Anda di halaman 1dari 56

INSTITUT KEMAHIRAN MARA

BESERI PERLIS

5S MANUAL

DISEDIAKAN OLEH 1
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Pengenalan Amalan 5S

Amalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara


sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih
teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih
produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos.

Justeru, "5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti” dan
seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah
kecemerlangan organisasi.

Apakah Amalan 5S?

Secara keseluruhannya, implementasi 5S di tempat kerja akan mewujudkan


satu persekitaran tempat kerja yang sistematik, lebih teratur dan kemas.
Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem kita lebih efisien dan
memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Sebagai contoh, melalui
aplikasi teknik seperti S3 iaitu SAPU, akan menjadikan lantai dan tempat
kerja sesebuah organisasi bersih, malah penyelenggaraan juga
dititikberatkan. Ini akan memastikan mesin, alatan menjadi bersih dan yang
paling penting boleh berfungsi serta tahan lama.

Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai
rasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperanan
untuk melaksanakan 5S tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini
memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya.

Penambahbaikkan berterusan di dalam perlaksanaan 5S

Objektif bahagian ini adalah untuk lebih mengetahui tentang


penambahbaikkan yang bersesuaian dilaksanakan di tempat kerja. Ianya
juga bertujuan supaya pekerja lebih memahami bahawa penambahbaikkan
tersebut tidak terhad untuk seseorang individu atau untuk sesetengah
perkara. Ianya mungkin melibatkan proses yang amat mudah atau
memerlukan analisa sesuatu perkara sebelum penambahbaikkan boleh
dibuat.

Amalan ini merupakan satu aktiviti ke arah penambahbaikkan di tempat


kerja. Apa jua penambahbaikkan yang baik boleh dilakukan tidak kira
menambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor,
pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yang
sekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikkan yang melibatkan
kajian data, aspek kejuruteraan dan analisa yang mendalam.

DISEDIAKAN OLEH 2
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Pendekatan penambahbaikkan di dalam Amalan 5S

Setakat ini, kita masih lagi diperingkat falsafah dalam memahami


pendekatan yang digunakan di dalam Amalan 5S. Pendekatan yang biasanya
digunakan untuk penambahbaik di tempat kerja adalah dengan
menggunakan pendekatan secara KAIZEN dan pendekatan Inovasi.

(Mempelajari kedua-dua kaedah ini akan dapat memberikan penjelasan kaedah mana yang sesuai
diguna pakai bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan membuat penambahbaikkan di kalangan
pekerja)

Perbezaan Konsep KAIZEN & Inovasi

Setelah kita mempelajari konsep Kaizen & Inovasi, mari kita lihat perbezaan
bagi kedua-dua pendekatan penambahbaikkan ini. Perlu diingatkan bahawa
pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya
terpulang kepada organisasi untuk menggunakan cara yang bersesuaian
dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah
beberapa perbezaan yang dapat dilihat :

Fokus: Kesan
Berdasarkan Fokus kesan amalan 5S, Kaizen dilihat mempunyai
fokus yang lebih jangka panjang. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiri
adalah secara perlahan dan memakan masa. Manakala aspek Inovasi pula
kesannya adalah lebih pendek. Inovasi biasanya memerlukan masa yang
singkat sahaja untuk dilakukan penambahbaikkan.

Fokus: Jangka masa


Dari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan.
Ianya lebih memerlukan idea dan usaha dari semua orang untuk
melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan
yang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahap
yang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanya
berperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa dan
modal.

Fokus: Perubahan
Setiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekal
dan boleh diguna pakai dalam jangka masa yang lama. Walaupun
perubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat mempastikan
sesuatu penambahbaikkan itu boleh digunakan oleh beberapa generasi di
dalam sesebuah organisasi. Perubahan bagi Inovasi adalah cepat. Apabila
modal itu cukup, ianya mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukan
pemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi yang sedia ada.

DISEDIAKAN OLEH 3
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Fokus: Pendekatan
Bagi fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantung
kepada usaha kumpulan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masing
mempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagi
mengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepada
individu dan seseorang itu perlu lebih berusaha mengenengahkan ideanya
untuk di terima pakai.

KAIZEN INOVASI
FOKUS
Jangkamasa Jangkamasa pendek
Jangkamasa panjang
PERUBAHAN BERTERUSAN & BERPERINGKAT
MENINGKAT
PENDEKATAN PERLAHAN & KEKAL CEPAT DAN MUDAH LUPUT
KESAN USAHA KUMPULAN IDEAS DAN USAHA INDIVIDU

Kesimpulannya…

Secara kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pada bahagian ini,

banyak ditekankan kefahaman mengenai aspek penambahbaikkan yang

boleh dilakukan oleh organisasi. Antara aktiviti seperti 5S, Kaizen dan

Inovasi merupakan kaedah yang banyak diguna pakai oleh organisasi bagi

menambahbaik tempat kerja dan menguruskan tempat kerja agar lebih

efisien. Ianya sedikit sebanyak akan membantu kita untuk terus

melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan budaya yang

berkualiti di tempat kerja.

DISEDIAKAN OLEH 4
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Aplikasi dan Teknik 5S
Objektif

Objektif bahagian ini adalah untuk lebih mendalami dan memahami apakah
yang dimaksudkan dengan 5S. Kemudian, kita akan mengetahui
bagaimanakah mengadaptasikan kelima-lima S tersebut untuk
merencanakan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi.

Pada peringkat ini kita akan meneruskan subjek dengan melihat teknik dan
aplikasi di dalam 5S. Setiap teknik-teknik 5S terdapat juga beberapa
panduan yang digunapakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja,
melakukan aktiviti pelupusan, menyusun barang-barang serta rekod-rekod,
membentuk pasukan kerja yang baik. Pada peringkat S yang terakhir, kita
akan melihat bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan menjadi budaya
yang cemerlang.

