Anda di halaman 1dari 12

DALINA BT MAT JALI

740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR

SOALAN TUGASAN (2)


2. Resis menggunakan kain disebut juga sebagai batik.beberapa proses perlu dijalankan untuk
menghasilkan batik.
(A) Lukiskan proses penghasilan batik menggunakan teknik mencanting.

Alatan dan bahan yang diperlukan dalam proses mencanting batik ialah seperti :
1. Pemidang
Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencanting

2.Berus lembut
Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair

3.Kain Putih
Bahan utama dalam pembuatan batik,jenis yang biasa digunakan ialah kain kapas dan
sutera.

4. Canting
Diperbuat daripada tembaga,dijadikan bekas lilin cair untuk melukis corak pada kain.
Mata canting ada pelbagai saiz kecil,sederhana dan besar.

5. Lilin
Digunakan untuk membuat corak,ia juga untuk menutupi bahagian tertentu supaya warna
tidak bercampur antara satu sama lain semasa proses mewarna batik dilakukan. Lilin putih
mudah retak,lilin lebah adalah lebih tahan lasak.

6. Pewarna
Biasanya warna cerah digunakan untuk membentuk bunga atau motif,warna gelap
digunakan untuk mewarna latarbelakang dan juga dasar kain.Contoh-contoh warna yang

1
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR

digunakan ialah remazol dan premazin.

7.Periuk Leper
Digunakan untuk memasak lilin dan sebagai bekas lilin.

8.Periuk atau kuali besar


Digunakan untuk merebus kain yang sudah diwarnakan untuk melunturkan
lilin.

9.Damar
Dicampur ke dalam cairan lilin semasa mencanting.

10. Minyak masak


Dicampurkan dalam lilin untuk memudahkan pengaliran lilin semasa mencanting.

11. Dapur
Tempat meletakan periuk dan memanaskan campuran lilin.

12. Sodium silikat

Pemati warna untk mengekalkan warna pada kain.

13.Serbuk soda

Digunakan untuk menanggalkan lilin semasa merebus kain.

2
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR

PROSES –PROSES PENGHASILAN BATIK MENGGUNAKAN TEKNIK


MENCANTING.

1 Kain dasar dibersihkan terlebih


. dahulu.Kain yang bersih dan kering
ditegangkan pada pemidang kayu
menggunakan paku atau stapler untuk
meluruskan kain.

2 Motif dan corak yang dilakarkan


. dengan menggunakan pensel diatas
permukaan kain terlebih dahulu.(proses
ini tidak perlu bagi pencanting yang
mahir).

3 Lilin dan damar dipanaskan dalam


. periuk dengan api yang perlahan hingga
cair.

3
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR

4 Dengan menggunakan pen canting


. cedukkan lilin cair .seterusnya gunakan
canting dan alirkan pada motif atau reka
corak di atas permukaan kain putih.

5 Warna-warna pilihan disapukan pada


. corak yang dilukiskan tadi
menggunakan berus lembut.

6 Setelah warna kering,kain tadi


. dikeluarkan dari pemidang dan
direndamkan dalam ‘sodium silikat’
selama sekurang-kurangya 8 jam untuk
mengekalkan dan mematikan warna.

4
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR
7 Kain kemudian direbus di dalam air
. panas dalam periuk yang dicampur
dengan ‘soda ash’ untuk menaggalkan
kesan lilin.

8 Kain dicuci dan dibilas di dalam air


. biasa dan dijemur sehingga kering di
tempat redup dan berangin.

5
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR

SOALAN 2 (B)
(a) Huraikan kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Penjelasan
tentang fakta perlu berserta dengan contoh serta bahan rujukan.

DEFINISI RESIS

Resis ialah salah satu kegiatan menggambar ,ia menggunakan contengan lilin atau krayon
lilin dan juga warna basah ,kaedah yang digunakan adalah dengan menyapu cat ke permukaan
yang disapu dengan contengan lilin atau krayon di bahagian yang tidak diwarnakan. Tujuan
lilin digunakan dalam kegiatan membuat resis ialah untuk menghalang sesuatu warna dari
terkena warna yang baru.Permukaan kertas yang disapukan lilin atau krayon lilin akan
menyebabkan ia kalis air,iaitu ia tidak akan menyerap warna .

Alat dan Media


Dalam kegiatan Resis pelbagai alat dan media digunakan. Penggunaan pensel diperlukan untk
membuat lakaran ,kemudian lilin atau krayon lilin digunakan sebagai alatan utama.Antara
bahan dan alatan yang biasa digunapakai dalam membuat resis ialah seperti :

1 Lilin
. Jenis lilin yang biasa digunakan ialah seperti lilin biasa yang digunakan untuk
nyalaan,krayon lilin dan juga lilin paraffin.

2 Pensel
. Antara pensel yang biasa digunakan ialah seperti dari jenis H untuk membuat lakaran
ringkas,manakala pensel jenis B juga boleh digunakan untk membuat lorekan lembut.

6
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR

3 Warna
. Warna –warna yang biasa digunakan dalam membuat Resis ialah seperti warna air, warna
tempera,cat rumah,warna poster.

