Anda di halaman 1dari 20

1.

SINOPSIS
TERMINAL TIGA
Novel ini mengisahkan mengenai Rimpa yang
berpeluang melanjutkan pelajarannya di Akademi
Seni Kebangsaan telah terkandas di Lapangan
Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang kerana
penerbangannya ke Kota Kinabalu ditunda akibat
jerebu. Ketika duduk menunggu, dia teringatkan
ayahnya yang telah 10 tahun tidak pulang. Ketika
berada dalam kapal terbang pula, Rimpa teringat
akan peristiwa dia meninggalkan rumah walapun
telah dilarang oleh ibunya. Dia juga terkenangkan
Bang Maily yang telah banyak membantunya.
Apabila tiba di Kota Kinabalu, Rimpa menginap di
rumah Bang Maily. Tujuan kepulangannya ke
kampung kali ini adalah untuk mencari ayahnya
yang dikatakan berada di Nabawan. Setelah usaha
mencari ayahnya gagal, Rimpa kembali ke Kota
Kinabalu, sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Bang
Maily berusaha menolong Rimpa menguruskan
pinjaman untuk membiayai pengajiannya. Ketika
berada di kampus, Rimpa menerima surat daripada
Ruzaini yang mengatakan ayahnya telah kembali
ke pangkuan keluarganya. Apabila cuti semester,
Rimpa kembali ke kampung untuk bertemu
ayahnya. Rimpa mendapat khabar bahawa Ruzaini
telah lari mengikut pendakwah yang masuk ke
kampung mereka. Rimpa berasa kecewa terhadap
tindakan Ruzaini. Kemudian Rimpa kembali ke
Kuala Lumpur untuk meneruskan pengajiannya.

SETEGUH KARANG
Novel ini mengisahkan Awanis yang telah kematian
ibu bapa tetapi bersikap tabah meneruskan
pengajiannya di UiTM cawangan Perlis. Dia telah
menjalani praktikal di sebuah ladang kelapa sawit
di Hulu Paka Terengganu dan terpaksa
menumpang di rumah Kak Nor. Ketika menjalani
latihan ini, dia terpaksa melakukan kerja dapur
yang tidak pernah dilakukannya, berhadapan
dengan Kak Sofia dan Maznah yang suka
mengusik, menghadapi pelbagai cabaran Encik
Johari yang suka membuli dan menghadapi
peristiwa kematian Budi akibat dipatuk ular. Pada
suatu hari, Awanis menerima panggilan Anita yang
telah mengetahui kedudukan dirinya sebagai anak
angkat. Awanis menamatkan praktikalnya dan
membantu Anita mencari keluarga kandungnya.
Ayah kandung Anita, Encik Lee tidak menerima
Anita sebagai anaknya dan menganggapnya
sebagai pembawa sial. Awanis bertengkar dengan
kakanya, Maysarah kerana menghalau Anita.
Akhirnya Maysarah sedar akan kesilapannya.
Kehidupan mereka kembali mesra, namun Anita
tetap mahu berdikari dan tidak mahu tinggal
sebumbung.

2. TEMA
TERMINAL TIGA
Tema novel ini ialah kegigihan dan kecekalan
seorang anak remaja dari sebuah perkampungan
di daerah pedalaman Sabah dalam usaha
memburu ilmu. Hal ini dibuktikan apabila Rimpa
sanggup meninggalkan keluarganya untuk
berhijrah ke Kuala Lumpur bagi memperoleh
Diploma Penulisan Kreatif di Akademi Seni
Kebangsaan selama empat tahun. Rimpa sanggup
menghadapi pelbagai risiko dan cabaran untuk
mengubah nasib keluarganya yang miskin dan
mundur atas dorongan dan bantuan ikhlas
daripada Bang Maily. Rimpa turut tabah
menghadapi masalah kewangan untuk membiayai
pengajiannya dan berkat kesabarannya akhirnya
dia mendapat pinjaman sebanyak RM 3000
daripada kerajaan Negeri Sabah.

SETEGUH KARANG
Novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis
dalam menempuh kehidupan yang mencabar. Hal
ini dibuktikan menerusi watak Awanis yang tabah
menempuh kehidupan selepas kematian ibu
bapanya dalam kemalangan jalan raya. Awanis
terpaksa pergi bersendirian untuk mendaftar diri di
UiTM cawangan Arau Perlis bagi mengikuti kursus
pengurusan ladang. Ketabahan Awanis teruji
Ketika menjalani praktikal di Terengganu apabila
terpaksa berdepan pelbagai cabaran seperti Encik
Johari yang memandang rendah kepadanya dan
suka membulinya.
www.riekadier.blogspot.com

3. PERSOALAN
TERMINAL TIGA
Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini
ialah persoalan tanggungjawab. Rimpa seorang
yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Contohnya Rimpa bertanggungjawab mencari
ayahnya yang meninggalkan keluarganya selama
10 tahun.
Selain itu, Rimpa juga bertanggungjawab
terhadap pelajarannya. Contohnya Rimpa sanggup
meninggalkan keluarga dan kampung halamannya
untuk meneruskan pembelajarannya di Akademi
Seni Kebangsaan.
Persoalan kedua ialah keyakinan dan
keberanian. Rimpa seorang yang yakin diri dan
berani. Contohnya Rimpa berani menempuh
cabaran dan yakin dapat mencapai cita-citanya di
Akademi Seni Kebangsaan walaupun terpaksa
meninggalkan keluarganya.
Persoalan ketiga ialah ketaatan kepada
Tuhan. Rimpa seorang yang taat mengerjakan
ibadat. Contohnya Rimpa amat taat mengerjakan
solat setelah memeluk Islam.
Persoalan seterusnya ialah tidak mudah
berputus asa. Rimpa seorang yang kuat
semangat meskipun hidup dalam kemiskinan.
Contohnya Rimpa tidak mudah berputus asa untuk
meneruskan pengajiannya walaupun menghadapi
masalah kewangan.
Terdapat juga persoalan kepincangan
masyarakat seperti masyarakat yang suka
meminum minuman keras. Ramon seorang
yang suka meminum minuman keras. Contohnya
Ramon mengajak Rimpa menyertainya meminum
minuman keras.
Selain itu terdapat juga kepincangan
masyarakat seperti masyarakat yang mudah
terpengaruh dengan golongan pendakwah
sehingga mengenepikan keluarga. Ruzaini
seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia
pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia
tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya.
Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya
kerana lari mengikuti golongan pendakwah.

SETEGUH KARANG
Antara persoalan yang terdapat dalam novel
ini ialah persoalan kegigihan. Awanis seorang
gadis yang gigih. Contohnya Awanis yang gagal
dalam SPM kali pertama sanggup mengambilnya
semula dan berjaya meneruskan pelajarannya ke
UiTM.
Persoalan kedua ialah kehidupan yang
berlandaskan agama dan keyakinan kepada
Tuhan. Awanis seorang yang taat mengerjakan
ibadat dan percaya dengan ketentuan Allah.
Contohnya Awanis taat mengerjakan solat,
sentiasa menyebut nama Allah dan tidak lupa
untuk berdoa.
Persoalan ketiga ialah kasih sayang sesama
insan. Awanis sangat sayang kepada Anita.
Contohnya Awanis sanggup membantu Anita
mencari keluarga kandung Anita iaitu Encik Lee
dan Puan Lee.
Persoalan keempat ialah sikap berdikari.
Awanis seorang gadis yang hidup berdikari.
Contohnya selepas kematian ibu dan ayahnya,
Awanis cuba berdikari dan mendaftar sendiri di
UiTM Arau Perlis.
Di samping itu, terdapat juga persoalan
kepincangan masyarakat seperti masyarakat
yang suka mengumpat dan menjaga tepi
kain orang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka
menceritakan keburukan orang lain. Contohnya
Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di
pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar
dengan Wan Asri.
Selain itu terdapat juga kepincangan
masyarakat seperti masyarakat yang masih
mengamalkan kepercayaan karut.
Kepercayaan karut ini masih tebal kepada Encik
Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan
isterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita
sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa
anak perempuan pembawa sial dalam keluarga.
www.riekadier.blogspot.com

4. NILAI
TERMINAL TIGA
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel
Terminal Tiga ialah kasih sayang. Rimpa
mengasihi keluarganya. Contohnya Rimpa
sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang
telah 10 tahun meninggalkan mereka.
Selain itu terdapat juga nilai Ketabahan.
Rimpa merupakan seorang yang tabah. Contohnya
Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran
seperti kemiskinan hidup. Masalah yang
dihadapinya tidak melemahkan semangatnya
untuk terus menimba ilmu.
Terdapat juga nilai keberanian. Rimpa
seorang yang berani. Contohnya Rimpa berani
mengambil risiko meninggalkan keluarga dan
kampung halamannya untuk melanjutkan pelajaran
di Akademi Seni Kebangsaan.
Di samping itu terdapat juga nilai kegighan.
Rimpa merupakan seorang yang amat gigih.
Contohnya Rimpa gigih menuntut ilmu meskipun
berdepan dengan masalah keluarga dan
kewangan.
Terdapat juga nilai prihatin dalam novel ini.
Bang Maily seorang yang prihatin. Dia sering
membantu Rimpa dan memberi galakan kepada
Rimpa supaya terus belajar. Contohnya Bang Maily
menolong Rimpa mendapatkan biasiswa.
Selain itu, terdapat juga nilai kebijaksanaan.
Rimpa seorang yang bijaksana. Contohnya
meskipun berasal dari pedalaman namun atas
kebijaksanaannya Rimpa berjaya melanjutkan
pelajarannya ke Akademi Seni Kebangsaan.
Terdapat juga nilai tanggungjawab. Rimpa
seorang yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pulang ke
Sabah dan pergi ke Nabawan untuk mencari
ayahnya yang dikhabarkan berada di sana.

SETEGUH KARANG
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel
Seteguh Karang ialah kasih sayang. Awanis
menyayangi keluarganya. Contohnya Awanis
sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan
adik angkatnya.
Selain itu, terdapat juga nilai baik hati. Pak
Oni seorang yang baik hati. Contohnya Pak Oni
selalu membantu Awanis adik beradik
menyediakan makanan setelah ibu bapa mereka
meninggal dunia.
Di samping itu juga terdapat nilai Keberanian.
Awanis seorang gadis yang berani. Contohnya
Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan
oleh Encik Johari menjatuhkan setandan buah
kelapa sawit semasa menjalani praktikal di Hulu
Paka Terengganu.
Terdapat juga nilai kegigihan dalam novel ini.
Awanis seorang yang gigih. Contohnya Awanis
gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading
meskipun pernah gagal pertama kali mengambil
SPM.
Selain itu, terdapat juga nilai prihatin. Pak Oni
seorang yang prihatin. Contohnya dia mengambil
berat kehidupan anak-anak saudaranya dengan
sering menyediakan makanan untuk mereka
selepas kematian ibu bapa mereka.
Di samping itu terdapat juga nilai
kebijaksanaan. Awanis seorang yang bijak.
Contohnya Awanis berjaya melanjutkan
pelajarannya ke UiTM.
Terdapat juga nilai tanggungjawab. Awanis
seorang yang bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Contohnya dia bertanggungjawab
membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya.
www.riekadier.blogspot.com

