Dalam Konteks Malaysia, terdapat suatu polemik dalam kalangan sejarawan tentang kesan
Sarawak dan Borneo Utara. Selanjutnya perbahasan ini juga turut mencakupi perkembangan
ekonomi dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke 19 hingga Abad ke 20.
Perkembangan ini seterusnya menjadi suatu isu yang berbangkit iaitu antara kesan positif
atau negetif Kolonialisme barat Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Yang manakah yang
dilihat sebagai faktor dominan ke atas Sosioekonomi Malaysia pada zaman tersebut. Oleh itu,
bagi merungkai persoalan ini, kita harus memahami akan erti Kolonialisme dan
Sosioekonomi itu sendiri.Oleh itu, Kolonialisme bermaksud usaha untuk menguasai sesebuah
wilayah dengan mengendalikan urusan dalaman negeri itu bagi kepentingan pihak penjajah
khususnya dari aspek politik dan ekonomi1 Sosioekonomi pula bermaksud suatu kajian
tentang perkembangan negara yang berhubung rapat dengan aspek ekonomi dan aspek
kemasyarakatan.2 Selanjutnya pula, kita akan memecahkan lagi aspek Kemasyarakatan itu
kepada beberapa subsektor iaitu soal kesihatan , pendidikan, taraf hidup masyarakat dan
sebagainya manakala aspek ekonomi itu sendiri pula boleh dipecahkan kepada beberapa
buah sub-bidang seperti modal, teknologi, buruh dan keusahawan 3 . Oleh itu esei ini akan
dengan melihat kepada aspek kemasyarakatan dan ekonomi yang menjadi subbidang kepada
kesan positif kolonialisme barat adalah lebih dominan sebanyak seratus peratus di Tanah
1
Khoo Kaj Jin, “Kedah diantara Imperialisme dan Kolonialisme: 1880-1909”. Dalam Kolonialisme di Malaysia
dan di Negara-negara lain. Senggaraan Cheah Boon Keng dan Abu Talib Ahmad. Fajar Bakti, Petaling Jaya,1990
ms181
2
Teuku Iskandar, Kamus Dewan Edisi ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,1998. ms 1301
3
Ibid
1
Melayu dan Sabah dari aspek ekonomi. Tetap bagi Sarawak, saya melihat unsur-unsur
ekonomi dan kemasyarakatan adalah tidak wujud sama sekali sebagai kesan positif
Aspek Ekonomi.
Kesan utama yang boleh dilihat sebagai suatu kesan positif kolonialisme keatas Tanah
Melayu pantai barat ekoran daripada dasar British yang berusaha untuk memajukan negeri
negeri melalui usaha usaha memanipulasikan sumber tempatan khususnuya bidang pertanian
dan perlombongan4. Kesan ini adalah kesan positif kolonialisme barat dari segi ekonomi.
Misalnya pada tahun 1876, pendapatan bagi seluruh negeri naungan British iaitu Perak,
Selangor dan Sungai Ujung adalah sebanyak $560,977 telah meningkat sebanyak $3.5million
5
pada tahun 1888 dan seterusnya meningkat pada tahun 1894 sebanyak $4million.
Selanjutnya, perkembangan ini banyak didorong oleh sikap British yang mengamalkan dasar
perdagangan bebas yang lebih mementingkan keuntungan dan kos yang minimum diatas
perdagangan yang ditentukan oleh kuasa pasaran.. Oleh itu, selaras dengan dasar ini. Pihak
Inggeris telah menggalakkan pelabuara asing eropah dan cina ke negeri negeri Melayu bagi
memajukan ekonomi di Malaya khususnya di Selangor, Perak, dan Sungai Ujung. 6 Kesan dari
sikap ini. Pihak British telah berjaya meningkatkan lagi pendapatan dalam negeri itu sendiri
disamping dapat menjadikan Malaya sebagai tempat bagi pihak British mendapat keuntungan
yang lumayan bagi Empayar British .Secara tidak langsung, telah menjadi salah satu kesan
4
P.J Drake, The Economic Development Of British Malaya to 1914: An Essay in Historiography with Some
Question for Historian. Journal Of Southeast Asia.Jil No 10, No 2. ms 273.
5
Ibid
6
Chan Hon Chan, The British Development In Malaya. 1896-1909.Kuala Lumpur: Oxford University Press 1964
ms 275
2
Namun Begitu, bagi kes Sarawak, kolonialisme dari sudut pendapatan negara tidaklah
meningkat sebanyak yang diperolehi oleh Tanah Melayu dan Sabah. .Hal yang demikian
kerana, kerajaan Brooke tidak mahu menggalakkan pelaburan besar besaran seperti dasar
yang diamalkan British di Tanah Melayu dan Sabah. Hal ini bersesuaian dengan dasar
peramanahan yang dilakukan oleh Brooke lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Charles
Brooke) harus melindungi para penduduk peribumi daripada eksploitasi daripada pihak asing
seperti Broker, Pelabur dan sebagainya. 8 Pihak Brooke hanya membenarkan sebahagian kecil
sahaja pelabur barat datang ke Sarawak. Misalnya, pihak Brooke telah membenarkan syarikat
Borneo Compony Limited untuk melabur dalam industri industri tertentu seperti emas di Bau
pada tahun 1884 disamping dengan pelombong cina di Bau yang telah mengusahakan emas
9
sejak tahun 1842 lagi. Kesannya, pendapatan keluarga Brooke sepanjang pemerintahan
mereka tidak memperolehi hasil yang lumayan seperti di Tanah Melayu. Sebagai contoh,
pada tahun 1880an pengeluaran dalam negeri Sarawak bagi sektor eksport adalah sebanyak $
1,076,828 pada tahun 1882-1883 berbanding dengan negeri negeri pantai barat Tanah
Sabah, keadaannya adalah hampir sama dengan Tanah Melayu iaitu keadaan kewangan
yang stabil serta penjanaan keuntungan yang tinggi kepada poket Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British. Hal ini disebabkan oleh faktor penubuhan SBBU itu sendiri yang
mementingkan keuntungan kepada para pemegang saham pada penjimatan kos pada kadar
7
Ooi Keat Gin, “Negeri-negeri di Sarawak dan Borneo Utara 1850-1941”, Dalam Sejarah Kenegaraan dan
Politik, Senggaraan Abdul Rahman Haji Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 ms 205.
8
Ibid
9
Amarjit Kaur. The Babling Brooke: Economic Change In Sarawak 1841-1941.Modern Asian Studies jil 29 No 1,
1995 ms75-76
10
Cleary.M.C, Indigenous Trade and European Intervention in North West Borneo c. 1860-1930. Modern Asian
Studies,Jil30,No 2 1996.ms 313
3
yang minimum khususnya dalam sektor perladangan dan perlombongan. 11Dalam hal ini kita
boleh melihat kepada keadaan kewangan Sabah pada tahun 1876-1880 adalah sebanyak
$167,254 dolar pada yang merangkumi berbagai-bagai sektor ekonomi seperti produk laut,
produk tempatan, dan produk pembuatan. menimngkat kepada jumlah perdagangan sebanyak
12
$11,680,614 pada tahun 1929. Peningkatan ini banyak didorong oleh sikap pemerintah
menggalakkan suatu bentuk pentadbiran yang sophisticated, tersebar luas serta berhati-hati
dalam mengadakan suatu sistem perdagangan yang sesuai bagi negeri Sabah agar para
Pembangunan pengangkutan darat di Tanah Melayu adalah lebih baik berbanding dengan
Sabah dan Sarawak.Hal ini disebabkan oleh dasar British yang amat memerlukan sektor
pengangkutan bagi mengangkut pekerja lombong dan estet, mengangkut hasil hasil ekonomi
seperti Bijih Timah ke pelabuhan pelabuhan terdekat seperti Singapura, Port Swetenham dan
Pulau Pinang agar sumber sumber tersebut dapat dihantar ke pasaran eropah. 13 Tambahan
pula British telah merangka suatu tindakan yang bijak dengan membina jaringan
pengangkutan di kawasan yang strategik dan mempunyai nilai nilai ekonomi agar tidak
menjadi beban kepada kewangan British di Malaya. seperti Hal seperti ini telah oleh Frank
Sweetenham yang mengatakan bahawa pembangunan Malaya adalah berkait rapat dengan
kewujudan suatu sistem pengangkutan yang cepat, efisen dan komunikasi yang berkesan
khususnya keretapi. Beliau menganggap bahawa pengangkutan darat yang teratur bagi Tanah
Melayu akan menaikkan kadar pendapatan ekonomi kerana segala sumber ekonomi iaitu
11
M.C. Cleary, Indigeneous Trade And European Intervention In North West Borneo 1860-1930. Modern Asian
Studies,Jil 29, No 1. ms 315
12
ibid
13
Chan Hon Chan, The Development of British Malaya, Kuala Lumpur:Oxford University Press, 1964 ms180
4
bahan mentah dapat dihantar dengan segera ke pasaran.14 Kesan daripada perlaksanaaan dasar
seperti ini kita telah melihat perkembangan pengangkutan darat khususnya keretapi. Pada
tahun 1886, Pengangkutan keretapi adalah disekitar Taiping hingga ke Port Weld(Kuala
Sepetang) telah meningkat kepada jaringan pengangkutan dari Singapura hingga ke Prai di
Pulau Pinang pada tahun 1910 dengan peningkatan sebanyak 470 km.Hal ini telah membawa
kesan bukan sahaja keatas ekonomi Tanah Melayu tetapi juga kepada masa perjalanan antara
kawasan di Malaya iaitu masa perjalanan adalah lebih singkat berbanding sebelumnya.15
Pembangunan pengangkutan darat di Sabah tidak berjalan pesat seperti di Tanah Melayu.
Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh keadaan muka
bumi yang bergunung ganang serta berbukit bukau di Borneo Utara telah mengekang hasrat
SBBU untuk memperluaskan lagi jaringan infrastruktur di Sabah. Pihak Syarikat sedar
memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan. Oleh itu pihak SBBU hanya membina
jaringan pengangkutan yang dapat ditembusi oleh pihak British di Sabah dan mempunyai
nilai-nilai penting bagi pihak Syarikat . Misalnya, pihak SBBU telah membina satu rangkaian
keretapi sepanjang 90km dari Jesselton(Kota Kinabalu ) ke Tenom pada tahun 1904 agar
kawasan kawasan tersebut lebih maju.16 disamping membina jalan di bandar-bandar tertentu
pertanian telah dibina disepanjang laluan tersebut. Hal ini secara tidak langsung telah
menyebabkan pertumbuhan ekonomi bagi negeri Sabah secara tidak langsung telah
14
Chan Hon Chan, The British Development In Malaya(1896-1909) Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1964.ms184
15
Ibid ms 183.
16
F.G. Wheelan.History Of Sabah. Kuala Lumpur: Mac Millan Co(PvT) Ltd. Hlm 179-181
5
meningkat.17 Tetapi , secara keseluruhannya, sistem pengangkutan di Sabah tidak meningkat
Sama seperti Borneo Utara, hasrat untuk membangunkan sistem pengangkutan darat di
Sarawak tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh keadaan muka bumi Sarawak yang
berbukit bukau, berpaya, sungai yang deras dan sebagainya. Dan keadaan ini sudah pastinya
akan memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan bagi membina satu jaringan
pengangkutan yang dapat menghubungkan seluruh Sarawak. Oleh itu, kerajaan Brooke hanya
dapat membina jaringan pengangkutan yang strategik bagi negeri Sarawak.Ini membawa
mempunyai bahan mentah yang menguntungkan bagi negeri Sarawak. Misalnya, Brooke
hanya membina Jalanraya di Bandar bandar tertentu Kuching, Miri, Sibu serta sedikit Jalan
17
F.G Wheelan, History Of Sabah.Kuala Lumpur: Mac Millan Co(PVT) Ltd, ms 181
18
Jalan kereta api ini telah ditutup oleh Charles Vyner Brooke disebabkan oleh kos operasi yang tinggi serta
tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat.
6
Aspek kemasyarakatan yang merupakan aspek yang penting didalam bidang Sosioekonomi
Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Bagi Tanah Melayu, aspek kemasyarakatan yang utama
iaitu aspek kesihatan awam. Bagi Malaya, kesihatan awam berada dalam keadaan baik
berbanding Sabah dan Sarawak. Hal yang demikian kerana, pihak British sedar akan
keperluan kesihatan awam di Tanah Melayu terutamanya selepas peristiwa pada tahun 1883
dan tahun 1884 apabila berlakunya wabak beri-beri yang menimpa para pelombong Bijih
Timah hingga membunuh 2,917 kematian di Larut dengan kes jangkitan sebanyak 22,258
orang.19 Daripada kesedaran itu, kerajaan British telah melakukan tindakan tindakan bagi
mengawal serangan penyakit itu daripada merebak. Oleh itu, British telah menubuhkan
beberapa buah jabatan bagi mengendalikan soal kesihatan awam di Tanah Melayu. Misalnya
di Perak, pihak kerajaan telah menubuhkan Badan Sanitari pada tahun 1899 bagi menangani
wabak yang ada di Malaya. Disamping itu, Kerajaan British juga telah menubuhkan jabatan
kesihatan persekutuan bagi menyelaraskan soal kesihatan di Malaya pada tahun 1911. 20
Selain itu, Institut Perubatan Kuala Lumpur turut di tubuhkan pada tahun 1900 bagi
diatasi.21 Semua tindakan tersebut telah memberi kesan positif kepada keatas soal kesihatan di
Malaya.Buat pertama kalinya sistem kesihatan awam moden telah wujud dan diperkenalakan
di Tanah Melayu. Secara tidak langsung turut menjadi kesan positif kolonialisme barat di
tanah Melayu.
