Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Kesusasteraan

1.1 Pengenalan Kesusasteraan

Kesusasteraan adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ciptaan sastera
sangat berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain kerana ia menggunakan bahasa sebagai alat
penyampaiannya. Melalui bahasa, keindahan sesuatu kesusasteraan itu dapat dirasakan.
Pembaca dapat menghayati segala pengalaman dan perasaan yang dicurahkan melalui hasil
penulisan. Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang bertujuan untuk dibaca
dan dihayati oleh pembaca dan juga masyarakat. Melalui penulisan kesusasteraan, lahirlah
fungsi dan peranan kesusasteraan tersebut kepada khalayak iaitu untuk mengajar, mendidik dan
menghibur.

1.2 Definisi Kesusasteraan

Menurut Ali Ahmad (1994) ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut
‘syastra’, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara
umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ‘ke’ di awal dan ‘an’ di akhir kata susastera
menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. 

Hashim Awang et. al pula menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya
adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu ‘su’ dan
‘sastera’. Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah. Sastera pula membawa
maksud huruf atau buku Kesusasteraan membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya.

ASIAH BINTI RAHIM 1


671214135398002
Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga
tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai
perkataan.

1.3 Kesusasteraan Melayu Traditional

1.3.1 Pengenalan

Karya sastera bukan sahaja berfungsi untuk mengajar dan mendidik malahan juga untuk
menghiburkan. Oleh yang demikian kesusasteraan memberi pengetahuan, menyemai nilai-nilai
murni untuk diteladani dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan dan
merehatkan fikiran dengan menikmati keindahan karya seni. Kepelbagaian karya di dalam
kesusasteraan Melayu menampakkan perbezaan daripada segi bentuk dan isi. Aspek-aspek ini
mampu menjelaskan kedudukan atau kategori sesebuah karya dari dahulu hingga kini.

Agama Islam yang sampai ke Alam Melayu pada abad pertama Hijrah telah memberi sumbangan
yang tidak ternilai terhadap perkembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Oleh
yang demikian, sistem tulisan yang teratur di dalam bahasa Melayu wujud setelah kedatangan
Islam. Ia bermula dengan penulisan yang berbentuk bukan kreatif iaitu penulisan kitab-kitab
bercorak agama yang membicarakan mengenai fikah, tafsir Al-Quran, tauhid dan sebagainya.
Penulisan kreatif bermula dengan munculnya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad,
Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nabi Musa dan hikayat-hikayat lain yang seumpamanya. Hikayat-
hikayat ini adalah merupakan saduran atau terjemahan daripada karya-karya berbahasa Arab.

ASIAH BINTI RAHIM 2


671214135398002
1.3.2 Sejarah Dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu tradisional adalah satu peristiwa yang amat kompleks dan rumit untuk
dijelaskan. Sastera Melayu lama bukan sahaja meliputi hasil-hasil karya bercorak cerita-cerita
rekaan malahan mencakupi bidang yang lebih luas lagi. Sastera bercorak undang-undang,
sejarah, ketatanegaraan, hal-hal keagamaan, dan sebagainya ditulis dengan bahasa yang indah
bertujuan untuk memperlihatkan nilai-nilai kesusasteraan didalamnya. Sastera yang bertulis
adalah bentuk sastera yang terkemudian, ditulis setelah didatangi pelbagai pengaruh asing iaitu
setelah kemasukan unsur Hindu-Islam. Perkembangan dan tahap kesusasteraan Melayu
tradisional dapat dibahagikan kepada beberapa tahap atau peringkat iaitu:

(a) Tahap sastera lisan ketika masyarakat Melayu lama teguh dengan fahaman Animism 

Kesusasteraan Melayu Lama Bermula Dengan Sastera Rakyat Berbentuk Lisan. Sastera lisan
disampaikan oleh rakyat, iaitu dari mulut ke mulut dan disampaikan dari satu generasi ke
generasi yang seterusnya. Oleh sebab itulah terdapat tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Ia
adalah sastera tempatan hasil daripada pengalaman masyarakat Melayu lama dalam
hubungannya dengan alam sekitarnya.

(b) Tahap pengaruh Hindu

Dalam kurun Masihi yang pertama, masyarakat Hindu telah memasuki alam Melayu. Orang-
orang Hindu membawa pustaka daripada kesusasteraan Hindu dalam pelbagai corak dan
sastera”. Kesusasteraan Hindu mewarnai kesusasteraan tempatan.

ASIAH BINTI RAHIM 3


671214135398002
(c) Tahap pra-Islam atau peralihan Hindu-Islam

Kedatangan agama Islam pada kurun Masihi ke-13, membawa kesan kepada kesusasteraan
Melayu klasik. Konsep falsafah Hinduisme cuba dihapuskan dan mengambil masa lebih kurang
seabad dua mengakibatkan lahirnya sastera Melayu klasik yang bercampur baur dengan
pengaruh Hindu. Selain daripada sastera Hindu, sastera asing lain seperti sastera Jawa yang
dipengaruhi Hindu juga tersebar di Tanah Melayu pada zaman kegemilangan kerajaan
Majapahit. Sastera Jawa yang paling menonjol dan terkenal pada ketika itu ialah sastera panji
yang mengandungi unsur-unsur Hindu-Islam didalamnya telah mewarnai kesusasteraan Melayu
tradisional.

(d) Tahap Islam

Kedatangan Islam di Melaka pada awal kurun ke-15 telah menyemarakkan kesusasteraan Islam
dari Parsi dan Tanah Arab walaupun Islam telah berkembang di Nusantara pada akhir kurun
Masihi yang ke-13 dan awal kurun Masihi ke-14. Pada zaman feudal Melayu, ulama menjadi
penulis (pengarang) istana yang menulis titah raja. Maka dari sinilah lahirnya sastera bercorak
sejarah yang dimuatkan dengan unsur mitos dan legenda.

Pada pertengahan abad ke-19, Raja Ali Haji seorang penulis istana Johor lama telah menulis dan
mengarang dimana Karya-karya beliau merupakan sambungan dan penerusan daripada tradisi
penulisan karya sastera Melayu lama telah lama lahir dan wujud sejak zaman-berzaman.
Disebabkan wujudnya pertembungan budaya barat (Inggeris, Belanda, dan Portugis) sedikit
sebanyak telah membawa sedikit kesan serta perubahan pada karya Raja Ali Haji tetapi karya-
karyanya masih tetap dianggap karya sastera Melayu lama. Kemudian lahirlah seorang
pengarang di luar istana yang bernama Abdullah Munsyi atau Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi.
Beliau membawa unsur-unsur moden dalam penulisannya tetapi dalam tulisannya masih lagi

ASIAH BINTI RAHIM 4


671214135398002
memuatkan unsur-unsur tradisi penulisan Melayu klasik walaupun beliau sudah dianggap
sebagai pelopor sastera Melayu Moden.

1.3.3 Bentuk Kesusasteraa Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu tradisional boleh dibahagikan kepada dua, iaitu yang bersifat lisan dan
bersifat bertulis. Karya-karyanya pula terbahagi kepada dua kategori iaitu prosa dan puisi. Prosa
Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu naratif dan bukan naratif. Prosa
tradisional yang berbentuk naratif pula terbahagi kepada dua jenis iaitu naratif lisan dan naratif
tulisan. Naratif lisan mengandungi tiga genre iaitu mitos, lagenda dan cerita rakyat. Manakala
cerita rakyat pula terbahagi kepada tiga subgenre iaitu cerita Jenaka, cerita binatang dan cerita
dongeng.

Cerita dongeng ialah cerita yang berbentuk lipur lara dan cerita teladan. Naratif tulisan
dipengaruhi oleh Hindu dan Islam. Di dalam pengaruh Hindu terdapat genre sastera panji.
Sastera Transisi terdapat di dalam genre pengaruh Hindu-Islam. Pengaruh Islam mempengaruhi
genre-genre sastera Hikayat, sastera sejarah dan sastera epik. Sastera epik terbahagi kepada dua
subgenre iaitu epik kebangsaan dan epik Melayu-Islam. Genre-genre di dalam kategori Prosa
tulisan bukan naratif ialah sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera undang-undang, sastera
sufi. Puisi Melayu Tradisional terbahagi kepada dua jenis iaitu puisi naratif dan puisi bukan
naratif. Genre-genre puisi melayu tradisional boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan yang
berasingan jika dilihat dari sudut asal usulnya iaitu Puisi tradisional warisan melayu, puisi
tradisional warisan islam dan puisi tumpangan. Puisi tumpangan pula terbahagi kepada dua
kategori iaitu puisi tumpangan warisan Melayu dan puisi tumpangan warisan Islam. Karya
sastera tradisional yang tergolong kepada kepada prosa, puisi, cerita, dan bukan cerita. rakyat,
lipur lara, cerita sejarah, mantera, gurindam, dan sebagainya ini, berkongsi konsep tentang karya,
tugas, bentuk dan keindahan serta teknik pengkaryaan, bagi memperlihatkan beberapa konsep,
dasar dan sifat yang sepunya, iaitu dikongsi bersama. Oleh sebab itu, didapati sebahagian karya-
karya kesusasteraan Melayu tradisional tidak menyatakan nama pencipta atau pengarang.

