Anda di halaman 1dari 3

..: 10 TIPS MENGATUR WAKTU :..

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian, anda
akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan tiba dimeja
tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum, dengan
penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin anda selesaikan. Makin
banyak waktu yang kita lewatkan untuk merencanakan sesebuah projek,
makin sedikit waktu total yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan
waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah
waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang
penting. Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu
yang tidak terganggu.

3. Ambillah waktu rehat


Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu
yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta
ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan
masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara
yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk


Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang
berselerak. Mereka mengra bahawa dengan cara itu persoalan yang penting
akan naik sendiri ke atas timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan
berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan serta meningkatkan ketegangan
dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’


Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang
baik dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang
pertama , dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara
langkah yang kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan
kekecewaan dan gangguan jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran
waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak


Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah
dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu
menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan
mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap
permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menunda-nunda kerja


Penundaan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar
umbi. Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiaaan ini asalkan kita
menggunakan sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera
setelah anda selesai membaca artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh
motivasinya. Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat
penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu
yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa dirimelakukan
pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal


Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan
cenderung tumbuh semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah
pembedahan radikal. Jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang
membuatkan anda bosan, alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-
siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, seklai untuk selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi
untuk mampu mendelegasikan pekerjaan. Sebagai peringatan, mewakilkan
kepada pekerja bawahan pekerjaan yang tidak disukai oleh anda dan semua
orang lain bukanlah mendelegasikannya, tetapi meberi perintah. Belajarlah
mendelegasikan tugas yag penuh cabaran dan memberikan imbalan, bersama
dengan kuasa secukupnya untuk membuat keputusan yang perlu. Ini dapat
membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan kecanduan kerja


Hampir semua eksekutif berjaya mempunyai jam kerja yang panjang, tetapi
mereka tidak membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam
hidup mereka, seperti bergaul dengan teman-teman dan berbual kosong.Ini
membezakan mereka daripada orang yang kecanduan kerja yang sama
tarafnya seperti orang yang kecanduan alkohol. Gejala kecanduan kerja
mencakupi penolakan untuk mengambil cuti, tidak dapat menyingkirkan
pejabat daripada fikiran pada hujung minggu serta isteri dan anak-anak yang
asing baginya.

Petikan dari buku siri motivasi ‘JATIDIRI PENGGERAK PERUBAHAN’