Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah.

Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.
Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat
dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang
individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan
fizikal dan jasmani diri masing-masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat


dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan
jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan
kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran
pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-
murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat
beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani
membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi
peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang
diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai
budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang
sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
http://notapismp.blogspot.com/2010/09/kepentingan-pendidikan-jasmani-dalam.html

Anda mungkin juga menyukai