5. WATAK & PERWATAKAN UTAMA


TERMINAL TIGA
Watak utama dalam novel ini ialah Rimpa.
Rimpa merupakan anak sulung dalam keluarga
yang berasal dari daerah pedalaman Sabah.
Keluarganya merupakan penanam sayur dan
hidup miskin apatah lagi ayahnya telah 10
tahun meninggalkan mereka dan tidak dapat
dikesan.
Meskipun demikian Rimpa seorang yang tabah
menghadapi cabaran hidup. Contohnya Rimpa
sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti
kemiskinan hidup. Namun cabaran tersebut tidak
melemahkan semangatnya untuk terus menimba
ilmu.
Selain itu Rimpa merupakan seorang yang
yakin dan berani. Contohnya Rimpa berani
menempuh cabaran dan yakin dapat mencapai
cita-citanya di Akademi Seni Kebangsaan walaupun
terpaksa meninggalkan keluarganya.
Selain itu, Rimpa merupakan seorang yang
bertanggung jawab. Rimpa bertanggung jawab
terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup
pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang
telah 10 tahun meninggalkan keluarganya.
Rimpa juga seorang yang taat kepada
Tuhan. Contohnya setelah memeluk agama Islam
Rimpa segera menunaikan solat apabila tiba
waktunya.
Di samping itu, Rimpa seorang yang
penyabar. Rimpa sabar menghadapi cabaran dan
dugaan hidup. Contohnya Rimpa bersabar
walaupun Ramon sering memperlinya kerana
cemburu akan hubungan baiknya dengan Bang
Maily.
Di samping itu rimpa juga merupakan
seorang yang gigih. Rimpa amat gigih menuntut
ilmu. Contohnya Rimpa gigih menimba ilmu
meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan
kewangan.

SETEGUH KARANG
Watak utama dalam novel ini ialah Awanis.
Awanis merupakan seorang gadis berusia dalam
lingkungan 20-an dan berkulit gelap.
Merupakan anak kedua yang berasal dari Ipoh
Perak dan merupakan anak yatim piatu setelah
ibu bapanya terkorban dalam kemalangan jalan
raya. Merupakan anak orang berada kerana
ayahnya memiliki syarikat pembinaan dan banyak
rumah sewa.
Awanis seorang yang berdikari. Contohnya,
semasa melaporkan diri pada hari pertama di ITM
(UiTM) Arau Perlis, Awanis pergi bersendirian.
Selain itu, Awanis merupakan seorang yang
penyayang. Awanis sangat menyayangi adik
angkatnya Anita dan sanggup bersama-sama Anita
pergi mencari keluarga kandungnya.
Awanis juga seorang yang tabah dan cekal.
Contohnya walaupun gagal dalam SPM, Awanis
masih sanggup untuk mengambil semula SPM dan
berjaya memperoleh keputusan yang baik.
Selain itu, Awanis juga merupakan seorang
yang sabar. Awanis sabar dalam menempuhi
dugaan yang menimpa keluarganya. Contohnya
Awanis bersabar apabila dan menerima kenyataan
apabila ibu bapanya terkorban dalam kemalangan
jalan raya.
Awanis juga seorang yang gigih. Awanis
menunjukkan kegigihan dalam menimba ilmu.
Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga
ke menara gading meskipun pernah gagal pertama
kali mengambil SPM
www.riekadier.blogspot.com

6. WATAK & PERWATAKAN SAMPINGAN


TERMINAL TIGA
Antara watak sampingan yang terdapat dalam
novel ini ialah Bang Maily. Bang Maily merupakan
Pegawai Kebudayaan di Sabah.
Bang Maily merupakan seorang yang rajin. Dia
sanggup pergi ke mana sahaja untuk menjalankan
tugasnya. Contohnya Bang Maily sanggup pergi ke
Keningau dari Ranau dan pulang semula ke Ranau
pada hari yang sama untuk menguruskan Bengkel
Penulisan.
Bang Maily juga seorang yang prihatin. Dia amat
prihatin dengan kesusahan yang dialami Rimpa.
Contohnya Bang Maily sering memberi galakan
kepada Rimpa supaya terus belajar dan menolong
Rimpa mendapatkan biasiswa.
Bang Maily juga seorang yang ikhlas membantu.
Dia sering membantu Rimpa yang dihimpit
kemiskinan. Contohnya dia ikhlas membantu
Rimpa yang pada pandangnnya mempunyai bakat
dalam bidang penulisan dengan membawa Rimpa
ke Kota Kinabalu dan membantu Rimpa
melanjutkan pelajarannya Ke Akademi Seni
Kebangsaan.
Bang Maily juga seorang yang taat kepada Allah.
Dia taat mengerjakan ibadat. Contohnya Bang
Maily terus mengerjakan solat sebaik sahaja masuk
waktu solat.
Selain itu, watak sampingan yang lain ialah
Kak Naspura. Kak Naspura adalah isteri kepada
Bang Maily.
Kak Naspura merupakan seorang isteri yang
bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab
terhadap suami dan anak-anaknya. Contohnya, dia
menyediakan keperluan suami dan anak-anaknya
seperti menyediakan makan minum.
Kak naspura juga seorang yang mudah
bersimpati. Dia bersimpati dengan kesusahan
Rimpa. Contohnya Kak Naspura dan mempelawa
Rimpa menginap di rumah mereka.
Kak Naspura juga seorang yang prihatin. Dia
amat prihatin dengan kesusahan hidup yang
dialami Rimpa. Contohnya dia sentiasa memberi
nasihat dan galakan kepada Rimpa serta membantu Rimpa.
Kak Naspura juga seorang yang penyayang.
Dia amat menyayangi keluarganya. Contohnya dia
sentiasa memberikan kasih sayang kepada suami
dan anak-anaknya yang membuatkan mereka
hidup bahagia.
Satu perwatakan antagonis(watak jahat)
dalam novel ini ialah Ramon. Ramon merupakan
seorang yang suka meminum minuman keras dan
sering mengajak Rimpa menyertainya.
Selain itu Ramon juga seorang yang cemburu
dan iri hati. Ramon sering memperli Rimpa kerana
cemburu dan iri hati kepada Rimpa yang
mempunyai hubungan baik dengan Bang Maily dan sering membantunya.

