P. 1
Buku Gaya Penulisan UMS

Buku Gaya Penulisan UMS

|Views: 350|Likes:
Dipublikasikan oleh Samsudin Laupa

More info:

Published by: Samsudin Laupa on Nov 20, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2014

pdf

text

original

Sections

  • Bagi Pelajar Sains Sosial:
  • Bagi Pelajar Sains:
  • Pelajar Sains Sosial:
  • Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh
  • Peringatan² Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan
  • FORMAT BIBLIOGRAFI
  • FORMAT RUJUKAN
  • PENYERAHAN TESIS
  • RUJUKAN
  • TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS

Gaya Penulisan UMS

MUKADIMAH
Garis panduan ini diadakan sebagai menyelaras panduan dikalangan pelajar dalam menyediakan penulisan tesis dan disertasi. Panduan ini menjelaskan keperluan minimum format dalam menyediakan tesis dan disertasi. Garis panduan ini boleh digunakan bersama kaedah penulisan mengikut disiplin kajian.

ETIKA PENYELIDIKAN
Plaglarisme merupakan idea-idea atau perkataan-perkataan daripada karya orang lain yang telah diterbitkan dan digunakan dalam penulisan seseorang tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis asalnya. Penggunaan idea atau perkataan-perkataan orang lain mesti diakui setiap satunya dengan jelas dalam teks. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain harus diakui dengan menggunakan tanda petik (´««..µ) serta dengan menyatakan sumbernya di dalam teks.

PANDUAN UMUM
1. Kertas Saiz A4 (210cm x 297cm) Kertas Simili 80gm Warna putih

2.

Jenis Huruf Tahoma ataupun Arial

* Nota: Hanya menggunakan satu jenis huruf sahaja sepanjang penulisan teks.

1

Gaya Penulisan UMS

TERTIB SUSUNAN TESIS
Tajuk pada helaian pertama Pengakuan Penghargaan Abstrak (Bahasa Melayu) Abstrak (Bahasa Inggeris) ²Tulisan dicondongkan (Italic) Kata Kunci Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Singkatan Senarai Simbol Senarai Glosari Bab (Bab 1 hingga bab ««) Rujukan/Bibliografi Lampiran (LAMPIRAN A, LAMPIRAN B«..)

Nota: Mungkin ada di antara perkara yang tercatat ini tidak diperlukan dalam tesis/disertasi anda.

PENULISAN TESIS/DISERTASI
1. Jumlah Perkataan Dalam Tesis a. Secara Penyelidikan Tesis Doktor Falsafah Tesis Sarjana/Sarjana Falsafah

: Tidak melebihi 100,000 patah perkataan : Tidak melebihi 60,000 patah perkataan

b. Secara Kerja Kursus Disertasi Doktor Falsafah Disertasi Sarjana

: Tidak melebihi 60,000 patah perkataan : Tidak melebihi 20,000 patah perkataan

* Nota: Jumlah perkataan yang dimaksudkan ialah perkataan dalam teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan lampiran. Jumlah ini adalah panduan sahaja. Sesetengah tesis/disertasi mungkin tidak memerlukan jumlah sebanyak itu atau memerlukan lebih daripada jumlah tersebut.

2

Gaya Penulisan UMS

STRUKTUR TESIS

Pada asasnya setiap Tesis dan disertasi terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu: 1. Pendahuluan 2. Kandungan teks 3. Bahan Tambahan

1.

Pendahuluan Setiap pendahuluan mengandungi dan disusun seperti berikut:

1.1

Tajuk Tesis/Disertasi ² Pelajar perlu memasukkan nama calon, tajuk tesis /disertasi yang diluluskan oleh senat, nama sekolah dan tahun viva.

1.2

Muka Hadapan Bahagian ini memerlukan sebanyak 2 halaman yang mana halaman kedua pelajar harus memasukkan kenyataan µ....TESIS/DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI....µ

Format penulisan adalah seperti berikut: Tajuk Tesis Nama Calon Nama Sekolah Tahun Viva Saiz Tulisan :Tajuk tesis jika lebih daripada satu baris ditulis dalam bentuk centre. : Nama penuh calon mengikut kad pengenalan (centre) : Sekolah di mana calon mendaftar (centre) : Tahun Viva Voce (centre) : 18 (Huruf Besar)

Nota: *Sila potong mana yang tidak berkenaan.

3

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH.

INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2006

4

Gaya Penulisan UMS

Contoh:

SATU KAJIAN ETNOGRAFI: MASYARAKAT KADAYAN DI SIPITANG, SABAH.

INTAN AZIRAH ABDUL RAHMAN

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA/DOKTOR FALSAFAH*

SEKOLAH SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2006
5

. Begitulah sebaliknya. kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian.... mesti didahului dengan abstrak dalam Bahasa Melayu dan diikuti dengan abstrak dalam Bahasa Inggeris yang dicondongkan (Italic). Format Abstrak adalah seperti berikut: Saiz Huruf :11 Selang Baris : Satu (1) langkau Jumlah Perkataan :Ditulis dalam satu perenggan dan satu muka surat sahaja dan tidak melebihi 500 patah perkataan untuk tesis dan 250 patah perkataan untuk disertasi. Dedikasi tidak dibenarkan.5 Abstrak (Dalam Bahasa Melayu) Dalam penulisan tesis/disertasi hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.µ 1.Gaya Penulisan UMS 1.Segala nukilan. Biasanya 5 kata kunci sahaja. 6 .. Penulisan abstrak perlu dimasukkan isu utama kajian.3 Pengakuan Pelajar perlu memasukkan kenyataan µ. * Nota: Bagi abstrak Bahasa Melayu tidak mempunyai tajuk.. Hanya abstrak Bahasa Inggeris sahaja yang mempunyai tajuk dan dicondongkan.4 Penghargaan Pelajar boleh merakamkan penghargaan kepada orang perseorangan ataupun pertubuhan/persatuan yang membantu dalam melakukan kajian dan digalakkan supaya tidak panjang. Jika tesis/disertasi ditulis dalam Bahasa Melayu.. ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Setiap abstrak mempunyai kata kunci. 1. hasil yang diperolehi serta sedikit pernyataan dalam kajian.

