Doa Sempena Khatam Al-Quran

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS GRADUASI

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬ ِ ‫ِب ْس ِم‬
َ ‫سالَ ُم َع َلى‬
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد‬ َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َوال‬
َ ‫ َو‬, َ‫هلل َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬
ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
َ‫ص َح ِاب ِه أَ ْج َم ِع ْين‬
ْ َ‫َو َع َلى آلِ ِه َوأ‬
Ya Allah Ya Karim

Kami bersyukur kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan Majlis Khatam Al-
Quran dan Majlis Graduasi peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Matu pada hari ini.

Ya Allah Ya Fattah

Kami memohon kepada-Mu , agar majlis ini diberkati dengan limpahan rahman dan rahim-Mu,
semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Kami merafa’kan kesyukuran kami dengan mengharapkan ihsanMu agar semua murid-murid di
sini akan sentiasa meneruskan dan melanjutkan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik
dan agama.

Ya Allah , Ya Rahman ,

Jadikanlah murid-murid yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran dan murid-murid yang menerima
hadiah dan sijil pada hari ini sebagai murid-murid yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.
Tingkatkanlah prestasi dan potensi mereka agar menjadi hambaMu yang soleh dan solehah serta
berjaya di dunia dan juga di akhirat.
Kami memohon daripada-Mu Ya Allah agar majlis ini juga akan menjadi sumber inspirasi dan
perangsang kepada murid-murid lain untuk turut sama menyertai majlis ini pada masa akan
datang & seterusnya mencapai kecemerlangan untuk diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر أَ ْع َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم ن ْل َقا َك فِ ْي ِه‬ ِ ‫اج َعلْ َخ ْي َر أَ ْع َم‬ ْ ‫ال َّل ُه َّم‬
َ‫ان َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْو ِب َنا ِغالًّ لِ َّل ِذ ْين‬ ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباإلِ ْي َم‬َ َ‫اغف ِْر َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوإلِ ْخ َوا ِن َنا ا َّل ِذ ْين‬
ْ ‫ال َّل ُه َّم‬
‫َءا َم ُن ْوا‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ٌ ‫َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫س َّل َم‬
َ‫العا َل ِم ْين‬ َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai