Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Program Pendidikan Khas di Malaysia menurut Mansor (2005), merupakan


satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima
seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari tentang potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Secara umumnya kanak-kanak yang memerlukan
pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka
mengikuti persekolahan seperti lanak-kanak biasa. Kanak-kanak bermasalah
Pembelajaran ini biasanya memiliki satu atau gabungan kecacatan dari segi
fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Oleh kerana itulah, mereka
dikenali sebagai kanak-kanak ‘Bermasalah’ dan mereka memerlukan
pendidikan yang sesuai untuk belajar dengan kecacatan yang dimiliki. Begitu
juga dari segi tenaga pengajar, murid-murid pendidikan Khas memerlukan
Guru Pendidikan Khas juga untuk mengajar dan membimbing mereka. Bagi
lebih mengenali dan mendekati murid-murid Berkeperluan Khas ini amat
sesuailah dengan tugasan sebegini, iaitu memerhati dan mengkaji serta
mencari strategi yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah-masalah
tingkah laku murid serta mengatur kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk
pendekatan pembelajaran mereka. Menerusi kajian ini, seorang murid telah
dipilih untuk pengurusan tingkah laku mereka serta dibuat laporan
mengenainya. Kajian ini dibuat dengan menemubual guru-guru yang
mengajar mereka, ibubapa, responden sendiri serta daripada pemerhatian
terhadap tingkah laku murid sewaktu mereka berada di sekolah.

iii