ASIAH BINTI RAHIM 5


671214135398002
1.4 KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

1.4.1 Pengenalan

Takrifan Kesusasteraan dalam pendekatan moden adalah hasil karya individu yang
mengumpulkan segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran. Karya-karya ini yang
secara intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang. Karya-karya yang
dihasilkan adalah sebagai teks diri dan ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks
sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya sastera.

1.4.2 Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden

Perkembangan kesusasteraan Melayu moden dapat dibahagikan kepada beberapa tahap: iaitu
bermula dengan zaman Abdullah Munsyi, diikuti zaman sebelum perang antara tahun 1920-an
hingga 1940-an, dan zaman selepas perang yang bermula selepas Perang Dunia Kedua, 1050-an,
1960-an, 1970-an, 1980-an, dan kini. Kesusasteraan Melayu bermula daripada karya Abdullah
bin Abdul Kadir Munsyi, muncul pula karya-karya seperti novel, cerpen, sajak, drama, dan
kritikan sastera, walaupun Abdullah Munsyi tidak mendapat pengikut dalam masa yang agak
panjang.

Pada awal 1972, novel-novel awal, sajak-sajak awal dan cerpen-cerpen awal pun lahirlah dimana
temanya banyak membincangkan tentang persoalan yang berhubung dengan agama, adat istiadat,
cinta, dan emansipasi wanita. Kemudian, muncul pula penulis-penulis daripada golongan guru
yang banyak membincangkan persoalan percintaan, moral, dan nilai-nilai ketimuran. Sekitar
tahun 1930-an juga, muncul pula pengarang daripada golongan wartawan-sasterawan. Sinisnya
terhadap penjajah Inggeris cukup tajam serta semangat kebangsaannya sungguh kuat. 
Karya-karya zaman sebelum perang (1920-an hingga 1941), adalah karya-karya dalam zaman
penjajahan Jepun. Walaupun zaman penjajahan Jepun adalah singkat, namun karya-karya sastera

ASIAH BINTI RAHIM 6


671214135398002
pada zaman itu memiliki sifat-sifat tertentu. Hasil-hasil karya pada masa itu dapat dibezakan
daripada hasil-hasil karya zaman selepasnya, terutama hasil-hasil tulisan penulis Angkatan
Sasterawan 50 (ASAS 50). ASAS 50 juga banyak menghasilkan karya-karya bersifat “seni untuk
masyarakat”.

Dalam dekat 70-an, karya-karya seni mengalami kemajuan dan pembaharuan dari segi teknik
dan gaya penyampaiannya. Sajak-sajak yang bermutu serta bernas dihasilkan bagi
memperlihatkan pembaharuan dari segi teknik dan gaya penulisannya.
Perkembangan kesusasteraan Melayu moden dalam dekad 80-an juga adalah lanjutan daripada
perkembangan dalam dekad 70-an. Beberapa judul buku yang berupa antologi sajak, skrip
drama, antologi cerpen, dan novel dapat dianggap mewakili dekad tersebut dihasilkan oleh
penulis baru dan juga penulis-penulis lama seperti Shahnon Ahmad, A. Samad Said, Arenawati,
Usman Awang, Azizi Haji Abdullah, dan lain-lain lagi. 

1.4.3 Bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu Moden

Kesusasteraan Melayu moden terdiri daripada karya-karya jenis novel, cerpen, drama dan sajak.

(a) Novel
Novel merupakan salah satu jenis kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk prosa yang
dinamai cereka. Jenis lain yang mengambil bentuk ini ialah cerita pendek atau cerpen. Sesebuah
novel mempunyai watak, plot dan tema. Genre novel dalam Kesusasteraan Melayu Moden
merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan cerita lipur lara di dalam prosa Melayu
Tradisional. Bahasa menjadi media yang penting dalam sesebuah novel. Oleh itu, pengarang
harus mempunyai gaya tertentu bagi menghasilkan sebuah novel yang kreatif. Di dalam
kesusasteraan Melayu Moden, bentuk-bentuk novel adalah seperti Novel Saduran, Novel Melayu
Asli, Novel berunsur Islam, Novel Remaja, Novel kanak-kanak, Novel popular, Novel
konvensional, Novel sejarah, Novel absurd dan Novel tak konvensional.

