Anda di halaman 1dari 1

Pendidikan awal bukan semata-mata sebagai asas kemahiran akademik,

tetapi juga pembentukan peribadi serta kematangan emosi dan kemahiran sosial
kanak-kanak.
Kurikulumnya juga perlu berupaya memupuk daya kreativiti, kemahiran berfikir dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama
yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh.
Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif,
kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika.Komponen bahasa dan komunikasi yang melibatkan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Manakala perkembangan kognitif pula
melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa,
konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu
konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.Pendidikan berkaitan dengan akidah,
ibadat, sirah,
akhlak dan asas bahasa al-Quran dan tulisan jawi perlu diajar bagi
kanak-kanak beragama Islam. Begitu juga dengan pendidikan moral yang melibatkan
nilai perkembangan diri, diri dan keluarga, masyarakat, alam sekitar dan
negara.Sementara perkembangan sosio emosi pula untuk membolehkan mereka
mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina
kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam
kehidupan harian.Untuk perkembangan fizikal, mereka perlu dididik untuk menguasai
pergerakan, menjaga kesihatan dari segi pemakanan dan pakaian serta mengenali
bahaya dan langkah-langkah keselamatan.Tidak ketinggalan, kanak-kanak perlu
dikenalkan dengan persekitaran dan keindahan alam, membuat lukisan dan kraf
tangan, muzik dan nyanyian serta komputer dan teknologi bagi meningkatkan
daya kreativiti dan estetika.Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah
menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan
menyeluruh.Sekiranya 6 komponen tersebut dilaksanakan di prasekolah maka kanak-
kanak ini nanti akan bersedia melangkah ke sekolah rendah.
 

Anda mungkin juga menyukai