Anda di halaman 1dari 4

KOMPOS TINGKATAN 1

KOMPOS

Maksud Kompos :

Sejenis baja organik hasil dari pereputan bahan-bahan


sisa seperti sisa-sisa tanaman/tumbuhan, sisa-sisa
makanan dan najis ternakan.

Kepentingan Kompos :

1. Menambahkan kesuburan tanah.


2. Memperbaiki struktur tanah dan sistem
pengudaraan.
3. Memperbaiki saliran tanah liat.
4. Sebagai baja untuk menggantikan baja kimia.

Bahan Kompos :
Terdiri dari bahan yang mudah reput seperti :
i.Sisa tumbuhan
- Seperti jerami padi, rumput, daun, pelepah, batang
jagung, tandan kelapa sawit kosong dan hasil
pertanian yang rosak.
ii.Sisa makanan
- Kulit buahan, lebihan makanan, bahan sayuran,
ikan dan udang yang tidak diperlukan.
iii.Najis ternakan
- Tahi lembu, tahi ayam dan tahi kambing.
iv.Kapur
- Kapur tohor, kapur mati dan dolomite.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN


KOMPOS TINGKATAN 1

Pembinaan Kompos

Persediaan sebelum membina kompos


- Kenal pasti dan pilih lokasi (jauh dari bangunan
kediaman untuk mengelakkan gangguan bau).
- Boleh dibina secara terbuka atau di petak khas.

Langkah-langkah membina kompos


1. Kumpulkan bahan yang diperlukan untuk membuat
kompos.
2. Potong halus bahan kompos sama ada
menggunakan mesin chipper atau kaedah
konvensional (menggunakan parang).
3. Bina lapisan asas (10sm – 15sm) dari bahan seperti
batang jagung atau pelepah palma.
4. Kemudian lapiskan dengan sisa tanaman (10sm –
15sm)
5. Lapiskan pula sisa makanan setebal 10sm-15sm.
6. Kemudian lapiskan dengan najis ternakan setebal
2.5sm – 5sm.
7. Ulangi langkah 3 hingga 6 sehingga mencapai
ketinggian timbunan 1.2 meter. Najis ternakan dan
kapur ditabur secara berselang-seli.
8. Siram binaan kompos sehingga lembap.
9. Akhirnya, tutup bahagian atas kompos dengan
bahan kasar seperti langkah 1.
 Jika binaan kompos terletak di kawasan terbuka,
sila tutup dengan plastik.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN


KOMPOS TINGKATAN 1

Pengurusan Kompos

 Untuk mencapai kejayaannya, timbunan kompos


hendaklah diurus dengan betul.
 Keadaan yang sentiasa lembap diperlukan untuk
pembiakan mikroorganisma.
 Semasa pereputan, suhu dalam timbunan
meningkat antara 60 – 70ºC dalam tempoh 4 – 5
hari. Suhu ini akan beransur turun kepada suhu
biasa dalam 30 hari.

Menguji Kejayaan Kompos

Proses pengujian dilakukan selepas 4 – 5 hari kompos


dibina menggunakan kayu yang licin dan kering
sepanjang 1 meter.

Keadaan batang Keterangan Tindakan


kayu
Batang kayu Bahan kompos Biarkan proses
panas dan sedang diurai pereputan
lembap berlaku
Batang kayu Proses uraian dan Timbunan
kering dan sejuk reputan tidak kompos perlu
berlaku dibina semula
Batang kayu Timbunan Siram dengan air
panas dan kering kompos
memerlukan air
siraman

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN


KOMPOS TINGKATAN 1

Membalik-balikkan timbunan kompos

 Timbunan kompos perlu dibalik-balikkan, digaul


dan dibina semula selepas 4 minggu. Tujuannya:
a. Memastikan pereputan sekata dan sempurna.
b. Memperbaiki saliran dan pengudaraan.

 Bina semula timbunan kompos.

 Timbunan baru ini perlu diuji selepas 4 hari.


Biarkan selama 4 – 5 minggu sehingga bahan
kompos reput semuanya.

 Kompos yang baik

a. Berwarna hitam.
b. Kesemua bahannya reput.
c. Tidak berbau.

Penggunaan Kompos

1. Sebagai baja asas dengan mencampur terus ke


dalam tanah ( 1kg untuk 1 meter persegi).
2. Sungkupan – diletakkan di sekeliling pokok atau
permukaan batas.
3. Sebagai bahan untuk membina kompos yang baru.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU -PERTANIAN

Anda mungkin juga menyukai