Anda di halaman 1dari 9

Syarat –Syarat Pertandingan

1. Nama:
Pertandingan ini dinamakan Karnival Indoor Hoki Lima (5) sebelah tertutup UPSI 2002.

Penganjur :
Kelab Hoki UPSI

2 Undang-undang permainan:
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Antarabangsa FIH dan peraturan
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan.

3. Pertandingan:
Pertandingan ini tertutup kepada semua pasukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris
yang ingin memasuki pertandingan tersebut.

4. Bayaran:
Bayaran masuk pertandingan ialah sebanyak RM16.00 (ENAM BELAS RINGGIT
SAHAJA) bagi setiap pasukan.

5.Pendaftaran:
Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja termasuk pemain
simpanan.

6. Kelayakan Penyertaan seorang pemain:

Pendaftaran pemain adalah tertutup seperti yang telah ditetapkan.


(Merujuk perkara 3)

Pendaftaran pemain adalah diwajibkan disertakan bersama nombor KAD


MATRIK setiap pemain yang hendak bermain.

Mana-mana pasukan yang menggunakan pemain yang tidak didaftarkan seperti


pendaftaran asal pasukan , maka pasukan tersebut akan didenda atau disingkirkan
dari pertandingan tanpa menunggu bantahan.(Rujuk 19.2)

7. Masa:

Semua perlawanan akan di jalankan selama 5 minit x 5 minit = 10 minit bagi tiap-
tiap separuh masa dengan rehat selama 3 minit.

8. Perlawanan:

Semua perlawanan akan dimulakan pada masa yang ditetapkan oleh


Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik. Sebarang pertukaran masa akan
diberitahu lebih awal kepada pasukan yang terlibat.

Hanya lima minit sahaja lanjutan masa tambahan daripada masa yang ditetapkan
akan diberi kepada pasukan-pasukan untuk hadir di dalam padang sebelum
perlawanan dimulakan. Jika gagal berbuat demikian, maka kemenangan akan diberi
kepada pasukan yang hadir di dalam padang. Ini tertakluk kepada undang-
undang ceraian 14.3 dengan jumlah 2 gol dan 3 mata.

9. Bilangan pemain:

Semua pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya empat (4) orang


pemain semasa hendak dimulakan perlawanan. Pasukan yang mengandungi kurang
daripada empat orang pemain akan dikira kalah dan diberi kemenangan percuma
kepada pasukan lawannya. Ini tertakluk kepada undang-undang ceraian 14.3.
Sekiranya kedua-dua pasukan mengandungi kurang daripada empat orang pemain
maka perlawanan akan ditunda dan kedua – dua pasukan akan didenda RM10.00.
10. Senarai nama pemain:

Ketua pasukan hendaklah meyerahkan satu senarai nama pemain tidak lebih
daripada 8 orang pemain serta dengan nombor baju yang dipakainya kepada
pengawai teknikal sepuluh minit sebelum perlawanan dimulakan. Ketua pasukan
hendaklah memakai ARM BAND.

11. Pertukaran:

Pertukaran di jalankan secara “rolling” sistem.

12. Tuan Rumah:

Pasukan yang namanya mula-mula tertulis didalam jadual pertandingan ialah menjadi
pasukan tuan rumah.

13. Jersi / alatan keselamatan:

Penganjur akan menyediakan bip untuk menggantikan jersi. Pemain diwajibkan


memakai “shin guard” atas tujuan keselamatan.

14. Format pertandingan:


Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan.
Jika pasukan melebihi 10 pasukan maka pihak penganjur akan mengadakan dua
kumpulan. Johan setiap kumpulan layak memasuki pertandingan akhir.

Tiga (3) mata akan diberi untuk setiap kemenangan dan satu mata untuk permainan
yang seri.

Perbezaan gol yang lebih (goal difference) akan dianggap sebagai pemenang.

Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang sama. (goal
difference is the same) pasukan yang menjaringkan bilangan terbanyak sekali
akan di anggap sebagai pemenang.

Sekiranya terdapat pasukan yang memperolehi bilangan gol yang sama , pasukan
yang kena (goal conceded) bilangan gol yang kurang akan di anggap sebagai
pemenang.

Jikalau kedua-dua pasukan memperolehi bilangan yang sama juga, (goal conceded
is the same) pasukan yang mengalahkan lawannya akan dianggap sebagai
pemenang.

Jika kedua-dua pasukan telah mencapai keputusan seri dalam pertandingan


mereka, keputusan muktamad akan diambil dengan penalti stroke 3 pemain secara
sudden death.

