Anda di halaman 1dari 6

Alkohol Dalam Minyak Wangi

Postby g@y@t »

Assalamu'alaikum,
Disini saya ingin mendapat kepastian pihak al-ahkam menyelesaikan masalah yang telah
lama berlaku dikalangan umat islam, iaitu persoalan mengenai hukum memakai minyak
wangi yang bercampur dengan alkohol kemudian dibawa bersembahyang adakah sembayang
itu sah atau pun sebaliknya, diharap pihak tuan dapat menjawapnya berserta
hujah-hujahnya, sekian wassalam.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<~>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Jawapan

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Ia merupakan salah satu daripada masalah baru yang begitu hangat dibincangkan. Mungkin
agak sukar kita menemui perkara ini di dalam kitab-kitab fikah klasik.

Berhadapan dengan masalah baru begini, para ulamak semasa hendaklah berijtihad untuk
menentukan hukumnya. Begitu juga dengan masalah yang memang biasa berlaku dahulu,
telah dikeluarkan hukumnya, dan telah juga diamalkan oleh umat Islam. Namun, oleh kerana
pengetahuan manusia tentang sains dari masa ke semasa berkembang, maka ia bisa berubah
seiring dengan perkembangan ilmu manusia. Dahulu satu-satu masalah itu, boleh jadi
hukumnya haram kerana pengetahuan manusia ketika itu tidak dapat menyingkap hakikatnya.
Namun sekarang ini oleh kerana ilmu mereka bertambah tentang sesuatu, dan dapat
menyingkap hakikatnya, maka ia bertukar menjadi halal.

Seperti masalah alkohol di dalam perfume, boleh jadi ulamak dahulu menghukumkannya
sebagai haram kerana pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap hakikat alkohol.
Bagaimana ia terjadi, prosesnya bagaimana, apakah ia sama dengan alkohol yang terdapat
pada khamar.. Dan seterusnya. Kita yakin, seandainya ulamak dahulu tahu sebagaimana yang
orang sekarang tahu, sudah tentu mereka juga akan berfatwa seperti ulamak-ulamak hari ini
fatwakan.

Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada perfume adalah najis,
sebagaimana najisnya khamar/arak. Manakala ulamak-ulamak sekarang mengatakan sebagai
suci tidak najis. Masing-masing berijtihad berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.

Bagaimana.. Dahulu kata najis. Sekarang ini boleh jadi suci pula?
Bagaimana hukum itu boleh berubah? Itulah dia yang dinamakan fikah. Ia berkembang, tidak
statis. Ia menunjukkan keluasan feqh islami. Ia adalah bukti keadilan hukum Allah. Betapa,
hukum Islam ini sesuai untuk setiap zaman dan keadaan. Feqh Islami sejak dahulu lagi
sememangnya telah siap sedia berhadapan dengan sains modern hari ini. Malah sains yang
bakal
mendatang.

Umar r.a. menegaskan: "Perbezaan hukum ijtihadi adalah disebabkan perbezaan


lingkungan/persekitaran dan daerah."

Kata Mahmasani di dalam Falsafah al-Tasyri' Fil Islam: "Oleh kerana kepentingan mutlak
yang menjadi dasar dari segala hukum, sebagaimana telah kami jelaskan sebelumnya, maka
hukum mestilah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan perubahan lingkungan
masyarakat, Benarlah Ibnu al-Qaiyim ketika dia mengatakan bahawa fatwa berubah dan
berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa mujtahid yang berijtihad, jika betul, dia akan
memperoleh dua pahala. Jika salah, dia akan memperoleh satu pahala (HR Bukhari &
Muslim). Konsep ijtihad inilah yang dapat mencairkan kebekuan/kejumudan, sehingga ia
boleh mengalir ke mana-mana sudut tanpa halangan.

Feqh Islam tidak hanya bergayut-gayut di teks-teks syarak yang tidak banyak jumlahnya.
Bayangkan, ayat-ayat al-Quran cuma berapa ayat sahaja.. Cuba bandingkan dengan masalah
yang dihadapi oleh manusia. Hatta jika kita tambah dengan teks-teks hadis, ia tidak mungkin
juga mampu menampung keperluan masalah manusia yang semakin hari semakin bertambah.

Agama-agama lain sudah lama tewas. Ideologi-ideologi modern pula, dapat kita saksikan di
depan mata kita sendiri.. Satu demi satu tumbang. Yang tinggal.. Yang unggul. Yang tiada
duanya, hanyalah syariat Islam.

Senjata ampuh syariat Islam ialah al-Quran dan al-Hadis. Sekalipun al-Quran dan al-Hadis
tidak menyebut segala-gala secara terperinci, tetapi keumumannya yang sempurna
melengkapi segenap apa sahaja. Mau apa.. Semuanya ada. Teks-teksnya yang ringkas tetapi
mengandungi 1001 macam pengajaran dan ilmu.

Itulah tanda Islam ini agama kebenaran. Kesesatan agama-agama lain terbukti dengan
kegagalannya menghadapi cabaran zaman. Mereka terpaksa merubah isikandungan syariat
agama mereka sehingga ke peringkat dasarnya.

Jadi, dengan ini ternafilah sebahagian dari orang yang berfikir bahawa Islam hendaklah di
pinggirkan di masjid. Tertolaklah sistem yang tidak membenarkan Islam itu masuk ke kerusi-
kerusi pemerintahan, kaunter-kaunter bank, ruang-ruang mahkamah, jalur-jalur penghubung
dengan dunia luar dsbnya.