SETEGUH KARANG
Antara watak sampingan yang terdapat dalam
novel ini ialah Maysarah (Kak May). Maysarah
merupakan kakak kepada Awanis.
Maysarah merupakan pelajar yang bijak dalam
pelajaran. Contohnya dia berjaya melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
Maysarah seorang yang emosional. Dia
mudah merajuk dan mengikut perasaan.
Contohnya dia pernah melarikan diri ke rumah
neneknya di Pulau Pinang selepas dimarahi oleh
ayahnya.
Maysarah juga mempunyai sikap terburuburu.
Dia suka bertindak tanpa memikirkan
kesannya. Contohnya dia menghalau Anita keluar
dari rumah setelah bertengkar dengn Anita dan
mengambil pil tidur yang berlebihan hingga
terpaksa dimasukkan ke hospital.
Maysarah seorang yang mudah kecewa. Dia
putus asa dan patah semangat dengan kejadian
yang menimpa keluarganya. Contohnya dia
menjadi murung dan merasa bersalah selepas
kematian ibu bapanya.
Di samping itu terdapat juga watak sampingan lain
seperti Pak Oni. Pak Oni merupakan bapa
saudara Awanis.
Pak Oni seorang yang bertanggungjawab.
Dia bertanggungjawab terhadap anak saudaranya.
Contohnya Selepas kematian ibu bapa Awanis, Pak
Oni bertanggungjawab menjaga Awanis, Maysarah
dan Anita.
Pak Oni juga seorang yang prihatin. Dia
mengambil berat kehidupan anak-anak
saudaranya. Contohnya dia sering menyediakan
makanan untuk mereka selepas kematian ibu bapa
mereka.
Pak Oni juga seorang yang sanggup
berkorban. Dia sanggup berkorban untuk anak
saudaranya. Contohnya dia sanggup berulang-alik
ke tempat kerja yang jauh kerana tingal bersamasama
dengan anak-anak saudaranya di Ipoh.
Pak Oni juga seorang yang suka bergurau.
membantu Rimpa.
Kak Naspura juga seorang yang penyayang.
Dia amat menyayangi keluarganya. Contohnya dia
sentiasa memberikan kasih sayang kepada suami
dan anak-anaknya yang membuatkan mereka
hidup bahagia.
Satu perwatakan antagonis(watak jahat)
dalam novel ini ialah Ramon. Ramon merupakan
seorang yang suka meminum minuman keras dan
sering mengajak Rimpa menyertainya.
Selain itu Ramon juga seorang yang cemburu
dan iri hati. Ramon sering memperli Rimpa kerana
cemburu dan iri hati kepada Rimpa yang
mempunyai hubungan baik dengan Bang Maily dan
sering membantunya.
Dia suka bergurau dengan Awanis. Contohnya dia
memanggil Awanis sebagai ‘’Black Beuty” kerana
kulit Awanis yang hitam.
Satu perwatakan antagonis (Watak jahat)
dalam novel ini ialah Encik Lee iaitu ayah
kandung Anita. Encik Lee tidak mahu mengakui
bahawa Anita adalah anak kandungnya.
Malah Encik Lee mempercayai kepercayaan
karut iaitu anak perempuan pembawa sial. Dia
menganggap anak kandungnya sendiri iaitu Anita
pembawa sial dalam keluarga.

7. LATAR TEMPAT
TERMINAL TIGA
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah
sebuah perkampungan di Pedalaman Sabah.
Di sinilah Rimpa membesar dan tinggal bersama
keluarganya.
Selain itu, Kota Kinabalu juga merupakan
latar tempat yang digunakan dalam novel ini. Di
sinilah Rimpa berkenalan dengan Bang Maily,
bergiat dalam bidang teater dan memeluk agama
Islam.
Latar tempat seterusnya ialah di Terminal Tiga
Lapangan Terbang Subang. Di tempat ini,
Rimpa menanti untuk menaiki kapal terbang ke
Kota Kinabalu, tempat dia mengimbas kembali
banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dan
tempat dia bertemu dengan bekas gurunya, cikgu
Ahmad Ibrahim.
Selain itu Akademi Seni Kebangsaan juga
merupakan latar tempat yang terdapat dalam
novel ini. Di sinilah Rimpa menimba ilmu untuk
mendapatkan diploma dalam bidang penulisan
kreatif.

SETEGUH KARANG
Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah
Jalan Garland, Ipoh Perak. Di sinilah
terletaknya rumah Awanis dan tempat Awanis
bertengkar dengan dengan kakaknya Maysarah.
Selain itu, Uitm Arau Perlis juga digunakan
sebagai latar tempat. Di sinilah tempat Awanis
belajar dalam bidang Kejuruteraan Ladang.
Latar tempat yang seterusnya ialah Pejabat
Pertubuhan Peladang Hulu Paka
Terengganu. Di sinilah tempat Awanis menjalani
praktikal.
Terdapat juga latar tempat ladang kelapa
sawit. Di sinilah tempat Budi bekerja dan tempat
Awanis dicabar menjatuhkan setandan kelapa
sawit oleh Encik Johari.
www.riekadier.blogspot.com

8. LATAR MASA
TERMINAL TIGA
Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini
ialah bulan Julai . Antara peristiwanya ialah
kedatangan Rimpa ke Kuala Lumpur buat pertama
kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di
Akademi Seni Kebangsaan berlaku pada bulan
Julai.
Selain itu, terdapat juga latar masa waktu
malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar
masa pada waktu malam ialah penerbangan Rimpa
dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa
memilih penerbangan waktu malam kerana harga
tambang yang murah berbanding waktu siang.
Selain itu terdapat juga latar masa di antara
pukul 4.30 petang sehingga pukul 9.30
malam. Latar masa ini digunakan ketika Rimpa
pulang ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang
Subang. Rimpa bertolak dari rumahnya sejak pukul
4.30 petang. Bagaimanapun Rimpa terpaksa
menunggu selama lima jam di Lapangan Terbang
Subang kerana penerbangannya ke Kota Kinabalu
yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 8:15
malam ditangguhkan sehinga ke pukul 9.30 malam
akibat jerebu.

