Anda di halaman 1dari 12

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Entri kali ini, saya hendak review mengenai satu sistem kedai jualan online, ataupun dengan
nama popularnya Shopping Chart. Sistem yang saya maksudkan, tidak lain dan tidak bukan ialah
Sistem Kedai Online NiagaKit. Untuk lebih senang kita panggil System Niagakit.

Riaksi pertama saya semasa membuka halaman www.Niagakit.com ialah, betol ke system ini
dibangunkan oleh rakyat dan syarikat tempatan?. Macam tak percaya aje, sebab sistemnya bagi
saya, produk ini sangat canggih dan memukau pandangan. Ianya boleh dikatakan setaraf produk
yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi antarabangsa. Mungkin ayat saya ni, bunyi macam bodek
aje kan, tetapi percaya lah, inilah pandangan jujur saya apabila mencuba Sistem Niagakit. 3B
patah perkataan yang saya boleh gambarkan, Bergaya, Berkuasa dan Bermutu.
Sistem Niagakit yang telah di usahakan oleh Team Flabiz telah banyak membuka mata ramai
pihak tentang kemampuan warga tempatan dalam membangunkan produk yang bermutu.
Walaupun harga yang ditawarkan lebih murah berbanding produk yang di hasilkan oleh saingan
dalam dan luar Negara, tetapi mereka tidak mengabaikan kualiti dan prestasi dalam Sistem
Niagakit. Maka tidak hairanlah jika Sistem NiagaKit telah menarik minat ramai pengusaha,
peniaga dan company yang mempunyai nama dalam arena bisness Malaysia. Antara contoh
pelanggan Sistem Niagakit ialah Aman Razak Group Sdn. Bhd. syarikat pengedar kereta mewah
milik anak tempatan Kelantan.

Sistem Niagakit dibangunkan kerana terdapat permintaan daripada kalangan pengusaha produk
fizikal yang mahukan sebuah kedai jualan online yang mesra pengguna serta mudah diseliakan.
Kebanyakan sistem kedai jualan yang yang ditawarkan menggunakan CMS (content
management system) yang agak rumit serta susah untuk dikawal selia. Antara contoh kedai
jualan online yang menggunakan CMS ialah Zen Chart, Os Commerce dan cube Chart. Banyak
lagi system yang saya tidak senaraikan, cukuplah dengan 3 contoh di atas supaya boleh dibuat
perbandingan.

Pada awal kemunculan Sistem Niagakit, team Flarebiz menggunakan sistem Wordpress sebagai
platform. Selepas kuota habis dijual, mereka mula merancang untuk membangunkan Sistem
Niagakit tanpa lagi menggunakan sistem Wordpress. Jadi Sistem Niagakit yang sekarang ini
merupakan hasil sepenuhnya tenaga kerja tempatan bermula dari lakaran, perancangan SDLC
(system development live cycle). Hasil kerja keras semangat berpasukan maka lahirlah versi Beta.
Saya sendiri, sangat kagun apabila mencuba versi demo Sistem Niagakit. Seolah-olah terasa
sistem tersebut bukan dibangunkan oleh team yang baru lagi di arena pasaran tempatan. Maka
tidak hairanlah, Adly (Pengasas Flarebiz) dalam satu postnya di Facebook menyatakan Syarikat
gergasi jutaan ringgit menganggap mereka syarikat baru sebagai saingan yang kuat. Begitulah
hebatnya penangan Sistem Niagakit.

Ok, jom kita lihat Sistem Niagakit dengan lebih terperinci struktur serta kelebihan yang ada.
Saya akan menggunakan istilah Admin merujuk kepada Pembeli Sistem Niagakit.

 Perkara pertama pelanggan akan tertarik apabila membuka sesebuah halaman kedai
jualan ialah paparan halaman utamanya ataupun lebih lebih mesra dipanggil layout.
Niagakit mempunyai layout yang menarik, kemas, bersih serta sedap mata memandang.
Ini bukan pendangan saya seorang, tetapi saya pernah meminta pendapat daripada kawan-
kawan di kolej tentang Niagakit. Mereka tertarik dengan susun atur halaman yang
Nampak kemas, kombinasi warna yang padan serta kedudukan button yang sesuai.
Walaupun nanti setiap pelanggan mempunyai citarasa warna yang berbeza, namun
perubahan yang akan dilakukan hanyalah minima dan tidak mengganggu struktur layout
Niagakit. Admin boleh memilih variasi warna yang telah disediakan. Niagakit juga
mempunyai template yang boleh disesuaikan dengan produk yang hendak dijual. Pendek
kata, Admin boleh design Niagakit mengikut citarasa dan pelanggan yang pula akan terus
tertarik untuk memilih barangan yang akan dijualkan nanti.

 Admin akan dibekalkan dengan username dan password untuk mengakses Control
Panel. Dan disinilah tugas admin akan bermula untuk memasukkan info produk dan
sebagainya.

 Di halaman control panel, info tentang pembelian dan order di letakkan di halaman
utama. Berbeza dengan system kedai online yang lain, selalunya, bahagian order
diletakkan di halaman yang lain. Perkara ini kadang-kadang membuatkan admin terlepas
pandang dan mengakibatkan berlakunya kerugian. Inilah yang lebihnya Niagakit, ianya di
buat dari usahawan kepada usahawan. Pengalaman sebagai peniaga memberikan idea apa
yang terbaik patut ada didalam system kedai online. Gambar dibawah anda boleh
merujuknya apa yang saya maksudkan.
 Dibahagian ini, admin akan menguruskan order. Disamping itu juga, admin dibekalkan
dengan info mengenai Ip address, siapa yang sedang online dan pilihan bahasa.
 Ini merupakan bahagian produk setting. Admin akan memasukkan info barangan jualan
dan sebagainya di sini.

 Antara ciri unik yang tiada pada kedai jualan yang lain adalah payment gateway bagi
pasaran tempatan. Admin hanya perlu memasukkan nama bank dan no. akaun sahaja.
Seterusnya, system akan mengintegrasikan info tersebut didalam Niagakit. Sungguh
mudah. Tidak perlu menginstall lagi plug-in untuk info bank transfer.
 Shipping status pula memudahkan lagi kerja dalam menetapkan kadar bayaran bagi setiap
produk. Tiada lagi pening-pening untuk campur tolak kos penghantaran.

 Bagi menilai prestasi jualan anda, sales report ada disediakan. Anda boleh membuat
bancian, strategi bagi memantapkan lagi jualan pada masa akan datang. Graf pencapaian
dan prestasi juga dipaparkan.
 Antara strategi marketing yang berkesan ialah, menjual kepada bekas pelanggan lebih
senang daripada menjual kepada pelanggan baru. Jadi berdasarkan kepada kajian
tersebut, Client manager diwujudkan. Senarai pembeli anda disimpan di dalam pangkalan
data. Memudahkan kerja anda dalam menguruskan maklumat pelanggan serta
memberikan support kepada mereka. Percayalah, mereka akan menghargai anda sebagai
seorang peniaga yang berwibawa.
 Disediakan juga review dari pelanggan anda. Apa kata mereka setelah menggunakan
produk anda. Adakah berpuas hati atau sebalinya.

 Di theme manager admin boleh mencantikkan lagi kedai jualan anda.

 Dibahagian shop setting, sangat penting diuruskan sebaiknya oleh admin. Disinilah kata
laluan, alamat, admin dan sebagainya diuruskan.
 Dan akhir sekali, di bahagian dibawah. Admin boleh menguruskan info tentang company
dan apa yang berkaitan denganya.
 Di paparan hadapan Niagakit. Admin boleh meletakkan featured produk. Ini akan
memberikan pilihan yang anda cadangkan kepada pelanggan.