. Penulisan mengenai pembangunan industri perikanan di peringkat hiliran seringkali dipinggirkan dan tidak mendapat tempat yang sewajarnya. jumlah pendaratan sumber marin. 7 . teknologi menangkap ikan.. taraf sosioekonomi komuniti nelayan. peranan golongan pemodal.Gaya Penulisan UMS Contoh abstrak Bahasa Melayu: ABSTRAK Penulisan mengenai pembangunan industri hiliran berasaskan perikanan di negeri Sabah oleh para sarjana tempatan lebih menumpukan kepada persoalan di peringkat hulu sahaja seperti status sumber marin... kepelbagaian spesis marin dan lain-lain lagi. bilangan nelayan dan bot menangkap ikan.

1786-2000. Writings by local scholars on the development of the downstream industry based on fisheries in the state of Sabah have been limited and basically are more focused on the upstream level of the fishery industry. this has affected the attention on the issues at the downstream level. which have occasionally been marginalized 8 . the sosio-economic level of fishermen in their community. Hence. varieties of marine species and other topics which are related and geared towards upstream issues.Gaya Penulisan UMS Contoh abstrak Bahasa Inggeris: ABSTRACT THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF THE DOWNSTREAM INDUSTRY BASED ON FISHERIES IN SABAH. These writings have attempted to answer questions such as: the status of marine sources. due to the focus towards study on the development of the fishery industry at the upstream level.

permasalahan 1. Kata kunci terdiri daripada satu perkataan atau ungkapan yang tidak melebihi tiga perkataan. bab dan pecahan bab kecil yang utama hendaklah disenaraikan dan disusun mengikut tertib. peribumi. 9 .Gaya Penulisan UMS 1. kemiskinan.6 Kata Kunci Kata kunci ialah perkataan atau ungkapan penting yang boleh memberi gambaran ringkas dan menyeluruh tentang tesis tersebut. Contoh: Masyarakat akademik. Jumlah kata kunci hendaklah tidak melebihi dari lima (5) perkataan atau rangkai kata.7 Isi Kandungan Semua tajuk.

Gaya Penulisan UMS Contoh: ISI KANDUNGAN M/S TAJUK PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SINGKATAN ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL BAB 1: PENGENALAN 1. PENGENALAN KEPADA TEMPLAT GAYA UMS 1. PENGGUNAAN TEMPLAT i ii iii iv v vi vii viii 1 1 1 2 10 .2.1. MENDAPATKAN TEMPLAT 1.1.1.1.

gambar. contengan. lukisan atau ilustrasi dan gambar foto. beserta dengan muka surat.Gaya Penulisan UMS 1. gambar rajah. sketsa. Susunan senarai rajah haruslah mengikut susunan dalam teks. Bagi Pelajar Sains Sosial: Tajuk Sumber :Di bahagian atas :Di bahagian bawah rajah Bagi Pelajar Sains: Tajuk Sumber :Di bahagian bawah rajah :Di bahagian bawah tajuk rajah 11 . Rajah membawa maksud graf.8 Senarai Rajah Bahagian ini menyenaraikan kesemua rajah. foto. gambar rajah atau gambar foto mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi.

2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai.Gaya Penulisan UMS Contoh Rajah Bagi Pelajar Sastera (Sains Sosial): Rajah 1. Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah. 12 .

2 : Rizab Sungai tidak Mengikut Liku-liku Sungai Sumber: Jabatan Pemetaan Sabah 13 .Gaya Penulisan UMS Contoh Rajah Bagi Pelajar Sains: Rajah 1.

Susunan senarai jadual haruslah mengikut susunan dalam teks.9 Senarai Jadual Bahagian ini berupa senarai daftar atau maklumat yang diringkaskan.Gaya Penulisan UMS 1. Bahagian ini menyenaraikan jadual mengikut susunan tertibnya dalam teks tesis atau disertasi. Pelajar Sains Sosial: Tajuk Sumber :Di bahagian atas :Di bahagian bawah jadual 14 .

1: Kadar literasi/kebolehan membaca.Gaya Penulisan UMS Contoh Jadual Pelajar Sains dan Sastera: Jadual 1. 1991 dan 1996 mengikut jantina dan lokasi Sumber: Banci Penduduk Tahun 2000 15 .

Lazimnya dalam kandungan teks tesis dan disertasi perlu ada perkara-perkara berikut: Penaipan Teks Saiz Huruf Teks Saiz Huruf Tajuk Wajib (huruf besar) : : 11 12 (Bold) 16 .10 Senarai Simbol/Singkatan (Jika ada) o o Senarai ini diletakkan selepas senarai rajah dan senarai jadual.Gaya Penulisan UMS 1.11 Glosari Glosari ialah senarai istilah/perkataan yang digunakan dalam teks yang mempunyai erti khusus sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Contoh untuk gugusan Sains: Agranulosit Blastofor Dendrit Diastol Sejenis sel darah putih tanpa granul sitoplasma Lekukan pada gastrula pada peringkat awal embrio Neuron yang menalar impuls Tempoh rehat semasa satu kitar kardium Contoh untuk gugusan Sastera/Sains Sosial: Baptis Ekstrinsik Interpersonal Korelasi Upacara mengkristiankan seseorang melalui upacara permandian Berasal atau bertindak dari luar Hubungan sesama manusia Hubungan atau kaitan secara timbal balik 2. Susunan terpulang kepada penyelia dan pelajarnya. Perkataan hendaklah disusun mengikut abjad. Contoh: AFC Komunikasi Secara Efektif USIA United Sabah Islamic Association WHO World Health Organisation 1. Kandungan teks tesis dan disertasi Kandungan teks tesis dan disertasi tidak mempunyai satu format yang tetap.

Gaya Penulisan UMS Saiz Huruf Subtajuk (huruf kecil) Saiz Huruf Nota Bawah (jika digunakan) Selang Baris Perenggan : : 11 (Bold) 10 Nomboran Muka Surat Margin Bahasa Warna Huruf Cetakan :2 langkau (double spacing) Langkau 1 baris untuk Nota Bawah :Perenggan pertama dimulakan di sebelah kiri sekali. kanan dan bawah. (Bahasa asing dalam teks hendaklah dicondongkan/Italic) : Hitam :Cetakan dotmatrix tidak dibenarkan 17 . Perenggan seterusnya dimulakan selepas ketukan yang ke-12 (1 Tab). :Mengekalkan dengan satu format :1½ inci/38mm dari birai kiri 1 inci/25mm dari birai atas. :Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Pendahuluan 25mm dari birai kanan. Banyak change sudah berlaku . Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan pada 24 November 1994 . SOROTAN LITERATUR 2.. BAB 2 38mm dari birai kiri.1. Perenggan baru dimulakan dengan 12 ketukan atau 1 tab Sesi 1996/97 merupakan sesi kedua kewujudan UMS. Muka surat 25mm dari birai bawah 36 18 .Gaya Penulisan UMS Contoh: 25mm dari birai atas.

2 2.1 Rujukan Teks Dalam Tesis/Disertasi Rujukan ini ialah untuk menghargai karya penulis yang menjadi sumber rujukan berkenaan disamping memudahkan penulis atau pembaca berikutnya mengetahui sumber yang telah digunakan dalam sesuatu penulisan.6 2. Sorotan Literatur Satu bahagian yang mengandungi huraian kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian. Bahan Tambahan Bahan tambahan terdiri daripada: 3. Hasil Hasil merupakan keputusan yang diperolehi dan dibentangkan dalam penulisan teks. Terdapat 2 sistem rujukan dalam sesebuah tulisan iaitu: 19 .Gaya Penulisan UMS 2.3 Metodologi Satu bahagian yang menghuraikan dengan mendalam kaedah-kaedah dan tatacara yang digunakan oleh penyelidik dalam membuat kajian. 2. 3.1 Pengenalan Pengenalan meliputi latar belakang. objektif dan hipotesis. 2. 2. Kesimpulan Setiap bab yang mempunyai pengenalan harus mempunyai penutup yang menyimpulkan hasil perbincangan dalam bab itu.7 Cadangan Bahagian ini tidak wajib dan hanya dimasukkan jika difikirkan sesuai dengan kajian. pernyataan masalah kajian.4 2.5 Perbincangan Bahagian yang menghuraikan mengenai hasil kajian dan analisis kajian yang dilakukan oleh penyelidik.

& Kinoti S.Latham. Bagi pengarang Barat atau yang mempunyai nama keluarga (surname). (Misalnya nama pengarang pada judul. Adams.Stephenson. Contoh: a. halaman tersebut hendaklah dinyatakan selepas tanda noktah bertindih (:) yang diletakkan selepas tahun terbitan. iaitu pengarang dan tahun terbitan. Jika nama pengarang pada pertengahan atau akhiran ayat. E.J.N.. S. hendaklah ditulis nama pengarang pertama diikuti dengan perkataan et al. 1965: 34) - - b. Jika nama pengarang pada permulaan ayat. Sekiranya penulis merujuk kepada halaman tertentu. nama keluarga sahaja digunakan.) hendaklah ditulis dalam teks seperti berikut: 20 .C. hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: (Williams.L. Rujukan hendaklah diletakkan dalam kurungan. M.1.Gaya Penulisan UMS 3. Jika lebih dari dua orang pengarang. Sistem ini mengandungi sekurang-kurangnya dua perkara asas. 1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: (Williams. hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: Williams (1965) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: William (1965:34) c.1 Sistem pengarang-tarikh Peringatan -Pelajar gugusan sains dan sains sosial boleh menggunakan teknik sistem pengarang-tarikh sepenuhnya.

1994: 35 d. Bagi hasil karya yang tahun terbitannya tidak dinyatakan.Gaya Penulisan UMS Contoh pelajar Sains: Adams et al. Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial: Adams et al. 1994. maka hendaklah ditulis seperti berikut: Contoh pelajar Sains: (Cheah. 21 . 1998a) (Cheah.th. 1992: 23) f. adalah singkatan bagi tarikh dan halaman yang dirujuk ialah 7. 1998a: 77) (Cheah.) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ong t. Contoh pelajar Sains: (Ong t.: 7) *Nota: t. Bagi pengarang Melayu. 1998b) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah. Elakkan dari merujuk rujukan sedemikian. 1992) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ahmat. Contoh pelajar Sains: (Ahmat. boleh ditulis dengan nama pengarang sahaja.th. Sekiranya merujuk kepada penulis yang menghasilkan 2 karya atau lebih pada satu tahun tertentu.th. 1998b: 118) e.

2001:3. 1998a: 25. Contoh pelajar Sains: (Ahmat. . Bagi rujukan yang dibuat lebih daripada satu sumber pada satu tempat. Mohd Sarim. sistem ini digunakan untuk memberi 22 . 1992: 12. Bagi rujukan tanpa pengarang. 1998b) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Cheah. Mohd Sarim. Manakala pelajar sejarah mesti menggunakan sistem nota bawah sepenuhnya. rujukan tersebut dipisahkan dengan tanda koma (. Seventh-day adventist encyclopedia 1966: 45) 3.2 Sistem Nota bawah/Nota hujung Peringatan² Pelajar gugusan sains sosial boleh menggunakan sistem nota bawah/nota hujung untuk membuat huraian atau penerangan selain daripada dalam teks. 1997) Contoh pelajar Sastera/ Sains Sosial (Ahmat. Sistem Nota bawah dan Nota hujung digunakan bagi disiplin tertentu untuk menerangkan sumber rujukan yang digunakan pada halaman teks tersebut ataupun di hujung setiap bab (Catatan akhir). semua sumber rujukan itu hendaklah ditulis dan dipisahkan dengan tanda koma bertindih (. ditulis seperti berikut: (Akta perancangan bandar dan desa 1976 (Akta 171). 1992. 1997: 25) Sekiranya rujukan dibuat daripada pengarang yang sama tetapi lebih daripada satu sumber.Gaya Penulisan UMS g. Contoh pelajar Sains: (Cheah.). 1998b: 15) h. 1998a.).1. Selain itu juga.

tempat (:) noktah bertindih. judul-italic (. c. Format penulisan sistem nota bawah/nota hujung:Jenis Tulisan : Tahoma/ Arial Saiz Huruf : 10 Format : Justify Butiran catatan bawah disusun mengikut tertib.) noktah. (apabila halamannya sama) dan apabila halaman yang berlainan. penerbit (. Penggunaan Ibid Singkatan ibid berasal daripada perkataan Latin.) koma.) koma.) koma. hendaklah dimasukkan halaman tersebut. tahun (. iaitu ibidem yang bermaksud pada tempat yang sama. Jika rujukan berikutnya. halaman (.Gaya Penulisan UMS penerangan tentang sesuatu perkara dalam teks yang menjadi rujukan kepada pembaca. hendaklah ditulis Ibid. iaitu masih menggunakan sumber sama dan tidak ada rujukan lain selepas nota bawah 1. edisi (. 23 .) koma.) koma. iaitu Nama Pengarang (diengsot) (.

Semasa beliau tinggal di asrama.2 Walau bagaimanapun bagi beliau telah berubah. Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan Ibid.Gaya Penulisan UMS Contoh ayat dalam teks: . beliau telah terpengaruh dan terpikat dengan ajaran Kristian yang diajar oleh warden asrama tersebut. Kehidupan Dalam Tiga Dimensi.Penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada subkumpulan etnik Gana1 yang mengamalkan kepercayaan adat. ______________________ 1 Mohd Farid Linggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. 24 ..9. hlm. Ibid. 2. hlm. 63.. 3.3...... 1998. Ibid.

Negeri Sabah telah ditadbir sementara oleh British Military Administration1 (BMA) sehingga 15hb. perdagangan dan pelabuhan yang terpenting semasa pentadbiran BNBCC telah terjejas teruk akibat Perang Dunia kedua. Perkataan op. It is because of this nearly total destruction that Sandakan now appears a new town in spite of its hundred years old history4. far beyond more repair. Ini bertujuan untuk memulihkan semula keamanan dan ketenteraman yang pada masa itu masih lagi berada dalam keadaan peperangan dan ketegangan antara kaum kesan peninggalan dasar pentadbiran tentera Jepun.Setelah berjaya di tawan semula dari tentera Jepun. Penggunaan op. Sir Edward Twinning3 yang telah dilantik oleh Kerajaan British menjadi gabenor Negeri Sabah (Borneo Utara) yang pertama selepas tamatnya Perang Dunia Kedua telah menggambarkan kemusnahan bandar Sandakan seperti berikut: No town in the world wear the wounds of war more terribly and more honourably than does Sandakan. Kebanyakan penduduk yang melarikan diri ke kawasan pedalaman semasa pentadbiran tentera Jepun telah kembali semula ke pusat-pusat bandar yang ditinggalkan semasa Perang Dunia Kedua. Berasal daripada perkataan Latin opere citato yang bermaksud dalam karya tersebut. Perkataan ini digunakan apabila sumber rujukan yang digunakan oleh penulis tidak lagi berturutan. cit.1. Contoh: . keamanan dan ketenteraan di Negeri Sabah telah dapat dipulihkan dalam tempoh yang singkat.Gaya Penulisan UMS 3. 25 .. Sandakan yang pernah menjadi pusat pentadbiran. cit. Di bawah pentadbiran BMA.. Where ever we look there is destruction. Julai 19462.

