Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya penciptaaan manusia adalah lengkap dan sempurna sebagaima

firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Sesungguhnya aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari
kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan,(kerana) setengah kamu (adalah keturunan)
dari setengahnya yang lain..”
Surah Al-Imran ,ayat 195.

Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan di

dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan

bahawa:

“Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan sama rata di sisi undang-undang “.

Jelas Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat

perlindungan yang sama rata tanpa membezakan antara agama,bangsa dan jantina

seseorang. Di sudut Islam,martabat kaum wanita tidak pernah dipandang rendah tetapi tidak

pula menyamakan antara lelaki dan perempuan.Apa yang penting Isalam menghormati kaum

wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam.

Pembangunan berasal dari perkataan ‘bangun’ iaitu bererti bangkit atau berubah

kedudukan ataupun berlakunya transformasi. Proses transformasi ini melibatkan individu

1
ataupun masyarakat secara progresif. Perkataan transformasi ini juga merujuk kepada manusia

dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat-peringkat ke arah kemajuan.

Dalam memastikan pembangunan berjalan dengan lancar, maka peranan wanita tidak

boleh diketepikan. Sumbangan wanita dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial

dan politik dikebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Nama-nama seperti

Magaret Thatcher, Indra Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon Aquino, Sirimavo Bandaranaike, dan

lain-lain sudah menjadi sinonim kepada pemimpin-pemimpin dunia. Senario kepimpinan wanita

dalam sesebuah negara telah merebak ke dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Kaum wanita

telah diberi peluang dalam memegang beberapa portfolio dalam kabinet seperti Datin Paduka

Rafidah Aziz, Datin Paduka Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri

Shahrizat Abdul Jalil.

Penglibatan dan sumbangan wanita dalam pembangunan ekonomi negara

sememangnya tidak dapat disangkal.Jumlah wanita yang mewakili separuh daripada penduduk

Malaysia iaitu sebanyak 13.1 juta dan membentuk hampir 5.0 juta keluarga menjadikan

peranan wanita hari ini amat besar. Jika dahulu, wanita sering dikaitkan dengan suri

rumah,tetapi segalanya-galanya berubah sesuai dengan 50 tahun kemerdekaan yang dicapai

oleh negara.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia kelapan (RMKe-8), wanita telah memberikan

sumbangan yang ketara kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

2
Pencapaian pendidikan yang lebih tinggi mendorong penyertaan wanita dalam tenaga buruh

dan pelbagai aktiviti perniagaan.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9),usaha akan diambil untuk

Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memastikan penyertaan wanita yang lebih

berkesan dalam pembangunan negara. Wanita akan dilengkapkan dengan pengetahuan yang

sesuai menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran

ekonomi berasaskan pengetahuan.

Sama ada dunia ini adil atau tidak,bukan lagi isu yang mencengkam wanita pada hari

ini.Justeru, integrasi ekonomi dunia atau globalisasi ekonomi,beriringan dengan kemajuan

teknologi yang pesat telah membentuk realiti ekonomi kaum wanita dalam pelbagai cara.

Dengan kebanjiran tenaga kerja wanita yang bermula kira-kira dua dekad yang lalu dan kini

semakin bertambah dalam hampir-hampir semua bahagian dunia,wanita mula mengorak

langkah mengharungi cabarannya untuk memastikan kehadiran dan bakat mereka disedari dan

diikhtiraf. Semakin bertambahnya penglibatan wanita dalam tenaga kerja dan meningkatnya

pendapatan dan kekayaan mereka maka, peranan wanita semakin berpengaruh,baik dalam hal

rumah tangga,organisasi, mahupun negara.

3
2.0 PERANAN DAN FUNGSI WANITA DI MALAYSIA

Dalam masyarakat tradisional, peranan kaum wanita adalah terhad kepada peranan

pembantu (supporting role) kepada kaum lelaki. Ini dapat dilihat daripada jenis-jenis tugas

yang mereka lakukan, umpamanya peranan mereka dalam pekerjaan sawah adalah untuk

membantu suami mereka seperti menyemai, mengubah dan menuai. Dalam membangunkan

keluarga masing-masing, wanita zaman tradisional menjalankan tugas seperti mencucuk atap,

membela ayam itik dan lain-lain sebagai membantu peranan lelaki yang lebih besar dan pokok

dalam kehidupan keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Dalam bidang politik dan pemerintahan status kaum wanita telah bertambah baik dan

jika dilihat dalam perkembangan status mereka sama tinggi dengan lelaki. Ini dapat

dilihat apabila kaum wanita diberikan hak mengundi seawal-awal usia penubuhan negara kita

ini.

Dalam bidang ekonomi, adalah bidang yang sudah diterokai oleh kaum wanita dan di

mana kaum lelaki agak bersikap liberal dalam membuka pintu kepada kemasukan dan

penyertaan wanita. Pada masa dahulu peranan dan fungsi kaum wanita dalam bidang ini amat

terbatas. Jumlah wanita yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan maupun swasta semakin

bertambah dan begitu juga pembahagian pendapatan. Walaupun jumlah pekerja-pekerja wanita

ramai, hampir keseluruhannya termasuk pada peringkat pekerja-pekerja kurang mahir

4
mendapat jumlah gaji yang kecil sahaja.

Perubahan pada peranan ekonomi mempunyai kesan yang amat besar dan meluas

terhadap kaum wanita yang terlibat dari segi peranan dan fungsi sosial. Nilai sosial lama masih

lagi menganggap wanita sebagai makhluk yang dicipta untuk kesenangan kaum lelaki di mana

timbulnya institusi-institusi ekonomi moden yang khusus memperdagangkan wanita seperti

pelacuran, teman sosial, kelab-kelab khusus dan lain-lain. Peranan wanita sebagai isteri adalah

untuk mentadbir hal-ehwal rumah dan keluarga dan lebih utama lagi mereka berjaya

menentang diskriminasi

3.0 PERANAN WANITA DARI SUDUT POLITIK

Menerusi cetusan ideal Wawasan 2020, ternyata hasrat kerajaan untuk menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju begitu tinggi sekali. Berbagai perubahan telah, sedang

dan akan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Ini termasuklah di dalam bidang politik

negara supaya sistem perundangan dan pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar

tanpa wujud sebarang pertelingkahan serta bangkangan yang boleh membantutkan

pembangunan negara. Oleh yang demikian penglibatan semua pihak adalah amat diambil berat

untuk menguruskan pembangunan negara. Dan ini tidak terkecuali penglibatan kaum wanita di

dalam pembangunan negara.

Apabila membicarakan politik ,Imam Al-Ghazali mendefinasikan politik sebagai suatu

kehidupan manusia. Setiap manusia yang berkecimpung dalam bidang politik memerlukan diri

5
mereka terlibat dengan masyarakat. Justeru itu, politik amat berkait rapat di antara individu

dengan masyarakat. Oleh yang demikian apabila wanita melibatkan diri di dalam politik

menyebabkan penyertaan mereka di dalam bidang-bidang di luar rumah tangga untuk bersama

dengan masyarakat untuk turut sama menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Oleh yang demikian jika diteliti akan peranan yang boleh diberikan oleh wanita dalam

membangunkan negara khususnya dari segi politik antaranya ialah wanita itu boleh menjadi

penasihat kepada suami mereka. Ini dapat kita lihat jika seseorang wanita itu bersuamikan

orang politik maka ianya boleh melibatkan dirinya secara tidak langsung dengan memberi

nasihat dari segi keputusan yang telah dibuat atau dilaksanakan oleh suaminya yang mungkin

tidak bersesuaian dengan kaum wanita yang mungkin tidak sesuai dengan pembangunan.

Sebagai contoh mungkin di setengah-setengah negeri tidak membenarkan kaum wanita

melibatkan diri mereka secara aktif dalam bidang perniagaan yang bertentangan dengan ajaran

agama dan adat sopan. Sebagai isteri mereka boleh memberi pandangan bahawa peraturan

yang dilaksanakan itu mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak pembangunan masa kini

yang mahukan kaum wanita sama-sama melibatkan diri dalam arus pembangunan negara..

Menurut sebahagian ulama,wanita boleh berpolitik termasuk menjadi wakil rakyat sama

ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Malah dalam sejarah sendiri telah tercatit

bahawa khalifah Umar ibn Al khatab juga pernah mendapat nasihat dan teguran dalam

melaksanakan undang-undang dan pentadbiran negara dari kaum muslimah pada masa zaman

pemerintahan khalifah. Ini menunjukkan peranan wanita dalam pembangunan sesebuah negara

6
adalah tidak boleh disisihkan dan diketepikan.