SETEGUH KARANG
Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini
ialah waktu petang. Peristiwanya ialah ketika
Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur.
Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa
sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita
memberitahu Awanis pukul enam petang.
Selain itu terdapat juga latar masa waktu
malam. Antaranya peristiwa Awanis bertolak dari
Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima
Ekspres pada waktu malam.
Selain itu terdapat juga latar masa waktu
awal pagi. Antaranya peristiwa Awanis ditahan
polis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi
kerana menerima panggilan telefon daripada
seorang yang mengesyakinya lari dari rumah.
Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja
sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta
api untuk menjalani latihan praktikal di ladang
PORIM Kluang.

9. LATAR MASYARAKAT
TERMINAL TIGA
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini
masyarakat yang tinggal di pedalaman
Sabah. Rimpa dan keluarganya tinggal di
perkampungan pedalaman Sabah. Contohnya
perkampungan pedalaman sabah tempat Rimpa
tinggal merupakan kawasan yang masih mundur
dan dipenuhi hutan menghijau.
Latar masyarakat yang kedua ialah
masyarakat desa yang masih mengamalkan
budaya tradisi dalam kehidupan. Amalan
meminum tuak masih lagi menjadi tradisi hidup
mereka. Contohnya Ramon bersama kawankawannya
suka meminum tuak.
Selain itu digambarkan juga latar masyarakat
desa yang bekerja sebagai penanam sayur
untuk menyara kehidupan. Rimpa berasal

SETEGUH KARANG
Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini
ialah masyarakat yang gigih untuk mencari
rezeki. Budi seorang yang gigih mencari rezeki.
Contohnya belia Indonesia seperti Budi sanggup
berhijrah ke Malaysia dan bekerja sebagai buruh di
ladang kelapa sawit untuk mencari rezeki.
Di samping itu, terdapat juga masyarakat
yang masih mengamalkan kepercayaan
karut. Encik Lee dan isterinya percaya bahawa
anak perempuan membawa sial. Contohnya Encik
Lee dan isterinya tidak mahu menerima Anita dan
tergamak menyatakan anak kandungnya itu
sebagai pembawa sial.
Selain itu digambarkan juga masyarakat
yang suka menolong orang lain. Pak Oni sering
menolong anak saudaranya selepas ibu bapa
daripada keluarga petani yang menjadikan
pertanian sebagai sumber rezeki untuk
menampung kehidupan. Contohnya keluarga
Rimpa menanam kubis, asparagus dan tomato
untuk menyara keluarga.
Di samping itu digambarkan juga masyarakat
yang mementingkan pendidikan. Rimpa
seorang yang berbakat besar dalam bidang
penulisan dan amat mementingkan pelajaran.
Contohnya Rimpa sanggup menempuh pelbagai
cabaran dan terpaksa meninggalkan keluarganya
untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni
Kebangsaan dalam bidang penulisan kreatif.
Digambarkan juga masyarakat yang suka
membantu dan menolong orang lain. Bang
Maily dan isterinya sering membantu Rimpa yang
hidup dalam kesusahan. Contohnya Bang Maily
ikhlas membantu Rimpa yang dihimpit kemiskinan
untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni
Kebangsaan.
Digambakan juga masyarakat yang taat
kepada Tuhan dalam novel ini. Bang Maily
seorang yang taat mengerjakan ibadat. Contohnya
Bang Maily dan Rimpa menunaikan solat sebaik
sahaja masuk waktu sembahyang.
mereka terkorban dalam kemalangan jalan raya.
Contohnya Pak Oni, bapa saudara Awanis sentiasa
membantu menyediakan makanan untuk Awanis
setelah kematian ibu bapanya.
Antara lain latar masyarakat dalam novel ini
ialah masyarakat yang suka memandang
rendah terhadap kemampuan orang lain.
Encik Johari sering memandang rendah terhadap
kemampuan Awanis. Contohnya Encik Johari yang
memandang rendah terhadap kemampuan Awanis
mencabarnya mejatuhkan setandan buah kelapa
sawit.
Terdapat juga masyarakat yang
mementingkan kasih sayang sesama
manusia. Awanis seorang yang penyayang.
Contohnya Awanis sangat menyayangi Anita
walaupun Anita bukan adik kandungnya dan
sanggup membantu Anita mencari keluarga
kandungnya.
Terdapat juga masyarakat yang
mementingkan pelajaran. Awanis amat
mementingkan pelajarannya. Contohnya Awanis
mengambil semula SPM walaupun gagal kali
pertama dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke
UiTM.

