Anda di halaman 1dari 22

SAINS

TINGKATAN 1
ALIRAN TENAGA UNTUK
KEHIDUPAN
Tumbuhan hijau sebagai pengubah tenaga

• Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya


daripada matahari dan menukarkannya
kepada tenaga kimia melalui proses yang
disebut fotosintesis.
• Proses ini berlaku semasa tumbuhan hijau
membuat makanan.
tenaga cahaya tenaga kimia
• Tenaga kimia yang terbentuk semasa proses
fotosintesis disimpan dalam tumbuhan hijau
sebagai makanan.
• Apabila kita memakan tumbuhan, tenaga
kimia itu diubah kepada:
a. Tenaga haba bagi memanaskan badan
b. Tenaga kinetik apabila kita bergerak
c. Tenaga bunyi apabila kita bercakap.
• Semua organisma mendapat tenaganya
daripada bahan makanan.
• Bahan makanan ini mengandungi tenaga
kimia.
• Apabila bahan makanan dibakar, tenaga kimia
dibebaskan sebagai tenaga haba dan tenaga
cahaya.
• Pada masa yang sama, air dan karbon dioksida
juga terbentuk.
Makanan + oksigen
pembakaran
tenaga + air + karbon
dioksida
Proses ini berlaku dalam badan kita.
Semasa proses ini, makanan dibakar dan
tenaga, air dan karbon dioksida dibebaskan.
Tenaga yang dibebaskan adalah terkawal.
Tenaga ini digunakan untuk memanaskan
badan dan menggerakkan anggota badan kita.
Rantaian makanan
• Cahaya matahari merupakan sumber asas
tenaga yang digunakan oleh semua benda
hidup di dunia ini.
• Tumbuhan hijau menjalankan proses
fotosintesis untuk memerangkap tenaga.
• Haiwan pula bergantung kepada tumbuhan
untuk mendapatkan tenaga itu dengan
memakan tumbuhan secara langsung atau
makan haiwan lain.
Perhubungan makanan di antara
haiwan dengan tumbuhan

matahari Paku pakis ulat

paku pakis itu mendapatkan tenaga daripada cahaya


matahari dan dipindahkan pada ulat apabila ia memakan
paku pakis.

Tenaga Tenaga Pelbagai jenis


matahari kimia tenaga
Melalui perhubungan makanan antara
organisma, tenaga dipindahkan daripada satu
organisma kepada yang lain. Pertalian
makanan ini disebut rantai makanan.
Dalam suatu rantai makanan, tumbuhan hijau
disebut pengeluar primer kerana
kebolehannya membuat makanan sendiri.
Tumbuhan Belalang
Burung

Helang Ular
Haiwan herbivor yang makan tumbuhan
disebut pengguna primer.
Pengguna primer ini berada di peringkat
kedua di dalam rantaian makanan.
Contoh :
Pokok bunga ros Belalang Katak

ular

pengguna primer
• Herbivor ialah haiwan yang memakan tumbuh- tumbuhan
sahaja contohnya, lembu, kambing, ulat, tupai dan sebagainya.
Haiwan karnivor yang makan daging pula
disebut sebagai pengguna sekunder.
Pengguna sekunder ini berada di peringkat
ketiga dalam rantaian makanan.
Contoh:
Kacang tanah Tikus Ular pengguna
sekunder
helang
• Karnivor ialah haiwan yang memakan daging
sahaja contohnya harimau,singa, ular, buaya
dan sebagainya.
• Haiwan omnivor yang makan daging dan
tumbuhan pula disebut sebagai pengguna
tertier
• Pengguna tertier ini berada di peringkat ke
empat dalam sesuatu rantaian makanan
contoh:
padi tikus ular helang

Pengguna tertier
• Omnivor ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan
daging contohnya kucing, burung, ayam,biawak dan
sebagainya.
Siratan makanan

• Haiwan kadang-kadang makan lebih daripada


satu jenis makanan.
• Contohnya, dalam suatu siratan makanan,
seekor katak mungkin akan memakan lalat dan
semut.
• Perhubungan makanan melibatkan lebih
daripada satu rantaian makanan yang disebut
siratan makanan.
Kepentingan haiwan dan tumbuhan dalam
pertalian makanan.
• Dalam keadaan semulajadi, organisma yang berada
di peringkat permulaan sesuatu rantai makanan atau
siratan makanan biasanya mempunyai bilangan yang
banyak.
• Haiwan pemangsa yang berada di peringkat atas pula
mempunyai bilangan yang kecil.
• Oleh itu, perhubungan bilangan populasi di antara
organisma dalam rantai makanan atau siratan
makanan merupakan bentuk piramid.
Piramid makanan
helang

Ular

katak

Belalang

Rumput
• Perhubungan bilangan populasi dalam suatu
siratan makanan itu penting untuk
memelihara keseimbangan alam semulajadi.
• Pertambahan atau kekurangan serta merta
sesuatu populasi akan menjejaskan bilangan
populasi yang berkaitan dengannya dalam
pertalian makanan.
VIDEO
click in this box to view the video
Sekian

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai