Anda di halaman 1dari 3

 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

1. GAYA HIDUP LESTARI

 2. PENGLIBATAN INDIVIDU DALAM PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

 GAYA HIDUP LESTARI

3 nilai utama: - Amalan bersederhana

dalam kehidupan seharian.

- Berbelanja menurut

kemampuan dan keperluan,

bukan gaya dan pengaruh

iklan.

- Pelestarian alam sekitar.

Masyarakat lestari - Masyarakat yang hidup dalam batasan yang ditentukan oleh alam
semulajadi dgn mengamalkan penggunaan maksimum sumber yang boleh diperbaharui, kitar
semula, pemuliharaan dan kawalan.

Amalan hidup sederhana - tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala segi, khususnya yang
melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup.

Kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat
dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum.

Sederhana dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan
matlamat untuk menurut aurat.

Kepengunaan lestari juga mementingkan alam sekitar.

Banyak barang dan perkhidmatan mesra alam yang mematuhi pelbagai piawaian alam sekitar.

Gaya hidup lestari mestilah berasaskan prinsip pengurusan lestari alam sekitar supaya pengguna
membeli mengikut keperluan dan tidak berlebihan.

Ini penting kerana penghasilan semua barang atau perkhidmatan memerlukan sumber asli yang
semakin sedikit iaitu bahan mentah, galian, air, bahan api fosil, pokok dan sebagainya.

Selain itu, semua proses dalam kitar hayat sesuatu barang menghasilkan karbon yang tidak
sedikit daripada penjanaan sumber asli, pemprosesan, pengangkutan, penggunaan dan
pelupusan.
Konsep kepengunaan lestari mengajar kita untuk lebih prihatin, saintifik dan cuba memahami
falsafah dan menghayati cara hidup hakiki.

Kita juga perlu lebih banyak berfikir dan tidak terikut-ikut dengan trend semasa.

Kita mesti mengurangkan penghasilan sisa dan mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga,
air dan bahan mentah dalam kehidupan harian.

Amerika Syarikat telah memulakan inisiatif mengurangkan pelepasan gas-gas rumah kaca dari
sektor automobil 25 peratus menjelang 2016 berbanding 2006.

 PENGLIBATAN INDIVIDU DALAM PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Memelihara - menjaga, melindungi, dan membela sesuatu dengan baik.

Memulihara - memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Memelihara alam - menjaga dan melindungi, alam ini daripada dirosakan.

Memulihara alam - mengembalikan alam kepada habitat asalnya seperti menanam semula
tumbuh-tumbuhan yang telah dimusnah atau di tebang supaya habitat alam kekal dengan baik.

 Bagaimanakah kita memelihara alam???

Mengamalkan hidup sederhana.

Mengawal penebangan hutan.

Merancang kawasan perindustrian dengan baik.

Mengekalkan habitat haiwan.

Mengawal penggunaan bahan-bahan kimia, racun, galian dan sebagainya.

Mencarigali bahan galian seperti petrolium tanpa mencemarkan dan memusnahkan alam
sekitar.

Banyakkan kegunaan beg kertas atau beg kitar semula daripada menggunakan beg plastik.

 Bagaimanakah kita memulihara alam?

Menanam semula pokok-pokok yang telah dimusnahkan.

Menimbus semula kawasan lombong yang telah ditinggalkan.

Kitar semula – 3 R – recycle, reuse & reduce.

Pengurusan yang baik dalam pembangunan supaya boleh memajukan negara tanpa mengancam
alam sekitar.
 RUJUKAN

http://chem.eng.utm.my/staff/zaini/images/DOCUMENTS/gaya-hidup-lestari-1ogos2008.pdf

http://www.fkkksa.utm.my/index.php/Latest-Minda-Lestari/Hijrah-ke-arah-gaya-hidup-
lestari.html

www.pislam.edu.my/portal/index.php?option=com

Anda mungkin juga menyukai