10. PENGAJARAN
TERMINAL TIGA
Antara pengajaran yang terdapat dalam novel
Terminal Tiga ialah kita hendaklah saling kasih
mengasihi antara satu sama lain. Contohnya
Rimpa mengasihi keluarganya dan sanggup pergi
ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun
meninggalkan mereka.
Selain itu kita juga seharusnya tabah dalam
mengharungi dugaan hidup. Contohnya Rimpa
sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti
kemiskinan hidup dan tidak melemahkan
semangatnya untuk terus menimba ilmu.
Kita juga hendaklah memiliki keberanian
dalam apa jua tindakan yang mendatangkan
kebaikan kepada kita. Contohnya Rimpa berani
mengambil risiko meninggalkan keluarga dan
kampung halamannya untuk melanjutkan pelajaran
di Akademi Seni Kebangsaan. Selain itu juga kita haruslah mempunyai sifat
tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya Rimpa bertanggungjawab kepada
keluarganya dan sanggup pulang ke Sabah untuk
mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di Nabawan

SETEGUH KARANG
Antara pengajaran yang terdapat dalam novel
Seteguh Karang ialah kita hendaklah mempunyai
rasa kasih sayang sesama manusia. Contohnya
Awanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya
merupakan adik angkatnya.
Selain itu, kita juga hendaklah berbuat baik
sesama manusia. Contohnya Pak Oni seorang
yang baik hati dan sedia membantu Awanis adik
beradik setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.
Di samping itu kita juga seharusnya memiliki
Keberanian dalam perkara yang
mendatangkan kebaikan kepada kita.
Contohnya Awanis berani menghadapi cabaran
yang diberikan oleh Encik Johari menjatuhkan
setandan buah kelapa sawit semasa menjalani
praktikal di Hulu Paka Terengganu.
Di samping itu kita juga mestilah gigih berusaha
untuk mencapai cita-cita. Contohnya Rimpa
gigih menuntut ilmu meskipun berdepan dengan
masalah keluarga dan kewangan.
Kita juga mestilah prihatin terhadap
masalah dan kesusahan orang lain. Contohnya
Bang Maily sering memberi galakan kepada Rimpa
supaya terus belajar dan menolong Rimpa
mendapatkan biasiswa untuk meneruskan
pelajarannya.
Selain itu, kita juga seharusnya memiliki
kebijaksanaan dalam berfikir dan segala
tindakan kita. Contohnya meskipun berasal dari
pedalaman namun atas kebijaksanaannya Rimpa
berjaya melanjutkan pelajarannya ke Akademi Seni
Kebangsaan.
Selain itu juga kita haruslah mempunyai sifat
tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya Rimpa bertanggungjawab kepada
keluarganya dan sanggup pulang ke Sabah untuk
mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di
Nabawan.
Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk
mencapai cita-cita. Contohnya Awanis gigih
menuntut ilmu sehingga ke menara gading
meskipun pernah gagal pertama kali mengambil
SPM.
Selain itu, kita juga seharusnya prihatin
dengan masalah dan kesusahan orang lain.
Contohnya Pak Oni sentiasa mengambil berat
kehidupan anak-anak saudaranya dengan sering
menyediakan makanan untuk mereka selepas
kematian ibu bapa mereka.
Di samping itu kita juga mestlah bijaksana
dalam berfikir dan bertindak. Contohnya
Awanis seorang yang bijak dalam pelajaran dan
berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.
Kita juga mestilah bertanggungjawab
terhadap keluarga. Contohnya Awanis seorang
yang bertanggungjawab terhadap keluarganya
dengan membantu Anita mencari ibu bapa
kandungnya.

