Anda di halaman 1dari 4

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin

Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis.


Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya
seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di
Sabah . Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi.
Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami
mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya


program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk
membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya
masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada
kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan
harian,p akaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa


kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari
kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam
yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam
persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan
mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan
lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).
Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah
asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya


menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang
saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari
sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang
mengajar saya (saya panggil > cikgu). "cikgu saya ada beberapa
soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah
cikgu..."

Ustaz itu bersedia.

Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.


Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama
cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan,
antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama
sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir
zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan
kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka


peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana
yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab
pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan
kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya


menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 -

konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa
saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa
saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan
yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana
bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang


berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa
bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta
saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling
menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam


semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang
saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan
ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak
mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan


saya........ ".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh
Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,


saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar
semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak
menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan


keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan


rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama
kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam
gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk
pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3
tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya
banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak
sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin
membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya
mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti
bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan


belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik
saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya
sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap
ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-


buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7
tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana
rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di
Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah
saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya
bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam tu rut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini
saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah
berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu
Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru
setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah
Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa
itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan
semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang
Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit


polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog
dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila
Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah
Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak
belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura
masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif
untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum
'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City Dijampi oleh paderi


Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dul u.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,
Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat
diselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta Insyaallah..
.

Anda mungkin juga menyukai