P. 1
contoh ucapan / kata alu-aluan pengerusi untuk majalh sekolah / karangan

contoh ucapan / kata alu-aluan pengerusi untuk majalh sekolah / karangan

|Views: 2,841|Likes:
Dipublikasikan oleh Mahfuzah Atan

More info:

Published by: Mahfuzah Atan on Nov 22, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as ODT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/22/2013

pdf

text

original

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurniaNya, Anjung Sentosa berjaya diterbitkan buat kali ke sembilan, mendekati usia satu dekad. Jutaan tahniah dan syabas buat seisi warga kerja Sidang Redaksi kerana tidak putus menghulur seribu satu informasi, tidak dilupakan, imejan yang memberi perspektif bersih terhadap setiap satu mata yang memandang, setiap telinga yang mendengar dan setiap lidah yang bertutur. Ucapan terima kasih juga saya titipkan atas kesempatan berharga yang diberi pihak Sidang Redaksi untuk saya mencoretkan setitis tinta buat Anjung Sentosa yang menjadi wadah pencerna minda warga SMKBS. Ledakan revolusi pimpinan saudara Chan Yong Zhen pada tahun 2009, saya akui, memberi impak besar terhadap pengisian aktiviti Pengawas Pusat Sumber Sekolah pada tahun ini. Walaubagaimanapun, hal ini tidak mungkin saya jadikan sebagai andas apabila saya gagal untuk menjadi lebih cemerlang. Malahan hal ini menjadi salah satu titik tolak supaya lebih berusaha, optimis serta berkeyakinan untuk mengemudi bahtera yang juga diibaratkan sebagai umanat besar daripada guru-guru PSS seperti Pn Rofidah Ibrahim, Pn Hazlinda Jahruddin, Puan Haniza Jamal dan Pn Ismaniza Isa yang meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap kebolehan saya untuk memimpin. Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap seorang ahli jawatankuasa yang dilantik sememangnya saya kagumi dan mereka akan kekal dalam sanubari sebagai tenaga kerja yang sentiasa dipandang tinggi. Saya berasa cukup bertuah kerana pada tahun ini, saya 'dijodohkan' dengan insan-insan yang hebat-hebat belaka, yang tidak mampu saya nafikan, banyak memberi sumbangan dalam setiap aktiviti yang berjaya disempurnakan terutamanya Minggu PSS 2010 dan Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS 2010. Mereka, tidak lain dan tidak bukan adalah warga Pengawas PSS bagi sesi 2010. Api dalam gelas, Sayang selasih berisi minyak; Budi bertiga tidak terbalas, Terima kasih banyak-banyak. Dengan satu tekad, supaya badan pengawas PSS menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, setiap kata, setiap dusta, setiap cerca saya tolak ketepi, seperti kata pepatah, mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk. Namun, diri yang penuh cacat, cela dan noda ini sentiasa melakukan kesilapan, menggores hati dan perasaan. Saya berharap agar segala memoir yang tersimpan, biarlah yang muluk-muluk, dan bukan yang buruk-buruk. Janganlah sehingga ada yang benci dendam, kelak menarik muka masam. Justeru, atas kesempatan ini, saya memohon sepuluh jari, memohon maaf atas lisan yang tidak terjaga, tutur yang mencoret luka dan perbuatan yang mengundang duka. Akhirulkalam, selaku Pengerusi Pengawas PSS bagi sesi 2010, saya berharap agar PSS yang bertindak sebagai gedung ilmiah dimanfaatkan sepenuhnya terutama sekali sebagai sumber bagi mendapatkan bahan bacaan penuh kemaslahatan. Jadikan membaca satu budaya, sejajar dengan seruan kerajaan iaitu Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. “Bacalah, dan Tuhanmu yang amat pemurah, yang mengajar manusia melalui pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui.” (surah Al 'Alaq ayat 3, 4 dan 5) Ingat puan ingat selasih, Ingati kembagau berambu-rambu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->