ASIAH BINTI RAHIM 7


671214135398002
(b) Cerpen 
Cerpen dikenali juga sebagai cerita pendek. Genre ini muncul pada awal tahun 1920 dan cerpen
pertama berjudul “kecelakaan Pemalas” oleh Nor bin Ibrahim. Setiap cerpen mengandungi
cerita. Cerita adalah ciptaan pengarang yang bersifat cerita rekaan atau fiksyen. Sesebuah cerpen
mempunyai watak, plot, dan tema. Bahasa memainkan peranan penting. Maka, penulis harus
mempunyai satu gaya tertentu bagi menyampaikan ceritanya. Bentuk-bentuk cerpen yang ada di
dalam kesusasteraan Melayu Moden adalah cerpen konvensional, cerpen absurd, cerpen panjang,
cerpen berunsur Islam, cerpen berddasarkan karya tradisional dan cerpen kanak-kanak.

(c) Drama
Drama ialah sebuah karya fiksyen atau cereka yang mementingkan dialog aksi watak. Drama
juga adalah lakonan yang disengajakan untuk melukiskan sesebuah peristiwa yang disampaikan
oleh manusia dengan menggabungkan bahagian atau komponen yang membina atau mendirikan
tubuh badan drama itu. Komponen dalam drama ialah pemikiran, plot, watak, dialog, latar,
kekaguman pendramaan serta audiens. Bentuk-bentuk yang terdapat di dalam drama ialah drama
tradisional, drama bangsawan dan drama sendiwara.

(d) Sajak
Sajak ialah suatu bentuk karangan berangkap atau puisi baru atau moden yang lebih bebas. Puisi
ini dipersembahkan dalam rentak dan baris-baris yang tidak dihadkan. Baitnya disusun mengikut
keperluan isi; mungkin satu bait, empat bait, lapan bait, malah ada juga yang terdiri daripada tiga
belas bait. Nafas dalam sajak lebih panjang berbanding dengan nafas dalam puisi Melayu lama
seperti syair dan pantun, yang jumlah patah perkataannya juga ditentukan dan dihadkan.

1.5 Aliran Dalam Sastera Melayu

Aliran merupakan pegangan atau hala tuju yang boleh digunakan oleh pengarang semasa
berkarya. Pengarang hanya berpegang teguh dengan hanya satu pemikiran untuk melahirkan
segala yang diingininya didalam sesebuah karya. Antara aliran-aliran yang diikuti oleh para

ASIAH BINTI RAHIM 8


671214135398002
penulis karya sastera ialah:

(a) Klasikisme
‘Klasik’ berasal daripada kata ‘classic’ di dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sesuatu yang
bermutu dan tinggi nilainya. Perkataan ‘classics’ pula merujuk kepada karya sastera yang agung
terutamanya karya-karya Greek dan Latin. Classical bermaksud pengelasan karya atau penilaian
terhadapnya berasas kesetandingan nilainya dengan karya pada zaman yang telah disebutkan.
Klasik juga merupakan karya yang tinggi nilainya dan sering dijadikan tolok ukur atau karya
sastera kuno yang beernilai kekal.

Classicism bermaksud gaya yang didasarkan kepada temadun berkenaan sebagai modelnya.
Aliran ini dapat dikategorisasikan sebagai kesusasteraan Melayu yang masih berada dalam
keadaan tradisionalismenya. Aliran klasikime merupakan satu aliran yang berpegang kepada
pemikiran bahawa karya sastera mestilah mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi.
Juga mementingkan nilai yang terkandung di dalam sesebuah karya.

(b) Realisme
Aliran penulisan karya sastera ini menumpukan perhatian kepada gambaran atau
penggemblengan isu masyarakat. Aliran ini muncul di Barat pada tahun 1930. Di Malaysia dan
Singapura, aliran ini diamalkan oleh pengarang dan penyair ASAS 50 yang memperjuangkan
keadilan sosial. Karya mereka memaparkan isu kemasyarakatan seperti isu darurat, ketidakadilan
sosial, politik dan nasionalisme. Di Malaysia, Kassim Ahmad menulis kritikan sastera
berasaskan realism sosialis.

(c) Naturalisme
Aliran ini dipegang oleh para pelukis. Lukisan yang dihasilkan menggambarkan sesuatu objek di
dalam bentuk yang sebenar. Apabila aliran ini dimasukkan ke dalam karya sastera, para penulis
yang mendukunginya mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam
masyarakat.

