Anda di halaman 1dari 9

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi

• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema


• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu
didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan

Proses Penghasilan Portfolio adalah seperti yang berikut.


( 50%)
(a) Permasalahan kajian ( Tema)
(b) Konsep dan pembentukan idea ( Sumber Idea)
(c) Pengolahan idea dan lakaran visual
(d) Kajian dan pemilihan media dan teknik
(e) Lukisan visual akhir
(f) Rujukan dan sumber maklumat

Karya akhir ( 50%)


(a) Menzahirkan gubahan dalam bentuk karya sebenar
(b) Penerokaan media dan teknik
(c) Pengolahan aspek komposisi
(d) Ketepatan tema
(e) Keaslian
PORTFOLIO

Pengenalan

Kandungan Portfolio

Jenis Portfolio

Kegunaan Portfolio

Perancangan Portfolio

Cara Membina Portfolio

Penilaian Portfolio?

PENGENALAN

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti
pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu.

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan


dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai
kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan
maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

KANDUNGAN PORTFOLIO

Kandungan portfolio boleh ditentukan oleh pelajar atau guru atau secara kolaborasi oleh kedua-
dua pihak. Kandungan boleh terdiri daripada

• bahan bukti pembelajaran (learning evidences) yang releven dan dihasilkan oleh
pelajar sendiri - spt. esei, laporan, latihan, lembaran kerja, grafik organiser (cetakan,
diskette, CD, rakaman audio/video dll.)
• bukti prestasi pelajar seperti kertas ujian yang telah disemak, penilaian rakan
sebaya,penilaian kendiri atau penilaian guru
• bahan-bahan rujukan, refleksi pelajar yang dibuat dari semasa ke semasa
sehubungan tugasan, aktiviti /pengalaman pembelajaran yang dilalui (sama ada
dengan menggunakan grid refleksi atau format bebas) dan lain-lain yang releven.

JENIS PORTFOLIO

Terdapat 3 jenis portfolio :-

1. Portfolio Kerja Harian (Working Portfolio)

Koleksi bahan bukti pembelajaran dan tugasan harian yang dikumpul dalam satu
jangka waktu (satu semester/satu tahun). Bahan dipilih oleh pelajar.

2. Portfolio Dokumentari (Documentary Portfolio)

Portfolio jenis ini mempunyai bahan bukti pembelajaran yang dikumpul


selaras/releven dengan objektif/hasil pembelajaran untuk sesuatu tugasan tertentu
(task based) . Proses menghasilkan bahan tugasan perlu ditunjukkan dengan jelas
(dari bentuk deraf hingga hasil akhir). Penilaian portfolio jenis ini adalah secara
formatif dan sumatif.

3. Portfolio Hasil Terbaik (Show Portfolio)

Bahan bukti pembelajaran untuk portfolio jenis ini dipilih dari hasil yang terbaik di dalam portfolio
kerja harian. Penilaian adalah penilaian sumatif. Proses menghasilkan tugasan tidak penting,
yang lebih penting adalah hasil akhir yang terbaik

KEGUNAAN PORTFOLIO

· Guru amalkan penilaian holistik.

· Pelajar diberi peluang mengawal dan memantau perkembangan diri, menentukan matlamat
diri dan menanam rasa bangga dengan hasil pencapaiannya.

· Pelajar berpeluang menilai dan membuat refleksi kendiri.

· Guru boleh memantau perkembangan pelajar secara menyeluruh (kognitif, afektif dan
psikomotor).
· Mempelbagaikan bukti penilaian (rekod pemerhatian, penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri
dll).

· Membolehkan pihak yang berminat selain guru untuk memantau perkembangan pelajar
dengan mudah.

PERANCANGAN PORTFOLIO

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.

b. Menentukan isi kandungan portfolio.

c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio


dan bagaimana?

d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai

CARA MEMBINA PORTFOLIO

Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, catatkan dalam ruang aktiviti
cara bagaimana anda akan merancangkan setiap peringkat itu berdasarkan satu pelajaran anda.

Ada 5 peringkat dalam menentukan cara membina portfolio :-

1. Menentukan tujuan portfolio.

2. Menentukan kandungan portfolio.

3. Menentukan pemilihan cara pengendalian portfolio.

4. Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria penilaian.

5. Menentukan kaedah membuat anggaran perkembangan pembelajaran pelajar.

PENILAIAN PORTFOLIO ?
Terdapat 3 peringkat dalam menilai portfolio

1.Penilaian Awal Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf


pertama perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut


kriteria dengan skala
Kriteria penilaian:
Contoh:
- Pemikiran dan isi
Sangat Tinggi (5)
- Struktur dan organisasi
Tinggi (4)
- Strategi pengurusan
Sederhana (3)
- Variasi isi yang sesuai
Rendah (2)
- Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan
Sangat Rendah (1) dan kumpulan sasar yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting Ini akan menentukan markah portfolio

4. Penentuan gred Mengambil kira markah yang diberi kepada


tiap-tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti
nota anekdot dan refleksi pelajar.

Senarai Semak Portfolio - Penilaian Peringkat Perancangan

Ya Tidak
1. Adakah perbincangan dibuat untuk
menentukan topik/tajuk dan skop?
2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas
dan tepat?

3. Adakah strateg mengumpul maklumat/data


dipelbagaikan?

4. Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam


kontrak pelaksanaan kerja?

5. Adakah draf langkah-langkah pembinaan


portfolio dibuat?

6. Adakah pendedahan kepada pelbagai


penilaian portfolio mencukupi?

Peringkat Perkembangan/Proses

1. Adakah bimbingan perlu diberi secara


berterusan?

2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi


semua aspek penilaian dijalankan?

3. Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?

4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari


lain-lain aktiviti pembelajaran?
5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin
dalam komputer/disimpan dalam portfolio?

6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan


menggunakan segala bahan/bukti terkumpul
mengikut keperluan?

7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap


peringkat?

8. Adakah susunan maklumat/data/bukti


pembelajaran disusun secara urutan dan logik?

9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke


dalam komputer?

Peringkat Penilaian

1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan


untuk penilaian portfolio?

2. Adakah penilaian memberatkan proses?

3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan


Peta Pembelajaran Pelajar?

4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?


5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

Peringkat Refleksi/Penutup

1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa


mengikut kontrak pelaksanaan kerja?

3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan


portfolio tersebut?
Portfolio

Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema, kecekapan menggunakan alat dan bahan

untuk transform idea melalui pengolahan unsur-unsur seni visual, menilai juga tentang

kreativiti pelajar menyelesaikan masalah artistik, ketepatan, kesempurnaan, ketelitian dan

kehalusan kerja. Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu dibuat penilaian berasas

pengalaman studio dan hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:

a) Komunikasi/ekspresi

b) Keyakinan diri

c) Perkembangan persepsi

d) Pengetahuan seni

e) Ketekalan organisasi estetika

f) Kreativiti

g) Kemahiran

h) keupayaan