15. Sudden Death:

Jika perlawanan akhir berkesudahan seri selepas masa sebenar maka “MASA
TAMBAHAN” 3-1-3 MINIT akan diberikan. Dalam masa tambahan
ini,”PERATURAN SUDDEN DEATH” AKAN DIKUATKUASAKAN
yang mana perlawanan ini akan ditamatkan jika mana-mana pasukan
menjaringkan gol pertama. Jika kedudukan masih seri tanpa jaringan gol maka
“SISTEM PENALTI STROKE” hendaklah dijalankan bagi menentukan
“MENANG KALAH” pasukan tersebut.
Jumlah penalti stroke ialah 3 untuk setiap pasukan. Jika keputusan kekal maka
penalti stroke sudden death akan dijalankan.

16. Jadual Pertandingan:

Jadual pertandingan akan disusun oleh Jawatankuasa Pertandingan dan akan


disebarkan kepada pasukan-pasukan yang berkenaan. Jawatankuasa
Pertandingan akan menentukan masa setiap perlawanan dan berhak membuat
pindaan kepada jadual tersebut pada bila-bila masa sekiranya didapati perlu.
Pasukan yang gagal bermain dengan alasan tidak menerima Jadual Pertandingan
tidak akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa. Pasukan-pasukan adalah
bertanggungjawab sendiri untuk mendapatkan jadual tersebut.

17. Permohonan Penangguhan:

Jawatankuasa berhak untuk menangguh atau meminda mana-mana perlawanan


tanpa memberi sebarang alasan.

18. Perlawanan Yang Ditunda Dan Dihentikan:

Sekiranya pengadil berpendapat padang tidak sesuai untuk permainan


disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal lain yang tidak dijangkakan
maka perlawanan tersebut akan dihentikan dan Jawatankuasa Pertandingan
akan menetapkan tarikh / masa yang lain untuk perlawanan yang ditangguhkan
itu.
Jika perlawanan ditangguhkan sebelum separuh masa pertama
permainan ditamatkan maka perlawanan semula akan diadakan dengan
tidak mengambilkira apa-apa keputusan yang berlaku.

Jika perlawanan ditangguhkan selepas separuh masa kedua


berlangsung maka keputusan perlawanan semasa kekal.
19. Lembaga Tatatertib:

Sistem mata demerit akan dijalankan untuk dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

Kad Kuning - 3 mata


Kad Merah - 8 mata

Tindakan tatatertib akan diambil berdasarkan system mata demerit.

6 mata - Penggantungan 1 perlawanan


8 mata - Penggantungan 2 perlawanan
14 mata - Penggantungan 3 perlawanan

20. Bantahan:

Segala bantahan yang berkaitan dengan perlawanan hendaklah dibuat dengan


bersurat selewat-lewatnya 10 minit selepas perlawanan untuk pertandingan awal
dan akhir selepas permainan tamat. Rayuan hendaklah disampaikan kepada
Pengerusi Jawatankuasa Bantahan/Rayuan beserta dengan ‘WANG
BANTAHAN’ tunai sebanyak RM 20.00 selepas perlawanan tersebut. Wang itu
akan dikembalikan sebanyak 70% jika benar bantahannya dan jika tidak, wang
tersebut tidak akan dikembalikan. Keputusan Jawatankuasa Bantahan/Rayuan
adalah muktamad.

22. Kuasa Jawatankuasa:

Jawatankuasa adalah berkuasa bagi mentafsirkan Undang-undang kecil yang


tidak tercatat. Semua keputusan dan ketetapan oleh Jawatankuasa adalah
muktamad dan tidak lagi tertakluk kepada apa-apa rayuan, pengadilan atau dalam
hal lain.

23. Pindaan:

Pindaan atau tambahan kepada undang-undang kecil tidak boleh dibuat


melainkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan ini.

24. Hal-hal lain Yang tidak Diperuntukkan:

Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini tidak layak untuk


membuat tuntutan gantirugi dan sebagainya dimana-mana mahkamah sekalipun
jika berlaku sebarang kemalangan sebelum semasa dan selepas pertandingan.

Segala hal yang tidak diperuntukkan dibawah peraturan-peraturan ini


atau soal perbezaan taksiran mengenai peraturan ini hendaklah diambil
tindakan oleh Jawatankuasa yang keputusannya adalah muktamad.

Jawatankuasa Rayuan

Jawatankuasa rayuan terdiri daripada :


a) Pengarah Pertandingan
b) Ketua Pengadil
c) Dua orang pengurus yang tidak terlibat.

Pertandingan Hoki “Indoor”(Ubahsuai)


Perkara yang berbeza dari undang-undang hoki.

1. Pasukan dan jumlah masa permainan

(i) 2 pasukan mengandungi 8 orang pemain setiap satu. Sewaktu perlawanan setiap
pasukan mesti mempunyai
minimum - 4 orang pemain
maksimum - 5 orang pemain

(ii) Pertukaran pemain hanya dibenarkan apabila


a) gol dijaringkan atau melintasi garisan belakang,
b) rehat
c) pemain tercedera

(iii) Jumlah masa permainan - 2 bahagian masa yang sama


selama 5 minit setiap satu.5–3-5
(Masa dihentikan apabila bola
keluar padang permainan)
penalti stroke dan penalti corner
ditamatkan (rehat/masa penuh tamat)

* Melanggar undang – undang diatas – P.C terhadap pasukan terbabit

2. Kapten – Tiada perubahan

3. Pengadil dan penjaga masa

(i) Sewaktu penalti corner, pengadil yang bertanggungjawab akan dibantu oleh rakannya
yang akan hanya meniup apabila jelas ternampak kesalahan dilakukan oleh penyerang.
(ii) Permainan advantej digalakkan namun permainan bahaya menggunakan kayu, badan
atau sebagainya perlu diambil tindakan.
(iii) Penalti stroke bermakna masa dihentikan.

4. Bangku pemain simpanan


Jumlah orang yang dibenarkan berada di bangku pemain simpanan
- maksima 4 orang pemain
- Maksima 2 orang pegawai pasukan.

Semua peralatan perlu diletakkan di belakang kerusi pemain simpanan.

5. Permulaan permainan dan memulakan semula permainan.

* Permulaan - pihak lawan berada 3 meter dari bola

* Buli - Semua pemain yang tidak mengambil buli mesti


berada sekurang-kurangnya 3 meter dari tempat buli.

Berlaku kekalutan dalam D maka buli diadakan di luar D bertentangan garisan tengah
gol.

6. Menjaringkan gol

Hanya tolakan dan menceduk yang tidak merbahaya untuk menjaringkan gol sahaja
dibenarkan.

7. Salahlaku permainan

(i) Pemain tidak dibenarkan memukul bola.


(ii) Pemain tidak dibenarkan baring di atas padang sewaktu permainan.
(iii) Pemain tidak dibenarkan berada dalam kawasan kecil gol pada sepanjang masa.

* Penalti

(i) Kesalahan yang disengajakan dalam kawasan sendiri – P.C untuk penyerang.
(ii) Kesalahan dalam D – P.C atau P.S jika kesalahan disengajakan
(iii) Kad kuning – Tidak kurang dari 2 minit dan tidak lebih dari 5 minit.
(iv) Jika pemain simpanan dikenakan kad kuning maka salah seorang pemain di dalam
padang permainan perlu dikeluarkan dan tidak boleh digantikan. Ia hanya boleh
dimasukkan semula bila masa penggantungan tamat.
(v) Kad merah (permainan semasa) – Sama seperti kad kuning tetapi pasukan akan
menamatkan permainan dengan kekurangan seorang pemain.

8. Tolakan percuma

• di mana sahaja kawasan permainan – pihak lawan berada sejauh 3 meter dari tempat
tolakan.
• Dalam jarak 3 meter dari D untuk penyerang – semua pemain mesti berada dalam jarak 3
meter dari bola,
• Jika kesalahan berlaku dalam D oleh penyerang – tolakan boleh diambil dari dalam D.
• Melambatkan masa permainan- P.C jika diluar D.
• Sewaktu P.C – bola mesti dimatikan seketika (dalam atau luar D) sebelum cubaan
menjaringkan gol dibenarkan.
• Jika bola melintasi garisan tengah maka undang-undang P.C tamat.

9. Penalti Stroke-Ubahsuai

(i) P.S boleh dikenakan jika pemain terbabit melakukan kesalahan serius
dengan sengaja atau tidak bersemangat kesukanan dimana sahaja
dalam padang permainan.

(ii) Sewaktu P.S – hanya tolakan sahaja dibenarkan. Kedudukan sama seperti permainan
padang biasa.
(iii) Tidak dibenarkan mengheret bola sewaktu P.S.
(iv) Jika tiada gol maka tolakan percuma untuk pertahanan.

10. Bola diluar padang permainan

(A) Keluar garisan tepi

(i) dimana sahaja – tolakan dikawasan bola keluar


(ii) Berhampiran D – Semua pemain mesti berada 3 meter jauh dari bola kecuali pemain
yang mengambil tolakan.

(B) Keluar garisan gol atau garisan belakang

(i) Oleh penyerang atau secara tidak sengaja oleh pertahanan – tolakan percuma untuk
pihak pertahanan.
(ii) Secara sengaja oleh pertahanan – dari mana–mana bahagian padang maka P.C akan
diberikan.

http://www.geocities.com/upsikarnivalsukan/
(c) copyright Allright Reserve 2002
karnivalsukan@hotmail.com
gomogi30@hotmail.com