ASIAH BINTI RAHIM 9


671214135398002
(d) Absurdisme
Aliran ini lahir sesudah eksistensialisme di mana manusia seolah-olah telah kehilangan segala-
galanya selepas Perang Dunia Kedua dimana manusia merasakan kekosongan jiwa akibat
peperangan. Karya-karya yang muncul akibat keluh kesah di dalam jiwa pengarang yang
menghasilkan karya yang bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil

(e) Surelisme
Aliran ini muncul akibat daripada pelaksanaan psikoanalisis Freud yang berhubung dengan
kejiwaan manusia. Terhasilnya karya-karya yang menjurus kepada aspek tidak rasional dalam
kehidupan manusia, iaitu aspek bawah sedar.

(f) Romantisisme
Aliran ini melahirkan gagasan atau idea yang indah tanpa cela atau sebarang kekurangan. Karya
yang dihasilkan bersifat emotional dan mengambarkan perasaan romantic, sedih dan pilu bukan
setakat terhadap sesama manusia malahan juga kepada Negara dan Tuhan.

(g) Keislaman
Aliran ini muncul akibat tercetusnya polemic sastera Islam dimana hasil karya hendaklah
mengikut lunas Islam. Karya yang dihasilkan juga hendaklah melukiskan kejernihan hidup
olrang bertakwa dan menggambarkan ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam.

1.6 Kesimpulan
Dalam menghasilkan karya sastera, bahasa yang indah adalah alat penyampaian yang sangat
pentng dimana keindahan sesuatu karya sastera itu dapat dirasai oleh pembaca. Sesebuah hasil
karya yang bermutu tinggi bukan sekadar menggunakan bahasa yang indah malahan memiliki
unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan serta mampu menggamit perasaan setiap
pembaca.

ASIAH BINTI RAHIM 10


671214135398002
2.0 Kritikan Sastera
Cerpen yang dipilih adalah cerpen “Batu” karya Rahman Shaari. Cerpen ini merupakan salah
satu cerpen yang terkandung di dalam Antalogi Teks Komponen Sastera “Seuntai Kata Untuk
Dirasa” bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) tingkatan 2. Cerpen ini dipilih adalah
kerana ianya sangat menarik dan mengutarakan isu kemanusiaan serta pergolakan dalam
kehidupan seharian manusia pada ketika ini. Ternyata cerpen ini sangat sesuai untuk dikritik
terutama sekali terhadap jalan cerita yang cuba diutarakan. Terdapat kekuatan dan kelemahan di
dalam karya ini yang boleh dibincangkan.

2.1 Tema dan Persoalan

Cerpen “Batu” membawa kepada tema kemanusiaan dimana terdapatnya tipu muslihat manusia
yang menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan dengan cara yang mudah.
Persoalan yang dipaparkan di dalam cerpen ini adalah bagaimana Mazlan dan rakan subahatnya
iaitu Zainol cuba menipu Isskandar dengan menggunakan batu yang dikatakan mempunyai
hikmat untuk menyampaikan kemahuan dan hajat yang diinginkan oleh pemilik batu tersebut.
Tema yang dipaparkan dikaitkan dengan persoalan dan permasalahan berhubung dengan naluri
dan keinginan manusia yang tidak terbatas. Antara persoalan yang dipaparkan di dalam cerpen
ini ialah:

a) Kebolehan diri digunakan untuk menipu orang lain.


Dalam hal ini, Mazlan menggunakan kebolehannya menggunakan teori sains untuk mengaburi
mata Iskandar apabila dia berupaya menggerakkan sebiji batu yang telah diletakkan didalam
piring setelah diperah dengan sebiji limau.

b) Memiliki pemikiran dan pengetahuan yang luas boleh mengelakkan diri daripada ditipu.
Iskandar yang hampir-hampir tertipu dengan lakonan Mazlan dan Zainol. Pertemuannya dengan
Malik, seorang bekas pelajar sains telah merungkai segala penipuan Mazlan dengan memberi
penjelasan yang logik mengenai teori sains yang telah digunakan oleh Mazlan. Akhirnya
Iskandar teringatkan kisah seorang teman yang pernah ditipu dengan cara yang sama.

ASIAH BINTI RAHIM 11


671214135398002
c) Tanggungjawab untuk menangani permasalahan yang dihadapi. Tindakan Iskandar dan
Malik meerangkap sindiket penipuan Mazlan dengan melibatkan pasukan polis adalah satu
penyelesaian yang bijak

Berdasarkan persoalan yang dibincangkan di atas tadi, jelaslah yang tektik penipuan yang
dilakukan oleh Mazlan dan Zainol melibatkan teori sains dan bukan sekadar cakap kosong
belaka. Cuma persoalan di sini adalah sikap Iskandar yang tidak peka dengan tektik yang
digunakan menyebabkannya hampir-hampir ditipu. Oleh kerana Iskandar pada ketika itu sedang
menghadapi masalah untuk mencari pekerjaan maka segala penerangan yang disampaikan oleh
Mazlan yang nampak logik telah berjaya mengaburi mata Iskandar.

2.2 Plot
Plot cerita “Batu” adalah menarik kerana disusun secara kronologi. Pengarang menggunakan
unsur imbas kembali walaupun disisipkan dengan ringkas dimana Iskandar teringat kisah
kawannya, Ku Ali yang pernah ditipu RM2000 oleh seorang yang mengaku dirinya sebagai guru
silat yang handal. Kekuatan plot dalam cerpen ini adalah kerana ianya mengikut urutan
peristiwa yang membangkitkan rasa ingin tahu pembaca sehinggalah kepada peleraian seperti
berikut:
1. Ketika sedang berjalan-jalan dikota, Iskandar ditanya oleh seorang lelaki yang agak berusia
tentang Jalan Raja Angkasa. Iskandar tidak dapat membantu kerana dia sendiri tidak mengambil
endah tentang nama-nama jalan di kota itu.
2. Sikap peramah dan rasa ingin tahu Iskandar tentang hikmat batu tersebut telah membawanya
ke sebuah restoran apabila diajak oleh lelaki tersebut bersama rakannya walaupun tidak
mengenali lelaki itu.
3. Iskandar terpegun melihat batu tersebut bergerak setelah diperah limau dan juga melihat
kepada kesungguhan Zainol untuk membeli batu tersebut dengan harga RM400.
4. Sepeninggalan Zainol ke bank untuk mengambil duit, Mazlan menawarkan harga RM300
kepada Iskandar dengan alasan tidak percaya dengan Zainol dan takut Zainol menggunakan batu
tersebut ke jalan yang tidak elok.
5. Setelah mendengar pelbagai hikmat dan kegunaan batu tersebut, Iskandar tertarik dan
bersetuju untuk membelinya setelah meminjam wang dari kawannya.
ASIAH BINTI RAHIM 12
671214135398002
6. Iskandar berjumpa Malik di Jalan Melaka dan memberitahu bahawa dia berjumpa dengan
penjual batu ajaib yang banyak hikmatnya. Malik tidak percaya dengan cerita batu hikmat
tersebut.
7. Seterusnya Malik menerangkan teori sains yang menyebabkan batu itu boleh bergerak dan
Iskandar mula sedar akan kebenaran kata-kata Malik.
8. Iskandar tidak jadi meminjam duit tetapi sebaliknya meminta Malik datang berjumpanya dan
Mazlan di Restoren Heng Ah See bersama Nordin.
9. Iskandar kembali ke restoran dan memberitahu Mazlan yang kawannya sedang mengeluarkan
duit di bank. Sementara itu Mazlan mengajar Iskandar mentera tentang hikmat batu gandapuri
itu.
10.Malik datang ke restoran bersama-sama dengan seorang pemuda tetapi bukan Nordin dan ini
menyebabkan Iskandar tergamam.
11. Pemuda yang dating bersama Malik bertanyakan harga batu tersebut dan mengeluarkan
wang sebanyak RM250 untuk diserahkan kepada Mazlan tetapi membatalkan niatnya dan
meminta urusan jual beli tersebut dilakukan dibalai polis.
12. Mazlan terkejut dan cuba melarikan diri tetapi akhirnya ditangkap oleh beberapa orang
anggota polis beruniform yang telah bersedia untuk menangkapnya.
13. Malik memberitahu Iskandar yang dia tidak jadi pergi berjumpa Nordin tetapi pergi ke Balai
Polis Campbell untuk memberitahu Inspektor Hussin.

Plot cerpen ini sungguh menarik kerana melibatkan unsur-unsur ketegangan, tanda tanya,
klimaks, dialog, kejutan, dan juga peleraian yang sungguh tersusun. Cuma kelemahan pada
akhiran cerita dimana Mazlan telah ditangkap secara mudah sebaliknya rakan subahatnya Zainol
telah terlepas. Dicadangkan agar cerita ini menjadi lebih menarik dengan adanya adengan tawar-
menawar di antara Zainol, Iskandar dan juga Hussin dan menyebabkan Mazlan merasa semakin
tamak dan ghairah untuk menaikkan harga batu tersebut. Boleh juga dimasukkan adengan
pergelutan antara Mazlan dan Inspektor Hussin sehingga beliau berjaya ditangkap oleh anggota
polis yang telah sedia ada untuk menangkapnya.

ASIAH BINTI RAHIM 13


671214135398002
2.3 Gaya Bahasa
Cerpen ini menggunakan diksi yang mudah difahami dan tidak terdapat penggunaan perkataan
asing atau kata perbandingan. Dialog juga disusun daripada diksi yang mudah dan ringkas tetapi
mempunyai makna yang tepat. Contoh diksi yang digunakan ialah “Saya tak suka” (halaman
65), “Saya nak tanya” (halaman 65) dan “Gini encik” (halaman 65)

Penggunaan ayat yang mudah difahami dan menggunakan struktur bahasa Melayu yang
dianggap gamatis dalam pelbagai ragam ayat yang sesuai dengan plot dan tema cerita.
Penggunaan ayat-ayat yang mudah difahami ini sesuai untuk bacaan pelajar tingkatan 2. Penulis
begitu teliti dalam pemilihan bahasa, bersesuaian dengan tahap pembaca dan kata yang
digunakan juga mampu difahami oleh pelajar-pelajar yang terdiri dari kaum lain. Contohnya:
a) Bahasa penerangan (halaman 65)
“Batu ini,” Mazlan memulakan syarahan, “Ialah milik Tuk Peramu. Di Pantai Timur, batu ini
diketahui ramai, dan rata-rata orang mencarinya. Orang betul-betul tahun tentangnya dan encik
belum tahu.”

b) Bahasa pujukan (halanam 65). Contohnya:


“Gini encik,” kata Zainol selepas berfikir. “Saya bayar RM400.00. Encik dapat duit lebih dan
tak perlu teruk-teruk mencari rumah orang di Jalan Raja Angkasa. Kalau encik menemui rumah
itu pun, belum tentu dia ada di rumah.” Mazlan mengangguk-angguk.

c) Bahasa puisi (halaman 68). Contohnya:


“Asal keramat betara guru, Asal dewa masa dahulu, Kalau berkat gandapuriku, Minta jadi
dengan selalu.”

d) Bahasa pertanyaan dalam bentuk dialog yang pendek (halaman 67). Contohnya:
“Apa hikmatnya?” Dia bertanya.
“Banyak.”
“Apa bukti kekuasaannya?”

ASIAH BINTI RAHIM 14


671214135398002
2.4 Latar
2.4.1 Latar tempat
Cerita ini mengambil latar tempat di tengah-tengah kesibukan kota di mana rentetan peristiwa
berlaku adalah seperti berikut:
a) Kaki lima
Suasana jalan kota yang sibuk inilah Iskandar telah bertemu dengan Mazlan dan Zainol,
digambarkan di dalam petikan berikut:
Orang lain terus berlalu ke sana sini. Setiap kaki lima dipenuhi manusia. Ada yang membelek-
belek kain baju sambil kaki melangkah ke hadapan. Ada yang berjalan laju. Kadang-kadang
terjadi perlanggaran semasa berjalan. Masing-masing mudah maaf-memaafi.
(Halaman 69)
b) Restoran Heng Ah See
Di sinilah tempat Mazlan menunjukkan hikmat batu gandapuri kepada Iskandar dan Zainol. Di
sini jugalah polis menangkap Mazlan yang menunggu Iskandar membawa wang RM300 untuk
membayar harga batu gandapuri. Di restoran ini jugalah tempat Mazlan mengajarkan jampi
mantera kepada Iskandar.

c) Jalan Melaka
Tempat ini adalah tempat pertemuan Iskandar dengan Malik sebagaimana yang telah mereka
janjikan.

Pemiihan latar tempat menunjukkan suasana kejadian dan peristiwa yang berlaku adalah
disekitar masyarakat yang berkehidupan sederhana dan suasana sebegini memberi peluang
kepada mereka yang bergiat dalam penipuan untuk mencari mangsa.

2.4.2 Latar masa


Latar masa cerpen ini tidak lama iaitu sekitar setengah hari antara jam 8.00 pagi hingga 10 pagi
bermula dengan Iskandar bertemu azlan dan minum di Restoran Heng Ah Seng sambil melihat
keajaiban batu hikmat, sebelum masa yang dijanjikan dia akan bertemu dengan Malaik pada
pukul 9.00 pagi. Sewaktu berjumpa Malik, dia terlewat 20 minit iaitu pada pukul 9.20 pagi.