sila lihat Peter Chay. 197. Bhd. Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn.. Sabah The First 100 Years. Singapore:Malaya Publishing House.000..M. Baker seperti berikut: The general situation was at first chaotic and one of the essential needs was the situation of law and order.. Contoh penulisan nota bawah dan penggunaan op. Sabah The first Ten Years As A Colony 1946-1956. including Jesselton.M. (tiada tahun & tiada penerbitan)..Gaya Penulisan UMS Sementara itu. 1982. Baker.North Borneo was more heavily damaged in the war than any other British Colony. The general health of the population had suffered from malnutritim and lack of drugs.. Juga lihat H. bridges had been blown up5 Kemusnahan besar yang dialami oleh Negeri Sabah telah menyebabkan pentadbiran BNBCC telah menyerahkan Negeri Sabah kepada Kerajaan British dengan pampasan sebanyak £1.. 14 H. op. dalam teks: _____________________ 1 Untuk penjelasan lanjut. op. Sabah The Land Below The Wind.4000. Cecilia Leong. hlm... hlm..M. 1965. heavilly damaged. kemusnahan Negeri Sabah akibat Perang Dunia Kedua telah dijelaskan oleh H. Sandakan One Hundred Years 1879-1979 . 1988..Communition never good. were now almost non-existent. Such roads as had existed had been damaged by Japanese heavy and tracked vehicles and. 3 4 5 6 7 26 ... Baker.. H. Julai 1946. Bhd. op. hlm. 2 Peter Chay. 37.. Sandakan and Labuan towns had been completely destroyed and others. hlm. hlm. 33. cit.. 18. cit. hlm 31-32. Supriya Bhar. as the end of the war approached. Kota Kinabalu: Foto Technik Sdn. Baker. cit. cit.006 melalui North Borneo Order in Council7 pada 10hb. Ibid.M.

Perkataan ´LAMPIRANµ diletakkan di sudut atas sebelah kanan (santak kanan) Format: Huruf Saiz Huruf Selang Baris Susunan tesis/disertasi : Tahoma/Arial : 11 : Satu (1) Langkau :Disusun mengikut urutan muka surat 27 .Gaya Penulisan UMS 3. peta. data mentah.2 Lampiran-lampiran Lampiran mengandungi borang soal selidik. Setiap lampiran harus disertakan tajuk. foto. statistik. surat. program komputer dan sebagainya. laporan-laporan berkaitan.

084)* (5. Model 1: KLSECI = 0.055)* 28 .934)* (3.608 0.3821BR7DAY (-3.4461 IBR 7 DAY 0.384TBIL3MTH + (-5.549AVR3MTH -0.308TBIL3MTH + 0.696)* Model 3: KEWANGAN = 1.Gaya Penulisan UMS Contoh: LAMPIRAN A Model indeks-indeks pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur.575)* (-2.274IBR7DAY (-2.988)* Model 2: HARTANAH = 0.335 0.48AVR3MTH (-3.824 0.403)* 0.

1.2 Dokumen Rasmi yang Tidak Diterbitkan Contoh: 1. Setiap rujukan yang digunakan mestilah disusun mengikut abjad. Semua bahan yang dirujuk dan digunakan dalam sesuatu penulisan. 29 . Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Sabah dan The Summer Institute of Linguistics. Colonial Office 874/1104 ² War With Japan. Nama Penerbit. Rujukan disetiap hujung bab tidak diperlukan.Gaya Penulisan UMS FORMAT BIBLIOGRAFI Rujukan merangkumi semua sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam penulisan tesis/disertasi. Tempat diterbitkan. sama ada dalam sistem pengarang-tarikh atau nota bawah atau nota hujung. Nombor muka surat (untuk artikel dalam jurnal atau bab dalam buku). Manakala rujukan untuk laman Web/e-mel tidak melebihi daripada 5% daripada rujukan yang digunakan. Setiap bibliografi ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (nyatakan sama ada penyunting.O. Tajuk Penerbitan. Bilangan Jilid (jika ada). Tahun diterbitkan. 2.1 Rekod Kerajaan Yang Tidak Diterbitkan Contoh: 1. penyusun atau penyelenggara-jika berkaitan). Format menulis bibliografi seperti berikut: Saiz Huruf Jenis Huruf Selang Baris Selang Antara Rujukan : : : : 11 Tahoma/Arial Satu (1) Langkau (Single Spacing) Dua (2) Langkau (Double Spacing) Contoh menulis bibliografi: 1. Bilangan Edisi (jika ada). Kota Kinabalu: Sabah Government Printers. 2. Sabah Second Agriculture Policy: 19992010. Kerajaan Negeri Sabah. hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian ini. C. 874/466-Immigration.

World shrimp farming 2002. USA: Shrimp News International. 4 August 1992. No. Fail Pejabat Daerah Beaufort PDB.4 Fail-fail Arkib Contoh: 1. 2. Berita Harian. 1987. 1. A Report on Socio-Economic Survey of Fisherman at Kuala Penyu District. 725. Kebangkitan Masyarakat Melayu. PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR SABAH. San Diego.5 Fail-fail Jabatan Contoh: 1. 1986. KO-NELAYAN. 2002.General.). 1986. 3. 1. A. 7/273/11 ² Waran Peruntukan 1986. 2. 1. Los Angeles Times. R. M. Annual Report Number 15. 2. Rosenberry. Jabatan Perangkaan Malaysia. L. North Borneo Central Archive. 3-21. North Borneo Central Archive.Gaya Penulisan UMS 1. 66 ² Educational Policy of State-General. 2 pp. 1992.6 Akhbar Contoh: 1.Borneo Fishing Company at Si Amil Island. World Health Report 1998. 30 . World Health Organization (WHO). 2. firm helps utility with innovative plan. (ed. 1998. . No.3 Laporan-Laporan Kerajaan Contoh: 1. Parrish.

31 . Anton. 2.Gaya Penulisan UMS 1.1989. Bioindicators in River Quality Maganegemt. Cheong. 1. Bengkel Enviro-course 2002. Tarian-tarian Ritual Sabah. 1992. Paper presented at the Nautilus Institute Workshop on Trade and Environment in Asia-Pacific. Ismail Abas. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.: Prospects for regional cooperation. Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas. 2003. Satu Kajian Permulaan. Primavera. 23-25 September. Badan Bahasa Sabah Dengan Kerjasama GAPENA dan Kerajaan Negeri Sabah. (Kumpulan thoracius) Sabah sebagai agen kawalan biologi serangga perosak.9 Buku Contoh: 1. H. A. Shrimp farming in the Asia Pasific: Environmental and trade issues and regional cooperation. Kertas Kerja Dialog Borneo II. 3. C. 1994. Kertas Projek Institut Teknologi MARA Cawangan Sabah. Fungsinya dan Masa Depannya. Perbandingan morfologi Dolichoderus (Kumpulan thoracius) (HYMENOPTERA: FORMICIDAE) dari Sabah dan Semenanjung Malaysia serta potensi Dolichoderus sp. Philipines. 1.7 Tesis/Latihan Ilmiah Contoh: 1.Kualiti Air. 1996. (Tidak diterbitkan). 1216 September. P. H. 2. Kedudukan Saudara Kita di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. Ahmat Adam. Zulkornain bin Yusof.8 Kertas Kerja Contoh: 1. J. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 1999. Tesis Sarjana. Kota Kinabalu. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. East-West Centre Honolulu.

P. 1. P. In Calow.. D. 1996. pp.1972. Termites. J. In Stickney. Journal of Nutrition 124:227-282.). 1. ´Murut Depopulation and The Sipitang Lun Dayeh. 798-868. 32 . Penaeus monodon. & Eggleton. CRC Handbook of Mariculture Crustacean Aquaculture 2nd edition. vol.Gaya Penulisan UMS 2. Kuala Lumpur: Victory Agencies. 16. Jakarta: Puncak Keris. Lavens.13 Filem Contoh: Filem Cereka. 289-313. (ed. pp. 1994. S. S. 1998. Zimmerman.45 (2). P. R.N. In McVey. Preparation and use of Artemia as food for shrimp and prawn larvae. Dhont. Kamus Melayu-Arab-Inggeris. J. 1972. 1985. with menadione. H. 1. Oxford. Boca Raton: CRC Press. (ed.R.) Encyclopedia of ecology and environmental management. London: Macmillan Educational Company. Shiau. 1993. Bignell. 3. Coolier·s Encyclopedia. Quantifying the vitamin K requirement of juvenile marine shrimp. Fuzzy set theory and its application. J. G. volume 1. P. 3.10 Ensiklopedia Contoh: 1.S.12 Artikel Contoh: 1. P. New York: John Wiley and Sons.11 Kamus Contoh: Abd. Bin Nuh dan Oemar Bakry. Treece. New Delhi: Allied Publishers Ltd and Kluwer Academic Publishers. pp 744-746. 2000. (ed).Y. 2. 2nd ed. Blackwell scientific. E. J. Shrimp Culture. 1996.µ JMBRAS. 1. 2. Appell. Kabus Malam. Encyclopedia of Aquaculture.D. & Sorgeloos. & Liu.

& Byron.Gaya Penulisan UMS 1. 33 . Brookfield. ´Sosio-ekonomi Penduduk Tempatan Pada Zaman Penjajah.14 Peta Contoh: Jabatan Pertanian Sabah. Papar. 1. . 74 tahun. 2. 1996.hk/www/what is salvation army/home. Y. Jalan Bukit. *Nota: . 2002.org.Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi.htm. ´Salvation Army International Headquatersµ dlm. H.16 Responden Yang Ditemu Bual Contoh: Razak Janau. Potter.µ 26 September 2003..15 Laman Web/E-mel Contoh: 1.Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua.htm. 1. Ketua Kampung Padas. Kampung Padas. The eastern Sundaland region of south-east Asia. L. http//www. termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.unu.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re14. 26 September 2004.salvation. www. Peta Taburan Asosiasi Tanah.

Ahmad Fawzi Basri. In Edwards. H. Ford. S. S.) Bilangan Jilid ² jika ada (. Penterjemah. 1996. 2. 117-123. Anonymous dan juga rujukan daripada internet tidak dibenarkan melainkan sumber rasmi dan EJurnal yang diperakui. The International Jew. & Arbain. 34 . W. H.) Nama Siri Buku dan Jilid atau Bilangan Dalam Siri ² jika ada (. Monographiae biologicae (eds). Maryati. K.. Idris Salleh & Shafee Saad. Berikan semua maklumat yang lengkap yang mengandungi butiran seperti berikut: Nama Pengarang (. Ecological diversity and its measurement. D.) Penyunting. Sabah. Terrestrial ants (Hymenoptera: Formicidea) of Poring. Penyelenggara ² jika ada(. 1988. London.) Tempat Terbit (Bukan Negara) (:) Nama Penerbit(. Kluwer Academic Publishers. Bumi Kita Dipijak Milik Orang. Temubual peribadi. C. 1997. & Choy.) Format menulis rujukan seperti berikut: Saiz Huruf Jenis Huruf Selang Baris Selang Antara Rujukan Contoh menulis rujukan: a. 1991. Johannesburg: Global Publisher. : : : : 11 Tahoma/Arial Satu (1) Langkau (Single Spacing) Dua (2) Langkau (Double Spacing) b. Pengarang Bersama Contoh: 1. Azizah. Mohd. Magurran. Tropical rainforest research-current issues. Bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad. E. M. pp. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. London: Croom Helm. A.Gaya Penulisan UMS FORMAT RUJUKAN Rujukan merupakan bahan yang dirujuk dalam teks sahaja.) Tahun Penerbitan (.) Edisi ² jika ada (.) Judul Buku ² condong (. Pengarang Tunggal Contoh: 1.. E. Kinabalu Park. Penyusun. Booth.