KITARAN AMALAN 5S

DISEDIAKAN OLEH 5
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Teknik 5S

Teknik 5S diguna pakai bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik,


teratur dan kemas. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem lebih
efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Untuk makluman,
terdapat organisasi yang menggunakan teknik 5S dan ada yang
menggunakan 6S, 7S dan sebagainya. Ianya terpulang kepada organisasi itu
untuk menggunakan sebanyak mana S yang dikehendaki dengan menambah
teknik-teknik yang sesuai seperti SAFETY. Teknik 5S ini merupakan teknik
yang asas yang menjurus kepada perlaksanaan aktiviti harian di tempat
kerja.

Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai
rasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperanan
untuk melaksanakan 5S tanpa ada ada seorang pun akan tertinggal. Amalan
ini memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya.

5S itu sendiri bermakna Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU),


Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakan
aktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yang
bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

SEIRI - SISIH

1. Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.


Barang-barang seperti sampah dan alatan yang tidak diperlukan, perlu
dibuang oleh pekerja yang bertanggungjawab dan di tempat yang
disediakan.

Apabila kita membuat SISIH barang yang tidak diperlukan akan dapat
dikenal pasti, dan ianya akan menyebabkan ruang penyimpanan akan lebih
luas.

2. Secara tidak langsung kawalan stok dan produk yang cekap diperolehi.
Selain itu, masa pencarian juga akan lebih pantas kerana tiada lagi keadaan
yang tidak teratur kelihatan.

Setelah kita memperolehi keadaan yang kemas dan teratur, pekerja lebih
berasa seronok dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas hariannya. Kita
juga mudah mengesan tempat,alat, bahan yang rosak lebih awal jika berlaku
demikian.

3. Bagaimana melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja? Dipaparkan di


bawah adalah 3 cara melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja. Aktiviti
Sisih ini akan mengenalpasti dan membuang barang yang tidak diperlukan,
sebagai contoh seperti di bawah;

DISEDIAKAN OLEH 6
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
1
Item yang tiada nilai dan senang buang Buang dengan segera

2
Item ada nilai dan boleh dijual Cari pembeli yang menawarkan harga tinggi

3
Item tiada nilai tapi kos pelupusan Cari cara merendahkan kos dan selamat
tinggi

KAEDAH SISIH

DISEDIAKAN OLEH 7
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
TAG BARANGAN UNTUK SISIH

Bahan tidak Bahan tiada nilai tapi


Bahan ada nilai kos tinggi untuk
diperlukan dan untuk dijual
senang dibuang dihapuskan

Buang dengan segera

Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang barang dengan
segera. Ianya terutama untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang kelulusan
atau pengesahan dari organisasi. Ini juga termasuk barang milik individu (di tempat
kerja). Item seperti ini termasuk kertas, rekod yang tidak diperlukan, produk yang
"reject" dan sebagainya.

Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang barang dengan
segera. Ianya terutama untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang kelulusan
atau pengesahan dari organisasi. Ini juga termasuk barang milik individu (di tempat
kerja). Item seperti ini termasuk kertas, rekod yang tidak diperlukan, produk yang
"reject" dan sebagainya.

DISEDIAKAN OLEH 8
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
SEITON - SUSUN

1. Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan


disimpan semula ditempatnya. Seiton memerlukan penyusunan fail dan
barang-barang mengikut sistem yang bersesuaian. Penyusunan yang
mengikut kod, sistem nombor,jilid dan pelbagai sistem akan dapat
mewujudkan proses kerja yang lebih pantas.

2. Dalam aktiviti ini, apa yang lebih utama adalah apabila mengambil
sesuatu barang atau rekod, kita harus memastikan bahawa terdapat sistem
yang akan mengesan pekerja yang mengambil barang tersebut. Kita boleh
mengesan fail dan barang yang tiada dalam simpanan. Sistem juga
membolehkan pekerja tersebut mengambil dan menyimpan barang di tempat
yang asal. Untuk menguji sistem penyimpanan yang efektif kita akan
menguji dengan satu kaedah yang dipanggil "Ujian 30 saat".

Apakah Ujian 30 saat?


Ujian ini bermaksud, ujian mengambil fail akan dibuat berdasarkan sistem sedia ada
yang digunapakai oleh organisasi itu dan bukannya sistem orang lain mahupun di
bahagian lain. Sebagai contoh, kebiasaannya untuk mengambil fail, organisasi akan
menggunakan Senarai Utama (Master List) yang sedia ada dan akan merujuk kepada
rekod, dan fail akan diambil. Ujian akan dibuat untuk melihat masa yang diperuntukkan
untuk mengambil sesuatu rekod yang diperlukan. Ianya perlu diperolehi dalam masa 30
saat sahaja.)

3. Terdapat 3 panduan yang boleh diterangkan untuk menjalankan aktiviti


SUSUN. Penyusunan meliputi barang-barang yang diperlukan samada secara
kerap atau sebaliknya

Seterusnya adalah bagi barang-barang yang selalu digunakan, adalah


disarankan penyusunan tersebut dilakukan berdekatan dengan pekerja. Ini
juga akan mengelakkan pembaziran dari segi masa mengambil sesuatu
barang. Bagi penyusunan barang yang kadang kala digunakan, ianya boleh
ditempatkan agak jauh sedikit.

4. Seseorang pekerja perlu melihat kekerapan penggunaan barang tersebut


dalam urusan kerja hariannya. Kemungkinan kekerapan barang tersebut
digunakan seminggu sekali, sebulan sekali. Itu juga memungkinkan bagi
sesetengah organisasi bagi menyediakan Mini Stor bagi penyimpanan barang
supaya dapat menjimatkan masa

Sesetengah barang yang masih mempunyai tarikh luput atau tarikh matang
penyimpanan seperti fail perlu disimpan bagi tempoh tertentu. Oleh itu,
untuk cara yang ketiga adalah disarankan penyimpanannya memerlukan
pengenalan yang jelas jika mahu disimpan di stor.
DISEDIAKAN OLEH 9
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
LABEL UNTUK FAIL/BAHAN/ALAT

BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA

1 ITEM KEGUNAAN HARIAN


(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)

2 ITEM JARANG DIGUNAKAN


(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)

3 ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN


(6 BULAN KEATAS)

KAEDAH SUSUN

DISEDIAKAN OLEH 10
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
SEISO - SAPU

1. Membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk dan


kekotoran di lantai, mesin dan peralatan. Aspek kebersihan antara perkara
yang seringkali dipandang mudah dan terlalu bergantung kepada pekerja
kontrak. Sebagai pekerja, setiap individu bertanggungjawab menjaga
kebersihan di dalam premis mereka bekerja. Di dalam amalan 5S, konsep
‘ownership’ dan "Person-in-charge" (PIC) seringkali digunakan untuk aktiviti
SAPU.

Apakah konsep ownership atau PIC?


Ianya merupakan konsep yang digunakan yang mana setiap pekerja mempunyai
tanggungjawab secara giliran untuk menjaga tempat atau barang milik organisasi.
Konsep ini biasanya ditandakan dengan gambar, label, gambar perorangan atau unit
yang dipertanggungjawabkan itu.

2. Pemantauan oleh pekerja sendiri akan menjadikan kos kerosakan


peralatan lebih rendah dan tiada proses kerja yang berulang. Ini akan
memberikan impak dari segi kebersihan dan rasa keempunyaan terhadap
barang milik organisasi. Sikap prihatin yang tinggi akan dapat diwujudkan
dan dalam suasana yang demikian, pekerja akan mudah menjanakan idea
yang kreatif dan akan lebih ceria.

3. Bagaimana melaksanakan aktiviti SAPU?


Selain daripada tempat, peralatan di tempat kerja dan kawasan persekitaran
juga perlu dilihat. Aktiviti ini boleh dilakukan samada setiap jam, setiap hari,
sekali seminggu, sekali sebulan atau mengikut piawaian peraturan untuk
dipatuhi.

Kita boleh menyarankan bahawa sebelum atau setelah melaksanakan tugas,


organisasi boleh menetapkan 5-10 minit untuk melakukan Amalan 5S. Ianya
baik untuk mewujudkan satu amalan yang mementingkan kebersihan dalam
melaksanakan tugas harian.

SEIKETSU - SERAGAM

1. Ianya bermaksud sentiasa memelihara kebersihan dan penyusunan


sepanjang masa dengan mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso secara berterusan
dan berkesan.

Secara ringkasnya bolehlah disimpulkan bahawa untuk mewujudkan


keseragaman dalam amalan 5S sesebuah organisasi, biasanya pelbagai
kaedah dilakukan seperti mengadakan panduan dan peraturan untuk
dipatuhi.

DISEDIAKAN OLEH 11
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
2. Sebagai contoh, ada sesetengah organisasi telah menetapkan
keseragaman dari segi sistem fail, amalan penyimpanan yang standard serta
jumlah barang yang perlu ada untuk diletakkan di atas meja bagi
memastikan kekemasannya.

Peraturan dan garis panduan ini akan membolehkan kos penyelenggaraan


yang lebih rendah. Ini juga akan membantu dari segi kecekapan proses
kerana jika terdapat pekerja yang mungkin tidak biasa dengan tugas yang
dilakukan, mereka mudah mencari rujukan tanpa menunggu masa yang
lama.

3. Bagaimana melaksanakan SERAGAM?


Panduan dan peraturan perlu bagi menjamin kualiti dan piawai yang telah
ditentukan. Aktiviti SERAGAM ini boleh dibuat dengan adanya ”Standard
Operating Procedure" (SOP) dan Arahan Kerja. Melalui cara ini, kefahaman
terhadap tugas akan meningkat dan kesilapan akan berkurangan kerana
ianya dijelaskan satu persatu.

Gambar
Gambar atau contoh fizikal (dilihat) juga boleh digunakan. Melalui simbol seperti gambar
yang bersesuaian boleh memudahkan pencarian sesuatu tempat tersebut. Sistem visual
juga perlu jelas dan terang sebagai salah satu cara berkomunikasi antara organisasi
dengan pelanggannya.

CartaAlir
Carta Alir adalah satu kaedah bagi menunjukkan bermulanya proses atau perkhidmatan
sesuatu perkara. Ini merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengukur
masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan sesuatu tugas. Ianya lebih ringkas
dengan penggunaan simbol-simbol yang tertentu dan arahan-arahan yang ringkas.

Carta Alir ini juga berguna untuk pekerja yang baru serta bagi memudahkan pelanggan
memahami proses yang perlu mereka lalui.

DISEDIAKAN OLEH 12
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
KE ARAH KESERAGAMAN AMALAN 5S

Nota:-

Berikut adalah satu senarai contoh/panduan bagi mencapai keseragaman Amalan 5S. Anda boleh
membuat penambaikkan kepada kriteria- kriteria berikut jika perlu dalam mempertingkatkan taraf
keseragaman dari masa ke semasa.

BIL PENYERAGAMAN CARA / CONTOH

1. *FAIL KETUA KUMPULAN Semua ketua-ketua kumpulan mesti menyimpan


dokumen-dokumen berikut:-

1. 5S Polisi

2. 5S Objektif

3. 5S Matlamat

4. Carta Organisasi kumpulan

5. Minit Mesyuarat kumpulan – mingguan /

bulanan dan tindakkan susulan.

6. Pelan tindakkan aktiviti

7. Pelan Lantai / Zone

8. Gambar-gambar aktiviti Kaizen

SEBELUM dan SELEPAS ( Contoh :

dikepilkan

9. Keputusan Audit & Audit Schedule

10. Memorandum / Maklumat Terkini dari 5S

Ko-ordinator

DISEDIAKAN OLEH 13
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
11. Kriteria Audit

* Adakan Indeks.

* Adakan Seperator bagi setiap subjek /

reference.

* Clear Folder bagi aktiviti kumpulan serta

masalah sebelum dan faedah selepas aktiviti

5S dijalankan. (Berikan data-data kualitatif

atau kuantitif)

2. SISTEM SUSUNAN FAIL DI RAK 1. Susunan fail hendaklah dari KIRI ke

KANAN (1,2,3,….A,B,C,….dan

seterusnya).

2. “FONT” yang digunakan pada Rak hendak lah

jelas kelihatan dari jauh.

