Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Cuti Sekolah: Tingkatan 2

GEOGRAFI KERJA KURSUS

Tugasan : Dinamik penduduk

Komposisi penduduk dan kaitannya dengan jenis pekerjaan di tempat tinggal

Kajian tersebut mesti merangkumi perkara-perkara berikut:


a. kaum penduduk dan jantina
b. jenis pekerjaan
c. kaitan di antara kaum dan jenis pekerjaan
* Jadual data kajian
* Grafik

Nota: Penerapan nilai atau unsur patiotisme dalam dapatan kajian

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan.


Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.

2. Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mendapat Kod 1: Cemerlang,
Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yang tidak menulis laporan dapatan kajian
akan mencapai Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum.

3. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan
mengumpul fakta geografi.

4. Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara
individu.

5. Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan
kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang
daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.

6. Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada kertas
saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2-0. Penggunaan komputer/foto dalam kajian tidak mempengaruhi
pemarkahan.

7. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada
mana-mana pihak.

8. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan kerja kursus.

9. Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.


10. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.

11. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.
Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.

FORMAT PENULISAN PELAPORAN

(i) Penghargaan
Penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang membantu saya dalam menjalankan kajian.
Ini termasuk ibu bapa, pengetua sekolah, guru grografi, responden, pegawai-pegawai yang
terlibat dan juga rakan-rakan sekumpulan.

(ii) Pendahuluan
Bahagian ini mengandungi pengenalan dan huraian secara ringkas tentang diri anda, rakan
sekumpulan, tajuk kajian, kawasan kajian dan sebagainya.

(iii) Objektif Kajian


Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa objektif
kajian.

(iv) Kawasan Kajian


Huraian tentang kawasan kajian dari segi: arah, kedudukan, jarak, ciri fizikal kawasan dan
sebab-sebab memilih kawasan tersebut.

(v) Kaedah Kajian


Menyenarai dan menghuraikan cara-cara yang digunakan semasa menjalankan kajian. Ini
termasuk pemerhatian, rujukan kepustakaan, kaji selidik dan temu bual.

(vi) Hasil Kajian


Menghuraikan kajian secara terperinci. Ini merangkumi huraian tentang:
(a) kemahiran geografi mentafsirkan jadual, graf, rajah, foto dan peta lakar
(b) kemahiran meninjau dan mengenal pasti masalah atau isu yang dikaji

(vii) Rumusan
Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan. Murid mengemukakan
cadangan dan pengalaman semasa menjalankan kajian. Murid juga menyebut unsur-unsur
kesedaran alam sekitar dan semangat mencintai serta menghargai kawasan sendiri.

(viii) Rujukan
Senaraikan bahan rujukan yang telah digunakan semasa kajian dijalankan. Contohnya,
buku rujukan, laman web dan orang rujukan seperti ketua kampung atau pengerusi rukun
tetangga.

(ix) Lampiran
Melampirkan semua bahan yang berkenaan dengan kajian. Borang temu bual, kaji selidik,
surat kebenaran dan sebagainya.