Demikian juga, wanita boleh melibatkan diri untuk membangunkan negara secara aktif

melalui pelbagai pertubuhan NGO seperti PERTIWI dan HAWA. Melalui pertubuhan-pertubuhan

inilah mereka boleh menyalurkan pelbagai ideal dan cadangan dalam usaha untuk

membangunkan negara sama ada dari segi pendidikan, keagamaan, sosial, budaya dan

ekonomi. Melalui NGO juga mereka boleh membantu membangunkan negara dengan

memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terutamanya mengemaskinikan

undang-undang dan akta-akta yang boleh mengawal kemakmuran. Sesuai dengan

perkembangan zaman dan tuntutan semasa,Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat (KPWKM),iaitu kementerian yang khusus dalam menjaga hal-ehwal dan

pembangunan wanita turut diberi tempat dalam barisan kabinet kepimpinan negara.

Wanita terus diberi kepercayaan oleh kerajaan dalam perkongsian kuasa dan pembuat

keputusan sama ada dalam bidang politik atau ekonomi ,suara wanita diambil kira. Sekalipun

sasaran 30 peratus penglibatan wanita sebagai pembuat dasar masih belum mencapai

matlamat,keupayaan wanita memberikan kerjasama membangunkan negara amat

membanggakan.

4.0 PERANAN WANITA DALAM PENDIDIKAN

Wanita memainkan peranan yang penting di dalam pelbagai bidang khususnya dalam

bidang pendidikan.Dari perspektif Islam, Islam telah menyebarkan dasarnya dengan jelas

7
mengenai wanita di dalam segala aspek kehidupan terutamanya di dalam bidang pendidikan.

Rasullullah s.a.w. bersabda, "mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan

perempuan". Dasar ini telah ditegaskan sejak kemunculan Islam pada abad ke enam Masihi,

dan ianya masih terpakai dan terus menjadi tunjang kepada dasar pengajaran Islam hingga

ke hari ini.

Islam bukan sahaja meletakkan wanita di tempat yang paling wajar sebagai manusia

dan sebagai teman hidup bagi seorang lelaki, tetapi Islam menghargai sifat kehalusan dan

ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak untuk memegang tugas sebagai

seorang pendidik dibandingkan dengan kaum lelaki. Sebab itulah dari satu aspek, wanita lebih

penting diberi pengajaran atau pendidikan yang secukupnya kerana kaum wanita merupakan

pendidik atau guru yang paling layak untuk mendidik anak-anak dan anak bangsa mereka.

Wanita berperanan mempersiapkan diri dengan ilmu yang bukan hanya tertumpu

kepada ilmu undang-undang dan politik tetapi juga ilmu syariah. Ilmu tersebut akan

membawa kepada keimanan dan akhirnya melahirkan amalan-amalan yang baik bagi

membentuk sebuah masyarakat madani. Justeru itu bagi alaf abad ke- 21 ini merupakan

pemangkin bagi penghijrahan bagi kaum wanita agar berjaya memikul tanggungjawab ini dalam

membentuk sebuah masyarakat yang berketrampilan .

Berdasarkan petikan ucapan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,dalam sidang kemuncak

yang bertemakan “Wanita Nadi Pembangunan”,pada tahun 1959 golongan wanita yang

bergelar siswazah di Universiti Malaya hanya 77 orang atau 10.7 peratus.Namun demikian, kini

8
nisbah menunjukkan jumlah tersebut telah melangkaui jumlah pelajar lelaki dengan 61: 39.

Peningkatan tahap pendidikan ini sudah tentu memperlihatkan keupayaan wanita dalam

memberikan kerjasama membangunkan masyarakat dan ekonomi negara.

Sesuatu bangsa akan berjaya apabila wanitanya mendapat pendidikan yang lengkap

dan tinggi harga diri dan akhlaknya kerana kehalusan sifat wanita serta ketajaman perasaan

seseorang ibu boleh memindahkan segala kebaikan yang ada padanya untuk diwarisi oleh

anak-anaknya. Menurut seorang ahli falsafah Islam, "bila pendidikan telah begitu lengkap bagi

wanita, biarlah kaum lelaki tidak begitu dipentingkan pendidikannya, kerana wanita-wanita itulah

kelak akan mendidik kaum lelaki".

Peranan wanita dalam bidang pendidikan di Malaysia, boleh dilihat dengan kemunculan

maktab-maktab perguruan. Untuk merealisasikan peranan wanita sebagai seorang

pendidik, maka sebuah maktab telah ditubuhkan untuk wanita pada tahun 1935 iaitu Maktab

Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka.

Sejak kebelakangan ini, wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Penerangan dan Penyelidikan,

Kementerian Sumber Manusia, terdapat 68% wanita terlibat di dalam sektor pendidikan. Namun

demikian, jumlah peratusan kaum wanita yang memegang jawatan penting di dalam sektor

pendidikan adalah kecil. Menurut N.Siva Subramaniam, Setiausaha Agung Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Malaysia, terdapat 5% sahaja kaum wanita yang memegang jawatan

penting di dalam bidang pendidikan seperti Pegawai Pendidikan, Pengetua, Guru Besar dan

9
Guru Penolong Kanan.

Kebanjiran wanita di maktab-maktab perguruan memang tidak dapat dinafikan. Lebih

75% wanita merupakan pelatih-pelatih dikebanyakkan maktab perguruan. Sebagai

contoh Enrolmen Guru Pelatih dan Peserta Kursus, Maktab Perguruan Batu Pahat sehingga

April 1997 menunjukkan bahawa pelatih perempuan lebih ramai dengan jumlah 471 orang

berbanding dengan pelatih lelaki hanya 182 orang Wanita perlu mendapatkan pendidikan tinggi

bagi menjamin keberkesanan peranannya sebagai salah satu daripada tunjang pembangunan

negara terutamanya dalam bidang pendidikan. Menurut Dr. Nik Safiah Karim (1976), di dalam

ceramahnya anjuran Pertiwi di Kolej Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, antara lain berkata

"perbezaan antara wanita berilmu dengan wanita terpelajar amat jauh. Wanita terpelajar dapat

bertindak dalam apa jua keadaan; kalau orang berbicara A wanita yang terpelajar boleh

menyambung kepada B dan terus kepada Z. sebaliknya bagi wanita berilmu, pelajaran hanya

menjadi tiket untuk mendapatkan pekerjaan, bukan sebagai kegunaan untuk hidup sempurna".

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil

menegaskan bahawa ketekunan dan sifat rajin wanita sahaja tidak dapat membantu mereka

untuk terus berdaya saing terutama dalam arus globalisasi. Sebaliknya, ilmu pengetahuan serta

kepandaian adalah menjadi tunjang bagi mamastikan pada akhirnya kejayaan menjadi milik

mereka.

10
5.0 PERANAN WANITA DALAM EKONOMI

Ekonomi merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara. Kekayaan,

status dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kepesatan ekonomi

yang dialaminya. Wanita telah memainkan peranan yang besar dalam aktiviti ekonomi dunia

dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. Penglibatan wanita

dalam ekonomi telah meningkat tidak hanya pada emansipasi (pembebasan dari prasangka

dan kongkongan) malah mengambil berat akan keperluan ekonomi. Perumpamaan “tangan

wanita yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia” dapat dilihat sebagai gambaran

yang paling tepat untuk menggambarkan kesungguhan wanita di negara ini,khususnya bagi

memastikan kestabilan negara dan kedudukan ekonomi negara yang kukuh.

Di negara kita, wanita merangkumi hampir-hampir separuh daripada sumber tenaga

kerja.Penglibatan tenaga wanita dalam pasaran kerja telah meningkat daripada 2.7 juta

(44.7 peratus )pada tahun 1995 kepada 3.7 juta ( 46.1 peratus ) pada tahun 2006. Fakta ini

membuktikan bahawa wanita telah memperkayakan bidang masing-masing dan memberikan

sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi negara.

Penglibatan kaum wanita sebagai pencari rezeki sudah diterima sebagai suatu realiti

dalam masyarakat Islam moden. Mungkin kerana kos kehidupan yang semakin meningkat

terutamanya di bandar menyebabkan kaum wanita harus sama-sama keluar mencari rezeki

untuk keluarga. Oleh itu tidak hairanlah ketika ini, ramai wanita yang mempunyai pekerjaan

kerana masing-masing memerlukan sumber pendapatan untuk membantu ekonomi keluarga.

11
Namun begitu, dengan sumber pendapatan yang ada mereka bukan sahaja boleh membantu

keluarga, malahan juga berperanan untuk membantu masyarakat Islam yang memerlukan.

Menurut bancian Jabatan Statistik 2006,terdapat 518 000 orang usahawan dalam sektor

perkhidmatan,perkilangan dan pertanian dengan 99.1 peratus terdiri daripada usahawan kecil

dan sederhana. Daripada keseluruhan usahawan itu,lebih daripada 82 000 orang atau 16

peratus dimiliki oleh wanita.

Memperoleh pendapatan daripada sumber yang bersih akan lebih berkat sekiranya

kewajipan zakat itu dapat ditunaikan. Di sinilah wanita-wanita yang bekerja memainkan peranan

untuk turut sama membangunkan umah terutamanya dari segi membangunan ekonomi

masyarakat yang masih dikekang kemiskinan. Menunaikan zakat bukan hanya memenuhi

tuntutan sebagai seorang Islam tetapi perlu difikirkan tentang menfaat dalam menyuburkan dan

membersihkan pendapatan dan kehidupan. Pelbagai jenis zakat yang boleh dikaitkan dengan

seorang wanita. Antaranya zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan, zakat saham dan

sebagainya.

Tidak ketinggalan bagi wanita-wanita yang berniaga. Dewasa ini, semakin ramai wanita

yang menjadi usahawan berjaya. Mereka ini mewarisi bakat wanita-wanita Islam pada zaman

dahulu seperti Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Shifa’ binti Abdullah yang merupakan

contoh dua orang peniaga dan pengurus perniagaan berjaya dan cekap. Kecenderungan

wanita-wanita kini untuk berniaga tidak wajar dipertikaikan dan keupayaan mereka untuk

merealisasikan impian menjadi usahawan yang berjaya tidak harus diperlekehkan. Oleh itu,

tidak hairanlah jika ada di antara usahawan-usahawan ini mampu untuk mengeluarkan zakat

12
perniagaan untuk ‘dikongsi’ bersama asnaf yang memerlukan. Walaupun, sumbangan mereka

kecil, tetapi nilainya tetap besar di sisi Allah s.w.t.

Secara dasarnya,penglibatan wanita dalam membangunkan ekonomi memang

disedari.Lantas ,sebagai tanda terima kasih kerajaan atas usaha yang dijalankan oleh golongan

wanita , maka Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan

(NACIWID) di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan pada 1976.Penubuhan ini bertujuan

menterjemahkan pelan tindakan sedunia tentang wanita dalam pembangunan negara.

Selain itu,Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) pula ditubuhkan pada tahun 1983 yang berfungsi

untuk mengawasi dan menilai perkhidmatan yang dibekalkan oleh sektor awam dan swasta

bagi faedah wanita.

5.0 PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL.

Pembaharuan yang dicapai oleh negara sekaligus menuntut perubahan dalam apa jua

tindakan yang diambil. Perubahan minda dan gaya hidup masyarakat, turut menuntut

kaum wanita agar membuat keputusan yang selaras dengan kehendak komuniti. Selaras

dengan ini, kaum wanita perlu bangkit dengan wajah baru bagi mendapatkan hak yang

sewajarnya dalam masyarakat. Wanita bukan lagi sebagai pendukung dan penyokong kepada

setiap keputusan yang diambil oleh kaum lelaki. Tetapi wanita perlu juga diberi tempat dalam

membuat sesuatu keputusan dasar terutamanya dalam bidang sosial.

13
Jelasnya apabila kita membicarakan soal tanggungjawab sosial dalam pembangunan

negara ini, ianya harus diukur dari segi tahap kemampuan warganegara terutama kaum wanita.

Memang tidak dapat dipersoalkan lagi bahawa peranan kaum wanita dalam pembangunan

yang berperspektif sosial perlu di teliti. Ini kerana ianya akan menentukan ke manakah arah

perkembangan anak-anak yang kebanyakkannya dididik oleh kaum wanita yang digelar ibu.

Oleh itu peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat jelaslah amat penting dalam

membangunkan ummah serta negara.

Peranan wanita sebagai pengurus rumahtangga telah mengalami perubahan dengan

adanya bantuan dari orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta

pelbagai perkakas rumahtangga untuk memudahkan kerja-kerja mereka. Tugas sebagai ibu

dan jentera penambah zuriat juga telah mengalami perubahan dalam ertikata wanita tidak lagi

menyerahkan nasib mereka bulat-bulat kepada takdir, oleh kerana dengan adanya

pengetahuan sains perubatan yang dapat mencipta alat-alat pencegah kehamilan. Ini

menjadikan wanita perlu bangkit seiring dengan kemajuan yang dicapai tanpa meninggalkan

sikap keluhuran, kemurnian dan tatasusila seorang wanita.

Hari ini para isteri moden mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap

kebajikan suami berbeza dengan masa dahulu. Menurut Ketua Pergerakan Wanita

UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang bertemakan "Wanita Alaf Baru

Abad ke 21", wanita hari ini telah mempunyai imej dan tanggugjawab sosial yang berbeza

sesuai dengan kehendak dan perubahan zaman.

14
Peranan yang dimainkan oleh kaum ibu yang bergelar wanita adalah penting agar

pembangunan dan kemakmuran negara dapat di majukan dengan baik tanpa mengorbankan

pembangunan institusi keluarga. Ini kerana sekiranya diperhatikan dalam institusi keluarga,

kaum ibulah yang paling rapat dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirkan

generasi yang berpekerti mulia banyak terletak ditangan mereka. Seperti mana yang diulas oleh

Dr. Muhammad Nur Munaty, Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), yang mengatakan tugas

dan peranan ibu adalah penting dalam menghalang anasir dan unsur yang cuba untuk

mempengaruhi pemikiran dan budaya anak-anak.

Dengan senario sosial yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini, kaum wanita

berperanan menangani dengan baik sesuatu perkara yang berbahaya agar masyarakat tidak

terlibat dengan arus ekstrim dan akhirnya akan menimbulkan keadaan yang gawat. Kegawatan

di sini membawa maksud dengan keadaan pembangunan dan modenisasi yang pantas tetapi

menolak beberapa unsur lain yang terdapat dalam zaman tradisional seperti lari daripada

prinsip dalam memuliakan agama kerana terlalu bangga dengan kecanggihan yang di capai.

Atas peranan yang besar dalam memberikan bimbingan ini, tidak mustahil mereka

mampu membentuk satu generasi yang matang, berwibawa dan berkemampuan dalam

membangunkan negara ke arah perkembangan yang padu dan berwawasan. Ini bertepatan

dengan pandangan Senator Kamilla Ibrahim dalam menjawab persoalan Bicara Wanita 1

anjuran Biro Perpaduan dan Pembangunan Wanita Umno yang menyatakan bahawa perspektif

15
yang berlandaskan sosial dalam pembangunan wanita adalah penting sebagai kuasa

pembentukan ketamadunan .

6.0 KESIMPULAN

Peranan kaum wanita amatlah besar dalam sama-sama berganding bahu dengan kaum

lelaki dalam pembangunan negara. Rasanya tidak lengkap sekiranya tugas pembangunan

negara hanya disandarkan di bahu kaum Adam kerana maksud pembangunan itu sendiri

adalah amat luas. Pembangunan sesebuah negara itu bukanlah hanya semata-mata merujuk

pada pembangunan ekonomi tetapi meliputi pembangunan dari segi sosial, sahsiah dan

perpaduan ummah. Untuk itu, pembangunan dari unsur-unsur yang melibatkan faktor-faktor

sosial memerlukan tindakan dan perjuangan yang lebih berani dari kaum wanita.

Sememangnya perbezaan fizikal wanita akan menyebabkan perbezaan tugas dan

tanggungjawab dari pandangan umum.

Justeru itu untuk menampilkan imej wanita sebagai berketerampilan selain memiliki ilmu,

wanita juga hendaklah memiliki sifat ketakwaan. Melalui ilmu, seorang wanita mampu

mempertingkatkan kualiti diri sebagai wanita mithali yang dapat menyumbangkan ke arah

pembangunan negara. Sementara itu ketakwaan menjadikan wanita itu mantap, memiliki

ketahanan diri yang kuat dengan erti kata keimanan menjadi benteng menahan arus cabaran

yang mendatang. Keimanan menjadikan wanita kebal, umpamanya seekor ikan, jika

dicampakkan ke laut masin, ia tetap tidak masin melainkan ia sudah mati dan digaramkan.

16
Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran

pekerjaan kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding

lebih lima puluh tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang

meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk

memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi hanya dibebani pada bahu

lelaki tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan

wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi

antara satu sama lain.

Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja

sepertimana lelaki namun dalam sesetengah keadaan golongan lelaki juga tidak boleh

melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita. Justeru itu kita harus ingat bahawa

tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rasional. Kita tidak harus meletak wanita sebagai

golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Wanita sebagai isteri,

ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin.Peranan mendidik generasi serta kerjasama

semua pihak samada dalam keluarga, tempat kerja, jiran tetangga dan masyarakat setempat

perlu diperhebat untuk menjadikan wanita kepada penyumbang pembangunan negara.

Seterusnya insan inilah yang bakal mewarnai dan menerajui pembangunan tamadun Islam

yang cemerlang dan gemilang serta di redhai Allah s.w.t

17
18