3. ARAS 1 bermula dari tingkat bawah/ aras

(ikut kesesuaian yang ditetapkan oleh ko-

ordinator

4. Adakan SEPERATOR didalam Fail

5. Indeks di dalam Fail

6. Master Indeks & Colour Coding di tepi

Rak

7. Tag pengguna

8. Peraturan pengguna dalam kumpulan

DISEDIAKAN OLEH 14
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
9. Susun mengikut Colour Coding atau

Teknik Susun yang sesuai

10. Ownership

3. SUSUNAN BARANG-BARANG DI 1. Susun “Tagging” hendakah dari KIRI ke


ATAS RAK
KANAN (1,2,3,……dan seterusnya)

2. Tagging ARAS 1 bermula dari tingkat

bawah / atas (ikut kesesuaian yang

ditetapkan oleh ko-ordinator)

3. INDEKS barangan di setiap tepi Rak

4. Adakan penanda MINIMA dan

MAKSIMA (jika berkaitan)

5. TARIKH LUPUT bagi ubat-ubatan

6. Penanda FIFO / FEFO / EXPIRY DATE /

STOK LOW / NIL IN STOK /

REMINDER PLS REFILL (lengkap

dengan tarikh jika perlu)

7. Adakan label susunan bagi setiap Bin Kad

8. Bin / Stok card hendaklah letak ditempat

yang disediakan dan rekod-rekodnya

hendaklah dikemaskini.

9. Adakan SIGNAGE kenalan untuk semua rak

10. Adakan PELAN LOKASI & MASTER

INDEKS DI PINTU SEBELUM MASUK

4. WIRING MANAGEMENT 1. Dilarang meletak CABLE,EXTENSION

PLUG dan WAYAR di atas Lantai.

DISEDIAKAN OLEH 15
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
2. Wayar di ikat dengan Cable tie / dibalut

3. Kepala plug di tanda dengan colour coding

sticker dan juga pada barangan elektrik yang

berkenaan.

5. SUIS LAMPU / KIPAS / KEPALA 1. Semua suis / barangan elektrik hendaklah


PLUG
menggunakan sistem Colour Coding sticker.

6. KESELAMATAN 1. Adakan tanda AMARAN / AWAS ditempat

kawasan berisiko.

2. Signage “PEMADAM API” hendaklah jelas

kelihatan dari jauh. Pastikan tiada barang-

barang melindungi Alat Pemadam Api.

TARIKH DUE DATE for NEXT SERVICE

hendaklah dipamerkan pada Alat tersebut.

3. Adakan Had ketinggian bagi barang yang


disusun mengikut “Stacking”

4. Cara stacking hendaklah ada ciri-ciri

Keselamatan

7. PERALATAN 1. Adalan Pemilik (Ownership)

2. Adakan jadual penyelagaraan (Jika

berkaitan)

3. Adakan Jadual Pembersihan (Cleaning

Roster)

4. Adakan Nombor Peralatan jika bilangan

DISEDIAKAN OLEH 16
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
peralatan yang sama lebih dari satu unit di

dalam kawasan zon yang sama.

5. Cara-cara menggunakan atau pameran

(SOP/WI/User Gude) jika perlu.

8. SETIAP ZONE 1. Semua suis lampu / kipas menggunakan

label colour coding

2. Setiap zone hendaklah meletak gambar –

gambar pemilik zone.

3. Syarat-syarat pengguna hendaklah di

pamerkan (jika berkenan)

4. Pelan Lantai / Peta Bilik hendaklah

dipamerkan seelok-eloknya di pintu masuk.

9. *SUDUT 5S INFORMASI YANG HENDAK DIPAMERKAN

1. Objektif 5S, Polisi 5S, dan matlamat yang

ditandatangani serta bertarikh

2. Peta zon / Pelan Lantai serta Ownership

3. Gambar- gambar ahli dan carta organisasi

4. GANTT chart – aktiviti kumpulan

5. Gambar aktiviti 5S SEBELUM dan

SELEPAS dengan maklumat ringkas seperti

Masalah (Sebelum) dan kebaikan

(Selepas) serta nama & tarikh

6. Audit Schedule dan keputusan Audit (Bar

Chart)

DISEDIAKAN OLEH 17
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
7. Bulletin

8. Maklumat Terkini dari 5S Co-ordinator

9. Roster pembersihan

• Adakan column dan tajuk bagi setiap

perkara.

10. PAPAN KENYATAAN 1. Semua surat pekeliling TIDAK dibenarkan


ditampal atas dinding. Sediakan pelapik atau
tempat khas.

2. Adakan TARIKH LUPUT bagi setiap surat

pekeliling.

11. PETAK LETAK KASUT 1. Adakan petak tempat kasut dipintu masuk ke
kawasan larangan berkasut.

12. LINING (Line kuning) Parking Lot KAWASAN PEJABAT


Barangan
1. Lining kuning hanya dibenarkan pada

barangan “movable” atau Lot WIP

KAWASAN STOR

1. Perlu menyediakan “Parking Lot” bagi

mesin-mesin / perkakas seperti Fork Lift,

Lifter, Tangga dll.

13. PERALATAN KEBERSIHAN 1. Adakan tempat yang sesuai untuk

menyimpan alat-alat peralatan seperti

penyapu, mop dan berus. Alat-alat tersebut

DISEDIAKAN OLEH 18
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
hendaklah digantung.

14. SIGNAGE untuk pelawat / kawasan 1. Arah Tunjuk – seperti, Tandas, Surau, Had Laju
/ menunggu / dan persekitaran
bangunan bermula dari pintu 2. Peraturan dan Tempat Larangan
masuk pondok keselamatan 3. Waktu / Pegawai Bertugas

4. Tempat Bertanya

5. Pelan Lantai

6. Papan kenyataan / Information Board

7. Tempat Letak Kereta Pelawat / Kakitangan

SERAGAM

Adakan SOP Adakan senarai borang

Pamerkan Tarikh pemeriksaan Labelkan nombor untuk setiap


dan tarikh Lupus borang

DISEDIAKAN OLEH 19
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Buatkan penanda maksimum
dan minimum

Buatkan ayat peringatan Pamerkan simbol kebersihan

Labelkan setiap suis mengikut Buatkan parking untuk peralatan


kod warna yang ditetapkan
Skop dan penyapu hendaklah
digantung

Labelkan setiap alat


Buatkan parking untuk alat
tulis warnakan label setiap white
board marker
Buatkan tag nama untuk setiap labelkan laci ‘ALATULIS’

DISEDIAKAN OLEH 20
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
alatan tulis

Tag nombor untuk file Notis larangan untuk semua


berpandukan warna mengikut tempat seperti makmal
kekerapan penggunaannya komputer, pusat sumber,bilik
cetak,bilik kuliah dan lain-lain
Kotak perlu dilabelkan lagi

Lekatkan nama pemilik untuk Labelkan setiap cop


semua bilik kuliah

DISEDIAKAN OLEH 21
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Buatkan senarai cop

SUIS LAMPU KANAN SUIS KIPAS

SUIS LAMPU TENGAH SUIS PENYAMAN UDARA

SUIS LAMPU KIRI SUIS BLOWER

KOD WARNA UNTUK SUIS LAMPU KOD WARNA UNTUK SUIS


PELBAGAI

Lekatkan tag pemilik dan SOP Buatkan master indek untuk


semua rak
Nomborkan setiap PC untuk
memudahkan kerja-kerja Labelkan aras (aras 1 bermula
pembaikan dari bawah)

DISEDIAKAN OLEH 22
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Lekatkan tag nombor untuk buku
dan nota-nota

Buatkan senarai buku dan


ditampalkan di tepi kabinet untuk
memudahkan masa pencarian

DISEDIAKAN OLEH 23
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
NOTIS-NOTIS MAKLUMAN

WARNA LATAR BIRU

KEPADA SEMUA PENGGUNA YANG


DIHORMATI, MESIN
PHOTOSTAT/KOMPUTER/PRINTER
INI MENGALAMI KEROSAKAN. PIHAK
PENTADBIRAN SEDANG DALAM
USAHA MEMBAIK PULIH KEROSAKAN
TERSEBUT. SEBARANG KESULITAN
AMAT DIKESALI.

DISEDIAKAN OLEH 24
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
DISEDIAKAN OLEH 25
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
PANDUAN PENGGUNAAN
MESIN PHOTOSTAT

 Langkah Memulakan Mesin

Photostat:-

 Masukkan Dokumen Yang


Hendak Di Photostat.

 Pilih Jumlah Kertas Yang Hendak


Di Photostat

 Tekan ‘Start’

 Dokumen Telah Siap Di


Photostat.

DISEDIAKAN OLEH 26
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
 EXT. NO
NAMA
TAG NO SAMBUNGAN TALIAN

TAG AKTIVITI AMALI

DISEDIAKAN OLEH 27
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
DISEDIAKAN OLEH 28
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
JADUAL PEMBERSIHAN

TUGASAN

HARI FAILING SUSUN FAIL PEMBERSIHAN

ISNIN

& EN. AZALI EN. HALID KONTRAKTOR

SELASA

RABU
CIK AINA
& EN. AZALI KONTRAKTOR
SYAZWANI
KHAMIS

CIK AINA KONTRAKTOR


JUMAAT EN. HALID
SYAZWANI

DISEDIAKAN OLEH 29
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
CARTA PEMILIK ZON

SUB ZON E ENIGMA

DISEDIAKAN OLEH 30
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
SHITSUKE - SENTIASA AMAL

Apabila budaya kerja itu lebih efisien, kos pengeluaran akan lebih rendah, dan
matlamat organisasi akan dapat dicapai. Organisasi perlu merancang matlamat
sebenar untuk melaksanakan amalan ini seperti merancang untuk mendapatkan
Sijil 5S.

1. Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan budaya kualiti di


tempat kerja.

Amalan berdisplin dan melatih pekerja akan membawa ke arah penukaran


budaya kerja yang lebih sistematik. Setelah keempat-empat langkah dilakukan,
kita mestilah mempunyai satu kaedah supaya pekerja dalam organisasi dapat
berdisiplin dan terus sentiasa mengamalkannya dengan berkesan. Ini dapat
dijadikan sebagai satu platform ke arah budaya kerja yang cemerlang.

2.Bagaimana Sentiasa Amal?


Terdapat beberapa cara untuk melaksanakan Shitsuke - Sentiasa Amal ini
antaranya adalah;

Cara 1

Mematuhi panduan dan piawai yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu
dapat dibangunkan.

Cara 2

Mengadakan Audit Dalaman di dalam organisasi. Audit ini adalah salah satu elemen penting
dalam menjayakan Amalan 5S. Ianya dapat memantau piawai 5S yang sedia ada dan
membuat penambahbaikan. Melalui audit ini organisasi dapat mengukur tahap amalan 5S.

Cara 3

Menganjurkan pertandingan dalaman seperti pejabat dan persekitaran tempat kerja terbaik,
pekerja contoh dan sebagainya merupakan satu cara untuk mendapatkan komitmen dan
mengekalkan tanggungjawab mengamalkan 5S.

Cara 4

Menganjurkan lawatan ke organisasi contoh untuk melihat sendiri kejayaan organisasi lain
dalam melaksanakan 5S. Ini akan menyuntik ide dan semangat untuk meneruskan aktiviti
ini.

DISEDIAKAN OLEH 31
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Cara 5

Merancang bentuk penghargaan dan galakan dalam sebarang aktiviti yang boleh menarik
minat pekerja. Walaupun sedikit dan kecil, namun bagi sesetengah pekerja, ianya amatlah
bernilai sebagai salah satu motivasi dalam melaksanakan dan menghargai usaha mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh didapati dari langkah 5S ini adalah satu cara berkesan
bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti. Melalui Seiri kita
akan dapat menyisihkan barang yang tidak perlu; Seiton membolehkan
penyusunan barang dan rekod organisasi dibuat dengan lebih kemas; dan
Seiso akan menghasilkan tempat kerja yang bersih. Kemudian Seiketsu
membolehkan panduan dibentuk untuk digunakan oleh semua orang dan
Shitsuke akan membantu mendisiplinkan diri dan seterusnya menjadikan satu
amalan yang cemerlang.

DISEDIAKAN OLEH 32
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
MANUAL PENYERAGAMAN

LANTAI

Objektif

Pastikan lantai dicuci bersih dan dikeringkan sebelum membuat garisan, kedudukan peralatan
seperti mesin,jentera dan lain-lain hendaklah dirancang kedudukannya sebelum membuat garisan
di atas lantai.

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI
1-Buatkan garisan zon dengan jelas untuk pembahagian kawasan kerja dan lorong laluan
2- Buatkan garisan zon keselamatan di atas lantai untuk laluan kecemasan atau berlaku
Kebakaran dan lakarkan tempat kedudukan alat pencegah kebakaran pada laluan ini
3- Tanggalkan garisan zon yang tidak diperlukan.

2. SEITON
1- Jangan meletakkan apa-apa peralatan diatas lantai tanpa menggunakan pelapik seperti base
board, pallets,Sun carrier, carts dan sebagainya
2- a.Buatkan garisan putih untuk zon lokasi mesin dan jentera yang tidak diubah
kedudukannya di atas lantai
b.Buatkan garisan dua kali ganda lebar untuk sudut garisan zon (rujuk rajah 1)

RAJAH 1

c. tidak perlu buatkan garisan dua kali ganda lebar untuk ruangan petak peralatan seperti
cabinet, base board, pallet dan lain-lain yang diletakkan pada tempat yang bersudut.
(rujuk rajah 2)

cabinet, base board

RAJAH 2

d. Kenalpasti garisan zon dan penempatan peralatannya bagi tujuan keselamatan


e. beri ruang kepada peralatan yang menjulur semasa melukis garisan zon
f. Buatkan garisan putih diantara kawasan kerja dan lorong laluan (rujuk rajak 3)

DISEDIAKAN OLEH 33
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
3-a. gunakan Black & yellow stripe tape and Line tape untuk garisan laluan zon keselamatan.
b. Buatkan laluan zon keselamatan untuk mengingatkan kita pintu keselamatan.
c. tape atau cat kuning digunakan untuk kawasan ‘no parking zone’.
d. buatkan garisan kuning relang hitam untuk petak peralatan pemadam api
e. letakkan label "dilarang meletak benda diatas garisan ini" diatas tape

GARISAN UNTUK ALAT


PEMADAM API KUNING
RELANG HITAM
Line tape 50 mm Black & yellow stripe tape 50~100 mm
Paint 50~100 mm Paint 50~100 mm

Black & yellow stripe tape Line tape Paint

Cart Trash can Sun carrier

4. lekatkan tag pada petak untuk peralatan yang mudah alih

DISEDIAKAN OLEH 34
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Bagaimana untuk membuat garisan.

Basic style Damage prevention Wall -1 Wall -2

RAJAH 3

3. SEISO
1) Pembersihan berasaskan kepada criteria 5S
2) Pindahkan peralatan untuk pembersihan lantai

Sweep & Clean

4. SEIKETSU
1. Periksa semua tempat oleh kumpulan 5S secara berkala (bulanan, tahunan) dan buatkan
pembaikan.
2. Kenalpasti criteria pembaikan untuk partition line, positioning line, security space line

(1) Partition line, Security space line


* Minimum length to be repaired is 300 mm.
* When the color is not even in more than one-third of the length for repair, re-draw the whole length
* Repair within 3 days for taping and 1 week for painting.
(2) Positioning line/Indication
* Indication is to be understandable for anyone.
* No damage or peeling of tape or pouch.
Note 1) When the floor is so dirty, take actions such as increasing cleaning frequency etc.
Note 2): Repair indication/seal immediately.
Note 3) No missing the area of cleaning chack sheet where it is used commonly among departments.
Note 4) Do not step up on the board (pallet) with shoes on. (No need indication)

DISEDIAKAN OLEH 35
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Line
tape painting

Mesti diperbaiki

5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan

DINDING (WALL)

DISEDIAKAN OLEH 36
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
OBJEKTIF

Menyediakan informasi /arahan dengan menggunakan papan bulletin, papan tanda dan peralatan lain perlu
pemasangan di dinding supaya setiap orang mengetahui berita semasa dan memahami perlaksanaan
amalan 5s

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

Susun semua keperluan yang diperlukan seperti (calendar, jam dinding, bulletin, memograf) buang benda
yang tidak diperlukan.

Buatkan tarikh tamat untuk bulletin dan memograf

2.SEITON

Letakkan item yang melibatkan perkakasan keselamatan seperti alat pencegah kebakaran

Suis dan perkakasan elektrik hendaklah dilabelkan dan jelas dilihat.

Pada papan kenyataan lekatkan petunjuk ’PAPAN KENYATAAN’


DISEDIAKAN OLEH 37
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
PAMERKAN BULETIN MENGIKUT TAJUK

Papan 5s

POWER DISTRIBUTION BOX BULETIN BOARD

3.SEISO

Bersihkan rak penyimpanan (kasut, buku, pakaian, tools dan sebagainya) dari atas ke bawah.

Asingkan peralatan yang diperlukan dan tidak diperlukan sebelum pembersihan dan jaga keselamatan.

Bersihkan tingkap, pintu, cermin dan peralatan lain berpandukan kepada kreteria oleh kumpulan 5s

4.SEIKETSU

Buatkan peraturan pemeriksaan untuk kumpulan audit bagi memelihara keseragaman (bulanan, tahunan)

Beritahu ketua zon/ ketua sub zon sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan tersebut untuk diperbaiki.

Lapor kerosakan kepada unit selenggara.

5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.

DISEDIAKAN OLEH 38
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
KABINET

OBJEKTIF

Susun peralatan di dalam cabinet supaya apabila anda mengambilnya keluar dari cabinet dapat diambil
dengan segera tanpa membuang masa pencarian.

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

Kategorikan item yang akan disusun didalam cabinet seperti tempat simpanan surat, simpanan
fail,simpanan nota, laci dan rak mengikut kekerapan penggunaannya.item yang tidak perlu mesti
dikeluarkan dari kabinet

2.SEITON

1.Buatkan senarai kawalan mengikut kategori

2.Buatkan kod warna untuk mengurangkan masa pencarian

LABEL UNTUK FAIL/BAHAN/ALAT

BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA

1 ITEM KEGUNAAN HARIAN


(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)

2 ITEM JARANG DIGUNAKAN


(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)

3 ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN


(6 BULAN KEATAS)

3.Lekatkan label individu bertugas untuk simpanan, no simpanan pada bahagian atas kiri cabinet, tempat
simpan surat, laci dan rak.

DISEDIAKAN OLEH 39
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Contoh label pada kabinet

Storage No. label Attach label at visible position Attach label by divided category
(Using label writer) (Notch type) (Using label writer)

4.Cabinet hendaklah dipasang kukuh supaya tidak tumbang

5.Rak/cabinet yang menggunakan roda hendaklah ditanda ‘ON’ dan caster brake dicat merah

6.Jika cabinet tiada penyelak/pengunci pintu, kunci perlu disediakan untuk mengelakkan daun pintu/laci
terjulur keluar.

7.Apabila amalan menyimpan di amalkan setiap hari kunci cabinet hendaklah disimpan di tempat kunci.

8.Sekiranya cabinet digunakan oleh individu yang dipertanggungjawab sahaja kunci harus disimpan
ditempat kunci yang berasingan

9.Buatkan tag pengguna untuk mengesan individu yang penggunakan cabinet tersebut

kunci dan anak kunci di simpan di tempat simpan kunci


DISEDIAKAN OLEH 40
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
10.labelkan rak kunci dan anak kunci mengikut warna yang sesuai

11.Buatkan senarai kawalan untuk mengesan penggunaan dan kehilangan

3.SEISO

Bersihkan cabinet mengikut senarai periksa pembersihan 5s

Lapkan habuk pada bahagian yang sering berhabuk

4.SEIKETSU

Periksa cabinet oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)

Periksa tiada kotoran, sekiranya rosak perbaiki

5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat

DISEDIAKAN OLEH 41
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
PENGANGKUT BARANG (CARTS)

Objektif

Menggunakan alat pengangkut barang dengan mudah

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

1.Kenalpasti pengangkut barang yang boleh digunakan

-Tidak rosak dan berfungsi dengan baik

-Baik setelah diperbaiki

-Setelah dibaiki masih tidak selamat digunakan

-Tidak perlu dibaiki kos tinggi

2.Guna saiz yang betul untuk meletak dan mengangkat barang terutama size dan berat.

Kapasiti muatan

Open top dolly = 50kg Max

Container carrier = 100 kg Max

Hand trucks and dollies = maximum load specified by manufacturers

2.SEITON

Takrifkan lokasi penyimpanan dan tandakan label ketinggian barang yang akan diletak

1.Barang yang diletakkan di atas container carrier ketinggian 0.7-1.0 meter dari paras lantai sebagai
penanda aras untuk susunan

2.Tinggi muatan 1.3 meter dari paras lantai sebagai penanda aras untuk susunan

3.Guna pengangkut barang beroda untuk kegunaan luar bengkel

4.Untuk langkah keselamatan pengangkut barang yang beroda hendaklah ditanda ‘ON’ dan caster brake
dicat merah

DISEDIAKAN OLEH 42
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Defined storage location Cart for outside D100 Mark the "on" side of the brake with red.

3.SEISO

1.Cuci pengangkut barang mengikut kriteria amalan 5s

2.Apabila memasuki kawasan seperti Makmal,Bilik Pengajar pastikan roda pengangkut barang bersih

Letakkan penggalas kaki

4.SEIKETSU

1.Periksa Pengangkat barang oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)

2.Periksa dan baiki segala kerosakan pengangkat barang untuk memastikan keselamatan dan kualiti

5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat

DISEDIAKAN OLEH 43
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
JIGS AND TOOLS

Objektif

Mempastikan jigs dan tools bersih dan berada pada tahap selamat digunakan dan mempastikan kualiti
peralatan tersebut terjamin

Tools –item yang dibeli berpandukan kepada katelog


jigs – item berpandukan kepada pengilang

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

1.Jigs dan tools dikategorikan mengikut kod warna yang ditetapkan mengikut kekerapan
penggunaannya.

LABEL UNTUK JIGS DAN TOOLS

BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA

1 ITEM KEGUNAAN HARIAN


(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)

2 ITEM JARANG DIGUNAKAN


(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)

3 ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN


(6 BULAN KEATAS)

2.Buatkan senarai kawalan mengikut kategori

3.Ketua zon bertanggungjawab ke atas proses perlupusan jigs/tools

2.SEITON

1.Letakkan stiker (nama dan nombor pada jigs dan tools yang sedia ada ) tempatkan ditempat yang sesuai.

2.Sekiranya jigs dan tools bersaiz kecil lekatkan stiker pada tempat simpannya.

DISEDIAKAN OLEH 44
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
3.sekiranya jigs dan tools disimpan dan diletakkan di bawah kawalan setiap meja kerja -
1.Gunakan tape putih lebar 10mm untuk buat lot parking bagi meletak alat tersebut dan buatkan tag nama
bagi setiap peralatan tersebut dan ditampal pada lot parking

2.sekiranya rak panel digunakan untuk penempatan dan kawalan jigs/ tools

1-Gantung 2-
Labelkan nama tampal dihadapan
3-Buatkan lot parking.

3.Sekiranya cabinet digunakan untuk penempatan dan kawalan jigs/ tools

1-guna pembahagi untuk mengasingkan jigs dan tools 2-


Labelkan laci dan pembahagi mengikut nama jigsdan tools

DISEDIAKAN OLEH 45
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
3.SEISO

1-Pastikan benar-benar bersih jigs dan tools sebelum disimpan ditempat yang disediakan 2-
Tanggalkan habuk dan kotoran lain pada jigs dan tools serta lakukan pemeriksaan sebelum disimpan

4.SEIKETSU

Periksa Jigs dan Tools oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)

Periksa tiada kotoran, fungsi baik hendaklah dikekalkan selalu.

5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.

DISEDIAKAN OLEH 46
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
GAUGE AND INSTRUMENT

OBJEKTIF

Mempastikan ketepatan dan fungsi pengukat (gauge) dan perkakasan (instrument)

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

Gauge dan instrument yang kerap digunakan hendaklah sentiasa di uji ketepatan bacaannya dan
bentuk fizikalnya hendaklah selalu baik.

Kaedah susunan hendahlah mengikut kekerapan penggunaannya

LABEL UNTUK GAUGE DAN INSTRUMENT

BIL PENGGUNAAN MENGIKUT KATEGORI KOD WARNA

1 ITEM KEGUNAAN HARIAN


(I JAM – 1/1 MINGGU MAK)

2 ITEM JARANG DIGUNAKAN


(1/1 MINGGI – 1/6 BULAN)

3 ITEM HAMPIR TIDAK DIGUNAKAN


(6 BULAN KEATAS)

2.SEITON

1.Letakkan stiker (nama dan nombor pada GAUGE dan INSTRUMENT yang sedia ada ) tempatkan
ditempat yang sesuai.

2.Sekiranya gauge dan instrument bersaiz kecil lekatkan stiker pada tempat simpannya.buatkan lot parking
untuk penempatan gauge dan instruments

Kenalpasti lokasi simpan

DISEDIAKAN OLEH 47
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
3.sekiranya gauge dan instruments disimpan dan diletakkan di bawah kawalan setiap meja kerja
-1.Gunakan tape putih lebar 10mm untuk buat lot parking bagi meletak alat tersebut dan buatkan tag nama
bagi setiap peralatan tersebut dan ditampal pada lot parking

2.sekiranya rak panel digunakan untuk penempatan dan kawalan jigs/ tools

1-Gantung 2-
Labelkan nama tampal dihadapan
3-Buatkan lot parking.

3.Sekiranya cabinet digunakan untuk penempatan dan kawalan gauge/instruments

1-guna pembahagi untuk mengasingkan gauge dan instriments


2- Labelkan laci dan pembahagi mengikut nama gauge dan instruments

3.SEISO

1-Pastikan benar-benar bersih gauge dan instruments sebelum disimpan ditempat yang disediakan
2-Tanggalkan habuk dan kotoran lain pada gauge dan instrument serta lakukan pemeriksaan sebelum
disimpan

4.SEIKETSU

Periksa Jigs dan Tools oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)

Periksa tiada kotoran, fungsi baik hendaklah dikekalkan selalu.

Tidak dibenarkan menggunakan gauge dan instruments yang telah tamat tarikh penggunaan dan harus di
laras (calibration)

DISEDIAKAN OLEH 48
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
tarikh tamat tempoh penggunaan gauge perlu di laras

5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.

DISEDIAKAN OLEH 49
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
MEJA KERJA

OBJEKTIF

Untuk amalan bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan keselamatan letak peralatan yang perlu
sahaja di atas meja dan dibawah meja.

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

Meja bengkel (Worktable)

Letakkan peralatan perlu sahaja dan selalu guna sahaja di atas meja.

Jangan meletak segala di atas meja dan dibawah meja,

Meja pejabat Office desk

Meja pejabat tidak memerlukan senarai peralatan

Letakkan peralatan perlu sahaja dan selalu guna sahaja di atas meja

DISEDIAKAN OLEH 50
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
2.SEITON

Item yang diperlukan mengikut kekerapan yang dikehendaki diletakkan di atas dan di bawah meja

Labelkan peralatan yang disusun

Buatkan garisan kuning untuk lot parking alat tulis didalam laci

Garisan putih untuk parking lot diatas meja

Material Width : mm

White tape/yellow tape 10 mm

Apabila anda meninggalkan meja kerja letakkan signboard untuk menunjukkan pergerakan anda

3.SEISO

Bersihkan segala kekotoran terutama habuk dibawah dan diatas meja

*pastikan tiada habuk dan sawang dibawah permukaan meja

Guna bahan pencuci untuk menanggalkan kekotoran degil

4.SEIKETSU

Periksa Meja kerja oleh kumpulan 5s (harian/bulanan)

Periksa tiada kotoran, fungsi baik hendaklah dikekalkan selalu.

Perbaiki lot parking dan garisan sekiranya rosak,perkemas sekiranya ada perubahan

Digalakkan menggunakan pengalas meja

Meja hendaklah disusun rapi

Jika ada wayer dipasang disetiap meja hendaklah dijalin dan balut supaya nampak kemas

Straight line

DISEDIAKAN OLEH 51
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.

DISEDIAKAN OLEH 52
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
PREMIS

Objektif

Mewujudkan persekitaran baik, selesa dan suasana ceria

Bagaimana untuk melaksanakannya

1.SEIRI

Susun apa yang perlu dan tidak perlu sisih perkara yang tidak diperlukan

2.SEITON

Perkara yang penting perlu ditunjukkan di premis adalah petunjuk arah, plan lokasi, tempat letak
kenderaan dan lain-lain lagi.

Buatkan bump jalan untuk kawal kenderaan keluar masuk

Lukiskan garisan zon keselamatan, letakkan signboard dan lain-lain perkara yang dianggap
penting.

Garisan parking untuk kenderaan hendaklah dicat dengan warna putih, manakala untuk peralatan
pemadam kebakaran garisan warna kuning

Parking Lot walk way

Motorcycle Parking Lot Bicycle Parking Lot

DISEDIAKAN OLEH 53
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
Forklift truck parking lot Fire hydrant

Tempat pembuangan sisa tempat simpan bahan buangan kimia

Tempat perlupusan alatan

3.SEISO

Jabatan harus bertanggungjawab dan menguruskan bagaimana untuk mengawal persekitaran supaya
sentiasa dikekalkan bersih

Kita harus memastikan persekitaran belakang bengkel sentiasa bersih

4.SEIKETSU

5 MINUTE 5S TALK harus diamalkan berterusan supaya tabiat menjaga kebersihan dapat dilaksanankan
menyeluruh

Gotong royong perdana harus diadakan 6 bulan sekali

Cat semula garisan yang rosak, perbaiki papan tanda rosak kerosakan yang dikesan harus dibaiki dalam
masa 1 minggu

DISEDIAKAN OLEH 54
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
5.SHITSUKE

Ahli jawatankuasa 5s harus memantau dan memberi tunjuk ajar supaya SISIH/SUSUN/SAPU dapat
dilaksana dan diamalkan dan menjadi tabiat.

Rujukan

5s manual SMS Corporation


editor Tomekichi Yamada

Nota rujukan

Shipbuilding and quality management


JICA Yokohama 2004
fukuoka shipyards
yukasuka shipyard

DISEDIAKAN OLEH 55
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
DISEDIAKAN OLEH 56
AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs