(e) Peritiwa selepas anak kera kalah bermain catur dengan anak saudagar:
- anak saudagar menghunuskan pisau dan diparangkannya kepada anak kera
- anak kera melompat dan terkena hujung pisau itu pada lengannya lalu luka sedikit
- anak kera mengambil pisau yang dicampakkan oleh anak saudagar lalu dilontarkannya kepada anak saudagar dan anak
saudagar itu pun luka sedikit
iii. KBKK:
(a) Akibat anak tidak mendengar nasihat ibu bapanya:
- hidup tidak selamat
- tidak mendapat restu daripada ibu bapa
- mudah ditimpa malang / malapetaka
- mudah terjebak dalam gejala negatif
- tidak berjaya dalam kehidupan
- berdosa dan dianggap sebagai anak derhaka
- tidak mendapat rahmat Tuhan
(b) Alasan untuk menyokong tindakan raja membeli bayan itu dengan harga empat ribu dinar:
- bayan dapat dijadikan penghibur
- kepandaiannya boleh membantu rakyat
- Raja mampu membayarnya dengan wang sebanyak itu
- dapat dijadikan haiwan peliharaan
ii. Petikan:
(a) Tindakan Hang Jebat supaya namanya masyhur:
- Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah
- Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka
- Hang Jebat membunuh berpuluh-puluh ribu orang yang tidak berdosa
(d) Reaksi Hang Jebat setelah Laksamana menyentak keris dari pinggangnya:
- Hang Jebat terkejut
- Hang Jebat bangun/bangkit
- Hang Jebat mengusir Laksamana
- meminta Laksamana supaya membunuhnya
(f) Tindakan HangJebat apabila diminta oleh Hang Tuah untuk membuka pintu agar mereka dapat bertikam:
- menyuruh Hang Tuah bersabar kerana dia hendak melangirkan kerisnya
- menutup pintu istana empatpuluh
- menikam tujuh ratus orang perempuan di dalam istana
iii. KBKK:
(a) Langkah-langkah yang diambil untuk mewujudkan keamanan dalam sesebuah negara:
- pemerintah hendaklah adil ketika menjatuhkan hukuman
- rakyat hendaklah bertindak secara rasional dan tidak terburu-buru
- mahkamah hendaklah dijadikan tempat menyelesaikan masalah
- penderhaka harus dikenakan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain
(c) Wajar / tidak wajar tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat:
Wajar:
- Hang Tuah perlu mentaati perintah Sultan
- Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan
- Hang Jebat telah berdosa kepada rakyat Melaka dengan melakukan pembunuhan
- menghentikan keadaan huru-hara
- mengembalikan kedudukan Sultan sebagai raja
- mengelakkan daripada lebih banyak rakyat yang tidak berdosa daripada menjadi korban
- perbuatan menderhaka bertentangan dengan adat dan budaya bangsa Melayu
Tidak wajar kerana:
- Hang Jebat bertindak sedemikian untuk membela sahabatnya, Hang Tuah
- Hang Tuah boleh memohon perkenan Sultan untuk memberikan pengampunan / dijatuhkan hukuman ringan kepada
Hang Jebat
- semangat setiakawan Hang Jebat perlu dihargai
- Hang Tuah boleh memujuk Hang JEbat supaya menyerah diri
- Hang Tuah tidak mengenang jasa Hang Jebat
(e) Kewajaran Hang Jebat menyerahkan keris parung sari semula kepada Laksamana:
Wajar:
- Keris itu milik Laksamana dan bukan miliknya
- keris itu dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Laksamana
- tidak ingin digelar sebagai perampas
- supaya Laksamana membatalkan niatnya untuk membunuhnya
Tidak wajar:
- akan memudahkan Laksamana membunuhnya
- dapat menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh Laksamana
- keris itu telah menjadi miliknya setelah diserahkan oleh sultan kepadanya
ii. Petikan:
Keistimewaan Tuan Bujang:
- Berani mengembara seorang diri
- Cinta akan ilmu
- Menghormati orang tua – meminta izin daripada Puteri JIlan sebelum mengembara
- Darjat Tuan Bujang lebih tinggi daripada sultan
iii. KBKK:
Nasihat sebelum keluar mencari ilmu:
- berhati-hati semasa berada di rantau orang
- menjaga tingkah laku supaya disenangi orang ramai