4 Kain
. Kain yang digunakan ialah kain putih,antara jenis yang biasa digunakan ialah kain cooton
lawn kimia, kain poplin, kain cambrich,kain rayon.

5 Kertas
. Kertas yang sering digunakan untk kegiatan resis ialah kertas tebal, kertas manilakad,kertas
lukisan, dan kertas kadboard.

6 Dakwat
. Dakwat yang digunakan ialah dakwat basah jenis pelikan fount India, Watermark Resist
Ink, Higgins India Ink dan dakwat basah.

JENIS-JENIS TEKNIK RESIS


Berikut ialah jenis-jenis teknik resis yang biasa dijalankan :
1. Krayon resis
2. Kertas lilin resis
3. Resis dengan kain
4. Krayon resis dengan warna air
5. Krayon resis dengan dakwat basah
6. Krayon resis dengan warna poster
7. Krayon resis dengan warna tempera
8. Krayon resis batik
9. Resis dari warna air dan perekat getah
10. Resis dari warna air dan lilin biasa

11. Resis dari kapur dan lilin (cara positif)


12. Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

KEPENTINGAN MEMPELAJ ARI TEKNIK RESIS

7
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR
Murid-murid di peringkat sekolah rendah didedahkan dan diberi peluang mempelajari teknik
menggambar mengikut peringkat demi peringkat dan berbeza mengikut umur dengan tujuan
untuk mencapai aras-aras pembelajaran iaitu seperti pengetahuan, kefahaman , aplikasi
,analisa ,sintesis dan penilaian.

Dalam mempelajari teknik resis,beberapa faedah dan kepentingan dapat diterima oleh murid-
murid.di antaranya ialah belajar teknik resis dapat membantu pelajar- pelajar mencari
kemampuan tersembunyi dan mengembangkan bakat khusus mereka. Teknik Resis dapat
membantu pelajar mencari kegembiraan mencipta. Kita hidup di era teknologi, di mana ramai
pelajar menghabiskan banyak masa di depan komputer, televisyen, atau permainan
video, kecenderungan mereka adalah untuk duduk dan menonton. Namun, dengan
memperkenalkan teknik resis ini pelajar dapat merangsang imaginasi mereka ,ia juga
membantu untuk mengembangkan potensi diri pelajar dan keyakinan untk membuat sesuatu
yang diluar kebiasaan dengan menggunakan sesuatu yang baru.

Mempelajari teknik Resis juga dapat menyedarkan pelajar-pelajar bahawa terdapat pelbagai
kesan dari persekitaran yang boleh diaplikasikan dalam kegiatan resis.Pelajar boleh
menggunakan pemerhatian pada persekitaran untuk membuat corak dan lakaran dalam resis
yang dapat memberi kesan yang menarik dan menakjubkan.

Dalam kegiatan menggambar secara Resis pelajar dapat mengenalpasti alat,bahan,dan teknik
dalam menghasilkan resis melalui eksperimen yang dijalankan. Pelajar memanipulasikan
bahan berasaskan lilin,warna, dakwat dan krayon.Dengan membuat ekperimen begini pelajar
dapat membuat pemerhatian tentang bentuk yang terhasil dari penggunaaan bahan dan alatan

tersebut dan seterusnya menghasilkan resis yang menarik dan pelajar berupaya menceritakan
hasil kerja mereka ,bahan dan teknik yang digunakan untuk membuat resis.

Seni resis juga memberikan pelajar peluang untuk mengembangkan kemahiran kognitif dan
kreatif, dan mengembangkan imaginasi mereka. Resis dalam seni membantu pelajar

8
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR
meningkatkan daya cipta kerana apabila mereka terlibat dalam suatu aktiviti yang
menggunakan bahan dan teknik yang baru ,pelajar-pelajar dapat meningkat dalam
pengembangan diri, disiplin diri, kerjasama, dan motivasi diri.

Dengan mempelajari teknik yang berlainan dari kebiasaan seperti resis , pelajar menggunakan
alat dan teknik yang baru, contohnya pelajar yang pertama mencuba kaedah resis
menggunakan krayon dan warna air akan menadapati warna air akan mencerap pada
permukaan yang dilakar oleh krayon ini,pengalaman ini secara tidak langsung memupuk
minat pelajar untuk berada dalam kelas dan terlibat sama mencuba perkara baru yang akan
diperkenalkan oleh guru seni mereka. Selain dari itu mereka berupaya menyesuaikan diri dan
menghormati cara-cara dan idea-idea yang dikemukan oleh rakan-rakan, mengembangkan
kemahiran penyelesaian masalah kreatif untuk menghasilkan resis, dan menyampaikan fikiran
dan idea-idea dalam pelbagai cara bagi menghasilkan resis yang menarik .

Melalui penggunaan krayon,lilin dan warna dan membuat resis ,pelajar telah menjalankan
penerokaan,dan jika diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi pelajar berupaya
mempelbagaikan alat,bahan dan teknik untuk menghasilkan Resis yang lebih menarik dan
meningkatkan hasil yang tidak disangka-sangka dan menakjubkan dan dapat menghayati nilai
estetik dalam menghasilkan resis.

Teknik resis memerlukan penggunaan lilin,krayon dan warna basah, alatan ini mudah
diperolehi dan kosnya juga murah,teknik yang digunakan juga ringkas dan bahan-bahan yang
digunakan selamat, ianya tidak merbahaya kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah.Seni
Resis yang dijalankan di dalam kelas boleh menggalakkan pelajar meluaskan idea dan

sekaligus pelajar-merasa seronok dan sentiasa menunggu untuk berada dalam kelas untuk
mengikuti pembelajaran seni yang baru.

Pelajar-pelajar juga dapat mengetahui bahawa resis ialah salah satu unsur sejarah warisan
kerana teknik ini digunakan dalam pembuatan batik yang menjadi kebanggaan negara

9
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR
kita.Dengan mempelajari resis pelajar-pelajar menjadi lebih toleran dan terbuka melalui
perspektif multikultural,kebudayaan dan sejarah dan melalui penglibatan mereka dalam teknik
resis itu serta proses kreatif itu sendiri. Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan pengalaman
dengan salah satu proses yang menjadi warisan negara kita.Selain dari itu pelajar dapat
mengenali tokoh tokoh seperti Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan batik di
kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan dan Haji Ali bin Ismail dari Terengganu.

Dengan mempelajari teknik resis juga dapat membantu pelajar mengembangkan kemampuan
yang diperlukan untuk pekerjaan yang di kemudian hari, termasuk berfikir kreatif,
pengalaman sedia ada yang telah dipelajari , idea-idea yang menakjudkan pada masa kini
dapat dijadikan batu loncatan untuk menimba pengalaman baru dan dijadikan pekerjaan pada
masa hadapan.

Memepelajari resis juga pelajar-pelajar dapat memahami asas senireka iantiu unsur-unsur seni
dan prinsip-prinsip rekaan.pelajar-pelajar boleh mengenali unsur senireka seperti garisan
,ruang, jalinan, imbangan, bentuk,rupa,warna dan penegasan yang dihasil berdasarkan
imaginasi pelajar itu sendiri dalam kegiatan membuat resis.

Dalam kegiatan membuat Resis ,pelajar-pelajar menggunakan asaa senireka untuk


menghasilkan resis,pelajar-pelajar menggunakan lili,krayon dan warna basah dalam hasil
kerja mereka.setiapa hasil karya dibuat ,pelajar-pelajar dapat mengumpul dan merekod segala
maklumat penting dalam portfolio.Dengan ini,apabila adanya sesi apresiasi,mereka dapat
menyatakan secara lisan menceritakan tentang hasil kerja,alat dan bahan yang digunakan
kepada rakan-rakan dan kelas.

Menghasilkan resis daripada idea yang diperolehi daripada penerokaan alat,bahan dan
teknik juga melalui pemerhatian membolehkan pelajar-pelajar mengenalpasti bahawa adanya
unsur Asas senireka dalam persekitaran ciptaan Tuhan yang maha kaya.

Dengan mempelajari resis yang menggunakan pelbagai teknik dan bahan pelajar dapat
menegnalpasti kesan yang diperolehi melalui pengamatan mereka melalui teknik yang

10
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR
berbeza,dengan ini mereka dapat mengetahui teknik mana yang mana lebih kemas dan kreatif
melalui perbandingan antara karya yang dihasilkan .Pelajar akhirnya dapat meluahkan
pendapat dan membuat bandingan secara kritis dan kreatif tentang hasil dan bahan serta
teknik yang digunakan. pelajar juga boleh mengenal pelukis resis yang terkenal,dan melalui
penglibatan pelajar-pelajar dalam kegiatan membuat resis,pelajar-pelajar mendapat
pengalaman,maklumat dan mengumpul rekod untk menghasilkan portfolio.

Secara kesimpulannya ,Mempelajari teknik Resis akan memberi banyak kebaikan kepada
pelajar-pelajar dari segi aplikasi alat,media,teknik.Pelajar dapat memahami bentuk-bentuk
visual dalam Res,mereka juga lebih peka terhadap pelbagai bentuk visual yang ada di
persekitaran,mengetahui berbagai budaya khasnya dalam aktiviti yang berkaitan dengan resis
iaitu pembuatan batik. Diharap adanya aktiviti seni yang pelbagai ,dapat memberi peluang
kepada pelajar-pelajar mengenali seni itu indah bukan hanya sebagai tujuan memenuhi
tuntutan dalan akademik sahaja tetapi juga menghargai tokoh-tokoh seni dan juga ciptaan
tuhan.

Haslinda Madon.(2010). HBAE 1403 Menggambar.Kuala Lumpur : Open University


Malaysia.

11
DALINA BT MAT JALI
740614715128
HBAE 1403
MENGGAMBAR
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1993). Huraian Sukatan Pendidikan Seni
Tahap 1 . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn.Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia .


(2000).Online.Available :http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm. (2010.
November.06)

12