Anda di halaman 1dari 8

HABIBAH BTE BERAHIM

720303-01-5636

Pengenalan

Perkembangan dan Keberkesanan Institusi Pendidikan Al-Quran Tempatan.

Al-Qur’an merupakan kitab suci pegangan umat Islam yang mesti diajarkan
melalui pendekatan pendidikan dari generasi ke generasi. Kewajipan mempelajari dan
mengajarkan Al-Qur’an ini merupakan tanggungjawab bersama bagi memastikan
generasi yang akan datang sentiasa menjadikan Al-Qur’an sebagai pegangan hidup
mereka. Pendekatan pembelajaran Al-Qur’an mesti diselarikan dengan inovasi baru,
mudah difahami, menyenangkan, berkesan sehingga murid sentiasa berminat
mempelajari Al-Qur’an tersebut.

Dalam mengajar anak-anak ilmu Al-Quran, guru yang paling terbaik sekali adalah
ibu bapanya sendiri yang selalu berinteraksi secara langsung dengan anak-anak setiap
hari. Namun disebabkan banyak halangan seperti pekerjaan, ibu bapa tidak
berkesempatan untuk mengajar anak-anak mereka Al-Quran. Hal ini akan mendorong
mereka untuk menyerahkan anak-anak mereka ke tempat belajar Al-Quran atau
memanggil seorang guru persendirian untuk mengajarkan anak-anak mereka membaca
Al-Quran.

Atas dasar ini, institusi pendidikan Al-Quran tumbuh dan berkembang di serata
tempat. Perkembangan ini amat sihat bagi meninggikan syiar Islam dalam konteks
mendedahkan kanak-kanak celik Al-Quran diperingkat usia yang masih muda. Kerajaan
perlu terus memainkan peranan dan memberi sokongan dalam memastikan institusi
berteraskan Al-Quran akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat
Islam.

1
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

Kelas Mengaji Al-Quran Ustaz Suhaili

a. Latarbelakang Penubuhan

Kelas mengaji Al-Quran ini bertempat di rumah Ustaz Suhaili bin Kamisan di
Kampung Parit Othman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Ianya telah ditubuhkan pada
tahun 2006 atas permintaan penduduk kampung yang inginkan anak-anak mereka
mendapat pendidikan Al-Quran selain yang dipelajari di sekolah. Ianya menyediakan
peluang kepada kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 15 tahun, lelaki dan perempuan
untuk mengikuti kelas mengaji Al-Quran ini. Pada awalnya jumlah murid yang datang
hanya beberapa orang sahaja tetapi hari ini bilangan pelajar yang mengikuti kelas ini
ialah mencecah seramai 20 orang sehingga pada masa-masa tertentu kelas mengaji Al-
Quran ini akan disambung selepas waktu maghrib.

Kelas belajar Al-Quran ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Suhaili sendiri
dan isterinya. Tiada bayaran dikenakan dan terpulang pada ibu bapa murid itu sendiri
untuk memberikan sumbangan.

2
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

b. Proses Pengajaran Bacaan Al-Qur’an

i. Masa Pengajaran Al-Qur’an

Kelas mengaji Al-Quran ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Masa
pengajarannya pula adalah pada sebelah petang bermula selepas waktu Asar hinggalah
pukul 6.30 petang. Setiap murid yang belajar mengaji akan meluangkan masa sekitar 10
hingga 20 minit bergantung pada jumlah murid yang datang pada satu-satu masa.
Rasional pemilihan masa ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
datang belajar selepas mereka pulang dari sekolah agama pada sebelah petang.

ii. Kaedah Bacaan Al-Qur’an

Kaedah belajar Al-Quran yang digunakan di tempat ini adalah menggunakan


kaedah Iqra’ disamping mempelajari hukum tajwid. Kaedah Iqra’ adalah suatu kaedah
bacaan terus tanpa perlu memperkenalkan dahulu huruf hijaiyah dan tanda bacaan bahasa
Arab. Kaedah ini sememangnya berkesan untuk membolehkan seseorang itu membaca
Al-Quran seawal usia empat atau lima tahun dengan cepat tanpa perlu mengenal huruf
terlebih dahulu.

Kaedah Talaqqi dan Musyafahah juga turut digunakan, ianya adalah nama bagi
suatu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan Tajwid. Talaqqi
ialah suatu kaedah di mana guru akan membaca ayat-ayat Al-quran secara tartil iaitu
dengan bertajwid. Dalam proses ini para pelajar akan mendengar dengan teliti sambil

3
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

mengikut bacaan guru dengan suara yang perlahan. Manakala musyafahah pula ialah
suatu kaedah di mana para pelajar pula akan membaca ayat yang telah dipelajari secara
tartil. Dalam proses ini, tugas guru ialah mendengar bacaan pelajar tadi dan akan
membetulkan kesalahan bacaan yang dilakukan. Dengan sebab itu kedua-dua kaedah ini
akan menjadikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan para pelajar dapat
memahami apa yang telah dipelajari.

iii. Pembentukan Halaqat Al-Qur’an

Melalui pemerhatian, Ustaz Suhaili telah membentuk beberapa halaqat Al-Quran


mengikut tahap penguasaan mereka yang datang belajar. Dalam setiap halaqat ini Ustaz
Suhaili akan meletakkan seorang murid yang boleh menyemak bacaan kawannya yang
lain. Dengan cara ini dapat memberi ruang kepada Ustaz Suhaili untuk menyemak bacaan
murid-murid yang lain. Ini menjadikan murid -murid merasakan bahawa ada kawan-
kawannya yang lain yang menguasai bacaan sama sepertinya. Ini mendorong murid-
murid ini untuk berlumba-lumba membaca Al-Quran dan dapat meningkatkan tahap
bacaan mereka.

C. Kelayakan Atau Kebolehan Guru

Ustaz Suhaili adalah merupakan seorang guru j-Qaf lulusan Universiti Al-Azhar,
Mesir. Isterinya pula mempunyai diploma dalam negeri. Ustaz Suhaili ini telah pun
berpengalaman mengajar di sekolah rendah selama lima tahun.

4
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

Laporan Mengenai Institusi Al-Quran Yang Dipilih

i. Keberkesanan Pengajaran Guru

Iqra adalah kaedah cepat belajar al-Quran kerana ianya tidak perlu mengenal
huruf dan tidak perlu mengeja. Murid terus diperkenalkan dengan bunyi huruf sehingga
mahir mengikut baris-baris tertentu. Kelemahannya pula pelajar yang mempelajari
melalui kaedah iqra' ini tidak tahu cara untuk mengeja, Ini disebabkan di dalam kaedah
Iqra', kaedah mengeja tidak diberi penekanan. Begitu juga dari sudut penekanan ilmu
tajwid.

Dari sudut keberkesanan pengajaran guru, murid-murid yang belajar mengaji di


tempat ini menunjukkan peningkatan prestasi terutama sekali murid-murid yang terlibat
dalam kelas pemulihan j-Qaf. Ini dapat dilihat jika dibandingkan dengan murid-murid
pemulihan yang tidak mengaji di rumah.

ii. Permasalahan Yang Wujud

Menurut Ustaz Suhaili, antara masalah yang paling utama sekali ialah kekangan
masa. Ini disebabkan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka bergantung pada masa
dan kesempatan mereka. Hal ini sedikit sebanyak menghadkan pergerakan dan aktiviti
yang boleh dilakukan oleh Ustaz Suhaili dan keluarganya.

5
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

Selain daripada itu jumlah murid yang semakin bertambah hari demi hari
membataskan penggunaan kaedah talaqqi musyafahah. Ianya juga mengurangkan
tumpuan yang diberikan pada setiap murid yang datang belajar.

Rumusan

Penggunaan kaedah pengajaran Al-Quran yang terbaik dan sesuai adalah


penting bagi memastikan keberkesanan pembelajaran kepada murid-murid yang sedang
mendalami ilmu al-Quran ini. Melalui gabungan beberapa kaedah-kaedah iaitu kaedah
iqra’ dan talaqqi musyafahah, Ustaz Suhaili dan isterinya telah dapat meningkatkan tahap
penguasaan anak-anak yang datang dalam membaca Al-Quran. Hasil daripada
bimbingan dan juga tunjuk ajar yang diberikan oleh Ustaz Suhaili dan keluarganya
sedikit sebanyak telah dapat mengubah prestasi murid dalam menguasai Al-Quran
khususnya dan pelajaran pendidikan agama Islam di sekolah amnya. Ianya secara tidak
langsung memberi kesan yang besar terhadap masyarakat dan perkembangan Al-Quran di
kampung tersebut. Bimbingan serta tunjuk ajar daripada guru-guru serta dorongan
daripada ibu bapa juga memainkan peranan yang besar di dalam melahirkan generasi
celik Al-Quran. Jadi, keprihatinan dan juga perhatian adalah penting bagi menjaga anak-
anak ini agar suatu hari nanti akan lahirnya mereka yang betul-betul menjaga serta
mempertahankan kesucian ilmu Al-Quran ini sehingga ke akhir zaman.

6
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

LAMPIRAN

7
HABIBAH BTE BERAHIM
720303-01-5636

Kelas Mengaji Ustaz Suhaili