Anda di halaman 1dari 5

Tentang Yakjud Makjud

Ini hanya gambaran, bukan benda yang dicerita di bawah.

Anda sekelian, saya telah menerima satu e mail dari seorang kawan penyair di Terengganu.
Mungkin anda sudah membaca dan menerima e mail seperti ini. Tapi apapun, ada baik ia
dikongsi sebagai satu ilmu.

-azizi hj abdullah

Bismillahirrahmanir rahim…

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan


mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di
bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini
telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke
dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan
awam ...

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar
eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harus diberitahu,” kata
sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”. Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia
besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau
berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia
satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.

“Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka
Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan
situasi ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini
mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini.
Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-
rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan.
“Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia
biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan
mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”
“Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan
yang teruk di bawah Bumi”.

“Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini
suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek
Navajo Lama.

Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat
besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu
menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang
belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan
beliau bersama rokoknya.. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan
terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit
anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan
mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum
Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka
makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka
dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek
yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara
genetiknya ?” Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka
boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang
yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.. Adakah makhluk itu musuh dan suka
berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan
simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa –
telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan
mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari warta wan ,
jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk
disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang
terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika
sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif
dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan
“teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan
sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang
berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah
bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada
makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan
bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan
kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di
(muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka
dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di
dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai
Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata
Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab
yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).. Hingga apabila sampai ke tempat terbit
matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak
menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89
dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua
gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti
pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu.

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu
pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik,
maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding
antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain:
‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun
berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain
berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji
Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat
92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki
itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj
mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh
apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

http://groups. yahoo.com/ group/malaysiari a/join


Misteri Yakjuj & Makjuj

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib


Oleh Nasron Sira Rahim

DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang
melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka
bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi
penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus
menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia
umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan
muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat
untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau
penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru
ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah
terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat
tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-
Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar
berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj
bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada
keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki
Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina
tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj
dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala
kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah
berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu
jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu
suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain,
sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka
dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding
antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya
adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku
membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah
Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia
pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.
“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah
datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu
adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila
dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat
yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba
terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya
kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang
membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di
kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat
Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka
bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga
cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah
berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di
tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa
Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas
Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud
sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok
dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah
mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka
dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah
akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila
hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.
Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan
bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu
menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman
berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda
kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan
ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj
dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk
mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan
akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka
yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti
firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam
kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj
Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan
minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan
mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul
selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan
kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya
menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?

Anda mungkin juga menyukai