kadang ada sampai satu bulan.

Pengajaran:

1. Ini adalah tanda sebenarnya masyarakat pada masa tu dah kenal dan percaya pada
Muhammad. Kalau tak takkan dia dilantik jadi orang tengah. Dalam satu kisah nanti, kita
lihat macamana Muhammad sangat dipercayai sehingga kalau dia kata ada tentera nak
menyerang dari belakang bukit pun kaum dia percaya.

2. Muhammad berseorangan di gua hira' kerana dia nak asingkan diri. Kita pun macam tu
kekadang... nak relax. Tapi Muhammad asingkan diri bukan pasal nak relax, tapi pening
kepala dia tengok masyarakat dia yang dah tak betui. Jadi dia memikirkan nasib masyarakat
dia dan macam-macam lagi. Kita pun seharusnya luangkan masa sikit memikirkan nasib
agama dan ummah. Tak sepatutnya kita asyik sibuk memikirkan urusan