Anda di halaman 1dari 6

1.

NAMA: MUHAMAD ISA BIN ISHAK

2. TAJUK: INTERAKSI KELOMPOK KECIL

3. TEMPAT: KEDAI RUNCIT FELDA KERATONG 6

8 SEPTEMBER 2010

4. PENGENALAN

Pemerhatian terhadap interaksi dalam kumpulan ini dilakukan terhadap lima individu yang
merupakan sahabat lama di Felda Keratong 6. Mereka ini adalah rakan sebaya dan berumur
lingkungan 27 tahun, kini mereka membina karier sendiri dan ada diantara individu ini telah
berumahtangga. Pemerhatian ini telah dilakukan pada jam 9:30pm selepas berbuka puasa di
sebuah kedai runcit kepunyaan salah seorang daripada mereka ini.

Kesemua individu terbabit adalah lelaki dan membina perhubungan sebagai sahabat
semenjak dari sekolah rendah. Pemerhatian ini dilakukan dalam masa dua jam dan bermula
dari jam 9:30pm sehingga 11:300p.m. Laporan ini disediakan berdasarkan pemerhatian yang
telah dilakukan pada kumpulan ini. Sungguhpun waktu pemerhatian adalah singkat, namun
input yang diperolehi banyak membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

1
5. GAMBAR RAJAH INTERAKSI ATAU SOSIOGRAM

A B

E D

2
6. DESKRIPSI ATAU PEMERIAN TERHADAP INTERAKSI ANGGOTA
KELOMPOK BERKENAAN

Pemerhatian ini telah di lakukan oleh saya pada cuti semester 2010/2011 semasa kembali ke
kampung halaman untuk menyambut bulan Syawal. Dua hari sebelum satu Syawal menjelma,
terdapat ramai perantauan telah kembali ke desa. Menjadi kebiasaan saya dan rakan-rakan
akan bekumpul di sebuah kedai runcit kepunyaan sahabat jika kembalinya kami ke desa.
Seawal tibanya saya di kedai terbabit, saya mendapati terdapat 3 orang sahabat sedang asik
bebual di meja dan kerusi yang berada di luar kedai terbabit. Kurang daripada 15 minit
kemudian,dua orang sahabat handai memberi salam dan mendampingi kami sambil
bersalaman. Mereka adalah sahabat sekelas kami semasa bersekolah menengah dahulu.

Saya berada di dalam kelompok terbabit, namun begitu saya mempunyai tujuan dan
objektif untuk membuat pemerhatian kepada mereka. Mazlan, Zaini, Omar, Zaki dan Fauzi
telah memulakan perbualan mereka dengan rancaknya. Bagi memudah kan kerja, saya telah
melebelkan setiap individu terbabit dengan A, B, C, D, dan E. Mazlan adalah seorang guru
yang mengajar di Balakong, Zaini pula adalah seorang juruteknik hotel di Damansara, Omar
pula adalah seorang mekanik lori di Klang. Zaki bekerja sebagai seorang kaki tangan di
Majlis Perbandaran Shah Alam, manakala Fauzi adalah pekerja kilang di Bukit Beruntung.

Kebiasaannya B akan bercakap lebih banyak daripada individu/sahabat yang lain.


Manakala C pula adalah yang paling sedikit bercakap. Tetapi saya ingin melihat dan
memerhati jika perkara kebiasaan ini telah berubah pada masa kini. Setibanya D dan E di
kedai terbabit, perbualan kelompok ini menjadi lebih hangat dan riuh. B yang sudah berada
lebih lama sedikit daripada D dan E menyapa mereka dan bertanyakan khabar. D dan E
menjawab dan membalas petanyaan kembali. Serentak dengan itu A dan C juga memulakan
biacara bertanya kepada D dan E bila mereka sampai ke desa. D memberi tindak balas dan
menjawab soalan mereka, ianya diikuti pula oleh E.

B dilihat begitu agresif dalam memberikan soalan kepada D dan E. Gelak tawa mula
kedengaran dari meja yang mereka duduki. sesekali A akan mencelah sebelum habis D
menjawab soalan B tadi. E pula memcelah dan bertanya soalan kepada A, B, dan C. B
menjawab soalan diikuti olah A dan C. C adalah seorang yang agak pendiam di zaman

3
sekolah dahulu. Jika C menjawab soalan B akan mencelah dan diikuti gelak tawa oleh 5
sahabat tadi.

E memulakan kembali soalan kepada B berkenaan dengan pekerjaannya. B menbawab


persoalan daripada E, D tertarik dengan jawapan daripada B dan bertanya kepada B, B
menjawab kembali. Sementara itu pada masa yang sama, C berinteraksi dengan A, A
membalas persoalan daripada C, dalam masa 3 minit, interaksi dalam 1 kelompok ini terpecah
kepada dua. A dan C, manakala B, D dan E. Mungkin telah habis modal, B mencelah
percakapan A, diikuti oleh E dan D. Perbualan mereka menjadi satu kelompok kembali.

Keberlangsungan interaksi antara mereka ini terhenti apabila D mendapat pangilan


telefon. D telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang bayi yang berumur 4
bulan. D memberitahu bahawa orang rumah telah memanggilnya balik, B sempat berseloroh
kepada D dan yang lain ketawa bersama. D dan E meminta diri dan pulang kerumah masing-
masing, setelah menyedari bahawa sudah lewat malam, kelompok ini bersurai dan kembali ke
rumah.

7. ANALISIS INTERAKSI BERASASKAN CIR-CIRI KELOMPOK.

Setiap individu dalam kelompok memerlukan hubungan interaksi dan perlakuan setiap
manusia itu membawa kepada perkembangan makna sehinggalah makna itu dapat dikongsi
bersama oleh anggota masyarakat. Berasaskan ciri kelompok kumpulan ini, hubungan dari
alam persekolahan yang sedia terjalin telah membenarkan hubungan yang lebih erat dibentuk
walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan dan telah menempuh alam pekerjaan
masing-masing. Kelompok persahabatan ini wujud daripada etnik yang sama iaitu Melayu
dan beragama Islam, bahasa yang digunakan adalah bahasa melayu pasar. Dengan persamaan
dari semua aspek, ianya akan mewujudkan satu kelompok yang kuat dari segi sokongan
terhadap setiap ahli dalm kelompok tersebut. Persamaan agama akan mewujudkan satu
perasaan yang kekitaan diantara satu sama lain. Perasaan itu wujud disebabkan satu tarikan
dalam bersahabat serta kepentingan agama yang sama.

Interaksi boleh berlaku samada dalam bentuk dua hala ataupun satu hala. Interaksi satu
hala ini berlaku jika wujudnya keserasian jika bersama dengan individu tersebut sahaja

4
manakala hubungan dua hala apabila wujudnya respons dari pelbagai individu yang kita
saling berhubungan. Seringnya komunikasi sehala kerap terjadi apabila mempunyai rakan
yang mempunyai jantina dan latar belakang yang sama seperti agama, keturunan, bangsa dan
lain-lain. Contoh hubungan sehala apabila C berhubungan dengan A yakni C merupakan
seorang yang tidak berminat dengan cerita bola dan mempunyai hobi memancing, manakala
A juga seperti C. Disebabkan itu, C lebih banyak berinteraksi dengan A kerana mereka
mempunyai minat dan hobi yang sama. Sementara itu, B, D, dan E juga berada pada situasi
yang sama, apabila sesuatu perkara itu menyamai atau mendapat interaksi semua orang maka
interaksi ini akan berubah kepada interksi dua hala. Biasanya ianya melibatkan tajuk
perbincangan berkenaan dengan alam persekolahan dan pengalaman mereka bersama.
Melihat kepada corak interaksi terhadap kelompok lima bersahabat itu boleh dikatakan
mereka semua adalah sahabat yang rapat. Setiap perbualan akan ada kerjasama antara ahli
yang lain. Seorang yang bercakap pasti ada rakan yang lain menyokong percakapan tersebut.
Kerjasama yang wujud akan mengeratkan lagi status kelompok mereka sebagai kelompok in-
group. Selain itu, sokongan lima bersahabat terhadap percakapan ahli-ahli yang lain telah
mewujudkan suasana riuh rendah dengan gelak tawa mereka. Kerjasama mereka menjadikan
mereka lebih mesra antara satu sama lain. Walaupun pada masa yang sama terdapat
penentangan oleh setengah rakan, tetapi ianya tidak menjejaskan kelompok persahabatan
mereka.
Proses interaksi memerlukan hubungan sosial dan komunikasi. Komunikasi ini sama
ada komunikasi verbal mahupun bukan verbal. Komunikasi verbal adalah komunikasi yang
menggunakan kata-kata manakala ciri-ciri komunikasi bukan verbal adalah melalui visual
dimana ia boleh dilihat dan difahami seperti gerak-geri tangan, mengenyit mata, senyuman,
anggukkan kepala, gelengan kepala, tertawa dan lain-lain. Dalam interaksi kumpulan ini,
anggota kumpulan berkomunikasi secara verbal mahupun bukan verbal secara berselang seli.
Komunikasi verbal ini digunakan bagi menyuarakan pendapat mahupun menerangkan
sesuatu perkara kepada kelompok tersebut bagi tujuan pengembangan makna dalam
kelompok itu. Komunikasi bukan verbal pula digunakan bagi penyampaian mesej yang lebih
berkesan kerana ia lebih dipercayai dan mampu menarik perhatian seseorang.
Ahli dalam kumpulan ini saling berinteraksi antara mereka kerana adanya hubugan
sosial dan komunikasi antara mereka. Walaupun mereka sudah tidak lama berjumpa namun
itu tidak menganggu hubungan yang terjalin antara mereka semua. Dengan ini, proses
perkembangan kelompok kecil ini akan berterusan hingga kepada anggota masyarakat yang
lebih besar.

5
8. KESIMPULAN

Pembentukan kelompok sosial tidak hanya bergantung pada jarak kedudukan tetapi juga
disebabkan oleh persamaan di antara anggotanya. Sudah mejadi kebiasaan, manusia lebih
suka berhubungan dengan orang yang mempunyai persamaan dengan dirinya. Persamaan ini
termasuklah jantina, umur, minat, kepercayaan ataupun sikap yang lain. Persamaan ini juga
turut menjadi faktor utama dalam mengekalkan sebuah hubungan yang terjalin.
Kesamaan ini juga akan menjadikan sesuatu kelompok itu dikenali sebagai kelompok
budaya. Anggota kelompok yang sama dari segi agama mewujudkan perasaan kekitaan yang
mana sanggup melakukan apa sahaja demi membela kelompok yang dianggotainya. Perasaan
kekitaan akan melahirkan kerjasama antara anggota yang lain serta melengkapi antara satu
sama lain.
Dalam perhubungan antara anggota kelompok, interaksi positif adalah sangat penting.
Tindak balas sesama anggota kelompok adalah diperlukan semasa berinteraksi. Perhubungan
tidak akan berlaku jika tidak ada tindak balas daripada anggota yang lain. Interaksi yang
seimbang antara anggota adalah baik bagi mengelakkan berlaku perbalahan sesama anggota.
Sungguhpun begitu, bagi memastikan keseimbangan dalam hubungan, setiap
perbezaan haruslah diterima oleh individu yang saling berinteraksi bagi mengelakkan rasisme
dan prejudis wujud dalam anggota masyarakat. Oleh itu, setiap dari anggota kumpulan harus
bertindak demi kepentingan bersama dan menjaga kemaslahatan anggota kelompok bersama-
sama

Anda mungkin juga menyukai