ASIAH BINTI RAHIM 15


671214135398002
Selepas bertemu Malik, dia pergi semula ke restoran dan tidak lama selepas itu, Malik tiba di
restoran tersebut bersama-sama Inspektor Hussin.

Pemilihan latar masa yang singkat menyebabkan cerpen ini nampak ringkas dan tidak terdapat
unsur-unsur berat dan terlalu serius berlaku. Contohnya, pertemuan Iskandar dengan Mazlan dan
Zainol. Kemudian Zainol pergi ke bank untuk mengambil wang. Dalam masa yang sama
Mazlan memujuk Iskandar diikuti oleh Iskandar yang terpengaruh lalu berjanji untuk bertemu
Mazlan di tempat yang sama selepas meminjam wang dari Malik. Kemudian Iskandar balik ke
restoran bertemu dengan Mazlan. Selepas itu Malik datang bersama-sama dengan Inspektor
Hussein lalu membongkar sendiket penipuan yang dijalankan oleh Mazlan. Rentetan peristiwa
dan masa yang berkesinambungan ini menunjukkan penulis hanya ingin menyampaikan cerita ini
dalam bentuk yang agak ringkas, singkat tetapi padat dengan pengajaran yang tersirat di
dalamnya.

2.4.3 Latar masyarakat


Cerpen ini mengambil latar masyarakat kota yang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing
tanpa mengambil kisah tentang halo rang lain dan keadaan persekitaran mereka. Contohnya,
Iskandar walaupun belajar di kota tetapi tidak mengambil kisah tentang nama-nama jalan yang
terdapat di kota.

Berdasarkan plot dan tema, cerita ini mengambarkan masyarakat kota yang penuh dengan
aktiviti tipu muslihat dengan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan wang. Golongan
ini diwakili oleh watak Mazlan dan Zainol. Watak Iskandar pula mengambarkan masyarakat
yang sanggup menggunakan cara mudah untuk mencapai cita-cita tanpa memikirkan terdapatnya
penipuan. Desakan hidup untuk mendapatkan pekerjaan dan kesenangan hidup menyebabkan
orang-orang seperti Iskandar lupa tentang perkara-perkara yang telah mereka pelajari di sekolah
sepatutnya boleh diaplikasikan di dalam kehidupan sebenar seperti mana yang dilakukan oleh
Mazlan yang memanipulasikan unsur sains untuk menipu.

ASIAH BINTI RAHIM 16


671214135398002
2.5 Nilai dan Pengajaran

Cerpen ini mempunyai mesej yang sungguh nyata dan hebat, disampaikan oleh pengarang agar
menjadi contoh dan pengajaran yang berguna kepada pembaca. Nilai yang terdapat dalam
cerpen ini adalah seperti:
1. Boleh membuat pertimbangan
2. Kebijaksanaan
3. Bercakap benar.
4. Kejujuran
5. Kerjasama dan tolong-menolong

Manakala pengajaran yang boleh didapati di dalam cerpen ini adalah:


1. Kita hendaklah bijak membuat pilihan dan berhati-hati dengan tipu helah orang lain.
2. Kita hendalah berfikir dengan bijaksana agar tidak enjadi mangsa penipuan.
3. Kita janganlah menipu orang lain demi kepentingan diri sendiri.
4. kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dalam segala perkara
5. Kita hendaklah saling bekerjasama dengan pihak berkuasa agar jenayah dapat dibenteras.

2.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya cerpen ini sangat menarik dan mudah difahami. Cerpen ini juga sesuai
dijadikan bahan bacaan semua lapisan masyarakat kerana nilai-nilai dan pengajaran yang terselit
di dalam cerpen ini boleh digunapakai oleh setiap orang. Pengarang bijak memilih bahasa serta
watak untuk cerpen ini yang menunjukkan betapa alfanya masyarakat golongan pertengahan
seperti kita yang mudah terjerat dengan penipuan, namun atas kebijaksanaan dan juga sikap
prihatin rakan-rakan serta pihak berkuasa, semuanya akan dapat diatasi dengan mudah. Paparan
jalan cerita yang ringkas dan bersahaja serta berperingkat-peringkat juga merupakan unsur
menarik di dalam cerpen ini.

ASIAH BINTI RAHIM 17


671214135398002

Anda mungkin juga menyukai