Index 2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

BM :SPM - Esei Contoh

(Sep 11, 2009 at 11:33 AM) - - Last Updated (Oct 18, 2009 at 09:14 PM)

Oleh,
Pn Lai Ket Ching
Guru Cemerlang Bahasa Melayu
SMK Kunak, Sabah
Â
SPM 2008 – KARANGAN A
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai.
Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana kita akan
mewariskannya kepada generasi akan datang. Seharusnya, alam ini perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya, dijaga
dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun, keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa
dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia. Manusia
lebih sibuk mengeksploitasi alam sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan akibatnya
kepada alam sekitar. Antara yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini adalah sungai. Jesteru, punca-punca yang
menyebabkan pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana adakah kita mahu menunggu sehingga sungai
di negara sudah teruk tercemar barulah kita hendak mengambil tindakan, seperti kata pepatah, sudah terhantuk baru
terngadah?
           Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap da
buangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal ini kerana,
pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-plastik sampah dan bahan-
bahan terbuang yang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna sungai akan bertukar daripada jernih kepada
kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri, jika kita lihat sungai-sungai di kawasan
bandar mahupun di kawsan kampung, keadaan sungai adalah keruh dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di
permukaan sungai. Kesannya, hidupan akuatik akan musnah dan sumber air manusia akan tercemar serta
menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, pembuangan sampah ke dalam sungai boleh
menyumbangkan kepada pencemaran sungai.
           Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran sungai. Kilan
yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sisa-sisa daripada kilang mereka ke dalam sungai
sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai, pengusaha kilang dapat
menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Kesannya, sungai akan dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan-
bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai untuk didiami hidupan-hidupan akuatik.
Jesteru, pengaliran sisa dari kilang memberikan kesan
buruk kepada sungai.
           Punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan. Apabila poko
pokok ditebang, tanah akan terdedah kepada hakisan daripada air hujan kerana pokok-pokok tidak lagi menaungi tanah
daripada hakisan terus daripada air hujan. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai menjadi lebih cetek
kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang ke dalam sungai juga
akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Kesannya, fenomena seperti banjir kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk
tujuan domestik akan menurun berikutan adanya mendapan yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, kegiatan
pembalakan dapat memberikan kesan buruk kepada sungai.
           Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih
mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pihak
kerajaan seharusnya menjalankan langkah yang lebih proaktif dengan mengadakan lebih banyak kempen kesedaran
tentang pentingnya menjaga sungai, mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-pihak yang melakukan
pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap terhadap tahap kualiti air sungai di negara kita.
Diharapkan, pencemaran sungai dapat diatasi dengan segera agar generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar
yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.
Nota:Â Kekuatan contoh karangan ini :
·        susunan isi yang mantap
·        penggunaan kosa kata
·        ungkapan menarik
           Kelemahan :
·        penanda wacana (jesteru)
·        kata pemeri (adalah)
SPM 2008 – KARANGAN B
Soalan 3 – Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan
negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
Â
           Mutakhir ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang membabitkan penya
demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian
yang paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah
nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan
professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang
menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut ini seraya mengaplikasi langkah-langkah yang boleh
http://www.mgcsabah.com - mgcsabah.com Powered by Mambo Generated:18 November, 2010, 07:40
dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama.
           Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan displin diri. Nyamuk aedes terutam
amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang
rumput antara waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh komuniti
remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk
mendapatkan mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja.
           Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana yang telah kit
maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-
telurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di
Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh mereka. Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh
ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya.
Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidak terencat di tempat-
tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari.
           Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisma y
ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata
dipejamkan, tiba di perut dikempiskan. Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar
kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah
merupakan langkah menangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih
prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak
takungan air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak.
           Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik da
profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar secara
tidak langsung perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana
masing-masing bersikap optimis dan ringan tangan antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk
aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapapt dihapuskan dan meyelamatkan
nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada mengubati.
           Prakarsa seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewn Bandaraya di setiap nege
ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap akhir
bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu,
pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah
yang membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak
berkenaan tidak sepatutnya memandang enteng terhadap permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang
bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya.
           Sehubungan dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif yang mapa
wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak inigin melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka
seharusnya diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa yang
sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas
terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap
profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang
melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit.
           Setiap lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar pembiaka
nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat. Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni
dengan masyarakat yang sejahtera jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana
jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag individu itu, indivudu yang bebas
daripada penyakit seperti demam denggi merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan.
Â
Komen: Sebuah karangan yang berkualiti – memenuhi kriteria-

               kriteria untuk  memperoleh peringkat cemerlang.

http://www.mgcsabah.com - mgcsabah.com Powered by Mambo Generated:18 November, 2010, 07:40

Anda mungkin juga menyukai