19
Chan Hon Chan.The British Development In Malaya(1896-1909) Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1964.ms199
20
Ibid
21
Ibid ms204
7
Bagi negeri Sabah, perkhidmatan kesihatan di Sabah boleh dikatakan agak baik
sungguhpun di Sabah tidak mempunyai jumlah hospital yang banyak seperti di Tanah
Melaya.. Hal yang kerana, pihak SBBU amat menyedari bahawa keperluan kesihatan amat
penting bagi perkembangan ekonomi. Tambahan pula, pada masa itu di Sabah telah terjadi
serangan wabak penyakit seperti Beri-beri, malaria dan sebagainya.Sebagai contoh, pada
tahun 1882, 1000 orang penduduk tempatan telah mati akibat serangan penyakit kolera di
pantai timur Borneo Utara British 22.Oleh itu, pihak SBBU telah menjalankan suatu kajian
tentang punca-punca penyakit tropika yang dihadapi oleh Sabah dengan bantuan daripada
pihak Lembaga Kesihatan Ceylon pada tahun 1912 yang diketuai oleh Sir Allan Pery telah
memutuskan didalam laporannya bahawa salah satu punca merebaknya penyakit di Sabah
adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin B melalui makanan yang tidak berkhasiat
terutamanya beras yang dikilatkan dan beliau telah menggesa pihak SBBU mengambil
langkah untuk mengatasinya.Oleh itu, pihak Syarikat telah membina beberapa buah
tercetusnya perang dunia pertama, terdapat empat buah hospital telah dibina di Borneo
Utara iaitu di Jesselton, Kudat, Sandakan dan Tawau. 23 Secara tidak langsung, telah
Selanjutnya, kita akan melihat kepada perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu
sebagai kesan positif Kolonialisme di Tanah Melayu.Oleh itu, daripada segi pendidikan,
sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah lebih baik berbanding Sabah dan Sarawak. Hal
22
K.G. Tregonning, A history Of Modern Sabah 1881-1963.Kuala Lumpur: University Malaya Press, 1965 .ms156
23
F.G wheelan, A History Of Sabah, Kuala Lumpur:Mac Millan And Co(pvt) Ltd, 1970.ms 183-184
8
yang demikian kerana, pihak British inginkan orang tempatan yang dapat menjadi pegawai
rendah dalam kerajaan British terutamanya anak anak kerabat dan pembesar Melayu. Oleh
itu, pihak British telah menubuhkan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 bagi
melaksanakan sistem pendidikan Tanah Melayu agar matlamat tersebut dapat dicapai. Selain
itu, pihak British juga turut pelajaran bagi sektor pelajaran melayu agar sistem pendidikan
bagi orang orang melayu yang mampu bertukang serta berkebun serta boleh membaca dan
juga turut membina suatu institusi bagi melatih guru-guru Melayu yang akan berkhidmat
sebagai guru di sekolah-sekolah Melayu iaitu Maktab Pendidikan Sultan Idris pada
tahun1922.Tindakan British yang seperti ini telah menyebabkan Tanah Melayu terdedah
kepada sistem pendidikan moden. Hal yang demikian secara tidak langsung menjadi kesan
Sistem pendidikan di Sarawak pada era pemerintahan Brooke adalah tidak begitu baik
berbanding Tanah Melayu. Hal yang demikian kerana, pihak Brooke tidak begitu
kepada pendidikan tidak formal seperti berkebun dan kraftangan selari dengan dasar
di Sarawak. Tambahan pula, pihak Brooke tidak mahu pendidikan barat memberi kesan
kepada budaya tempatan . Sungguhpun begitu, pihak Brooke agak terbuka dengan sistem
pendidikan vernakular Cina dan membenarkan sistem pendidikan china di Sarawak yang
diuruskan oleh komuniti Cina sendiri di Sarawak khususnya dalam kalangan pelombong
cina.26 Tambahan pula, dasar Brooke juga tidak begitu jelas seperti mengenai pendidikan di
24
Chan Hon Chan. Development of The British Malaya(1896-1909), Kuala Lumpur: Oxford University Press,
1964.ms 199
25
Leong Yee Fong, Zaman Penjajahan dan Munculnya susunan Politik Baharu Di Tanah Melayu, dalam sejarah
kenegaraan dan Politik, senggaraan Abdul Rahman haji Ismail. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.2005.
ms 258
26
Ooi Keat Gin, Education in Sarawak, Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. Volume
LXX, Part 2. 1997. ms 53-54.