11. PLOT
TERMINAL TIGA SETEGUH KARANG
Permulaan cerita
Antara peristiwa yang menarik pembaca pada
permulaan cerita dalam novel ini ialah peristiwa
jerebu yang melanda Lembah Klang yang
menyebabkan beberapa penerbangan kapal
terbang ditangguhkan termasuklah penerbangan
Rimpa ke Kota Kinabalu. Hal ini menyebabkan
pembaca tertarik untuk mengetahui peristiwa
seterusnya apabila Rimpa terkandas selama
beberapa jam di lapangan terbang Subang.
Selain itu, peristiwa Rimpa mengimbas kembali
kata-kata emaknya yang memintanya pulang ke
kampung untuk mencari ayahnya yang dikatakan
berada di Nabawan setelah 10 tahun
meninggalkan mereka turut menarik pembaca
pada permulaan cerita dalm novel ini. Rimpa
sendiri tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa
ayanya bertindak meninggalkan mereka. Peritstiwa
ini mendorong pembaca untuk terus membaca
novel ini untuk mencari jawapan mengapa ayah
Rimpa bertindak demikian.
Permulaan Cerita
Antara Peristiwa yang menarik pembaca pada
permulaan cerita dalam novel ini ialah peristiwa
Awanis yang merupakan pelajar UiTM Arau Perlis
mengimbas kembali perjalannya pulang ke Ipoh
Perak menaiki bas. Keadaan bas yang penuh sesak
dan pelbagai peristiwa yang dilaluinya dalam
perjalanan menyebabkan pembaca tertarik untuk
terus mengetahui peristiwa selanjutnya.
Selain itu, peristiwa setibanya Awanis di rumah
menyaksikan Awanis meluat dan malas melayan
Kak Maysarah yang sudah jauh berubah menjadi
pemurung setelah kematian abah dan mamanya
turut menarik pembaca untuk terus membaca nove
ini. Pembaca ingin tahu mengapa kak Maysarah
berubah daripada seorang yang ceria menjadi
seorang yang pemurung.
Perkembangan
Antara peristiwa menarik pada perkembangan
cerita dalam novel ini ialah Awanis terkenang
Di samping itu, ketika Rimpa teringat kembali
peristiwa dia mengambil keputusan untuk
melanjutkan pelajarannya dalam bidang penulisan
kreatif di Akademi Seni Kebangsaan turut menarik
pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini.
Emaknya berasa sedih dan meminta dia agar
membatalkan hasratnya itu kerana emak dan adikadiknya
amat memerlukannya ketika itu untuk
menjadi ketua keluarga. Tambaha pula Rimpa
berdepan cabaran kemiskinan dan serba
kekurangan untuk meneruskan pelajarannya.
Namun Rimpa tetap dengan keputusannya kerana
dia ingin mengubah nasib diri dan keluarganya
yang miskin. Cabaran yang terpaksa ditempuhi dan
semangat yang dimilki Rimpa menarik pembaca
untuk terus membaca novel ini.
Perkembangan
Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam
perkembangan cerita ialah peristiwa Rimpa cuba
menghubungi rumah Bang Maily selepas mendarat
di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Malangnya
Bang Maily tiada di rumah kerana menurut Kak
Naspura Bang Maily sudah tiga hari berada di
Kudat. Peristiwa ini menarik pembaca kerana ingin
mengetahui apakah tindakan Rimpa. Hal ini kerana
di Kota Kinabalu, hanya keluarga Bang Maily lah
satu-satunya keluarga yang sentiasa membantu
Rimpa termasuklah menumpangkan Rimpa di
rumah mereka.
Selain itu, peristiwa lain yang menarik pambaca
pada perkembanga cerita ialah peristiwa Bang
Maily yang taat mengerjakan solat. Cara hidup
Bang Maily telah menyentuh hatinya dan Rimpa
meminta Bang Maily mengajarnya cara bersolat.
Rimpa sebenarnya telah beberapa kali menyatakan
hasratnya untuk memeluk Islam. Namun hasrat
Rimpa seakan tidak diendahkan oleh Bang Maily.
Menurut Bang Maily, menganut Islam bukan
sekadar mengejakan ibadat, tetapi menghayati
keseluruhan ajaran Islam. Peristiwa ini menarik
pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah
hasrat Rimpa untuk memeluk Islam tercapai.
Perumitan
Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam
perumitian ialah peristiwa Rimpa bersama dua
orang adiknya pergi ke Nabawan untuk mencari
ayahnya. Namun usaha mereka menemui
kegagalan. Peristiwa ini menarik pembaca kerana
cerita menjadi bertambah rumit dan pembaca ingin
tahu di manakah ayah Rimpa berada dan adakah
kembali semasa kedua-dua orang tuanya masih
hidup. Setelah kematian ibu bapanya corak hidup
mereka telah berubah. Kak Maysarah telah
berubah menjadi pemurung dan suka bersendirian.
Selain itu peristiwa menarik pada pekembangan
cerita ialah Awanis ke Terengganu untuk menjalani
praktikal selama 6 minggu. Oleh kerana sukar
mencari rumah sewa, Awanis terpaksa tinggal di
rumah Kak Nor. Awanis terpaksa bersabar dan
menyesuaikan diri dengan kerja-kerja dapur yang
tidak biasa dilakukannya.
Pada perkembangan cerita, terdapat juga
peristiwa Awanis terpaksa berhadapan dengan
karenah Encik Johari yang memandang rendah
keupayaan wanita dan selalu mencabar Awanis
sepanjang menjalani praktikal di ladang kelapa
sawit. Antaranya dicabar menunggang motorsikal
yang buruk dengan brek yang kurang berfungsi
dan dicabar menjatuhkan setandan buah kelapa
sawit. Peristiwa ini menarik pembaca kerana
pembaca ingin tahu adakah Awanis berjaya
mengatasi cabaran-cabaran tersebut.
Perumitan
Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam
perumitan cerita ialah peristiwa Awanis mendapat
panggilan telefon daripada Anita yang marah dan
penuh emosi kepadanya. Peristiwa ini menarik
pembaca kerana ingin mengetahui mengapa Anita
bertindak demikian.
Selain itu, peristiwa Anita ingin keluar dari
rumah dan ingin mencari keluarga kandungnya
turut menarik pembaca. Awanis memujuk Anita
agar tidak meninggalkan rumah dan berjanji
membantu Anita mencari ayahnya. Peristiwa ini
menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu
adakah Awanis dapat memujuk Anita dan berjaya
mencari keluarga kandungnya.
Klimaks
Antara peristiwa yang menarik pembaca dalam
klimaks cerita ialah peristiwa Awanis bertengkar
dengan kak Maysarah dan bertindak menampar
Awanis yang mempersoalkan kelemahannya dalam
menghadapi cabaran hidup. Peristiwa ini menarik
pembaca kerana rentetan peristiwa tersebut
Awanis bertindak keluar meninggalkan rumah dan
cerita menjadi bertambah rumit.
Seterusnya ialah peristiwa Kak Maysarah
mengambil pil tidur berlebihan sehingga
usaha Rimpa untuk menjejaki ayahnya tercapai.
Selain itu, peristiwa pesawat tidak dapat
mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa
pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu turut
menarik pembaca. Rimpa dan penumpangpenumpang
lain berasa cemas kerana bimbang
akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal
terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu
melanggar pagar. Peristiwa ini menarik pembaca
kerana pembaca ingin tahu peristiwa seterusnya.
Rupanya itu hanyalah imaginasi Rimpa sahaja.
Klimaks
Antara peristiwa yang menarik pembaca pada
klimaks ialah Peristiwa Rimpa kembali ke kampung
ketika cuti semester. Rimpa telah dikejutkan
dengan berita Ruzaini gadis yang disayanginya lari
meninggalkan rumah mengikuti seorang
pendakwah. Pembaca ingin tahu ke manakah
Ruzaini mengikuti pendakwah itu dan mengapakah
Ruzaini bertindak demikian.
Selain itu, peristiwa Rimpa menyatakan
hasratnya kepada ibunya untuk kembali ke Kuala
Lumpur lebih awal turut menarik pembaca pada
klimaks cerita. Rimpa mengambil keputusan untuk
kembali ke Kuala Lumpur walaupun cuti semester
masih berbaki dua minggu. Peristiwa ini
menyebabkan pembaca ingin tahu mengapa Rimpa
mengambil keputusan untuk pulang awal ke Kuala
Lumpur.
Peleraian/penyelesaian cerita
Penyelesaian cerita dalam novel ini, Rimpa
kembali ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari
tinggal di Rumah Bang Maily kerana tiket
penerbangan ke Kuala Lumpur telah habis. Rimpa
juga telah berjaya mendapatkan pinjaman
sebanyak RM 3000 daripada Kementerian
Kebudayaan Negeri Sabah.
Setibanya di Terminal Tiga, Rimpa menunggu
hingga subuh dan terus ke Akademi Seni
Kebangsaan. Berita pemindahan kampus ASK ke
tempat baru bersebelahan dengan MATIC juga
mengejutkannya. Ini bererti Rimpa terpaksa
menanggung kos perbelanjaan yang lebih tinggi
kerana kampus baru terletak di tengah-tengah
bandar Kuala Lumpur. Walau apa jua masalah dan
cabaran mendatang, Rimpa bertekad akan
meneruskan pelajarannya dan menghadapi segala
cabaran mendatang dengan tabah.
membahayakan nyawanya. Peristiwa ini menarik
minat pembaca kerana cerita menjadi semakin
rumit dan pembaca ingin tahu adakah Kak
Maysarah akan selamat setelah dimasukkan ke
hospital.
Peleraian/penyelesaian cerita
Penyelesaian cerita dalam novel ini ialah
peristiwa Awanis tergesa-gesa menamatkan
praktikalnya lebih awal kerana dia ingin pulang
menemui Anita. Dia menemui Anita di rumah cikgu
Rushda dan membantu Anita mencari keluarga
kandungnya.
Walaubagaimanapun setelah menemui keluarga
kandung Anita, Encik Lee dan isterinya tidak
menerima Anita sebagai anaknya malah
menganggapnya pembawa sial.
Kak Maysarah kembali sedar akan kesilapannya
dan merasakan bahawa adik-adiknya masih
memerlukan dirinya. Mereka bertiga berbaik
semula dan kembali ceria. Namun demikian, Anita
tetap dengan keputusannya untuk keluar dari
rumah kerana ingin hidup berdikari.

12. TEKNIK PLOT


TERMINAL TIGA SETEGUH KARANG
Antara teknik plot dalam novel Terminal Tiga ialah
suspens (tanda tanya). Contohnya peristiwa
ayah Rimpa yang meninggalkan keluarganya
semenjak 10 tahun lalu menimbulkan tanda tanya.
Rimpa sendiri tidak tahu mengapa ayahnya
bertindak meninggalkan mereka. Peritiwa ini
menimbulkan unsur suspens kerana pembaca
tertanya-tanya apakah punca ayah Rimpa
meninggalkan keluarganya dan di manakah ayah
Rimpa berada.
Selain itu terdapat juga penggunaan teknik
kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa
Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah
merupakan satu kejutan kepada pembaca. Hal ini
kerana Ruzaini merupakan seorang yang
berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan
kepada Rimpa bahawa dia meghormati ibu
bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan
keluarga.
Selain itu peristiwa Rimpa bertemu dengan bekas
cikgunya di Terminal Tiga Lapangan Terbang
Subang juga merupakan satu kejutan. Rimpa tidak
menyangka sama sekali dapat bertemu cikgu
Ahmad Ibrahim yang pernah mengajarnya 10
tahun lalu.
Terdapat juga pengunaan teknik imbas kembali
dalam novel ini. Antara peristiwa penggunaan
teknik imbas kembali ialah peristiwa Rimpa
meninggalkan kampung dan keluarganya untuk
berhijrah ke Kota Kinabalu untuk mencapai citacitanya.
Selain itu, terdapat juga penggunaan dialog
dalam novel ini. Contohnya ketika Rimpa bertemu
bekas cikgunya, cikgu Ahmad Ibrahim di Lapangan
Terbang Subang.
Terdapat juga penggunaan teknik monolog dalam
novel ini. Antara peristiwa penggunaan monolog
ialah ketika berada di lapangan terbang Rimpa
bertanya pada dirinya sendiri mengapa ayahnya
pergi meninggalkan mereka.
Antara teknik plot yang terdapat dalam novel
Seteguh Karang ialah suspens
(ketegangan/tanda tanya). Teknik saspens
digunakan oleh pengarang ketika Awanis
menerima panggilan telefon daripada Anita. Anita
berada dalam kemarahan dan penuh emosi.
Pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu
emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis.
Teknik ini mengundang rasa ingin tahu kepada
pembaca.
Selain itu, terdapat juga penggunaan teknik
kejutan dalam novel ini. Contohnya peristiwa Kak
Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah
bertengkar dengan Awanis dan menghalaunya
keluar dari rumah. Kak Maysarah dimasukkan ke
hospital akibat tindakannya dan peristiwa ini
mengundang kejutan kepada pembaca.
Terdapat juga penggunaan teknik imbas
kembali dalam novel ini. Antaranya peristiwa
Awanis mengenang kembali ketika kedua ibu
bapanya masih hidup. Keluarga mereka hidup
dalam kebahagiaan dan sentiasa ceria termasuklah
kak Maysarah yang merupakan seorang yang
periang.
Antara lain teknik yang digunakan ialah dialog.
Contohnya peristiwa Awanis melaporkan diri
kepada Encik Johari semasa menjalankan praktikal
di Hulu Paka Terengganu. Encik Johari bertanya
kepada Awanis sama ada dia yang memilih untuk
menjalani praktikal di situ atau dihantar oleh pihak
UiTM. Awanis memberitahu Encik Johari dia tiada
pilihan lain.
Terdapat juga penggunaan teknik monolog
dalam novel ini. Contohnya peristiwa kak Sofia
bertanya kepada Awanis tentang Wan Asri, Awanis
lantas berkata kepada dirinya sendiri bahawa dia
tidak pernah mengambil tahu perihal Wan Asri
lebih daripada seorang sahabat.
Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir
SMK Balung Tawau
www.riekadier.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai