Anda di halaman 1dari 4

PENGERTIAN KAUNSELING

Perkataan kaunseling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu coun’sel dan digunakan

dengan perkataan counseling yang membawa pengertian nasihat, teguran, ingatan atau

memberitahu (Corsini 1987:258). Dictionary of Psychology (1991:99) menjelaskan kaunseling

ialah perbincangan dengan seseorang yang menghadapi masalah dan dinasihati oleh seseorang

sama ada dia seorang pakar ataupun tidak.

Blocher (1974) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses menolong individu

supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam

alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana Blocher menekankan tentang proses di mana

seorang klien diberi peluang untuk menerokai diri dan kehidupannya yang menimbulkan

masalah pada dirinya.

Aminah, Rusnaini dan Nordin (1985:1) mendefinisikan kaunseling dengan lebih

terperinci iaitu sebagai satu proses menolong tetapi bukan merupakan memberi nasihat. Dalam

proses menolong itu seorang kaunselor yang terlatih membina perhubungan professional dengan

klien dan membimbingnya supaya wujud lebih faham tentang dirinya. Klien itu kemudiannya

menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya. Klien akan dibimbing supaya menjadi

lebih peka tentang interaksi dan tindak balasnya dengan orang lain dan suasana yang

mempengaruhi hidupnya. Dengan kesedaran ini, klien dapat memahami realiti hidupnya lalu dia

bolehlah membuat rancangan untuk masa depan. Segala keputusan dan pilihan yang klien itu

buat bukanlah datang daripada kaunselor tetapi datang daripada klien itu sendiri. Peranan

kaunselor ialah membimbing klien dalam proses membuat keputusan dan pilihan.

Walau apa pun definisinya, jelaslah di sini bahawa matlamat kaunseling adalah ingin

membantu individu manjalani kehidupan yang lebih baik dan berkesan untuk dirinya.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI MALAYSIA DAN PIPP

Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan telah dinyatakan di dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan 1988, di mana “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara ”.

Justeru itu, peranan pendidikan dilihat amat penting dalam menjayakan hasrat dan

kehendak kerajaan dalam pembangunan modal insan. Kesungguhan kerajaan untuk

mewujudkkan personaliti individu yang cemerlang (modal insan) ini di teruskan di dalam

Rancangan Malaysia Ke-9 dan telah diimplementasikan dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP ini telah disempurnakan pelancaran oleh YAB Datuk Seri

Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2007.

Terdapat enam teras strategik yang telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem

pendidikan Negara iaitu ;

1. membina negara bangsa,

2. membangunkan modal insan,

3. memperkasakan sekolah kebangsaan,

4. merapatkan jurang pendidikan,

5. memartabatkan profesion perguruan;dan


6. melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua dan telah

diketahui umum pada hari ini bahawa agenda pembangunan modal insan (teras kedua) telah

diberi keutamaan. Dalam PIPP ada menyebut ;

“ Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam usaha

membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,

berkeperibadian mulia dengan member tumpuan kepada sistem nilai. Teras ini juga berhasrat

melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif, kreatif serta

kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina

disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan”

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006 :32).

Oleh yang demikian, modal insan yang ingin dilahirkan diharapkan berupaya untuk

berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu, berkemahiran dalam menyelesaikan masalah dan

berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk

berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai program bagi

merealisasikan hasrat kerajaan dalam membangunkan modal insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu menjadi anak bangsa Malaysia yang mempunyai

pengetahuan serta kepakaran yang tinggi dan berdaya saing di dalam negara dan di peringkat

antarabangsa. Di dalam Kad Laporan PIPP 2006-2010 yang diumumkan kali kedua pada bulan
April 2008 ada menyatakan bahawa bagi memastikan hasrat ini tercapai, KPM telah

memperkukuhkan program serta aliran pendidikan sedia ada. Selain merintis pembaharuan

dalam bidang-bidang kritikal seperti pentaksiran kurikulum dan pendidikan teknik dan

vokasional.

Anda mungkin juga menyukai