Anda di halaman 1dari 2

BAB 6

6.0 PENDAWAIAN SESALUR DAN SALUR ( TRUNK I NG )

6 .1 PE NGE NAL AN SIS TE M PE NDAWAIAN SE S AL UR

Sistem pendawaian sesalur merupakan suatu sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada

kebiasaannya bersegi empat dan di pasang secara menegak atau mendatar pada permukaan dinding atau besi

rangka bangunan. Dalam sistem ini kesemua jenis kabel atau wayar sesuai digunakan. Sistem sesalur ini

biasanya digunakan pada pemasangan dalam bangunan-bangunan yang besar seperti kilang, sekolah, bengkel,

pejabat dan tempat yang melibatkan banyak kabel, litar akhir dan bahaya mekanikal.

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN SESALUR

1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.


2. Bangunan besar dan bertingkat.
3. Pemasangan kabel yang banyak.
4. Penambahan litar pada masa akan datang.
5. Memberikan perlindungan mekanikal yang lebih.
6. Keselamatan pada kabel atau wayar dan pengguna dengan lebih baik.

PROSES KERJA PEMASANGAN SESALUR

1. Laluan sesalur yang hendak dipasang mestilah ditentukan terlebih dahulu bagi memudahkan kerja
pemasangan. Mulakan kerja di tempat yang lebih senang dipasang.

2. Sebelum pemasangan dilakukan sesalur tersebut mestilah ditebuk lubang pada bahagian belakang bagi
tujuan mengikat sesalur tersebut. Kebiasaanya sebatang sesalur ditebuk tiga lubang pada larian lurus

(bergantung kepada permukaan tempat yang hendak dipasang).

3. Sesalur tersebut akan diletakkan pada dinding bagi tujuan untuk menggerudi lubang mengikut lubang
pada sesalur.

4. Lubang tersebut akan diletakkan 'wall plug' didalamnya dan sesalur akan dilekatkan pada dinding
dengan menggunakan skru yang diketatkan oleh 'wall plug'.

5. Untuk menyambung sesalur, penyambung mestilah digunakan. Penyambung tersebut mestilah


diletakkan ditengah di antara sesalur dan diikat dengan skru pada lubang yang yang disediakan.
6. Bagi setiap penyambungan, sesalur mestilah diletakkan 'copper tape' diantara kedua-dua belah sesalur
bagi tujuan perlindungan bumi berfungsi dengan baik.

KEBAIKAN PEMASANGAN SESALUR

1. Dapat menampung kabel yang banyak dan besar.

2. Tambahan, perubahan dan penukaran litar mudah dilakukan.


3. Kerja pemasangan yang cepat.
4. Perlindungan mekanikal yang baik.
5. Tidak mudah dirosakkan oleh perubahan cuaca dan suhu.
6. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.

KEBURUKAN SISTEM SESALUR

1. Kos perbelanjaan yang besar.


2. Ramai pekerja yang mahir diperlukan.
3. Mudah dimasuki habuk dan kotoran.
4. Sukar dibawa dan dipasang.
5. Kelihatan tidak kemas.
6. Laluan sesalur yang hendak dipasang hendaklah dirancang dengan teliti.
7. Untuk pendawaian searah sahaja iaitu tidak berliku-liku.

Anda mungkin juga menyukai