Anda di halaman 1dari 1

PERANAN PELBAGAI PIHAK DALAM USAHA MEMUPUK AMALAN MEMBACA

* Peranan ibu bapa - membelikan bahan bacaan bermutu di rumah. Ibu bapa perlu
wujudkan ruang pembacaan untuk anak-anak. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak
ke kedai buku dan memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih bahan bacaan
. Mereka juga perlu memberi contoh dan teladan, iaitu mereka sendiri perlu mempu
nyai budaya membaca. Sekurang-kurangnya ada akhbar harian, atau majalah seperti
Dewan Siswa atau Dewan Pelajar supaya anak-anak dapat membaca. Sediakan sedikit
peruntukan untuk membeli bahan bacaan setiap bulan.
* Peranan sekolah - Sekolah perlu adakan kempen membaca. program NILAM perlu
dilaksanakan dengan lebih berkesan dan guru-guru kena pastikan pelajar menjayaka
nnya. Panatia dan guru mata pelajaran perlu galakkan pelajar membaca. Pusat Sumb
er perlu bergerak lebih ke depan dalam menarik pelajar ke perpustakaan. Di SMKPS
, Guru Media dan Perpustakaan, Encik Abdul Rahman Hamid, berusaha gigih ke arah
itu. Selain itu, pameran buku boleh diadakan di sekolah. Pembelian bahan bacaan
yang bermutu perlu ditingkatkan di sekolah. Program Akhbar Dalam Darjah perlu di
perluas. Petikan rencana yang berinformasi perlu diletakkan di papan kenyataan
sekolah supaya pelajar boleh membaca.
* Peranan kerajaan â Kerajaan perlu menambah peruntukan ke sekolah untuk membeli b
ahan bacaan tambahan di pusat sumber sekolah . Kerajaan perlu mengadakan kempen
membaca, sama ada di tempat awam atau menggunakan media kerajaan seperti radio d
an televisyen. Pelepasan cukai untuk pembelian buku perlu ditambah. Setiap pejab
at kerajaan dan agensinya perlu ada sudut bacaan.
* Peranan pihak swasta â Mereka perlu menyokong kempen membaca pihak kerajaan. Peker
ja mereka perlu digalakkan membaca. Mereka perlu memberi sumbangan untuk program
/kempen membaca anjuran pelbagai pihak. Sudut bacaan juga perlu diwujudkan ole
h pihak swasta, misalnya di klinik, hospital, restoran dan kompleks membeli-bela
h. Harga bahan bacaan yang mereka terbitkan perlu diturunkan. Adakan promosi dan
kempen membaca.
* Peranan pelajar. Pelajar perlu menghayati matlamat kempen membaca yang diadaka
n.Mereka perlu ada kesedaran dalaman untuk membaca dan bukan kerana tujuan peper
iksaan semata-mata. Jangan lupakan buku apabila peperiksaan berakhir atau apabil
a meninggalkan bangku sekolah.
* Peranan penulis buku dan majalah- Mereka perlu menghasilkan bahan bacaan yang
menarik dan dalam masa yang sama terapkan budaya membaca dalam karya mereka. Mer
eka perlu mempelbagaikan isi kandungan karya mereka untuk menarik hati pembaca.
Wujudkan jaringan/link dengan pembaca agar pembaca kekal membaca pada masa dep
an. Sertai program galakan membaca di sekolah, anjuran kerajaan dan swasta.
Kejayaan usaha memupuk budaya membaca bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Pembabaitan semua pihak itu dapat menjadi pemangkin budaya membaca dalam masyar
akat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai