Anda di halaman 1dari 3

Info Padi | Insentif Peningkatan Hasil (IPH)

Harga Minimum Terjamin (GMP)

Harga Minimum Terjamin Padi (GMP) padi kering dan basah dinaikkan daripada RM 550.00
setan metrik kepada RM 650.00 setan metrik berkuat kuasa 1 November 2006.

Padi Kering dan Basah

 Padi Bersih - Padi ditakrifkan sebagai padi yang bebas dari kandungan kekotoran, padi hampa,
padi rosak atau berpenyakit dan padi muda.

 Padi Kering - Padi kering merupakan padi yang kandungan wap basah / kelembapan adalah
14%.

  Pemutuan

  Insentif Peningkatan Hasil (IPH)

Insentif Peningkatan Hasil (IPH) adalah bertujuan untuk menggalakkan pesawah meningkatkan
hasil pengeluaran masing-masing. Kadar insentif ialah RM 650.00 bagi setiap tan metrik
tambahan hasil dan diberi dalam bentuk wang tunai apabila pesawah menjual hasil padi bersih
kering di pintu kilang meningkat hasil musim semasa sekurang-kurangnya 1% berbanding hasil
musim asas.
 

Hasil Musim Asas Syarat Layak Peningkatan Hasil Hasil Semasa


2000 Kilo 20 Kilo 2020 Kilo
3000 Kilo 30 Kilo 3030 Kilo
4000 Kilo 40 Kilo 4040 Kilo
5000 Kilo 50 Kilo 5050 Kilo

Kenaikan Pekali Hasil Diperolehi


1 Tan 1 x RM 650.00 RM 650.00
500 Kilo 0.5 x RM 650.00 RM 325.00
400 Kilo 0.4 x RM 650.00 RM 260.00
300 Kilo 0.3 x RM 650.00 RM 198.00

Bayaran Minimum IPH

Untuk pesawah yang mengusahakan sawah kurang dari 2.0 hektar, memperolehi peningkatan
sekurang-kurang 1%, bayaran minimum IPH adalah RM 200.00.

Bonus 10 Tan

Untuk Pesawah yang telah berjaya mencapai hasil pengeluaran padi sebanyak 10 tan metrik
sehektar, mereka akan diberi bonus sebanyak RM 650.00 sehektar di samping insentif
peningkatan hasil sebaik sahaja mereka mencapai hasil 10 tan metrik sehektar.

Contoh pengiraan bonus 10 tan untuk pengusaha 1 hektar :-

Perkara Pesawah A Pesawah B


Hasil Musim Asas (Kg) 10000 10000
Hasil Musim Semasa (Kg) 10100 10050
Kenaikan (Kg) 100.00 50.00
Peratus Kenaikan (%) 1.00 0.50
Insentif Peningkatan Hasil (RM) 65.00 Tak layak
Bonus 10 Tan (RM) 650.00 650.00
 

Insentif Pengeluaran Padi

 Insentif Pengeluaran Padi (IPP) adalah bertujuan menampung kos pengeluaran yang ditanggung
oleh pesawah.

Ia akan diberi kepada semua pesawah dalam bentuk :-

1. Bantuan upah membajak bernilai maksimum RM 100.00 sehektar semusim.

2. Bantuan input pertanian seperti baja dan racun bernilai maksimum RM 140.00 sehektar
semusim.

Anda mungkin juga menyukai