Anda di halaman 1dari 4

SIFAT-SIFAT MEREKA YANG HIDUP UNTUK ISLAM

Apakah Islam

Gambaran yang jelas ternyata di dalam susunan berikut :

i) Allah s.w.t tidak semata-mata sebagai sembahan kita bahkan ia juga merupakan kuasa
tertinggi dalam penciptaan hukum-hukum.

ii) Iman kepada Allah s.w.t dan taat kepada undang-undang ( hukum-hukum ) Nya adalah tidak
boleh dipisahkan ( diasingkan ) di dalam konsep Tauhid. Jika ditolak (diingkari ) salah satunya
maka bererti menolak kedua-duanya sekali.

iii) Dimaksudkan dengan undang-undang yang wajib di taati itu ialah hukum-hukum yang diturunkan
oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya melalui para Rasul Nya, dimana hukum atau peraturan
tersebut bertujuan untuk memperbetulkan pandangan dan konsep hidup kita serta memperbaiki
tingkahlaku serta aktiviti kita di dalam kehidupan individu dan jamaah ummah.

iv) Dasar da’wah al Quran adalah membawa manusia hari ini tunduk dan patuh serta setia kepada
undang-undang ( hukum-hukum ) yang diturunkan oleh Allah s.w.t itu dengan mengenepikan
kebebasan diri masing-masing. Inilah yang dimaksudkan dengan kalimah al Islam di dalam al
Quran. Atau dengan lain perkataan, apabila seseorang itu berkata , saya taatkan Allah s.w.t,
tetapi ia enggan tunduk dan taat kepada undang-undang ( hukum atau peraturan ) yang dibawa
oleh Rasulullah s.a.w dan tidak mahu langsung mengenepikan kebebasan dirinya, maka orang itu
tidak dianggap Muslim sebenarnya pada nilaian Islam.

Jika diteliti dan difahami betul-betul akan susunan tersebut di atas maka yakinlah kita bahawa
hakikat hidup beragama bagi orang-orang Islam itu tiada yang lebih besar lagi daripada kepatuhan dan
penyerahan diri kepada Allah s.w.t . Ini adalah kerana hubungan Muslim dengan Allah s.w.t itu adalah
wujud dengan adanya ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada undang-undang Allah s.w.t yang
disebut sebagai Asy Syariah itu. Jika tiada ketaatan tersebut maka tidak bererti lagi hubungan
seseorang itu dengan Allah s.w.t.

Ciri-ciri Penghayatan Islam

Mujahid Fathi Yakan telah membuat penjelasan di dalam kitabnya, “ Maza Ya’ni Intima’ al Islam “,
tentang apakah yang sepatutnya kita lakukan untuk menghayati Islam. Antaranya beliau menyatakan,
jika saya seorang lyang menghayati Islam dan hidup untuk memperjuangkan Islam maka sudah
semestinya bentuk serta corak hidup saya berbeza dengan manusia lain dari segi :

i. Benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam. Ini disebabkan Iman itu bukanlan dengan angan-
angan dan cita-cita semata-mata. Ianya adalah apa yang terpahat di dalam lhati dan dibuktikan
dengan amalan. Di dalam al Quran banyak ayat-ayat yang menghubungkan di antara Iman dan 'Amal.
Contohnya ayat di dalam surah Al Asr. Dalam hubungan ini juga Allah s.w.t memberi peringatan di
dalam firman Nya:

K2MQ19 ( Hidup Untuk Islam ) 39


Terjemahan :

“ Mengapa kamu menyuruh orang lain ( mengerjakan ) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
( kewajiban ) mu sendiri, padahal kamu membaca al Kitab ( Taurat ) ?. Maka tidakkah kamu
berfikir ?. “
( Surah al Baqarah : 44 )

ii. Mengutamakan kepentingan Islam walaupun di mana sahaja . Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan
kita dengan sabda baginda yang membawa maksud : “ Sesiapa yang berpagi-pagi tidak mengambil
berat perihal orang-orang Islam , maka ia bukanlah dari golongan mereka. Maka Rasulullah s.a.w
menjelaskan : Engkau memegang poin-poin penting dari poin-poin Islam, maka awaslah jangan sampai
musuh melolosi dari penjagaan engkau “

iii. Merasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah s.w.t . Ini adalah sifat orang-orang
Mu’min. Allah s.w.t telah mengingatkan orang-orang Mu’min di dalam al Quran al Karim agar jangan
merasa lemah dan dukacita kerana orang-orang Mu’minlah yang lebih tinggi ( mulia ) sekiranya mereka
benar-benar beriman dengan Allah s.w.t.

Terjemahannya :
“ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-
orang yang paling tinggi ( darjatnya ), jika kamu orang-orang yang beriman . “
( Surah ali ‘Imran : 139 )

Adalah diriwayatkan bahawa ketika orang-orang Islam berhijrah ke Habsyah dan mereka masuk
meminta pertolongan daripada Raja Najasyi, maka paderi dan pendita yang ada ketika itu meminta
mereka sujud sebagai menghormati raja mereka.
Tetapi Ja’afar bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab yang bermaksud : Kami
tidak sujud melainkan kepada Allah s.w.t.

iv. Sentiasa bekerja untuk Islam dan bekerjasama ( ta’awun) dengan aktivis-aktivis ( mujahid-mujahid
) Islam yang lain. Apabila kita mengaku Muslim, maka seharusnya kita bekerja untuk Islam. Kita
perlu bekerja di dalam satu jamaah dan bekerjasama dengan mujahid-mujahid Islam di dalam
berda’wah kepada Allah s.w.t, menyuruh mereka melakukan kebaikan dan mencegah mereka daripada
melakukan kemungkaran. Sewajarnya kita bekerja keras untuk melahirkan individu Muslim,
rumahtangga Muslim, masyarakat Muslim dan pemerintahan Muslim serta Daulah Islamiyyah. Dalam
K2MQ19 ( Hidup Untuk Islam ) 40
hal ini Allah s.w.t telah berjanji di dalam al Quran al Karim akan memperkuatkan tenaga Muslim itu
dengan saudara-saudaranya.

Firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya :

“ Allah berfirman : Kami akan membantumu dengan saudaramu, dan Kami berikan kepadamu berdua
kekuasaan yang besar, maka mereka tidak dapat mencapaimu; ( berangkatlah kamu berdua ) dengan
membawa mu’jizat Kami, kamu berdua dan orang yang mengikuti kamulah yang menang . “
( Surah al Qashash : 35 )

Selanjutnya Allah s.w.t memerintahkan kita agar bekerjasama dan bantu membantu di dalam perkara
kebajikan dan ketaqwaan serta melarang kita bantu membantu di dalam perkara dosa dan permusuhan.
Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya :

“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan jangan melanggar
kehormatan bulan-bulan haram, jangan ( mengganggu ) binatang-binatang had-ya, dan binatang-
binatang qalaa-id , dan jangan ( pula ) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang
mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah
haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian (mu) terhadap sesuatu kaum kerana
mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka ),
Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong
dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
berat siksa Nya . “
K2MQ19 ( Hidup Untuk Islam ) 41
( Surah al Maa-idah : 2 )

Di samping itu juga terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang berkaitan dengan pembentukan
jamaah tersebut. Antara maksud sabda-sabda baginda ialah :

a. Orang-orang Muslim dengan orang Muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun rapi,
sebahagiannya menyokong dengan sebahagian yang lain.
b. Tangan Allah ( pertolongan ) bersama jamaah, sesungguhnya serigala itu mudah memakan kambing
yang terpencil dari kumpulannyaa.
c. Hendaklah kamu bersama-sama jamaah Muslimin dan pimpinan mereka
d. Berjamaah itu berkah
e. Berjamaah itu rahmat dan berpecah belah itu azab

Demikianlah antara sifat-sifat yang perlu ada pada setiap muslim yang hidup untuk menghayatiIslam.
Sehubungan dengan itu Al Allamah Abul al ‘Ala al Maududi telah menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah
menentukan bagi orang-orang Mu’min itu satu matlamat yang mulia lagi suci dalam semua urusan hidup
ini. Allah s.w.t tidak pernah mengajak manusia supaya bersifat bodoh, merasa lemah dan hina kerana
tujuan hidup Muslim, samada individu atau jamaah umat Islam ialah untuk bekerja sepenuh masa,
tenaga dan kekuatan supaya alam ini seluruhnya menerima, menurut serta melaksanakan syariat Allah
s.w.t. Dalam al Quran Allah s.w.t telah menyebut bahawa orang-orang Mu’min itu adalah sebaik-baik
ummah yang dikeluarkan untuk memimpin manusia seluruhnya. Tugas mereka menyuruh kepada
kema’rufan dand mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah .s.w.t. Firman Allah
s.w.t:-

Terjemahannya :

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan
mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu
lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-
orang yang fasik “
( Surah ali ‘Imran : 110 )

Wallah hu ‘Alam.

K2MQ19 ( Hidup Untuk Islam ) 42

Anda mungkin juga menyukai