Anda di halaman 1dari 3

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan

cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya
dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" -
Surah An-Nahl, Ayat 125

Objektif
• Melahirkan ummah bertakwa dan berhemah
• Membentuk sebuah masyarakat yang berkualiti dan harmoni
• Menanam dan mengamalkan nilai akhlak yang tinggi
• Pengurusan yang cekap dan efisyen

Perkhidmatan Dakwah
Aktiviti utama Bahagian Dakwah dibahagikan kepada 4 unit antaranya :
• Unit Dakwah dan Penerbitan
• Unit Ukhuwwah
• Unit Kariah
• Unit Takmir

Dengan berasaskan unit-unit tersebut, JAIS bergerak ke hadapan membawa harapan agar semua lapisan masyarakat
Islam di negeri ini akan menikmati segala perkhidmatannya yang berkualiti.

Setiap unit mempunyai golongan sasaran tertentu dan setiap aktivitinya adalah berasaskan hasrat masyarakat Islam,
sama ada kerajaan mahupun orang ramai sendiri.

Umpamanya dalam menangani isu remaja bermasalah, Unit Dakwah telah menyediakan Pakej Dakwah bagi
pembangunan belia-belia di negeri Selangor. Pakej ini mengandungi tujuh projek utama yang sedang dilaksanakan.

Pertama : Ceramah Dan Forum Terbuka Pembangunan Kemanusiaan


Objektif utama projek ini untuk mencetuskan kesedaran masyarakat menghayati ajaran Islam yang sebenar. Dengan
itu diharap golongan remaja dapat mendekati agama sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah.

Ceramah dan forum terbuka telah diadakan di tempat-tempat awam yang sering menjadi tumpuan seperti pusat
membeli-belah, pasar malam, perhentian bas, taman rekreasi dan tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan anak-
anak muda.

Penceramah-penceramah adalah terdiri daripada Ustaz Ismail Kamus, Dato' Dr Harun Din dan Dr Hassan Ali.
Aspek akidah, akhlak dan ibadah ditekankan agar orang ramai dapat membina kekuatan dalaman yang ampuh.

Kedua : Kursus Belia Berwawasan


Dalam kursus-kursus yang dijalankan, objektif utamanya adalah untuk membentuk sikap positif dan proaktif di
kalangan belia beliawanis di samping menyemai nilai-nilai murni yang baik kepada mereka. Justeru itu mereka
memerlukan pengisian jiwa yang mantap dan penuh keimanan agar mereka melangkah ke hadapan dengan penuh
keyakinan.

Dengan kerjasama erat antara cendiakawan dan para ilmuan tempatan dari pusat-pusat pengajiam tinggi, satu modul
kursus penghayatan Islam telah disediakan.
Pusat Dakwah Selangor di Sabak Bernam menjadi tumpuan para belia untuk mengikuti kursus jangka pendek yang
berbentuk motivasi, halaqah, latihan berkumpulan, fardhu ain, kaunseling dan simulasi fikiran. Oleh kerana PDS
tidak dapat menampung permintaan sepenuhnya dari orang ramai, Pusat dakwah telah dibuka di Masjid Negeri di
Shah Alam pada musim cuti sekolah.

Ketiga : Kursus Remaja Masjid


Objektif utamanya adalah untuk melibatkan remaja secara aktif bersama-sama mengimrahkan institusi masjid.

Setelah belia-belia mengikuti kursus belia berwawasan, JAIS akan membuat kerja-kerja 'follow-up' bagi
membolehkan mereka meneruskan gaya hidup Islam yang sejati. Dengan sebab itu kursus remaja masjid yang
pertama telah diadakan di Masjid Sg Serdang Klang. Dengan sokongan tenaga muda ini, diharap hasrat kerajaan
untuk menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat setempat akan tercapai.

Pendekatan ini seterusnya diharap dapat membantu masalah sosial yang sering dikaitkan dengan remaja seperti
masalah lepak, dadah, seks luar nikah dan sebagainya. Program yang baik ini akan dijalankan di tempat-tempat lain,
dengan memberi tumpuan di tempat-tempat yang berisiko tinggi seperti kawasan perindustrian.

Dengan adanya kerjasama masjid, masyarakat setempat dan pusat-pusat pengajian tinggi, program ini akan lebih
berkesan dan konfrehensif.

Keempat : Program Asrama Angkat Pekerja Industri (Kilang)


JAIS telah menyediakan wadah ini khas bagi belia-belia yang bekerja di kilang-kilang memandangkan mereka
kurang berpengetahuan agama yang merupakan faktor utama masalah keruntuhan akhlak.

Justeru objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman Islam dan penghayatan agama, sehingga mereka
dapat membentuk peribadi insan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia dalam sebuah negeri maju seperti
Selangor.

Bagi merealisasikan hasrat ini, JAIS telah melatih fasilitator atau pemudahcara daripada kalangan belia dan
beliawanis kilang. Mereka sendiri yang akan mengendalikan program ini, di mana pengisiannya mengandungi
ceramah agama, motivasi, kaunseling dan kelas kemahiran seperti menjahit, memasak, senaman dan pasukan
beruniform. Beberapa buah kilang di Lembah Klang telah dikenalpasti bagi melaksanakan tujuan ini.

Kelima : Program Masjid Sebagai Rumah Perantaraan Bekas Penagih Dadah


Program ini adalah suatu pendekatan khusus bagi memulihkan bekas-bekas penagih dadah yang pernah kecundang
dalam arus perdana kehidupan.

Setelah mereka dipulihkan di Pusat-pusat Serenti di seluruh negara, mereka akan menyertai program ini sebelum
dibebaskan sepenuhnya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah motivasi, bimbingan fardhu ain, gerak amal membersihkan sekitar
masjid dan berjemaah setiap waktu sembahyang.

Langkah ini sebagai dos tambahan untuk membina insan yang benar-benar beriman, berkeyakinan dan berpegang
teguh dengan ajaran Islam.

Sebanyak sembilan buah masjid telah menyertai program ini yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar
Selangor dan jumlah masjid yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa.
Keeenam : Kursus Perkahwinan
Jadual Kursus Pra-Perkahwinan dan Rumahku Syurgaku [Jun 1996 - Disember 1996]
Ketujuh : Program Amar Ma'ruf Nahi Mungkar (BADAR)
Program ini telah dilancarkan penubuhannya oleh YAB Menteri Besar Selangor pada 9 Februari 1994. Tujuannya
adalah untuk membendung kegiatan maksiat dan gejala tidak sihat terutama yang melibatkan anak-anak muda Islam.

Di antara objektif BADAR ialah :


• Melahirkan satu generasi muda yang bersemangat waja, progresif dan berketrampilan.
• Memupuk jiwa anak-anak muda agar sentiasa peka, proaktif dan berdaya tahan lama menghadapi
gelombang pembangunan dan arus kehidupan.
• Menyemai nilai-nilai murni dan menjalin muhibbah di kalangan semua lapisan masyarakat.

Pengisian program ini terdiri daripada tiga perkara berikut :


• Rondaan dan tangkapan
• Bimbingan dan kaunseling
• Ceramah dan Halaqah (LDK)

Pendekatan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Demikianlah pendekatan yang diambil oleh JAIS
dalam menangani isu-isu pembangunan sosial. Setelah anak-anak diberi didikan fardhu ain di sekolah-sekolah
Agama, mereka berpeluang pula menyertai pakej dakwah pembangunan belia yang berjalan sekarang.

Namun begitu, langkah penguatkuasaan undang-undang adalah tindakan terakhir yang sangat diperlukan. Bagi umat
Islam yang melakukan perkara-perkara sumbang BADAR akan melakukan penguatkuasaan dalam usaha mencegah
kemungkaran. Mereka yang terlanjur akan cuba dipulihkan melalui kaedah kaunseling dan ceramah kesedaran.

Setelah dua tahun program ini dilaksanakan, beberapa kaedah dan pendekatan baru telah dikenalpasti. Melalui
kaedah baru, perlantikan pegawai dan Jawatankuasa Kariah 1995, masjid-masjid dikehendaki menubuhkan biro
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar atau BADAR, selain biro tarbiyah, ekonomi dan kebajikan. Biro ini akan menjaga
tatasosial anak-anak muda.

Jika mekanisme ini dapat berjalan dengan baik di seluruh masjid-masjid di negeri Selangor, maka peranan masjid
akan lebih bermakna dan fungsinya sebagai pusat kegiatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. langkah ini turut
akan membangkitkan peranan NGOs dalam menangani isu-isu sosial yang selama ini lebih bergantung kepada pihak
kerajaan.