). Oxford: Pergamon Press. Esei Sastera Dalam Pengajaran.Gaya Penulisan UMS c. 1984. J. Barnes. (ed). Karya Suntingan Contoh: Rose. d. 2001. Gilchrist. Electoral Behavior: A Comparative Handbook. Extractive Metallurgy. 35 . Karya dengan judul sahaja (Tanpa pengarang) Contoh: Akta. London: Edward Arnold.1974. Kumpulan Kertas Kerja 2. 1980. e. Karya Susunan Contoh: Hamzah Hamdani (ed. (3rd edition). Alam Pensejarahan Dari Pelbagai Perspektif. 1989. 1996. R. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 171). 2. D. R. f. g. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penyelidikan dan Pentadbiran Universiti.S. Estuarine Biology (2nd edition).K. Edisi Contoh: 1. New York: Free Press. Kuala Lumpur: International Law Book Service. Karya Selenggaraan Contoh: Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee (ed).

Karya Terjemahan Contoh: Wheare. k. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society. i. Teknologi Pengangkapan Ikan di Sabah. 1981. l. 65(2):151-182. Ariff. Mohammad Raduan Mohd. Monograf Contoh: 1. Kertas Kadangkala Bil. *Nota: Huruf tebal ialah nombor jilid dan nombor dalam kurungan ialah nombor keluaran dan diikuti dengan nombor halaman selepas noktah bertindih. Kertas Kadangkala Contoh: Sharifah Rofidah Habib Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Politik Sabah Sebelum Penjajahan Jepun. *Nota: Jld. Bil.Gaya Penulisan UMS h. Perayaan Di Sabah. Kerajaan Persekutuan. K. Jld. 2003. 36 . Karya Berbilang Jilid Contoh: Ensiklopedia Pembangunan Sabah. Karya Dalam Jurnal Contoh: Mahani Musa. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 1993. Monograf 3. j. 2. 1980. Bermaksud Jilid. 6. Zainah Ahmad.. Siri Dokumentasi Akademi Pengajian Melayu. Khazanah. 1999. Malay Secret Societies in Penang: 1830s-1920s. 2. 2003. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Terj. Kota Kinabalu: Usaha Baru. C.

Senario Seni Lukis Sabah: Stail dan Tema. Rastrelliger Sabah. (eds. Pendatang Asing Di Sabah. hlm. July 10-14. & Ridzwan. UMS. Sabah. Homathevi. Berita/Rencana Dalam Akhbar Contoh: New Straits Times. Abdul Halim (ed. 1998. 56-52. D. 2000. From west coast of M. Nucleic acid profiles in Kanagurta. S. Eggleton. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.) Nama Akhbar (. Karya Dalam Pascasidang Contoh: 1.) Tajuk Berita/ Rencana (. 557-586. hlm. New Straits Times. Dalam Sharifah Habib Hasan dan Zainah Ahmad (ed. G.). In Mohamed.) n. Ismail Haji Ibrahim. o.) Hari/Bulan (:) Halaman (. Kota 3.. Mustafa. P. Kesan Politik. Borneo 2000: environment.). East Malaysia. Kuching Sarawak.) Tahun (.. 2000.Gaya Penulisan UMS m. Sabihah Osman.. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. 2000. Borneo 2000: Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference. Sabah dalam Perluasan Pasaran. Maryati. 2001. pp. 2000.. Tropical in Sabah. Sabah to Tap Potential in Health Tourism. Proceedings of sixth biennial Borneo research conference..). 2. 18-38. R. Bernard. Ecosystem Research Kinabalu:ums. R. Jones. conservation and land.. H. R. Zaki Tahir. M. 37 . Termites (Insecta: Isoptera) Fauna of Danum Valley Conservation Area. Bab Dalam Buku Contoh: 1. 2. A. & Davies. T. mackerel. 2003. 31. *Nota: Nama Pengarang (.42. 3 October: 9.

Mat Zin bin Mat Kib. Filem dan Karya Muzik i. 2001. 1977. 2000. Tesis/Disertasi Contoh: 1. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Kota KInabalu. t. Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. Sarawak native blockade pulp mill project. 1962. 2000. Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah Kali Pertama. Filem cereka. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Drabble. Orang Bajau Pulau Omadal. Sabah. 2002. Sekolah Sains Sosial. Filem Contoh: Ramlee. 1800-1990: The Transition to Modern Economic Growth. Ulasan Buku Contoh: Badriyah Haji Salleh. c. 2. Journal of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society 124(1):111-114. Laporan dan Minit Mesyuarat Contoh: Minit Mesyuarat Seminar Pascasiswazah. 2000. s. 38 . Yap Beng Liang. Aliran 20 (10:33) q. An Economic History of Malaysia.Gaya Penulisan UMS p. Kertas Kerja. Karya Dalam Majalah Contoh: Aliran. P. Singapura: Shaw Brother. Laksamana Do Re Mi. Ulasan buku J. H. r. Sabah: Satu Kajian Tentang Sistem Budaya. 5 Jun. Hampshire: Macmillan Press. Perkembangan Mazhab-mazhab Agama Kristian di Sabah.

Bahan Rujukan Elektronik Contoh: 1. 1995. S. 1968. Santiago: Delta Music Incorporated.htm. 25 Mei. Slaid Contoh: Pugh-Kitingan. Chorus dan Orkestra.go. Laserlight Series 12036. vii. 39 . J. Dicetak 13 September 2002. Tuaran. Temubual Contoh: Stephens. Lambaian Kasih dalam Citra Malaysia. Karya Muzik Contoh: Johari Salleh. 1976. iii. B. Universiti Malaysia Sabah. Sabah. Menangkap Ketam Batu di Mengkabong. Video Contoh: Muzium Sabah. Temu bual. Slaid.id/policy/releases/2002/pr56-251001. Kassim Masdor (konduktor). 1998. Filem Dokumentari. CD-Rom Contoh: MacRae.dfadeplu. Kegiatan Mubaligh Kristian di Sabah. vi. Sekolah Sains Sosial. ´Keputusan Mahkamah Internasional atas Permohonan Intervensi Pemerintah Filipina dalam Kasus Pulau Sipadan dan Ligitanµ (atas talian) http://www. Jabatan Muzium Sabah. 1986. Jenis-jenis Tarian Masyarakat Peribumi Sabah.Gaya Penulisan UMS ii. CD Leicester: British Pshychological Society. v. Introduction to Research Design and Statistic. iv.

*Nota: .htm. Y. 2002.Gaya Penulisan UMS 2. termasuk tarikh bahan tersebut dicetak.. H.Butiran bagi bahan rujukan elektronik hendaklah dicatat kesemua. L.edu/unupress/unupbooks/uu14re/uu14re 14.Rujukan elektronik dari laman web persendirian tidak digalakkan melainkan dari pihak yang diiktiraf umum sebagai pakar atau pihak berkuasa atau mana-mana sumber rasmi. . & Byron. The Eastern Sundaland region of south-east Asia. www. 40 . Brookfield.unu. Potter.

1 Muka Kulit Bahagian Depan Tesis Bahagian kulit depan mengikut tertib.2 Bahagian Tulang Belakang Tesis a. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya lebih 25mm mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib. Bahagian tulang belakang tesis tebalnya kurang 25mm wajib mengandungi perkara-perkara berikut mengikut tertib. Tajuk Tesis Nama Calon Nama Sekolah Nama Universiti Tarikh Tahun Viva Warna Kulit Warna Huruf Logo Jenis Kulit tesis wajib mengandungi perkara-perkara berikut : : : : : : : : : Tahoma/Arial 18 Tahoma/Arial 18 Tahoma/Arial 18 Tahoma/Arial 18 Tahoma/Arial 18 Biru gelap Emas Tidak dibenarkan Keras 1. Nama Pengarang (memanjang) Nama Ijazah (melintang) Tarikh Tahun Viva (melintang) Singkatan Nama Universiti (melintang) : : : : Tahoma/Arial Tahoma/Arial Tahoma/Arial Tahoma/Arial 16 16 16 16 41 .Gaya Penulisan UMS FORMAT KULIT DAN PENJILIDAN 1. Nama Pengarang (memanjang) Nama Ijazah (memanjang) Tarikh Tahun Viva (memanjang) Singkatan Nama Universiti (memanjang) : : : : Tahoma/Arial Tahoma/Arial Tahoma/Arial Tahoma/Arial 16 16 16 16 wajib b.

Contoh tesis yang tebalnya kurang 25mm. a.3 Penjilidan Tesis dijilid secara Jahit Kekulit dan bermuka kulit keras di bahagian depan dan belakang.Gaya Penulisan UMS 1. 42 .

43 . Contoh tesis yang tebalnya melebihi 25mm.Gaya Penulisan UMS b.

Gaya Penulisan UMS c. Contoh tesis yang disediakan lebih daripada satu jilid. 44 .

1994. Jawatankuasa Pascasiswazah (JPSPIU) mencadangkan nama Pemeriksa Luar dan Dalam serta Ahli Jawatankuasa Viva Voce dalam borang PPPSUMS13/2004. Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (edisi keenam). d. London: Kogan Page Cavina. Belmont : Wadsworth Publishing Company. Gaya Dewan. f. 1998. John W. Setelah pembetulan perlu diserahkan sekurang-kurangnya 4 naskah kepada PPPS dan PPPS akan menghantar kepada SPIU dan Perpustakaan. B. Preparing Dissertations and Thesis. 1997. Tempoh penyerahan Notis Tesis/Disertasi perlu diselaraskan. Calon Pascasiswazah hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan Tesis/Disertasi (Borang PPPSUMS 13/2004) dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penyerahan tesis. 1995. RUJUKAN Allison. 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 45 . Limited. Kristan. Research Design: Qualitative and Quantitative Approaches. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Gaya Penulisan UMS PENYERAHAN TESIS Setiap pelajar harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pascasiswazah seperti berikut: a. Gaya UKM. Creswell. Gaya Dewan (edisi ketiga). Bagi tujuan Pemeriksaan Lisan perlu diserahkan sebanyak 5 naskhah. b. London: SAGE Publications. Pemeriksa Dalam dicadangkan oleh SPIU dari kalangan tenaga akademik UMS yang berkaitan dengan bidang tesis calon. e. c. Critical Thinking and Writing: A Developing Writesr·s guide with readings.

Penyelia diminta agar merujuk kepada sistem penandaan pruf. Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 46 . supaya tidak mengelirukan golongan pelajar.Gaya Penulisan UMS LAMPIRAN A TANDA PRUF DAN CARA PENANDAAN DALAM TEKS Kerja pruf bertujuan untuk menyemak penulisan ilmiah pelajar. Berikut adalah prosedur penandaan pruf.

Gaya Penulisan UMS Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 47 .

Gaya Penulisan UMS Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 48 .

Gaya Penulisan UMS Tanda Pruf Cara Penandaan di dalam Teks 49 .

Sorotan Kajian Lepas / Sorotan Literatur .Merupakan ulasan kajian lepas atau terdahulu yang berkaitan dengan penyelidikan. Metodologi Kajian v. Hipotesis Kajian c. Pengenalan: a. Objektif Kajian iii.Gaya Penulisan UMS LAMPIRAN B PERKARA-PERKARA YANG DIPERLUKAN DALAM MENULIS CADANGAN PENYELIDIKAN i. Tajuk Kajian ii. Permasalahan Kajian b. iv. Hasil Yang Diharapkan d. Bibliografi/Rujukan 50 .

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->