Mereka yang berpendapat bahawa Islam adalah begitu, adalah manusia yang diberi akal
tetapi tidak digunakan. Hatinya telah tertutup manakala jiwanya penuh dengan kegelapan.
Lebih gelap dari malam yang tidak berbintang.

------------------------------
Ulamak-ulamak Islam tidak pernah berhenti bekerja untuk menggali hukum dari al-Quran
dan al-Sunnah. Mereka tidak pernahnya jemu untuk terus berijtihad terhadap masalah yang
tidak terdapat di dalam kedua sumber di atas, berdasarkan ketetapan yang telah digariskan
oleh keduanya.

Berikut ini adalah sebahagian dari hasil kajian mereka terhadap hukum alkohol:
************************
FAWTA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
-----------------------------
Berikut ini adalah petikan dari kertas kerja perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai
hukum alkohol. Anda boleh mendapatkan secara lengkap kertas kerja ini dengan menulis
surat kepada Pusat Islam. Dan, kami memohon kemaafan atas kesilapan ejaan yang berlaku
(jika ada).

---------------------------------------------------------------------------------
Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol,
Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan
mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari
proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui
proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada mengandungi sedikit
alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak
sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal
dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

1. Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini.

2. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman
ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada
orang yang meminumnya.

Menurut kitab "AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang
dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau
untuk menaikkan roti adalah harus.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam
minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam
kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang
paling baik ialah

1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)

2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang
kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.
Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:

a. Penyediaan dalam makmal


b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan
sebagai bahan pelarut seperti untuk bawa alat solek dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia ada daya pembunuh dan memabukkan
serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram
seperti sabda nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu
haram. Setiap yang memabukkan arak. Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang
memabukkan itu haram."(HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap
najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar maka jawatankuasa mengambil
keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram
alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak
najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

*****************
Berikut ini adalah nukilan hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat
(Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983,
hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI


--------------------------------

Dari M. Arif Bizrie Mardani, Banjarmasin Kalsel dan MZ Bondowoso, Pondok Pasentren
Nurul Jadid, Probolinggo, Jatim.

Pertanyaan:
Bagaimana hukum alkohol dalam minyak wangi?

Jawaban:
Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, telah majelis terangkan. Bimbingan pribadipun
telah menguraikannya pada Panjimas yang baru lalu. Hukumnya tidak haram. Memakai
minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekedar tambahan bagi saudara, Majelis terangkan
jualah, sepanjang Majelis ketahui, yakni:
Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:

Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik
tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah
dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.

Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat
yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes minyak wangi, yang telah
beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut
idbawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama dengan ruang
alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

****************
Berikut ini pula adalah pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam
tujib.:

Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi
haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram.
Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang
mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang
memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.
-----------------------------

Kesimpulan
----------
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam
perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Mengapa ia perlu diterima tanpa ragu-ragu? Kerana fatwa ini dikeluarkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan. Perbincangan yang dilakukan bukan dari kalangan para ulamak sahaja, malah
telah membabitkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

Ini dikuatkan dengan fatwa dari Lembaga Fatwa al-Azhar, yang semua orang tahu dengan
ketokohan para ulamaknya.

Begitu kuat, di kukuhkan lagi dengan pandangan almarhum Syeikh al-Sya'rawi r.h., yang
juga masyhur dengan penguasaannya bukan sahaja dalam ilmu-ilmu agama bahkan ilmu
pengetahuan umum lainnya.

Mahu ikut yang mana.. ? Alkohol najis ataupun tidak? Ada sebahagian ulamak yang
mengatakannya sebagai najis (tidak dibahaskan) dan sebahagiannya mengatakan tidak najis?

Firman Allah:
"Bertanyalah kepada orang yang tahu (ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya':7)
Menurut al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Humam, bahawa bertaqlid kepada seorang
mujtahid tertentu tidak wajib. Dalam satu masalah seseorang boleh mengikut fatwa seorang
mujtahid dan dalam satu masalah yang lain dia boleh mengikut pendapat dari mujtahid yang
lain. Atas dasar inilah maka seseorang yang mengikut satu-satu mazhab tidak wajib melazimi
(terus mengikut mazhab itu sahaja) dalam setiap masalah yang difatwakan oleh imam mazhab
berkenaan.

Bermakna, kita boleh mengikut fatwa di atas tanpa merasa rimas dengan keterikatan kita
kepada mana-mana pandangan mazhab sebelum ini.

Jika saudara membaca kenyataan dan fatwa di atas, dan faham dengan hujah-hujahnya, maka
tanpa ragu-ragu.. saudara ikut fatwanya, bermakna saudara tidak buta-buta bertaqlid. Saudara
tahu dan faham hujahnya. Cara inilah yang patut diikuti oleh setiap umat Islam. Sikap taqlid
membabi-buta dan bertindak berdasarkan desas-desus adalah satu sikap yang tidak diterima
di dalam Islam. Umat Islam dahulu boleh bergerak maju kerana tindakannya berdasarkan
hujah dan fakta yang jelas. Bukan
desas-desus dan khbar-khabar angin.

Seperkara lagi ialah, masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah.
Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis arak yang lain adalah
najis. Kemudian mereka berbeda pendapat pula mengenai apakah kandungan alkohol yang
ada pada benda-benda selain arak juga termasuk najis atau tidak?

Sebagaimana yang sering AL-AHKAM serukan, janganlah pula kita berkelahi hanya kerana
masalah alkohol dalam perfume itu najis ataupun tidak.. Tidak tentu juga, kerana khuatir
juga, nanti satu kampung berkelahi sebab masalah ini.

Sekian adanya. Wallahu a'lam.


Sebarkan...!

zain y.s.

Anda mungkin juga menyukai