- tidak sombong dan sentiasa merendah diri
- menghormati guru dan beradab sopan ketika menuntut ilmu
4. KEZALIMAN MEMBAWA PADAH
(Percubaan N.SEMBILAN)
i. Maksud:
patahlah perang – kalah/tewas/kecundang dalam pertempuran
ii. Petikan:
Tindakan Betara Majapahit setelah baginda mengetahui kandungan surat yang dikirim oleh Sang Rajuna Tapa:
- menyediakan 300 buah kapal
- menyediakan peralatan/senjata peperangan
- menyediakan dua keti tentera
- mengarahkan pasukan tenteranya belayar ke Singapura
- mengarahkan tenteranya berperang dengan Singapura
iii. KBKK:
Kepentingan kesetiaan rakyat kepada pemerintah:
- menjamin negara terus aman dan makmur
- dapat memajukan dan memacu pembangunan negara
- segala agenda negara dapat dilaksana dengan lebih berjaya
- menyuburkan nilai murni dalam diri
- mempertahankan negara daripada ancaman musuh
5. SABOR
(Percubaan MRSM)
i. Maksud:
pekerti tuan hamba demikian ini – perangai/tingkah laku/sikap Siti Saidah begini / seperti ini
ii. Petikan:
Aduan Saidah kepada Jibor:
- Sabor memegang tangan Saidah ketika dia hendak ke bilik air
- Sabor menghunus jambiahnya dan hendak menikam Saidah jika Saidah menjerit
- Sabor ingin mencabuli Saidah tetapi Saidah tidak mahu menuruti kehendak Sabor dan dia lebih rela mati daripada
curang terhadap Jibor
iii. KBKK:
Kesan perbuatan memfitnah:
- orang yang tidak bersalah/baik akan menjadi mangsa fitnah
- hubungan antara manusia semakin renggang
- masyarakat akan menjadi huru-hara kerana tersebarnya fitnah
- permusuhan dalam kalangan masyarakat akan berleluasa
- usaha memajukan negara terbantut kerana keamanan tergugat
- saman-menyaman semakin berleluasa
1. DRAMA SERUNAI MALAM
(Percubaan MELAKA, SBP, N.SEMBILAN, PERAK)
i. Petikan
(a) Gambaran keadaan Umar semasa kecil:
- pergi ke sekolah berkaki ayam
- berjalan di atas batas-batas sawah
- kadang-kadang makan sekali sehari
- pernah ke sekolah dengan perut lapar
- tidak membawa wang ke sekolah
ii. KBKK
(a) Ciri-ciri memilih pasangan yang dapat membawa kebahagiaan hidup:
- berbudi bahasa / bersopan santun
- dapat memahami jiwa kita
- pandai berdikari / menyesuaikan diri
- mempunyai pegangan agama yang teguh
- sesuai dengan cita rasa kita
- mempunyai kedudukan / darjat yang setaraf
(b) Cara memujuk Safiah supaya merestui hasrat untuk menjadi guru:
- menyedarkan Safiah bahawa kerjaya sebagai seorang guru sangat mulia
- dapat mendidik anak-anak bangsa
- dapat mengubah nasib sesuatu kelompok masyarakat seperti masyarakat di luar bandar
- dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
(c) Usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak kampung:
- memberikan kesedaran tentang kepentingan pendidikan / ilmu pengetahuan
- membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran asas
- memberi kelas bimbingan/kelas tambahan terhadap anak-anak kampung
- mengadakan bengkel, ceramah atau pameran
(e) Reaksi yang patut ditunjukkan oleh Safiah apabila Umar menyatakan keinginannya untuk menjadi guru di dalam
negara:
- bangga kerana Umar sanggup berbakti untuk negara sendiri
- gembira kerana mempunyai tunang yang berjiwa patriotik
- kagum kerana Umar sanggup mendidik anak watannya
iii. KOMSAS
(a) Perwatakan Safiah:
- seorang penyayang – Safiah menyayangi Umar
- mempunyai cita-cita – Safiah bercita-cita untuk ke luar negara
- mudah merajuk – Safiah merajuk apabila Umar datang lewat ke rumahnya
- mementingkan diri sendiri – Safiah ingin Umar bekerja di luar negara
- keanak-anakan – Safiah menyuruh Jah menyediakan minuman untuknya
(b) Persoalan/Pengajaran/Nilai:
(I)
Persoalan: Sedar akan keperitan hidup
Nilai: Keinsafan / kesedaran
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa sedar akan keperitan hidup yang pernah kita alami.
Contoh: Umar sentiasa sedar akan kesusahan hidup yang pernah dilaluinya semasa dia
masih kecil dan tinggal di kampung.
(II)
Persoalan: kasih sayang antara satu sama lain
Nilai: Kasih sayang
Pengajaran: Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
Contoh: Umar dan Safiah saling menyayangi.
(III)
Persoalan: tabah menghadapi dugaan hidup
Nilai: Ketabahan
Pengajaran: Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Umar tabah menghadapi keperitan hidupnya semasa kecil.
(IV)
Persoalan: Sedia berkhidmat untuk tanah air
Nilai: Cinta akan tanah air
Pengajaran: Kita haruslah cinta akan tanah air kita dan sedia berkhidmat untuk negara.
Contoh: Umar cinta akan tanah airnya dan sedia berkhidmat di negaranya / di kampung halamannya.
(V)
Persoalan: menghormati tetamu
Nilai: Hormat-menghormati
Pengajaran: Kita harus menghormati tetamu yang datang ke rumah kita.
Contoh: Ibu Safiah menghormati ayah Umar, Pak Majid yang datang ke rumahnya.
(VI)
Persoalan: Gigih berusaha untuk Berjaya
Nilai: Kegigihan
Pengajaran: Kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
Contoh: Umar gigih berusaha hingga dia Berjaya menamatkan pengajiannya di university.
(VII)
Persoalan: Baik hati sesama manusia
Nilai: Baik hati
Pengajaran: Kita haruslah baik hati sesama manusia.
Contoh: Pak Majid membawa oleh-oleh dari kampung untuk keluarga Safiah.
2. CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU
(Percubaan JOHOR, SABAH, MRSM)
iii. KBKK:
(a) Tindakan Cikgu Jo untuk memujuk Daneng menyambungkan pelajarannya:
- menasihati Daneng akan kepentingan pelajaran pada masa depan
- memujuk ibu bapa Daneng agar memujuk Daneng
- meminta bantuan Tok Batin / kaunselor untuk memujuk Daneng
- meminta pengetua atau PIBGuntuk memujuk Daneng
- menawarkan pelbagai bantuan persekolahan untuk Daneng
iv. KOMSAS
(a) Latar masyarakat:
- Masyarakat yang prihatin/bertanggungjawab – Sebagai seorang guru, Cikgu Jo memujuk Daneng agar meneruskan
persekolahannya.
- Masyarakat yang tinggal di hutan – Jiwa Daneng sudah terikat dengan hutan dan dia enggan meninggalkan hutannya
itu.
- Masyarakat yang baik hati – Ibu Daneng membekalkan petai kepada Cikgu Jo untuk dibawa pulang.
- Masyarakat yang mempercayai pantang larang – Daneng melarang Cikgu Jo bercakap bukan-bukan ketika memancing.
- Masyarakat yang gigih berusaha – Daneng gigih berusaha untuk berjaya dalam hidupnya dan akhirnya dia telah
mendapat gelaran Datuk dan Hadiah Nobel.
(b) Persoalan/Nilai:
(I)
Persoalan: Kepentingan pelajaran untuk mencapai cita-cita
Nilai: Mencintai ilmu
Contoh: Cikgu Jo menyedarkan Daneng bahawa hanya pelajaran dapat membantu Daneng dalam mempertahankan
hutannya
(II)
Persoalan: Menghormati tetamu
Nilai: Hormat-menghormati
Contoh: Ibu Daneng menyambut kedatangan Cikgu Jo dengan baik.
(III)
Persoalan: sayang akan alam sekitar
Nilai: kasih sayang
Contoh: Daneng sangat menyayangi alam sekitar dan hutannya hinggakan dia enggan menyambung pelajarannya ke
bandar.
(IV)
Persoalan: Keprihatinan seorang guru
Nilai: Keprihatinan
Contoh: Sebagai seorang guru, Cikgu Jo memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya.
(V)
Persoalan: gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Nilai: Kegigihan
Contoh: Daneng gigih berusaha untuk berjaya dalam hidupnya dan akhirnya dia telah mendapat gelaran Datuk dan
Hadiah Nobel.
3. ANNYSS SOPHILLEA
(Percubaan KELANTAN, SARAWAK, TERENGGANU)
i. Petikan:
(a) Hak Eyrique yang dirampas oleh Strenn:
- kekasihnya / Sarlyn
- takhta / pengganti raja
- mahligai / takhta Alstonia
(b) Usaha yang dilakukan olehAnnyss dan Eyrique untuk menyelamatkan nyawa Akmal:
- meletakkan tangan di atas luka yang tidak kelihatan pada dada Akmal
- memasukkan cahaya kebiruan ke dalam dada Akmal supaya tidak merasai kesakitan yang berlaku kepada Akmal
ii. KBKK:
(a) Cara mendapatkan hak tanpa persengketaan:
- mengadakan perbincangan
- menggunakan orang tengah seperti ketua kampung, wakil rakyat dan sebagainya
- melaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis
- menggunakan saluran mahkamah / undang-undang
- mendapatkan sokongan orang ramai seperti ahli keluarga
Tidak kerana:
- benci /tidak mencintai Strenn
- mahu menunaikan wasiat ayahanda dan bonda
- yakin dapat mencari Eyrique
- tidak mempercayai Strenn
iii. KOMSAS
(a) Nilai:
- keberanian - Eyrique berani menuntut haknya
- berpandangan jauh - Eyrique dapat menjangkakan pemikiran Strenn
- bersatu padu - Eyrique dan Annyss bersatu kuasa untuk menyelamatkan nyawa Akmal
- kasih sayang - Annyss menyayangi Eyrique dan sanggup turun ke bumi untuk mencari kembarnya itu .
- semangat setiakawan - Akmal sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Annyss dan Eyrique daripada
terkena tembakan Strenn
- Amanah - Annyss berjanji akan menunaikan wasiat dan ayah bondanya.
- Ketegasan - Annyss tegas menolak lamaran Strenn/tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata Strenn.
4. JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
(Percubaan SELANGOR, W.PERSEKUTUAN)
i. Petikan:
(a) Kesukaran yang dihadapi oleh raja untuk mendapatkan rama-rama:
- masuk belukar keluar belukar, masuk hutan keluar hutan, masuk rimba keluar rimba
- mengalami kecederaan di tangan, di kaki dan di muka
- tergelincir dan terus terjatuh ke dalam sebuah telaga yang airnya sedang mendidih bergelegak
ii. KBKK:
(a) Kewajaran rama-rama membantu raja:
Wajar:
- mereka merupakan makhluk Tuhan
- dapat mengelakkan raja mati di dalam telaga itu dan rakyat akan kehilangan seorang raja
- percaya akan konsep buat baik dibalas baik
- memberikan keinsafan kepada raja
- sikap memaafkan kesilapan orang lain merupakan sikap yang terpuji
Tidak wajar:
- raja ingin menangkapnya
- keselamatannya akan terancam
- khuatir raja akan meneruskan niatnya
- raja akan melakukan kezaliman terhadap dirinya
- menjadi pengajaran kepada orang yang zalim
iii. KOMSAS:
Nilai:
- Keinsafan – raja menyedari kesilapannya selepas terdengar azan Subuh dan tidak mahu membunuh rama-rama lagi
- tolong-menolong – rama-rama menolong raja untuk menyejukkan air di dalam telaga dengan mengipas-ngipas dengan
sayapnya
- belas kasihan – rama-rama kasihan melihat raja yang kepanasan
- kasih sayang – raja sayang akan isterinya sehingga sanggup mencarikan rama-rama yang cantik buat isterinya
- baik hati – Peran dan rombongannya ingin mengubati orang buta
- rasional – Mek Bongsu dapat berfikir secara rasional apabila meninggalkan kemewahannya dan menjadi marhaen
1. DI RUANG GEMANYA
(Percubaan MELAKA, TERENGGANU)
(a) Maksud:
i. hampa dan derita bermaksud kekecewaan dan kesengsaraan
ii. Telah kurangkumkan rebah setiaku bermaksud menetapkan bahawa dia akan setia selamanya
(b) Petikan:
i. Pengorbanan penyair terhadap negara dalam rangkap pertama:
- pengorbanan penyajak terhadap negara
- penyajak tetap setia tanpa berbelah bahagi kepada negara
- bersama-sama memajukan negara menuju kegemilangan
- bersama-sama menghadapi dugaan negara
(c) KBKK:
i. Cara untuk menghadapi dugaan hidup:
- berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah
- sentiasa berfikiran positif/terbuka
- tidak berputus asa
- banyakkan bersabar/cekal/tabah
- berdoa/bertawakal/berserah kepada Tuhan
- muhasabah/menilai diri
(d) KOMSAS:
Persoalan/nilai murni:
(I)
- Persoalan: kesetiaan dan ketaatan untuk kebahagiaan negara
- Nilai: kesetiaan/ketaatan/cinta akan tanah air.
- Huraian: Penyajak sentiasa menjadikan kesetiaan sebagai perkara penting dalam memastikan negaranya
menuju kebahagiaan
(II)
- Persoalan: sabar menempuh pelbagai cabaran
- Nilai: kesabaran
- Huraian: Penyajak sanggup menghadapi sebarang rintangan tanpa mengenal erti kecewa atau derita demi rasa
setianya kepada negara.
(III)
- Persoalan: berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Nilai: bertanggungjawab
- Huraian: Penyajak sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai cabaran
hidup.
(IV)
- Persoalan: gigih berusaha untuk kepentingan negara
- Nilai: kegigihan
- Huraian: Penyajak berusaha dengan gigih menjayakan matlamat negara.
2. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
(Percubaan JOHOR, MRSM)
(a) Maksud:
Rangkap kedua
- perasaan tidak sabar semakin memuncak
- sikap sombong yang menguasai diri
- terlalu emosional / sensitif
- mudah bosan
(b) Petikan:
i. Sikap pengguna jalan raya:
- tidak sabar ketika memandu
- mempunyai sikap sombong dengan kenderaan yang dipandu
- biadap/suka memandu laju
- tidak bersopan ketika berada di jalan raya
- sering mengikut emosi ketika memandu
- tidak mematuhi peraturan jalan raya/tidak beretika
ii. Masalah yang berlaku di jalan raya berpunca daripada pertambahan kenderaan:
- menyebabkan kesesakan jalan raya
- menyebabkan pengguna jalan raya kurang rasa sabar
- pengguna jalan raya akan berlumba sesama mereka
(c) KBKK:
i. Langkah-langkah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya:
- kerajaan perlulah memperlebar jalan raya yang sempit.
- Rakyat haruslah mengamalkan amalan kongsi kereta atau menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja.
- Pihak berkuasa perlu memastikan lampu isyarat berfungsi dengan baik.
- Polis trafik diletakkan di tempat-tempat yang sesak dengan kenderaan untuk mengawal
lalu lintas.
iii. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya:
- Keadaan jalan raya perlu lebih baik, lebar dan tidak berlubang.
- Hukuman kepada mereka yang memandu laju dan mengakibatkan kemalangan perlu
lebih keras seperti dipenjarakan.
- Kenderaan yang melebihi 15 tahun dan sering terdedah kepada kerosakan tidak dibenarkan menggunakan
jalan raya awam
(d) KOMSAS:
Persoalan / Pengajaran:
(I)
Persoalan: Kehidupan kota yang penuh cabaran dan masalah
Pengajaran: Kita hendaklah bersabar menempuh kehidupan yang serba mencabar.
Huraian: Penduduk kota raya terpaksa bersabar menghadapi cabaran hidup yang semakin
besar terutamanya masalah kesesakan jalan raya.
(II)
Persoalan: Sikap penduduk di kota yang sering mementingkan diri
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain.
Huraian: Masyarakat kota sering mengabaikan sikap timbang rasa demi kepentingan diri
sendiri.
(III)
Persoalan: Jalan raya dijadikan medan perlumbaan
Pengajaran: Kita perlu memandu dengan berhemah untuk mengelakkan kemalangan jalan
raya.
Huraian: Jalan-jalan raya di kota sering dijadikan tempat untuk menunjukkan kehebatan
mereka dengan berlumba dan memandu dengan laju.
(IV)
Persoalan: Pengguna jalan raya yang tidak mementingkan peraturan jalan raya.
Pengajaran: Kita hendaklah mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.
Huraian: Pengguna jalan raya pada masa ini tidak lagi mematuhi peraturan jalan raya/tidak
beretika.
1. SELOKA PAK KADUK
(Percubaan MELAKA, SARAWAK ZON C, YAYASAN ISLAM KELANTAN, WILAYAH PERSEKUTUAN,
SELANGOR)
(III)
Pengajaran: Kita hendaklah mengelakkan diri daripada berjudi / ditipu akibat terlalu percaya dengan orang lain.
Persoalan: Keburukan berjudi
Huraian: Pak Kaduk sering ditipu akibat terlalu percaya kepada orang lain/berjudi.
(IV)
Pengajaran: Kita hendaklah bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras/ rasional.
Persoalan: Kepentingan bertindak dengan akal yang waras
Huraian: Pak Kaduk yang tidak menggunakan akal yang rasional sering menjadi mangsa keadaan.
(V)
Pengajaran: Kita janganlah membunuh sesama manusia / hendaklah menyayangi sesama manusia.
Persoalan: Keburukan membunuh ahli keluarga / kepentingan sayang akan ahli keluarga Huraian: Sikap Pak
Kaduk yang membunuh isteri sendiri menyebabkan dia hampir tidak makan.
2. SYAIR KELEBIHAN ILMU
(Percubaan KEDAH, KELANTAN, N.SEMBILAN, PERLIS, SABAH, SBP, P.PINANG)
(iii) Cara-cara seorang pelajar dapat memanfaatkan ilmu dalam kehidupan sehariannya:
- sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain melalui perbincangan
- sentiasa membantu masalah yang dihadapi oleh rakan sebaya
- sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang merentas minda seperti perbahasan, forum perdana
dan sebagainya dan sekali gus dapat mengharumkan nama sekolah
- membantu adik-beradik yang lemah dalam pelajaran
(iv) Akibat jika seseorang itu tidak mementingkan ilmu:
- pencapaian dirinya lambat untuk meningkat
- mudah terpedaya oleh mereka yang mengambil kesempatan
- bertindak akan mengikut perasaan tanpa memikirkan baik buruknya
- akan menyebabkan kehidupan manusia tidak sejahtera
- manusia sentiasa ditimpa masalah
- manusia akan dipandang renda
(v) Kesan kepada negara jika remaja hari ini tidak berilmu:
- masa depan negara terjejas
- keselamatan negara tergugat
- pertumbuhan ekonomi negara terbantut
- negara akan mundur
- masalah kemiskinan gagal diatasi
(II)
Persoalan: kepentingan memanfaatkan ilmu
Nilai: bertanggungjawab
Pengajaran: Kita hendaklah memanfaatkan ilmu yang kita peroleh demi kesejahteraan hidup di dunia dan di
akhirat.
Huraian: Ilmu yang dimanfaatkan boleh memberi cahaya apabila kita berada di alam Barzakh menerusi amalan
yang kita lakukan.
(III)
Persoalan: kebijaksaan orang yang berilmu
Nilai: kebijaksanaan
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa menimba ilmu supaya menjadi orang bijaksana.
Huraian: Semua orang memerlukan ilmu terutamanya orang yang bijaksana.
(IV)
Persoalan: ilmu pemberi keyakinan diri
Nilai: keyakinan
Pengajaran: Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Huraian: Orang yang berilmu sentiasa berasa yakin untuk menempuh segala cabaran dalam kehidupan.
(iii) Gaya bahasa:
- Metafora, contohnya gemala sakti
- Anafora, contohnya “Ia penerang jalan ke syurga”, “Ia tekak yang dahaga” (pengulangan ia pada awal baris)
- Imej, contohnya imej alam seperti “darat”, “rimba”, “sungai” dan “laut”
3. PANTUN 6 KERAT
(Percubaan PERAK)
(a) Maksud:
- keris lembing aku tak takut bermaksud penulis / saya tidak gentar menghadapi musuh dan cabaran hidup
(I)
Persoalan: berani bertindak untuk mencapai cita-cita
Nilai: keberanian
Pengajaran: Kita hendaklah memiliki keberanian dalam menghadapi cabaran dan musuh untuk mencapai
impian kita.
Huraian: Penulis berani menghadapi cabaran dan musuh demi mencapai impiannya.
(II)
Persoalan: kepentingan menjaga maruah diri
Nilai: berhemah tinggi
Pengajaran: Golongan wanita hendaklah menjaga maruah diri.
Huraian: Wanita yang tidak menjaga maruah diri akan dipandang hina oleh masyarakat.
(III)
Persoalan: gigih memajukan diri
Nilai: Kegigighan
Pengajaran: Kita hendaklah berusaha gigih memajukan diri dengan menimba ilmu pengetahuan
Huraian: Alam terbentang dapat dijadikan sumber seseorang itu untuk menimba ilmu.
(IV)
Persoalan: kesedihan hilang tempat bergantung / hala tuju
Nilai: Berdikari / keyakinan
Pengajaran: Kita haruslah berdikari / mempunyai keyakinan yang tinggi selepas hilang tempat bergantung /
hala tuju hidup.
Huraian: Seseorang yang hilang tempat bergantung akan menghadapi kesedihan dan memerlukan keyakinan
yang tinggi untuk menjamin masa depannya.
4. SYAIR JONG PECAH
(I)
Persoalan: Sikap bersatu padu membawa kesejahteraan
Nilai: Bersatu padu
Pengajaran: Sebagai rakyat, kita perlulah bersatu padu dalam memastikan kesejahteraan negara terjamin.
Huraian: Sikap bersatu padu akan menghalang pihak luar daripada mengambil kesempatan terhadap negara.
(II)
Persoalan: berani menuntut kemerdekaan negara
Nilai: Keberanian
Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam menentang kezaliman penjajah.
Huraian: Keberanian rakyat akan menyebabkan pihak penjajah berasa gentar untuk terus berada di sesebuah
negara yang dijajah.
(III)
Persoalan: belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan
Nilai: Keinsafan
Pengajaran: Kita haruslah merenungi kesalahan yang telah dilakukan agar tidak ditimpa musibah lagi.
Huraian: Penyair menyeru agar rakyat belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan supaya negara ini
terus teguh apabila rakyat sentiasa bersatu padu.
(IV)
Persoalan: kepentingan memastikan kemerdekaan sentiasa terpelihara
Nilai: Patriotisme / bekerjasama
Pengajaran: Rakyat perlulah memiliki sikap bekerjasama dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Huraian: Sikap bekerjasama akan memastikan kemerdekaan yang dicapai akan terus berkekalan.