Anda di halaman 1dari 3

A- Wudhu’

Fardhu Wudhu’
1. Niat disertakan dalam hati ketika membasuh permulaan muka.
ِ ‫ نويت الوضوء‬/ ‫هلل تعاىل‬
‫هلل تعاىل‬ ِ ‫َنويت رفْع احل َد‬
ِ ‫ث األَصغَ ِر‬
َ ُ ْ َ َ َ ُ َْ
2. Membasuh seluruh muka mengalirkan air serta meratakannya ke seluruh muka yang dibasuh,
dari dahi sampai ke dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri- disunatkan sebanyak 3
kali.
3. Membasuh kedua-dua tangan dar hujung jari hingga ke siku.
4. Menyapu sebahagian kepala. Wajib sekurang-kurangnya sehelai rambut di atas kepala.
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga buku lali.
6. Tertib.

Syarat Sah Wudhu’


1- Islam
2- Mumayyiz
3- Suci daripada haid dan nifas
4-Tidak ada sesuatu yang menghalang air sampai ke kulit.
5-Tahu tentang kewajipannya.
6-Tahu beza yang fardhu dan sunat.
7- Menggunakan air mutlak yang suci dan menyucikan.
8- Hilangkan najis aini.
9- Tidak ada pada anggota yang mengubah air.
10- Tidak taklik niat dengan sesuatu.
11- Melalukan air pada anggota.
12-Masuk waktu bagi yang sentiasa berhadas.
13- Mualat – berturut-turut.

Sunat-sunat Wudhu’
1. Membaca Basmalah.
2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
3. Bersugi.
4. Berkumur-kumur.
5. Memasukkan air ke dalam hidung.
6. Menyelati janggut yang tebal.
7. Menyapu kesemua bahagian kepala.

1
8. Menyelati antara celah-celah jari tangan dan kaki.
9. Menyapu kedua-dua telinga zahir dan batin.
10. Membasuh/menyapu anggota tiga kali.
11. Mendahulukan anggota yang kanan dari kiri.
12. Menggosok anggota dengan tangan ketika membasuhnya.
13. Menghadap kiblat.
14. Tidak bercakap.
15. Bersederhana menggunakan air.
16. Membaca doa sesudah berwudhu’.
Perkara Yang Membatalkan Wudhu’
1. Keluar sesuatu dari qubul atau dubur.
2. Tidur yang tidak tetap.
3. Hilang akal sebab mabuk, pitam, sakit atau gila.
4. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
5. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan.

Perkara Yang Makruh Ketika Berwudhu’


1. Membasuh atau menyapu anggota kurang daripada tiga kali.
2. Membasuh atau menyapu anggota lebih daripada tiga kali.
3. Mendahulukan basuh atau sapu pada anggota kiri dahulu berbanding anggota kanan.
4. Serentak pada membasuh anggota kanan dan kiri.
5. Mengambil air sembahyang di dalam air yang tidak mengalir seperti di dalam takungan air
yang tetap.
6. Meminta tolong orang lain menjirus ke atas anggota wudhu'.
7. Membasuh di dalam batin mata.
8. Membelakangkan kiblat semasa berwudhu'.
9. Bercakap semasa mengambil wudhu'.

B- Tayammum
Rukun Tayammum
1- Niat.
2- Menyapu muka dan kedua tangan hingga ke siku dengan 2 kali tepuk.
3- Tertib.

Sunat-sunat
1- Semua perkara sunat pada wudhu’.

2
2- Membuka dan mencerai-ceraikan jari-jari tangan ketika menepuk debu tanah.
3- Menipis dan mengurangakan ketebalan tanah dengan melagakan kedua-dua tangan atau
meniupkannya.

Perkara yang Membatalkan Tayammum


1- Semua perkara yg membatalkan wudhu’
2- Ada air selepas ketiadaannya. Sekiranya setelah selesai solat tidak perlu diulang, sekiranya
masa permulaan solat, lebih afdhal berhenti dan berwudhu’.
3- Mampu untuk gunakan air seperti orang yang sakit.
4- Murtad.

Anda mungkin juga menyukai