9
Sarawak menyebabkan agak sukar untuk memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan
Pendidikan di Sabah jugs tidak begitu membangun berbanding di Tanah Melayu. Hal yang
demikian kerana, pihak SBBU menganggap bahawa bidang pendidikan adalah bidang yang
sistem pendididkan di Sabah menjadi sangat lembab. Pendidikan di sekolah hanya dibina
para mubaligh sahaja. Sebagai contoh, Sekolah St Mary telah dibina di Jesselton pada tahun
1883 bagi menerapkan perkembangan sistem pendidikan barat di Sabah. Tetapi dalam masa
yang sama juga turut menerapkan ajaran kristian didalam pendidikannya.disamping dengan
penubuhan beberapa buah sekolah melayu seperti Sekolah Kota Belud pada tahun 1921,
Sekolah Bumiputera Keningau dan sebagainya. Menjelang tahun 1940an. Hanya terdapat 10
buah sekolah Melayu sahaja di Borneo Utara dengan murid seramai 400 serta penubuhan
sekolah cina oleh masyarakat cina sendiri. Ironinya, pihak SBBU telah membina sekolah
latihan anak-anak negeri pada tahun 1915 agar dapat menjadi pegawai tempatan dalam
pentadbiran SBBU. Tindakan menubuhkan selolah latihan ini adalah untuk membina pegawai
tempatan yang dapat menangani urusan kaum bumiputera Sabah dan merupakan suatu usaha
untuk menjimatkan kos kerana para pegawai tempatan ini dapat diupah dengan gaji yang
Kesimpulan
27
F.G. Wheelar. History Of Sabah, Kuala Lumpur: Mac Millan Co (PVT) Ltd.ms 184-185.
10
Kesimpulan yang boleh diambil daripada perbincangan kita tentang kesan positif tentang
kesan positif di Tanah Melayu daripada aspek ekonomi lebih banyak kesan positif
berbanding dengan Borneo Utara dan Sarawak kerana dasar British di Tanah Melayu yang
lebih kepada perdagangan bebas telah menaikkan taraf ekonomi Malaya.Selain itu, kesan
sebab-sebab ekonomi untuk melaksanakan sistem pengangkutan tersebut. Borneo Utara pula
sungguhpun mempunyai pendapatan dalam negeri yang tinggi tetapi gagal membina jaringan
pengangkutan yang bagus kerana kekangan fizikal khususnya muka bumi.Bagi Sarawak pula,
mereka bukan sahaja gagal daripada pendapatan dalam negeri tetapi gagal dalam soal
jaringan pengangkutan kerana kekurangan modal dan muka bumi yang teruk serta
Bagi aspek kemasyarakatan di Tanah Melayu, keadaannya lebih baik kerana pihak British
menyedari bahawa aspek pendidikan dan kesihatan adalah amat penting pihak British sendiri
terutamanya bagi kepentingan dasar beban orang putih yang diamalkan oleh British. Bagi
Sarawak, Brooke tetap gagal memperbaiki taraf hidup masyarakat Sarawak atas kekangan
mewujudkan sistem kesihatan moden di Sabah tetapi SBBU tidak menjalankan sistem
pendidikan yang teratur kerana ianya tidak penting bagi keuntungan syarikat.
Bibliografi
11
Amarjit Kaur.: ” The Babbling Brookes Economic change in Sarawak, 1841-1941” Modern
Asian Studies,Jil.29,No 1.1995.
Chan Hon Chan, Development Of British Malaya(1896-1909).Kuala Lumpur: Oxford
University Press, 1965.
Cleary,M.C. “Indigenous Trade and European Intervention In North West Borneo c. 1860-
1930” Modern Asian Studies, Jil 30, No 2. 1996.
Drake P.J.”The Education Development of Malaya to 1914: An Essay in Historiography with
Some Question for Historian” Journal of Southeast Asian Studies,Jil 10, No.2.1979.
FG.Wheelar, History Of Sabah,Kuala Lumpur: Mac Millan Co(PVT) Ltd. 1970.
12