 Jika pelanggan berminat mendapatkan produk, mereka dengan mudah akan ternampak
arahan untuk login atau pun jika pelanggan baru, mereka perlu mendaftar dahulu.
Kedudukan yang strategik untuk kemudahan pelanggan.

 Di bahagian ini, pelanggan boleh melihat dengan lebih detail gambar dari pelbagai sudut,
harga yang ditawarkan, pilihan warna dan saiz barangan serta kuantiti pembelian.
 Proses terakhir pembelian juga Nampak kemas dan tidak mnyerabutkan. Pengguna
mudah untuk membuat perubahan barang yang di inginkan.

Fuhhh, setelah saya listkan apa yang ada didalam Niagakit, memang hebat system ini. Berbaloi-
baloi jika anda menginginkan sebuah Kedai Jualan Online yang mesra alam, ekonomi, mudah
diuruskan serta mempunyai layout yang cantik. Ini lah pilihan anda. Tapi nanti dulu, jangan terus
membuat pembelian. Pertimbangkan juga saranan saya dibawah ini.

 Anda mempunyai semangat untuk berniaga secara online


 Tidak mudah berputusa asa
 Berkeinginan untuk menambahkan lagi ilmu di dalam bidang IT
 Yakin dengan kehebatan produk anda
 Tidak takut untuk bersaing dengan peniaga yang lebih senior
 Tidak takut dengan computer (memang ada tau takut pegang pc)
 Menjaga adab dan tatasusila sebagai seorang peniaga
 Tidak menipu dalam urusan jual beli
 Membrikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
 Tidak hanya teriku-ikut dengan tren semasa tetapi anda belum bersedia
 Mempunyai modal untuk membeli kelengkapan perniagaan anda
 Anda mempunyai masa untuk menguruskan kedai jualan anda
 Dan yang penting sekali, anda tahu yang anda sebenarnya boleh untuk Berjaya
 Jika hapir semua perkara diatas anda ada, ia abda layak untuk mendapatkan Sistem
Niagakit yang canggih ini. Dapatkan www.Niagakit.com

Review ini bertujuan memberikan pandangan saya terhadap Sistem Niagakit ini. Mungkin
review ini memberikan idea anda meluaskan pandangan kepada mereka yang berminat untuk
mendapatkannya. Akan tetapi, saya juga mempunyai beberapa cadangan yang boleh ditambah
baik kedalam Sistem Niagakit untuk meingkatkan mutunya.

1. Masukan satu seksyen untuk SEO dalam Niagakit. Admin mudah untuk memasukkan
keyword yang bertepatan dengan produk yang mereka mahu pasarkan.
2. Wujudkan Niagakit untuk https:// , berikan pihan kepada pelanggan Niagakit untuk
mendapatkan produk yang mana. Kelebihan https:// bakal pembeli akan lebih yakin dan
selamat dengan usrusan jual beli online.
3. Wujudkan satu direktori perniagaan untuk pelanggan Niagakit. Memberikan kelebihan
market yang luas serta menaikkan semangat bakal peniaga.
4. Pastikan pelanggan Niagakit mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Terkandung
juga dalam perjanjian, mesti memasarkan produk mengikut saluran yang betul, jangan
membuat onar. Nanti yang susah pihak Niagakit juga. He.
5. Wujudkan satu forum komuniti kepada pelanggan Niagakit. Munkin dari situ, mereka
mendapat pembekal dan boleh bertukar2 pandangan semasa peniaga dalam memantapkan
jualan

Akhir sekali, saya berharap review ini akan memberikan manfaat serta panduan kepada mereka
yang berminat untuk memulakan bisnes fizikal secara online. Dan saranan saya, Sistem Niagakit
memang satu system yang hebat dan berbaloi untuk dimili. Anda tidak akan menyesal
mendapatkannya. Dapatkan www.Niagakit.com Sekarang juga dan mulakan bisnes Internet
anda mulai hari ini.

Yang benar

JundullahOsman

www.JundullahOsman.com

Anda mungkin juga menyukai