Anda di halaman 1dari 24

BLUE DEATH SCREEN DAN KAEDAH BAIK PULIH

BLUE DEATH SCREEN

Ketika menggunakan Windows XP, ia mungkin tiba-tiba lumpuh, terhenti atau diganggu oleh skrin warna biru. Gangguan ini
merupakan ralat terhenti yang dipanggil Blue Screen of Death (BSOD) atau Stop Error. Pada skrin tersebut juga, lazimnya anda
dapat melihat penjelasan teknikal berkaitan masalah yang mungkin dihadapi. Sebagai pengguna, anda juga perlu tahu beberapa
puncanya seperti yang tersenarai di bawah ini.* Ralat perisian ketika operasi Windows. Perisian atau driver peranti yang
dipasang dalam PC mungkin memiliki ralat atau masalah yang menyebabkan ralat terhenti, secara tetap atau dalam keadaan
tertentu.

* Ralat perkakasan semasa Windows beroperasi.

Jika peranti gagal berfungsi atau ditanggalkan ketika Windows beroperasi, atau perkakasan tidak menyokong sepenuhnya
Windows XP, maka ralat terhenti bagi perkakasan akan berlaku. Selain itu, maklumat BIOS yang sudah lapuk mungkin juga
puncanya.

* Ralat pemasangan.

Proses pemasangan Windows XP merupakan tempoh yang paling sensitif terhadap masalah ralat perkakasan dan cakera. Jika ada
masalah yang melibatkan konfigurasi perkakasan PC atau media yang digunakan untuk memasang Windows XP, maka ralat
terhenti mungkin akan berlaku.

* Ralat ketika Windows dimulakan.

Fail sistem rosak dan ralat perkakasan atau driver, semuanya boleh menyebabkan Windows XP memaparkan ralat terhenti dan
gagal dibutkan dengan betul. Masalah ralat seperti ini lazimnya perlu ditangani terlebih dahulu sebelum Windows boleh
dimuatkan dengan betul.

* Ralat secara berselang seli.

Ralat terhenti jenis ini adalah yang paling tidak digemari, kerana ia muncul secara tetap dan kadangkala secara rawak. Besar
kemungkinan puncanya ialah kecacatan pada memori sistem, pemproses yang terlalu panas, pemacu keras rosak atau kerosakan
perisian atau driver peranti.

* Ralat DLL yang tidak serasi.

Windows memuatkan DLL ke dalam memori apabila ia diperlukan oleh sesebuah aplikasi. Jika versinya berubah, maka di lain
ketika aplikasi memuatkan DLL ini, ia mungkin berbeza daripada apa yang dijangka oleh aplikasi tersebut. Masalah ini juga
boleh menyebabkan ralat.

Menangani masalah BSOD

Sungguhpun Windows XP dianggap lebih stabil berbanding Windows sebelumnya, namun ralat tetap ada. Contohnya, masalah
tidak serasi meningkat dari masa ke semasa apabila semakin banyak perisian-perisian baru dipasang pada sistem. Ini adalah satu
sebab utama kenapa Windows yang baru dipasang lebih stabil daripada Windows yang sudah lama digunakan. Punca lain ialah
masalah memori, driver dan lain-lain lagi.

Jika ia melibatkan driver kad grafik yang sudah lapuk, ia perlulah dikemas kini. Selepas memindah terima driver baru, butkan
sistem ke dalam “safe mode” beberapa kali. Arahkan PC masuk ke dalam mod tersebut dengan menekan kunci F5 beberapa kali
apabila muncul paparan “Starting Windows…” Safe mode ini akan menghalang PC dari mengakses komponen yang terdedah
kepada kerosakan seperti rangkaian dan video.

Jika anda tidak boleh menghasilkan ralat dalam safe mode, maka driver peranti mungkin punca sebenarnya. Dengan mematikan
satu komponen pada satu masa dan menguji sehingga anda pasti peranti manakah yang menyebabkan kegagalan, anda
sepatutnya boleh menjejak kembali ralat tersebut. Jika tugas penyiasatan ini tidak berhasil juga, atau jika ralat masih ada, anda
boleh mula melihat pada RAM dan pengurusan memori.

Disebabkan ada pelbagai kemungkinan berlakunya kelumpuhan dan ralat terhenti, maka adalah sukar untuk Windows
menampilkan set arahan yang lengkap untuk setiap kemungkinan BSOD. Sesetengah tapak web dalam internet ada
menyenaraikan ralat terhenti yang dikenal pasti dan beberapa penyelesaian sesuai. Anda yang berminat boleh merujuknya untuk
mencari penyelesaian. Gunakan enjian carian untuk menjejakinya.

1
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

Langkah 1 :

Buat backup semua data yang penting sebelum operasi format dilakukan. Selepas format, semua data yang ada dalam drive
tersebut akan hilang. Oleh itu, backup adalah penting. Sama ada ke partition lain dalam hard disk atau pendrive anda.

Langkah 2:

Sekarang ready untuk formatkan PC anda.


Langkah seterusnya akan memformat pc anda sepenuhnya. Sebelum itu, pastikan anda mempunyai CD Windows XP yang
original yang terdapat di pasaran

Langkah 3:

Sekarang offkan pc anda. Sekarang ready untuk format : 'On'kan semula pc anda. Sebaik sahaja pc anda start, masukkan CD
Windows XP ke dalam CD/ DVD drive anda. Tunggu sehingga keluar arahan "Press any key to boot from CD..". (Jika arahan
tidak keluar kemungkinan komputer anda tidak di seting CD ROM sebagai first drive. Untuk mengatasinya, restart semula
komputer dan masuk BIOS mode dengan menekan kekunci yang sepatutnya. Kemudian cari setting Boot Order untuk BIOS
komputer anda dan pilih CDROM sebagai Boot yang pertama. Sekarang save dan exit BIOS. Mulakan langkah 3 semula.)

Langkah 4:

Nanti akan kuar skrin biru.. Biarkan windows anda begitu. Itu tandanya ia sedang loading file. Sehingga kuar mesej beberapa
option, pilih “Press ENTER to set up Windows XP.”

Langkah 5:

Akan keluar "Licence agreement". Tekan F8 untuk teruskan intallation.

Langkah 6:

Jika anda ada install windows xp sebelum ini, akan kuar mesej untuk Repair dengan menekan "R". Tapi saya cadangkan jangan
tekan kerna ia cuma overwrite windows yang ada dan bukan format seperti biasa. jadi tekan "Esc".

Langkah 7 :

(Abaikan langkah 7 jika hard disk anda adalah hard disk baru.)
Di sini anda dapat lihat partition yang ada dalam komputer anda. Pilih partition yng mengandungi OS, selalunya C:, dan tekan
"L" untuk delete partition. Skrin seterusnya membawa anda untuk pengesahan delete partition tersebut. Tekan kekunci yang
mana berkenaan untuk YES. (Saya x ingat.. huhu..)

Langkah 8 :
Sekarang partition C anda adalah Unpartitional space. Tekan Enter untuk install. Seterusnya, pilih "Format the partition using the
NTFS file system".

Langkah 9 :

Hard disk anda akan diformat. Kemudian komputer anda akan di restart. Perhatian: Apabila komputer anda restart, jangan tekan
apa apa kekunci semasa keluar : Press any m CD..". Installation sebenarnya belum tamat lagi. Kemudian windows installation
seperti biasa.

Langkah 10 :

Pada suatu ketika, installation akan kuar "Regional and Language Options". Klik customize dan pilih location : Malaysia.
Kemudian, klik "Next". key to boot froakan teruskan

Langkah 11 :

Letak nama anda dan organisasi. Apapa pun boleh. Langkah 12 : Masukkan Windows XP serial number. Ia terdapat pada kotak
CD anda. (Atau atas kertascasing cd jika bukan yang ori..) Langkah 13: Namakan komputer anda. Letakkan password pada
administrator jika perlu. Sayacadangkan tidak perlu jika komputer tersebut adalah komputer public di rumah.
2
Langkah 14:

Pilih masa dan tarikh. Pastikan Time Zone anda tepat juga iaitu Malaysia/Kuala Lumpur :GMT+0800.

Langkah 15:

Untuk setting Network cuma pilih Typical Setting dan klik Next untuk windowsseterusnya.

Langkah 16:

Installation akan diteruskan. Kemudian komputer akan restart semula. Wizard untuk activate windows akan keluar. Pada masa
ini, cuma pilih "Skip" sahaja. Kemudian pilih NO untuk register pada website microsoft.

Langkah 17 :

Tahniah! Anda baru sahaja berjaya menginstall windows XP. Jangan lupa selepas anda berjaya masuk ke komputer terdpat
beberapa perkara lagi yanganda kena lakukan seperti : • activate windows anda (jika original Windows XP). • install
motherboard driver dan graphic card driver (jika pakai) serta lain2 driver yang perlu • install antivirus • install ms office (penting
untuk anda menaip) • install software2 lain yang berkaitan seperti WinAmp, WinZip, WinRar, Audio ngan viseo codec dan lain2
lagi.

[Astronomi_Malaysia] TIPS KOMPUTER

HELMY
Mon, 19 Dec 2005 00:50:10 -0800

*TIPS KOMPUTER*

*JALAN PINTAS MEMBACA FLOOPY DISK *

Apabila anda ingin melihat kandungan data di dalam cakera liut (Floopy
Disk), adakah anda akan membuka "My Computer" atau pun "Window Explorer"
kemudian klik dua kali pada ikon pemacu disk? Anda boleh memudahkan tugas
ini dengan hanya melakukan sekali "double click" sahaja. Buat satu jalan
pintas "shortcut" pada "desktop" anda. Dari situ, anda boleh melihat
kandungan cakera liut hanya dengan melakukan klik dua kali pada "shortcut"
tersebut.
Untuk membuat "shortcut" bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut
di dalam "My Computer" ataupun "Window Explorer". Klik kanan pada gambar
ikon ini, tarik ia keluar ke "desktop" dan lepaskannya. Apabila menu "pop
up" keluar, pilih "Create Shortcut(s) Here". Kemudian, namakan "shortcut"
ini kepada nama yang sesuai seperti "Floopy Drive A". Cuba jalan pintas ini
dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar
ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada "screen".

*MENGELAKKAN DARIPADA MENAIP SEMASA "CAPS LOCK" ON *

Anda boleh mencipta bunyi amaran sebagai tanda anda telah mengaktifkan
kekunci "CAPS LOCK". Untuk melakukan ini:
1. Klik pada butang Start>Settings>Control Panel.
2. Klik dua kali pada pilihan "Accessibility Options".
3. Pada bahagian "Keyboard", tandakan kekotak "Use ToggleKeys".
4. Klik pada bahagian "General".
5. Di dalam pilihan "Automatic reset", buangkan tanda kekotak "Turn off

3
accessibility features".
6. Klik OK.
Sekarang, apabila kekunci CAPS LOCK, NUM LOCK ataupun SCROLL LOCK
diaktifkan, komputer akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi beep.
Komputer akan mengeluarkan nada bunyi yang agak rendah semasa kekunci
dilepaskan. Mendengar nada bunyi beep yang agak tinggi akan membantu anda
untuk berhenti daripada menaip kerana terdapat kesilapan.

*MENYEMBUNYIKAN "TASKBAR" *
**
Untuk memaksimumkan ruang penglihatan anda, anda boleh tetapkan "properties"
bagi "taskbar" kepada "Auto Hide".
1. Klik butang Start>Settings>Taskbar.
2. Pilih "Auto hide" dan klik OK.
"Taskbar" akan hanya muncul sekiranya anda menggerakkan penunjuk pada
bahagian hujung "screen" dimana anda menyorokkannya. Anda juga boleh
memanggil kembali "taskbar" dan "Star menu" dengan menggunakan kekunci CTRL
+ ESC

*CARA-CARA UNTUK PERGI KE WINDOWS EXPLORER *

Cara pertama, klik bebutang Start dan pilih Programs. Seterusnya pilih
Windows Explorer.
Cara kedua, klik ikon My Computer dua kali sambil menekan kekunci Shift.
Cara ketiga, pergi kepada sisi tetingkap fail dan klik dua kali sambil
menekan kekunci Shift.

*PADAM FAIL SECARA TERUS *


**
Biasanya jika anda membuang fail ia akan tersimpan di dalam Recycle Bin.
Jika anda mahu membuangnya terus, klik fail terus dan bawa ke Recycle Bin
sambil menekan kekunci Shift. Atau tekan Shift dan Delete serentak setelah
memilih fail yang hendak dibuang.

*MENCETAK FAIL CARA PANTAS *


**
Cara yang mudah untuk mencetak sesebuah dokumen tanpa membukanya ialah
dengan membuka Explorer dan klik serta bawa fail tersebut kepada ikon
Printer.

*MENGOSONGKAN MENU DOKUMENT *


**
Untuk mengosongkan menu Documents, klik bebutang kanan pada Taskbar dan
pilih Properties. Seterusnya pilih Start Menu Program dan klik butang Clear
dan Documents Menu. Kemudian klik OK.

*MULAKAN KOMPUTER DARI DOS PROMPT *


**
Jika anda tidak mahu memulakan komputer anda dengan Windows 95, tekan
kekunci untuk memulakan komputer dari DOS.(jika komputer anda pernah
menggunakkan DOS)

*BUKA FAIL CARA CEPAT *


**
Jika anda telah membuka WordPad atau Word 7.0, anda hanya perlu membuka
Explorer dan pilih fail teks yang anda mahu buka. Klik fail tersebut dan
tanpa lepas gerakan fail tersebut kepada "title bar" WordPad atau Word 7.0.
Fail tersebut akan terbuka.

*MEMBERSIHKAN SKRIN *
**
Untuk membersihkan skrin daripada ikon yang tidak digunakan contohnya
Microsoft Network dan My Briefcase, klik ikon tersebut dan bawa ikon
tersebut kepada ikon Recycle Bin.
4
*PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG FAIL *
**
Setiap fail yang wujud di dalam komputer mempunyai sifat-sifat berikut yang
perlu anda ketahui.
1. Nama fail tersebut. Cth: user.dat
2. Saiz fail tersebut.Cth: 145kb
3. Waktu fail tersebut dibina. Cth:10.45AM
4. Tarikh fail tersebut dibina. Cth:10/12/98
5. "Attribute" Cth: Read Only, Hidden, Archieve, System.

*SIMPAN FAIL FORMAT "PDF" *


**
Sekiranya anda cuba melakukan "left click" pada fail yang mempunyai
sambungan PDF, Acrobat Readers akan membukakannya untuk anda.
Walaubagaimanapun, ia hanya akan membenarkan anda membaca dan mencetaknya
tetapi tidak membenarkan anda menyimpannya. Penyelesaiannya adalah dengan
"right click" pada "link" dan pilih "Save TargetAs"

*BUKU ALAMAT DALAM PERJALANAN *


**
Sekiranya anda sering mengembara, saya ingin mencadangkan supaya anda
mengeksport buku alamat kepada format fail teks. Dengan cara ini, anda boleh
membawa bersama maklumat buku alamat ke dalam sekeping disket dan tidak
perlu bimbang kerana tidak dapat membacanya kerana semua komputer mempunyai
perisian Notepad. Carannya amat mudah. Masukkan sekeping disket kosong
kedalam pemacu A. Buka Buku Alamat "Address Book" pilih
File>Go>Eksport>Address Book. Apabila kotak dialog "Export" dibuka, pilih
"Textfile" (Comma Separated Values). Klik pada Eksport dan masukkan nama
fail. Contohnya A:\alamat.txt Klik "Next" dan pilih medan yang ingin
dieksport. Setelah anda membuat pilihan. Klik "Finish". Kembali kepada kotak
dialog. Klik "Close" untuk menyimpan perubahan yang anda telah lakukan dan
tutup kotak dialog.

*TASKBAR PROPERTIES *

Untuk membuka kotak dialog bagi "Taskbar" cara cepat, anda hanya perlu
"right click" pada ruangan kosong pada "taskbar" dan pilih "Properties".

*"DRAG & DROP" BAGI MEMPERKEMASKAN "START MENU" ANDA *


**
di dalam Windows 98, lebih mudah untuk anda bagi memindahkah "programs",
"shortcuts" dan "favourites". Hanya klik pada butang "Start" dan "highlight"
"Programs", "Favourites" ataupun "Dokuments". Klik dan lepaskan "Item" yang
anda ingin pindahkan ke lokasi yang baru. Anda juga boleh memindahkan "item"
daripada "submenu" ke lokasi yang lebih atas untuk capaian yang lebih
pantas.

*"DRAG AND DROP TASKBAR" *


Samaada anda tahu atau tidak, anda boleh meletakkan "taskbar" anda kemana
sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada "taskbar" tersebut tanpa
melepaskannya, kemudian tarik dan lepaskan ke lokasi baru yang anda
kehendaki.

*MEMBINA "TOOLBAR" ANDA SENDIRI PADA "TASKBAR" *


**
Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada "toolbar". Hnaya dengan
sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan. Untuk membina "toolbar" anda
sendiri:
1. "Right click" pada mana-mana ruangan kosong pada "taskbar".
2. Klik pada "toolbar" dan pilih "new toolbar".
3. Klik pada "folder" anda mahu jadikan sebagai "toolbar" dan klik "OK"
Setelah anda selesai membina "toolbar", anda boleh klik dan lepaskan ke
mana-mana lokasi pada "desktop"
5
*MEMILIH TEKS TERTENTU DI DALAM MICROSOFT WORD *
**
Sekiranya anda perlu untuk memilih lebih banyak teks selain daripada yang
anda perlukan. Anda boleh mencuba cara berikut. Klik pada permulaan teks
yang ingin dipilih. Tekan butang F8, kemudian gunakan kunci anak panah untuk
memilih perkataan yang diingini. Apabila telah selesai, tekan butang Esc
untuk menamatkan pilihan.
Untuk memilih keseluruhan muka surat. Anda perlu klik pada bahagian teratas
halaman (atau mana-mana bahagian yang anda kehendaki) tekan F8, kemudian
tekah Ctrl+G. Apabila kotak tetingkap "Find And Replace" muncul, pilih
"page" dan klik "next". Setelah anda memilih muka surat tersebut. Klik Esc
untuk menutup kotak dialog dan kemudian klik Esc lagi untuk menamatkan
pilihan.
Klik Sekali
Jika anda menggunakan Windows 98 anda boleh menggunakan kemudahan klik
sekali. Dengan cara ini, anda tidak perlu klik dua kali untuk melakukan
sebarang operasi. Caranya ialah dengan membuka Windows Explorer>view>folder
options>General>WebStyle>apply.
Tambah File Ke Dalam "Start Menu"
Caranya cukup mudah, gunakan Internet Explorer, pilih nama fail yang
dikehendaki dan lepaskan kedalam "Start Menu".

*MEMILIH MODEM*

Modem adalah singkatan kepada modulator-demodulator iaitu alat yang


digunakan untuk menghantar dan menerima data dari sesebuah PC ke sesebuah PC
yang lain melalui talian telefon. Data ini disimpan secara digital manakala
talian telefon pula menggunakan sistem data analog. Modem adalah alat untuk
menukar data dari bentuk digital ke analog dan sebaliknya. Dengan adanya
modem, pengguna PC dapat menghubungi dunia internet sambil meraih segala
jenis maklumat yang disediakan dilamanlama web diserata dunia.

Terdapat berbagai jenis modem dipasaran sekarang ini dengan berbagai jenis
jenama. Tapi macamana pengguna nak tahu jenis modem untuk dibeli? Ruangan
ini akan menjelaskan secara mudah dan ringkas, tanpa menggunakan banyak
sangat terma-terma teknikal yang akan memeningkan kepala pengguna, cara-cara
untuk mendapatkan modem yang bersesuaian serta menafaatkan pengguna semua.
Jenis Modem
Bila kita ke kedai PC untuk mendapatkan sebuah modem, berbagai jenama modem
akan diperkenalkan kepada pengguna dimana pengguna mendapati sukar untuk
membuat keputusan kerana tidak faham bagaimana kebaikan atau keburukan
sesuatu modem itu didasarkan. Pada kebiasaannya, terdapat dua jenis modem
yang selalu dijual dikedai-kedai PC iaitu jenis modem dipasang didalam PC
(internal modem) dan modem dipasang diluar (external modem). Selalunya,
pekedai akan menanya pengguna jenis modem apa yang diperlukan.
Internal Modem
"Internal Modem", iaitu modem berjenis kad sirkit digunakan dengan memasang
atau melekatkannya pada litar PCI. Litar PCI ini didapati pada kebanyakn PC
sekarang dimana ianya khas digunakan untuk menampung penambahan kad-kad
assesori pada PC seperti 'sound card', 'graphic card' dan sebagainya.
Kebiasaannya, moden internal ini juga dikenali sebagai PCI modem. Modem
berjenis ini adalah lebih murah kerana buatannya adalah lebih ringkas tanpa
memerlukan kotak. Ia senang dipasang tanpa memerlukan kabel.
Terdapat dua jenis modem seperti ini iaitu 'software modem" dan "hardware
modem". "Software modem" ini adalah modem yang menggunakan perisian khas
untuk menjanakan sistem processor PC bagi menjalankan fungsi modem tersebut.
"Hardware modem" pula menggunakan perkakasannya sendiri untuk menjalankan
modemnya. Jadi disini adalah jelas bahawa 'hardware modem" adalah lebih baik
disebabkkan ia tidak mengganggu sumber sistem prosessor PC bila modem
berjalan. Walaubagaimanapun, kedua-dua modem jenis ini adalah lebih mudah
disambar petir berbandingkan dengan "external modem".

6
Modem Internal
Harga bagi "internal modem" dipasaran sekarang ini adalah disekitar RM60 -
RM90.
External modem
Modem jenis ini biasanya dipasarkan dalam bentuk kotak dalam pelbagai rupa.
Ada yang segiempat, bulat, berbentuk telur dan macam-macam lagi. Modem jenis
ini biasanya dihubungi melalui kabel ke port COM1, COM2 atau port lain yang
bersesuaian di PC. Modem external adalah lebih mahal tapi tidak mudah
disambar petir kalau dibandingkan dengan 'internal modem'. External modem
adalah lebih baik kerana ianya menggunakan perkakasannya sendiri untuk
menjalankan modem fungsi modem tersebut tidak seperti 'software modem' yang
lain. Dengan ini, perpindahan data melalui internet adalah lebih cepat.
External modem juga dibekalakn dengan fungsi lampu yang dapat menunjukkan
proses perjalanan modem tersebut.

Modem External
Harga bagi "extenal modem" dipasaran sekarang ini adalah disekitar RM170 -
RM350
Bagaimana Memilih Modem
Memilih modem bergantung kepada faktor-faktor berikut :-
a) Budget
b) Pemakaiaan
c) Kelajauan
Budget
Walaupun ada modem yang lebih baik dari yang lain, tidak bermakna modem yang
lain tersebut tidak boleh digunakan. Modem dalaman yang berjenis software
modem adalah modem yang termurah iaitu disekitar RM70. Biasanya, bila kita
membeli barangan yang murah, kita terpaksa berpuashati dengan hadnya ianya
dapat berfungsi. Kebanyakan modem yang murah mengambil masa yang lambat
untuk mendapat 'connection' serta tidak memberi kepuasan layaran yang
diharapkan.
Pemakaian
Pengguna juga perlu tahu kenapa modem diperlukan. Sekiranya modem yang
hendak dibeli digunakan untuk penghantaran dan menerima data digital bagi
kerja-kerja khusus, downloading dan uploading, modem yang lebih laju
'connection speednya' adalah lebih sesuai. Modem ini adalah lebih mahal
tetapi memberi pulangan yang baik.
Kelajuan
Bila kita bercakap tentang kecepatan atau kelajuan modem, biasanya ia
bermakna keupayaan modem menghantar dan menerima data melalui talian
telefon. Modem yang lebih mahal mempunyai perkakasan serta perisian yang
baik untuk mempercepatkan proses pemindahan data melalui talian tersebut.
Bersesuaian dengan ini juga, ia juga mempunyai fungsi untuk bertindak
sebagai 'fax modem' serta mempunyai keupayaan suara. Pada masa ini, kelajuan
yang paling tinggi dapat diterima oleh modem biasa melalui talian telefon
adalah 56,600 bit sesaat (56kbs). Ini berbeza dengan modem ISDN dan DSL
dimana tahap komunikasi adalah lebih tinggi (diantara 64kbs - 128kbs)
disebabkan ianya menggunakan talian optik fiber.
Adalah menjadi kepercayaan bahawa talian telefon biasa hanya dapat memindah
data pada kelajuan maksima 33.6 kilobit sesaat (kbs) sahaja melalui dawai
tembaga. Tetapi dengan terciptanya satu teknologi baru yang dinamakan
K56Flex, data melalui talian telefon tembaga ini dapat dipindahkan sehingga
kelajuan 56kbs. Dengan ini, wujudlah sekarang apa yang dikenali sebagai
K56Flex V.90 Modem yang dijual dikedai-kedai PC. V.90 adalah protokol dimana
sesuatu modem perlu ada untuk mencapai tahap pemindahan selaju 56kbs
Walaubagaimanapun, kelajuan ini hanya dapat dicapai sekiranya hos server
menggunakan modem jenis yang sama. tidak ada makna sekiranya pengguna yang
menggunakan modem yang berkelajuan 56kbs cuba untuk mencapai data pada
kelajuan yang sama dari server yang hanya menggunakan modem 28.8kbs untuk
penghantaran maklumat. Dibawah adalah senarai kelajuan modem yang
menggunakan protokol pemindahan yang berbeza.
Protokol Kadar Transmisi Maksima Mode Duplex
Bell 103 300 bps Full
CCITT V.21 300 bps Full
7
Bell 212A 1,200 bps Full
ITU V.22 1,200 bps Half
ITU V.22bis 2,400 bps Full
ITU V.29 9,600 bps Half
ITU V.32 9,600 bps Full
ITU V.32bis 14,400 bps Full
ITU V.34 36,600 bps Full
ITU V.90 56,000 bps Full
Kesimpulan
Modem yang paling sesuai untuk digunakan dirumah adalah modem dari jenis
"external" ataupun yang dipasang diluar dengan kelajuan 56kbs. Modem yang
perlu didapatkan ialah dari K56Flex yang menyokong ITU V.90 bagi menjamin
kelajuan yang maksima. Walaubagaimanapoun, modem "internal" K56Felx
V.90juga terdapat dipasaran sekarang tetapi pengguna hendaklah
mengelak dari
membeli dari jenis software modem kerana ia akan menjejaskan keupayaan
processor PC.
Walau modem jenis apa pun yang dibeli, pengguna hendaklah juga mendapatkan
"lightning protector" ataupun pelindung petir bagi melindungi modem anda
dari dipanah petir bila berlakunya hujan atau ribut. Perlu diingat bahawa
petir sering berlaku walaupun bila hujan renyai. Pelindung petir atau kilat
ini boleh didapati dikedai-kedai PC dari harga RM8 - RM50 bergantung kepada
kecanggihan alat itu. Cara yang paling selamat untuk mengelakkan modem
dipanah petir adalah dengan memastikan modem tidak digunakan semasa
berlakunya hujan lebat atau ribut sambil mencabut penyambung talian dari
soket utama telefon.

*Penjagaan komputer agar komputer anda sentiasa lancar ialah*


*dengan :-*

- Sentiasa membuang semua fail dalam Recycle Bin, Recent, Temporary


File, Internet Temporary File dan cara yang termudah sekali adalah dengan
mengaktifkan Disk Clean Up. Start > Program > Maintanance > Disk Clean Up.

- Laksanakan Disk Defragmenter seminggu 2 kali. Start > Program >


Maintanance > Disk Defragmenter.

*Penjagaan kerosakan di sebabkan kepanasan dan udara :- *

- Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang baik.


Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda akan menggunakan komputer lebih dari
2 jam. Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah lebih baik di aktifkan
ketika anda menggunakan komputer. Kepanasan membolehkan komputer anda
mengalami kerosakan komponen.

- Pastikan kipas di bahagian dalam case di bersihkan. Habuk boleh


menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan mengurankan
kesejukkan. Kipas yang perlu di bersihkan ialah pada bahagian bekalan kuasa
dan kipas di atas chip CPU.

*Penjagaan dari Virus :-*


**

- Gunakan perisian antivirus seperti Norton, McAfee, PCsilin dan


sebagainya.

- Disket anda perlu diimbas terlebih dahulu dengan perisian anti virus
sekiranya disket anda di gunakan berpindah-randah dari komputer lain ke
komputer anda.
8
*Tips mudah menjaga komputer anda.*

- Jangan gunakan komputer anda sewaktu hujan lebat (kilat) dan keadaan
elektrik yang tidak stabil (tanda2 elektrik tidak stabil : lampu
berkelip-kelip atau AVR anda sering berbunyi). Kesan - Monitor dan power
supply mudah terbakar.

- Gunakan perisian penjagaan komputer untuk memudahkan anda bagi


mencari dan membaiki kerosakan sistem perisian anda. Contoh perisian :
Norton Utilities 3.04, Quaterdeck Cleansweep 4.0 Deluxe, Oil Change
(update), Nut n Bolt , Firt Aid 98 dan banyak lagi.

- Elakkan penggunaan sebarang bahan yang mengandungi tarikan


elektromagnet berdekatan dengan casing anda terutamanya di kawasan cakera
keras.

- Untuk membersihkan komputer, monitor dan sebagainya, jangan gunakan


air. Gunakan pencuci seperti GIF dengan kuantiti yang agak sedikit. Pastikan
plug telah dicabut terlebih dahulu. Tunggu hingga ia kering, baru boleh
digunakan. JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN BAHAN BASAH, TERUTAMANYA DI KAWASAN
YANG MEMPUNYAI LUBANG (BAHAGIAN ATAS MONITOR, BELAKANG CASING)

- Defrag dan scan komputer anda mengikut kesesuaian. Jika anda selalu
mengambah dan mengurangkan perisian, lakukan 'defrag' seminggu sekali. Jika
anda menggunakan Norton Utilities 3.0, gunakan Norton WinDoctor untuk
mencari kerosakan registery pada komputer anda dan melakukan pembaikan
secara automatik.

*Menangani masalah perkakasan dan virus*

Dunia pengkomputeran tidak lepas daripada masalah yang datang menyerang


kita. Masalah yang berlaku biasanya terjadi akibat kerosakan perkakasan
komputer itu sendiri mahupun perisiannya. Masalah kerosakan perkakasan yang
sering berlaku selalunya diakibatkan arus elektrik berlebihan, perkakasan
yang tidak berkualiti tinggi, jagaan yang tidak sempurna dan juga serangan
virus. Manakala masalah di dalam kelancaran perisian yang digunakan biasanya
diakibatkan masalah serangan virus. Kerosakan memang tidak dapat dielakkan
oleh sesiapapun, tetapi kita perlu mempunyai inisiatif untuk mempelajari
cara menanganinya.

Masalah kerosakan perkakasan akibat arus elektrik berlebihan boleh


diatasi dengan menggunakan penapis arus elektrik yang banyak di pasaran.
Bagi pengguna PC, seharusnya kita melindungi PC kita daripada arus elektrik
yang berlebihan. Arus yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakan di dalam
CPU dan cakera keras. Apabila ianya berlaku, kerugian adalah lebih besar
daripada kos membeli penapis arus elektrik itu. Kerosakan yang berlaku
adalah sukar untuk dibaiki tetapi perlu digantikan dengan perkakasan baru.
Masalah akibat perkakasan yang tidak berkualiti tinggi adalah sukar
untuk dielak dan diramalkan. Oleh itu, ketika membeli PC, kita tidak
seharusnya melupakan perkataan warranty atau jaminan. Sebaiknya, belilah
komputer daripada peniaga yang menyediakan warranty terhadap barangan kita
sekurang-kurangnya dua tahun. Masalah kerosakan perkakasan mudah dikesan.
Contohnya, bunyi bip pada awal komputer mula dihidupkan mempunyai kod-kod
tertentu. Bunyi bip sekali menunjukkan tiada masalah yang berlaku. Tetapi
jika bunyi bip adalah panjang atau putus putus, kemungkinan terdapat
kerosakan pada kipas CPU, RAM ataupun papan litar.
9
Penjagaan yang sempurna adalah penting untuk memastikan jangka hayat
komputer kita lebih panjang. Perkara pertama yang tidak boleh diabaikan
mengenai penjagaan komputer ialah pembersihannya selang setengah tahun
sekurang-kurangnya. Buka penutup CPU dan bersihkan habuk yang melekat di
papan litar, kipas dan pemproses dengan menggunakan udara mampat dan kain
nyah statik. Ketika membersihkan papan litar perkara yang perlu diberi
perhatian ialah mengenai sensitivitinya terhadap arus statik di dalam badan
kita. Cuba hilangkan cas statik di badan kita dengan menyentuh penutup
casing komputer atupun dengan alatan khas menghilangkan cas statik di badan
kita.
Masalah virus pula memang sukar untuk dielakkan. Bak kata pepatah, di
mana ada gula, di situlah ada semut. Virus yang menyerang komputer datang di
dalam pelbagai bentuk yang sukar dikesan. Virus yang menyerang mempunyai
pelbagai cara untuk merosakkan pengoperasian komputer kita. Ada yang
menduduki sebahagian cakera keras dan menunggu untuk menyerang apabila ia
tercantum. Terdapat virus yang menyerang partition table cakera keras, virus
yang menyerang fail-fail di dalam storan sekunder, virus yang menyerang
perisian pemprosesan perkakasan seperti Microsoft Office, virus yang membuat
gandaan di dalam storan sekunder dan pelbagai cara lagi.
Virus boleh bertahan agak lama tanpa dapat dikesan. Hasilnya ia akan
memberikan petanda-petanda sebelum ia menyerang. Petanda serangan virus
adalah seperti perubahan dalam saiz fail, perubahan pada tarikh fail
walaupun ia tidak diubahsuai, program lambat untuk dijalankan, operasi
sistem yang perlahan, pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak
dapat dikesan puncanya, kerosakan sektor, paparan mesej yang ganjil,
aturcara yang tidak dapat dijalankan, aktiviti skrin yang ganjil, terdapat
aktiviti capaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan dan
sistem boot gagal semasa komputer dihidupkan.
Untuk melindungi komputer daripada virus, terdapat perkara yang perlu
diberi perhatian. Berhati-hatilah dengan fail yang dihantar menerusi emel,
jangan memasuki ruangan borak yang membenarkan kita memindah terima fail,
menggunakan perisian antivirus serta selalu mengemaskini perisian antivirus
itu dengan mendapatkannya di laman web pengeluar perisian itu, kemas kini
perisian-perisian yang ada dan cuba dapatkan pengimbas virus di dalam talian
sebelum memindah terima fail di internet. Gunakan juga ciri keselamatan yang
sesuai, tingkatkan perlindungan dengan enkripsi iaitu untuk mengubah bentuk
fail kepada sebuah fail yang susah hendak dibaca atau dibuka. Gunakan kata
laluan dengan bijak iaitu cuba mempelbagaikan kata laluan dan tukarkannya
dengan kerap, serta membuat salinan dengan kerap terhadap fail-fail penting.

Setiap perkara mempunyai masalah yang perlu dihadapi dan tiada masalah
yang tidak dapat diselesaikan. Maka, masalah di dalam dunia pengkomputeran
sepatutnya telah dipelajari terlebih dahulu sebelum kita memiliki komputer.
Selalulah berbincang dengan rakan-rakan mengenai masalah yang dihadapi di
dalam dunia pengkomputeran. Jangan sampai masalah komputer menjejaskan
kehidupan seharian anda.

*Membangunkan Laman Web Yang Baik*

Internet dan web kini semakin mendapat perhatian ramai kerana


keupayaannya menyampai dan memperolehi maklumat serta berhubung secara
berkesan. Maka, laman web juga semakin diminati untuk dibangunkan oleh orang
perseorangan. Namun, sejauh mana keberkesanan laman web yang dibina? Ramai
sebenarnya yang mempunyai laman web peribadi, tetapi tidak berjaya menarik
minat pelayar internet. Malah, terdapat juga laman web komersial yang tidak
mendapat sambutan menggalakkan. Justeru, sebelum membangunkan laman web,
sepatutnya seseorang itu perlu mengetahui cara membangunkan laman web yang
berkesan.
Kerja-kerja membangunkan laman web memerlukan beberapa langkah dan
pengetahuan yang cukup. Seseorang yang ingin membangunkan laman web
seharusnya membiasakan diri dengan web terlebih dahulu. Jika masih belum
biasa dengan web, luangkanlah masa menjelajah internet. Secara lebih
terperinci, anda mesti melengkapi diri dengan pengetahuan teknologi web dan
faktor kejayaan laman web yang terkenal.
10
Sebelum segala proses membina, perkara pertama yang perlu dibuat ialah
membuat kajian mengenai laman web yang hendak dibina. Kajian perlulah
menyeluruh iaitu mengkaji segala topik yang berkaitan seperti faktor dan
objektif web itu, isi yang ingin dimuatkan, konsep yang hendak ditampilkan,
teknologi web yang akan digunakan, kemudahan dan kehendak pengguna yang
perlu dipenuhi serta hos yang akan dipilih. Buatlah kajian secara terperinci
agar pembaziran masa, tenaga dan wang tidak berlaku.
Seterusnya melakarkan laman web anda mengikut konsep yang ingin
ditampilkan. Lakarkan laman pertama hinggalah akhir. Lakarkan juga jaringan
antara setiap laman. Susun semua laman yang dilakarkan mengikut turutan dan
cabang-cabangnya, daripada muka utama ke cabang di bawahnya. Anda boleh
menunjukkannya dengan rajah pohon atau peta minda. Ia penting agar tidak
terdapat jaringan yang salah serta dapat memberi kemudahan kepada pengguna.
Langkah berikutnya ialah merealisasikan lakaran tadi ke paparan sebenar
web anda. Gunakan perisian rekabentuk grafik seperti Adobe Photoshop, Paint
Shop Pro dan lain-lain lagi. Tetapkan menu utama yang seragam di setiap
laman, grafik yang menarik, warna yang akan digunakan dan animasi yang
hendak dimuatkan. Pastikan semua laman mempunyai keseragaman warna, posisi
menu utama dan menu kecil, jenis dan warna teks. Anda juga perlu menerapkan
konsep mesra pengguna kepada laman web anda. Warna tidak perlulah terlalu
contrast sebaliknya memberikan pandangan yang redup kepada mata. Menu pula
perlulah ditempatkan di bahagian yang mudah dicapai seperti menggunakan
beberapa bingkai. Pengguna juga perlu dipandu seperti menyediakan laman
senarai kandungan, bantuan jika terdapat kerosakan laman dan sebagainya.
Kemudian, barulah anda boleh membuka perisian membina web dan mula
membina. Perisian-perisian yang baik ialah seperti FrontPage, Dreamweaver,
Go Live, Web Page, Netscape Composer dan lain-lain. Saya sarankan anda
menggunakan seberapa banyak perisian yang ada dan cuba bandingkan
keberkesanannya serta kemudahan yang memudahkan anda kerana semua perisian
ini mempunyai kelebihan dan teknologi masing-masing. Jika anda ingin
menerapkan konsep multimedia interaktif, sebaiknya anda menggunakan Flash,
Swish ataupun Adobe Live Motion. Walaubagaimana pun, anda seharusnya
memberikan pilihan kepada bakal pelayar laman web anda untuk menggunakan
antaramuka biasa iaitu anda tidak boleh meninggalkan terus perisian-perisian
membina web seperti yang disebutkan.
Teknologi web yang digunakan juga perlu diberi perhatian. Anda boleh
menggunakan teknologi Java Script, Java Applets, CGI, DHTML, XML, PHP, Flash
dan sebagainya. Namun, anda perlu mengkajinya dengan teliti kerana ianya
mungkin tidak disenangi oleh pelayar-pelayar internet kerana terdapat
teknologi yang memerlukan plug-in tambahan, masa memuatkan laman yang lama
dan kemungkinan kesalahan kod. Di dalam HTML sendiri, anda juga perlu
menentukan keberkesanan menggunakan beberapa bingkai, table yang banyak, dan
grafik yang besar failnya.
Grafik yang digunakan sebaiknya tidak terlalu besar saiznya, kerana
ianya mempengaruhi masa laman dimuatkan di dalam memori. Saiz grafik yang
baik untuk masa yang pantas bagi proses memuatkan laman anda ialah kurang
daripada 30Kb dengan saiz laman kurang daripada 60Kb. Format grafik yang
baik untuk web ialah GIF dan Jpeg. Format GIF adalah yang terbaik kerana
boleh membuatkan grafik telus, animasi dan saiz yang kecil setelah
dioptimakan. Manakala Jpeg pula memberikan kualiti resolusi yang baik dengan
saiz yang kecil jika dibandingkan dengan format Bitmap.
Sebelum anda memuatkan laman web anda ke internet, anda perlu
menyemaknya semula. Pastikan tiada kesalahan ejaan, jaringan, kod dan
keserasian dengan perisian pelayar-pelayar web yang ada. Terdapat teknologi
web yang tidak dapat dipaparkan di sesetengah pelayar web. Anda perlu
membuka laman web anda di dalam perisian-perisian pelayar web yang terkenal
seperti Internet Explorer, Netscape Navigator, NeoPlanet, Opera, NetCaptor
dan sebagainya. Betulkan semula segala kesalahan dan semak sehingga anda
berpuas hati. Pastikan juga fail laman pertama anda dinamakan " index.html"
dan semua laman lain tidak dimulakan dengan huruf besar. Ini penting untuk
memastikan hos yang anda pilih dapat membaca fail yang anda muatkan nanti.
Seterusnya, pilih dan daftarkan laman web anda di hos yang banyak
terdapat di pasaran internet. Anda boleh mendapatkan ruang percuma seperti
di Geocities, Tripod, 50megs dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkan
11
domain anda sendiri seperti www.namasaya.com atau www.namasaya.net dengan
mendapatkannya daripada MyNic, Internic dan sebagainya beserta bayaran
tahunan.
Kemudian, muatkan laman web anda di internet dengan pengurusan fail
yang terdapat di hos anda atau menggunakan perisian-perisian FTP seperti
WS_FTP dan CuteFTP. Muatkan semua fail laman dan grafik yang anda bina.
Simpan nama hos, ID dan kata laluan anda dengan baik. Selalulah mengemaskini
laman web anda agar pengunjung tidak jemu dengannya. Akhir sekali,
promosikan laman web anda dengan menghantar alamat web anda kepada kenalan
dan mendaftarkannya di tapak web pencari yang popular seperti google, yahoo
dan lain-lain lagi.

*Panduan Memilih Dan Membeli Komputer Peribadi*


**
Dunia kini sedang berada di dalam era teknologi komunikasi dan
maklumat. Justeru, kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia memiliki
komputer serta mempelajari ICT agar kita tidak ketinggalan dengan
teknologinya malah dapat sama-sama bersaing dengan semua negara maju. Bagi
memenuhi hasrat kerajaan, kita telah diberi kemudahan pengeluaran simpanan
KWSP untuk memiliki komputer peribadi (PC). Malah ia dimudahkan lagi apabila
Pos Malaysia Berhad juga memberikan perkhidmatan membeli komputer
melaluinya. Bagi memastikan kebaikan dan kemudahan sendiri, kita harus bijak
memilihnya kerana ianya mempunyai pelbagai perkara yang perlu diteliti
sebelum memilikinya.
Perkara pertama yang perlu diteliti ialah keperluan PC itu dibeli.
Biasanya, PC dibeli untuk tujuan kerja-kerja ringan dan berat. Bagi pelajar
kursus-kursus pengurusan, perakaunan, ekonomi, pendidikan, kerja sosial dan
lain-lain lagi serta bagi pekerja di pejabat, memadai jika mereka memilih
spesifikasi PC yang sederhana sahaja kerana keupayaan yang diperlukan
hanyalah untuk menaip tugasan dan sebagainya di samping mendengar lagu MP3,
menonton VCD dan bermain game. Tetapi bagi mereka yang berada di dalam
bidang IT, Multimedia, pengkomputeran dan kejuruteraan, mereka perlu
memiliki PC yang berkeupayaan tinggi untuk tugas-tugas berat seperti
pengaturcaraan, mengedit grafik, membuat animasi, mengedit video dan
sebagainya.
Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah kemampuan kewangan kita. Bagi
mereka yang hanya memerlukan spesifikasi PC yang sederhana tetapi
berkemampuan untuk membeli PC berkeupayaan tinggi, maka memilih PC
berkeupayaan tinggi adalah lebih baik untuk kepuasan dan kepantasan. Tetapi
bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan adalah lebih baik mereka membeli
PC berkeupayaan rendah atau sederhana yang mana ianya boleh ditingkat upaya
apabila berkemampuan kelak.
Seterusnya, kita perlu menentukan PC yang terbaik bagi keperluan kita.
Terdapat pelbagai jenis PC daripada yang termurah kira-kira RM2500 hinggalah
yang termahal bernilai RM9500 di pasaran. PC yang boleh dipilih dibahagikan
kepada tiga iaitu PC serasi IBM atau popular dengan gelaran PC klon, PC
jenama seperti Mac daripada Apple, Compac, Intellitech dan banyak lagi serta
PC pasang sendiri, di mana komponen-komponen komputer dibeli berasingan dan
dipasang sendiri oleh pembeli.
Bagi saya, PC yang terbaik untuk dipilih adalah PC klon, kerana ianya
lebih murah, mudah ditingkat upaya serta mempunyai keupayaan yang sama
seperti komputer-komputer jenama. PC jenama pula mahal, sukar ditingkat
upaya dan terdapat yang tidak mempunyai kebolehan menambah perkakasan yang
daripada lain seperti kad grafik, kad bunyi, pencetak, pengimbas dan kamera
web. Ianya hanya membenarkan perkakasan dan komponen daripada jenama yang
sama seperti komputer keluaran Apple iaitu Apple G4. Walaubagaimana pun, PC
jenama mempunyai kemudahan jaminan, baikpulih, mudah dihubungi serta tidak
mudah rosak. Pemasangan sendiri PC pula amat sukar bagi mereka yang tidak
mempunyai pengetahuan yang tinggi di dalam dunia pengkomputeran kerana ianya
memerlukan kemahiran bukan sahaja di dalam memasang tetapi mengkaji
keserasian komponen serta mendapatkan komponen-komponen daripada pembekal.
Untuk memilih PC, kita perlu mengumpulkan seberapa banyak maklumat
daripada peniaga-peniaga PC. Bandingkan harga yang ditawarkan, keupayaannya
12
serta kemudahan yang ditawarkan seperti jaminan, baikpulih dan kemudahan
hubungan. Terdapat peniaga yang menawarkan pelbagai perkara seperti
perkakasan percuma, akaun internet, bayaran ansuran. Namun, kita perlu
berhati-hati dengan mereka kerana kemungkinan penipuan boleh berlaku,
lebih-lebih lagi jika memilih PC klon. Oleh itu, kita perlu memberikan
seberapa banyak pertanyaan kepada peniaga terbabit sebelum membeli PCnya.
Mintalah bantuan daripada rakan-rakan yang pernah membeli PC. Semoga pilihan
anda menepati keperluan dan kehendak anda.

*
Kegunaan komputer
*
1. Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia menyelesaikan
masaalah-masaalah dalam pemprosesan data :

- Menerima arahan dan memasukkan data daripada pengguna.


- Melaksanakan arahan yang diterima berbentuk pengiraan, logik
memanupalasi data secara automatik dan sebagainya.
- Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder
- Menghasilkan laporan atau sebarabg keputusan daripada kerja-kerja
pemprosesan
- Laporan boleh disimpan dan dipanggil bila-bila masa sahaja.

2. Komputer melaksanakan tiga langkah asas : INPUT , PROSES dan OUTPUT

- Input - merupakan sebarang kaedah yang digunakan untuk menyalurkan


maklumat atau data ke dalam PC dari sumber luar. Ini melibatkan penggunaan
peranti input berstruktur seperti cakera,papan kekunci,tetikus atau modem. *
Proses- pengubahsuain input data oleh sesuatu aturcara.
- Output- hasil daripada tindakan proses aturcara mengubahsuai data
input

3. Sesebuah komputer akan mengandungi bahagian-bahagian di bawah:

- Perkasasan ( hardware )

Bahagian-bahagian yang terdapat pada komputer yang boleh di lihat dan di


sentuh.
Misalnya cakera keras (hard disk), skrin paparan (monitor) dan lain-lain.

- Perisian ( software)

Perisian sistem operasi seperti MacOS, MS DOS, LINUX, Unix dan Windows 95/98

atas Pemproses Mikro ( Microprocessor)


Pemproses mikro merupakan ' otak ' yang mengawal semua fungsi utama dalam
sebuah komputer.Paparan warna yang menarik bukan sahaja bergantung kepada
monitor yang baik, tetapi bergantung kepada jenis pemproses. Pemproses Intel
Pentium II ( sudah tentu dengan teknologi MMX ) memberikan anda warna yang
lebih menarik, bunyi yang lebih menawan , video yang lebih lancar dan grafik
yang lebih pantas.Apabila Pentium II disatukan dengan perisian seperti game,
ia memberikan pengalaman multimedia yang sungguh mengkagumkan.

*
Multimedia *

Merujuk kepada penggunaan grafik yang meluas dalam kebanyakan aplikasi pada
hari ini yang merangkumi video,gambar pegun, graf, carta dan banyak
lagi.Sekiranya digabungkan dengan betul, multimedia boleh menjadi satu
bentuk hiburan serta persembahan yang menarik.
atas MMX Technology
Nama yang diberikan kepada 57 siri ciptaan yang dibangunkan dalam proses
13
Pentium untuk mendapatkan hasil persembahan yang optimum. Satu proses yang
dikenali sebagai " Single Instruction Multiple Data " (SIMD) membenarkan
satu arahan sahaja yang diperlukan untuk mengawal semua fungsi data. Ia
lebih berkesan daripada memberikan arahan kepada setiap data satu persatu.
Seperti seorang sarjan yang mengeluarkan arahan kepada semua platun
sekaligus daripada memberikan arahan kepada seorang demi seorang askar.
Semua ini bermaksud anda dapat mendapat video yang lebih lancar, grafik yang
lebih baik serta audio yang mengkagumkan
atas Pemacu CD-ROM

Suatu ciri standard yang mesti ada pada semua komputer peribadi untuk
melayakkan komputer tersebut digelar Sistem Multimedia. Ia merupakan suatu
kemestian kerana semua perisian dewasa ini menggunakan CD ( Compact Disk).
Kelajuannya diukur dengan kebolehannya memindah data dalam mgbps (megabyte
per second). Kebanyakkan CD-ROM masa kini mempunyai kelajuan daripada 8x
hingga 56x. Lebih laju pemacu anda lebih baik sesebuah perisian dijalankan.
atas Cakera Keras (Hard Drive)
Seperti kabinet,lagi besar ruang cakera anda, lagi banyak data yang boleh
disimpan didalamnya. Ruang cakera keras diukur dalam megabit (MB ) dan
gigabit (GB ) .Untuk membolehkan anda menyimpan lebih banyak data, maka
pilihanlah cakera keras yang lebih besar
atas Peripheral and Universal serial Bus (USB )
Perferal merupakan alat tambahan yang penting untuk menyambungkan komputer
anda kepada pencetak, pengimbas, monitor, papan kekunci, tetikus dan
sebagainya. Semua ini disambung oleh Universal serial Bus (USB ), satu jenis
soket yang membenarkan semua penyambung bersatu.USB membuatkan penambahan
periferal komputer sesuatu yang mudah di masa hadapan.

*Ingatan Capaian rawak (Random Access Memory)


*RAM merupakan memori jangka pendek dimana komputer anda menyimpan maklumat
yang anda gunakan. Ini bermakna, simpanan dalam memori hanya aktif apabila
komputer dihidupkan dan akan musnah sekiranya komputer dimatikan.Memori juga
diukur dalam unit megabait (MB ). Penggunaan memori paling minimum yang
dicadangkan ialah berjumlah 32 MB. Dan pastikan anda tingkat upayakan memori
anda untuk mendapatkan hasil yang menarik ketika mencipta grafik dan
sebagainya.

*Modem
*Modem menggunakan talian telefon untuk merangkaikan komputer anda kepada
internet . Ia membolehkan anda melayari rangkaian dunia ( Worlad Wide Web),
menghantar dan menerima surat elektronik serta menggunakan komputer anda
sebagai mesin faks. Kelajuan pemindahan data oleh modem diukur dalam kb/sec
(kilobytes per second). Modem yang lebih laju memendekkan masa pemindahan
data yang bermakna capaian ke internet dilajukan.

*Monitor*
Moitor merupakan paparan skrin kaca TV anda. Monitor merupakan perantaraan
penyiaran kepada semua perisian yang anda gunakan. Untuk hasil yang lebih
bagus, gunakan monitor SVGA (Super video graphics adaptor) dan dapatkan
kad-kad grafik di pasaran
atas ADVANCED CMOS SETUP
Sebelum kita melangkah masuk ke "advanced chipset setup" terdapat beberapa
perkara menarik yang perlu dipertimbangkan mengenai CMOS setup.Saya akan
memperkenalkan kepada anda supaya anda akan tahu apa patut anda lakukan
dengan nya.

*Internal Cache Memory*


"The internal cache" ialah kawasan ingatan dalaman yang diletakkan didalam
CPU (Central Proccessing Unit). Ingatan jenis ini juga dikenali sebagai "L1
Cahce". Ingatan jenis ini adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan
luaran " external cache memory"
External Cache Memory
"The cache memory" juga dikenali sebagai ingatan luaran iaitu kawasan
ingatan diantara CPU dan sistem bus dimana ingatan yang pantas dilrtakan
14
untuk menyimpan arahan yang selalu diminta . Kebanyakan komputer yang
menggunakan CPU berjenis Pentium mempunyai sama ada 256K atau 512K ingatan
dalaman. Terdapat juga sesetengah CPU Pentium II yang boleh menampung
sehingga 1MB ingatan luaran. Ingatan luaran juga dikenali sebagai L2 Cache.

*Temporary Internet Files*


Tahukah anda bahawa setiap kali anda masuk ke internet, setiap file yang
anda buka akan tersimpan didalam folder windows yang bernama "temporary
internet files". Sekiranya anda memedamkan file ini, ruang cakera keras anda
dapat dijimatkan lagi. Walau bagaimanapun, jika anda cuba masuk ke halaman
yang pernah anda masuk sebelum ini, proses akan menjadi lambat kerana
browser anda terpaksa download kesemua file tersebut sekali lagi. Untuk
mempercepatkan masa anda di internet, adalah disyorkan supaya anda
membiarkan sahaja kesemua file tersebut.

*Disable Autorun Function*


Kebanyakkan CD-Rom yang dijual dilengkapi dengan fail bernama auto.run.inf.
Komputer anda akan menjalankan segala arahan yang terdapat di dalam fail
tersebut.Sekiranya anda tidak mahu komputer anda menjalankan program secara
automatik, terdapat dua cara

Cara pertama Menekan Button Shift pada papan kekunci semasa anda memasukkan
CD-ROM kedalam pemacu.
Cara kedua 1. Pergi pada Star Button>Setting>System>Device Manager.
2. Klik pada tanda "+" di sebelah gambar CD-ROM.
3. Klik pada nama atau keterangan CD-ROM tersebut. Contohnya, MitsimiCDx.
4. Klik pada option "properties" di bawah.
5. Klik pada bahagian setting. Buangkan tanda pada "Auto Insert
Notification"
6. Selepas berbuat demikian, komputer anda tidak akan menjalankan sebarang
program dari CD-ROM secara automatik.

*Mengapa Menggunakan URL?*


Salah satu keistemewaan World Wide Web adalah ia tidak membezakan antara
fail komputer anda dengan fail di sebuah rangkaian setempat ataupun fail
dari mana-mana sahaja dalam internet. Selain dari protokolnya sendiri iaitu
HyperText Transfer Protocol atau http, World Wide Web juga menyokong
protokol internet yang lain.( Protokol ialah set peraturan yang digunakan
untuk memindah maklumat antara komputer).Semua ini adalah mingkin dengan
adanya URL atau Uniform Resource Locator.

URL membekalkan 3 jenis maklumat : iaitu " penerangan maklumat" yang


menyatakan pada protokol mana patut digunakan ; alamat internet di mana fail
dapat dicari; dan tempat pada perkhidmatan itu dimana fail terletak.

URL mailto : pula mengarahkan pelayar web membuka sebuah tetingkap untuk
menghantar e - mel ke alamat yang dinyatakan. Anda akan dibekalkan dengan
tetingkap kosong dalam mana mesejnya boleh ditulis. Sesetengah pelayar web
membuka tetingkapnya sendiri sementara pelayar yang lain ( seperti Internet
Explorer menggunakan pakej e-mel yang biasa)
HTML sendiri menyediakan cara mudah untuk menyatakan kandungan mesej.
Alangkah baiknya jika semua inin dapat dilakukan tetapi sehingga kini, masih
ia masih belum dapat dilakukan.

URL telnet : memebritahu pelayar web untuk menggunakan aplikasi telnet anda
( jika ada) untuk membuka satu sambungan telnet ke alamat yang dinyatakan.
Telnet menggunakan arahan-arahan yang agak serupa dengan DOS. Anda tidak
perlu menggunakan sambungan ini melainkan jika anda terlibat dalam sesuatu
yang cukup teknikal, atau permainan MUD

URL news : meminta pelayar web mencapai Kumpulan Berita yang dinyatakan
daripada sebuah pelayan berita .Kumpulan Berita ialah perkhidmatan yang
membolehkan pengguna-pengguna Internet berinteraksi dan berbicara pelbagai
topik
15
atas Alamat Internet

Alamat Internet
bolih diungkapkan dalam dua cara. Cara yang biasa (yang harus digunakan
setiap masa) adalah dengan menggunakan nama domain.

Nama-nama domain Internet terdiri daripada beberapa domain yang dipisahkan


oleh titik. Domain yang kurang penting ditulis pada sebelah kiri dan domain
yang paling penting di sebelah kanan . Nama-nama domain Internet ditukar
oleh perisian ke dalam bentuk yang boleh difahami secara dalaman, iaitu
bentuk nombor. Nombor ini biasanya terdiri daripada 4 nombor 0 hingga
dipisahkan oleh titik-titik.

Contohnya: 202.188.2.98 - www.johor.com.my.

Ini dipanggil satu "tupel". Selain daripada menggunakan nama domain,anda


juga boleh menulis URL dengan menggunakan tupel tetapi untuk sebab-sebab
teknikal yang tertentu, ini bukanlah cara yang baik. Anda patut sentiasa
menggunakan nama domain.

*Sejarah Internet. *
Internet merupakan satu rangkaian sedunia komputer yang tersambung bersama
menerusi talian telefon. Asal usul Internet bermula semasa Perang Dingin.
Satu rangkaian telah dicipta untuk menyambungkan semua komputer tentera di
sekitar Amerika Syarikat supaya sekiranya tercetus serangan nuklear, mesin
tentera Amerika Syarikat masih dapat berfungsi. Mesin-mesin ini disambungkan
melalui talian telefon. Dua mesin yang pertama telah disambungkan pada akhir
tahun 1969.

Di Malaysia. Internet terlancar pada tahun 1987 apabila Institut


Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia atau
Rangkom. Kemudian rangkaian Jaring yang diperkembangkan daripada RangKom
dilancarkan pada tahun 1990. seterusnya pada tahun 1996, Telekom Malaysia
pula menyediakan perkhidmatan Internet melalui TMnet.

*Apa itu INTERNET,INTRANET dan EKSTRANET *


Internet bukanlah satu fenomena baru. Jaringan ini diasaskan oleh sekumpulan
komputer yang di hubungkan bersama-sama dalam tahun 1960an sebagai projek
Agensi Projek Penyelidikan Termaju (ARPA) oleh Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat. Pada peringkat permulaan,ARPA menghubungkan empat komputer
kerangka utama yang terletak di Stanford Research Institute,University of
California di Los Angeles,Iniversity of California di Santa Barbara, dan
University of Utah

Matlamat asal ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses
pemindahan data yang selamat diantara komputer tentera yang terletak di
tempat-tempat yang berbeza melalui beberapa laluan komunikasi yang
berlainan. Keadaan talian komunikasi yang berulangan ini memang dijadikan
sedemikian rupa supaya proses pemindahan data tidak terganggu sekiranya
berlaku peperangan.

Oleh itu, fungsi komputer direka bentuk dalam keadaan tidak berpusat supaya
tidak ada satu bahagian atau kawasan khusus yang dapat dimusnahkan ketika
dalam suasana perang. Dalam tahun-tahun berikutnya lain-lain jaringan
kerajaan dihubungkan kepada ARPANET dan keseluruhan jaringan tersebut
membentuk internet.

Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang


dinamakan National Science Foundation (NSF), dan lain-lain badan kerajaan
diberi kuasa mengawal capaian kepada internet. Semasa perkembangan awal
sejarah internet , jaringan ini tidak digunakan dan tidak pernah direka
bentuk untuk kegunaan komersial. Ini disebabkan pembanguna internet dibiayai
oleh bantuan kewangan sepenuhnya dari NSF dan lain-lain agensi kerajaan.
16
Definasi paling mudah internet ialah kumpulan jaringan komputer. Dengan kata
lain, banyak jaringan bersama-sama membentuk satu jaringan besar.

Intranet
Apabila internet sudah bertapak kukuh,timbul pula ' anak' kepada internet.
Teknologi yang diasaskan kepada teknologi dan topologi internet tersebut
dinamakan intranet. Ia merupakan rangkaian dalaman bagi organisasi,termasuk
penggunaan rangkaian setempat ( Local Area Network - LAN) dan rangkaian
kawasan luas (Wide Area Network -WAN)

Intranet dibangunkan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang dibawakan oleh


internet dan tetap menggunakan TCP/IP sebagai protokol utama proses
komunikasi Pihak atau pelayar internet luar lingkungan rangkaian intranet
tidak boleh mencapai rangkaian dan kandungan didalamnya. Keselamatan
intranet ini dilindungi oleh penghadang keselamatan yang dinamakan
firewall,iaitu gabungan perkakasan dan perisian yang menghalang capaian
pihak luar yang tidak mempunyai kuasa capaian

Segala urusan pejabat yang dilaksanakan menggunakan kertas masa kini boleh
ditukar secara elektronik dengan wujudnya intranet. Permohonan cuti tahunan,
cuti sakit , penempahan kenderaan pejabat, tempahan peralatan IT, penempatan
bilik mesyuarat dan miniman, tempahan alat tulis dan seumpamanya boleh
dilakukan secara elektronik.

Pastinya kos dapat dijimatkan melalui kurangnya penggunaan kertas. Dokumen


penting berkenaan pekerja seperti, dasar penilian prestasi, dasar kenaikan
pangkat, perolehan bahan di perpustakaandan banyak lagi.

Ekstranet
Selain internet dan intranet, terdapat satu bidang teknologi yang semakin
mendapat tempat dikalangan bisnes hari ini, iaitu ekstranet. Bagi kalangan
penggalak teknologi maklumat IT, ekstranet telah menjadi salah satu bidang
yang hangat dibincangkan.Ekstranet dikatakan akan meningkatkan nilai
pelaburan dalam teknologi berkaitan Web bagi syarikat terbabit.

Ekstranet sebenarnya satu rangkaian menggunakan World Wide Web (WWW) dan
intranet dalam menguruskan rantaian pembekal serta rakan niaga. Rantaian
pembekal adalah penting dalam proses bisnes yang menghubungkan pengeluar,
peruncit, pelanggan dan pembekal.Rantaian yang membentuk satu rangkaian
untuk membangunkan dan menghantar produk tersebut membentuk satu organisasi
maya tersendiri.

Objektif akhir ekstranet ialah untuk meningkatkan keuntungan melalui


pengenal pastian pengerak produk yang dihasilkan yang bermula dari barisan
pengeluar sehingga sampain ke tangan pelanggan. Cara sebegini akan
menyediakan petunjuk awal terhadap turun naik permintaan dan dapat
menyediakan koordinasi proses bisnes merentasi sebilangan organisasi yang
saling bekerjasama.

Ekstranet merupakan elemen terpenting dalam membangunkan konsep perdagangan


elektronik (e-elektronik). Intergrasi e-dagang dan ekstranet dapat mengubah
kaedah bisnes dilaksanakan secara dalaman dan bisnes bekerja antara satu
sama lain dalam kaedah yang lebih efektif

<http://www.overspy.com/> Ketahui cara bagaimana untuk 'menyiasat'


aktiviti internet suami anda, anak-anak, pekerja anda atau sesiapa sahaja
dengan satu softawre yang hebat. Anda boleh lakukannya tidak kira berapa
jauh jarak anda dengan mereka. Sangat berkesan dan Tanpa dikesan!!!

www.geocities.com/softwarehebat
17
[Non-text portions of this message have been removed]

1.MOTHERBOARD

Dalam baikpulih komputer perkara yang paling penting adalah mengertahui masalah atau simptom-simptom yang dihadapi.
Bahagian yang biasa bermasalah dalam komputer adalah motherboard, Power Supply dan Harddisk. Dalam ruangan ini
disertakan simptom-simptom dan solution atau cara mengatasi masalah tersebut yang boleh diikuti oleh anda yang baru
menceburkan diri dalam bidang ini. Ini adalah perkara paling asas yang perlu diketahui

Pengujian

1. Sambungkan bekalan kuasa, monitor dan kad display (tidak perlu sekiranya on-board) kepada motherboard.
2. Kad display yang digunakan adalah bergantung kepada jenis monitor yang digunakan samada VGA/SVGA dll.
3. Sambungkan kabel bekalan kuasa pada motherboard. (Pastikan wayar hitam bertemu hitam)
4. Kemudian sambungkan kabel bekalan kuasa monitor kepada bekalan kuasa dan kabel data monitor perlu disambungkan
kepada kad display yang digunakan.
5. Untuk langkah keselamatan supaya tidak berlaku ‘short circuit’ pada motherboard, lapikkan motherboard dengan benda-benda
berpenebat seperti kertas, plastik,papan dan sebagainya.
6. Akhir sekali setelah semuanya dipasang, ‘ON’kan suis bekalan kuasa.

18
7. Jika motherboard tersebut ‘OK’ monitor akan mengeluarkan image pada skrin.
8. Jika tidak, ia menunjukkan bahawa motherboard tersebut adalah rosak.

Troubleshooting

1. NO DISPLAY

Biasanya keadaan ini adalah disebabkan oleh bateri leakage (cair). Kesan daripada bateri leakage ini menyebabkan litar menjadi
putus dan menyebabkan ‘short circuit’ pada motherboard.

SOLUTION

Mula-mula buka bateri supaya senang dilihat manakah litar yang putus disebabkan oleh cairan bateri tadi. Selepas itu, perlu
mengikis kesan-kesan cairan pada litar-litar yang berkemungkinan telah putus supaya mudah diperiksa nanti. Untuk memastikan
litar-litar yang dikikis tadi putus atau tidak, gunakan multimeter. Jika jarum multimeter menunjukkan bacaan menunjukkan litar
tidak putus dan begitulah sebaliknya. Jika didapati litar putus, sambungkan kembali dengan menggunakan wayar ataupun apa-
apa sahaja yang boleh mengalirkan arus pada litar. Setelah selesai memeriksa litar-litar tadi, gantikan bateri yang rosak dengan
bateri yang baru. Kemudian buat pengujian kepada motherboard tersebut.

2. DISPLAY

RAM Error
Biasanya paparan ini dihasilkan oleh komputer jenis XT. Keadaan ini disebabkan oleh RAM (64Mb/128Mb/256Mb) pada
bahagian Bank ) telah rosak.

SOLUTION

Periksa semua RAM pada bahagian BANK 0 dan pastikan manakah yang rosak. Tukarkan RAM ini dengan yang baru.

3. DISPLAY

Memory Size Error


Keadaan ini adalah disebabkan oleh nilai Cache Memory yang dimasukkan ke dalam ‘Setup’ adalah tidak betul mengikut nilai
RAM yang digunakan.

SOLUTION

Boot komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’. Tukar nilai Cache Memory kepada nilai
yang betul. Contohnya 348 kepada 384. Save ‘Setup’ ini dan boot kembali komputer.

4. DISPLAY

Decreasing Available Memory


Ini mungkin disebabkan oleh RAM chip terangkat, rosak atau SIMMs tidak dimasukkan dengan sempurna.

SOLUTION

Periksa SIMMs samada ia dimasukkan dengan sempurna pada soketnya dan ganti jika perlu.

5. DISPLAY

Disket Drive 0 Track 0 Failed


Konfigurasi sistem silap. Drive yang sepatutnya tidak sama dengan ‘Setup’. Ia mungkin juga kerana kabel drive tidak
dipasangkan dengan betul.

SOLUTION

Periksa ‘Setup’ dan pastikan drive yang betul telah dimasukkan pada konfigurasi. Kemudian periksa kabel drive samada ia
dipasangkan dengan betul atau tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.

6. DISPLAY

Gate A 20 Failure
Keyboard XT telah dipasangkan dengan tidak sengaja pada sistem komputer AT. Ia akan mengeluarkan bunyi beep seklai yang
19
nyaring.

SOLUTION

Periksa suis yang terdapat dibawah keyboard dan setkkan kepada suis AT jika menggunkan komputer jenis AT. Jika display
error yang sama masih ujud, maka gantikan dengan keyboard yang baru.

7. DISPLAY

No Timmer Tick
Ini mungkin kerana litar ‘timmer’ rosak atau chip BIOS rosak atau mungkin juga kerana versi BIOS yang digunakan adalah versi
lama.

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan bantuan daripada dealer.

8. DISPLAY

[xxx] Optional ROM Bad Cheksum = [xxx] Kad-kad BIOS tertentu mungkin rosak

SOLUTION

Masalah ini tidak dapat diselesaikan melainkan dengan menukarkannya dengan yang baru.

9. DISPLAY

Non System Disk OR Disk Failure


Ini disebabkan oleh komputer membaca sistem bootign dari Drive A dan didapati tiada sistem boot didalamnya.

SOLUTION

Keluarkan disket dari Drive A dan ‘press any key to continue’. Sistem akan terus boot daripada Hard Disk.

10. DISPLAY

Error Code [xxx]


[xxx] – mewakili komponen-komponen yang perlu diperiksa dan berkemungkinan rosak. Jadual dibawah menunjukkan kod-kod
yang mewakili komponen-komponen tersebut.

  Kod Kesalahan Komponen yang perlu diperiksa


101-199   System Board  
201-299   RAM  
301-399   Keyboard  
601-699   Floppy Drive  
901-999   Printer  
1101-1199   Serial Port  
1701-1799   Hard Disk  
 SOLUTION

Periksa kesemua komponen-komponen mengikut kod-kod yang dipaparkan pada skrin.


Pastikan bahawa komponen-komponen ini disambungkan dengan betul pada tempatnya,
komponen tidak terangkat daripada motherboard, wayar bekalan kuasa disambungkan pada
komponen yang memerlukan bekalan kuasa dan lain-lain lagi.

11. SOUND

Beep kedengaran daripada speaker. Bunyi beep ini membawa makna-makna yang tertentu
bagi menentukan komponen-komponen mana yang berkemungkinan rosak.Jadual dibawah
menunjukkan bilangan ‘beep’ dan komponen-komponen yang perlu diperiksa:-   

20
  Bilangan bunyi ‘Beep’     Komponen yang perlu diperiksa
    
1-4   Memory
5  CPU
6  Keyboard
7  CPU
8  Video Card
9  BIOS
10   CMOS
11   Cache Memory
 SOLUTION

* Sama seperti langkah 10.

Kecuali pada komponen-koponen Memory, Cache Memory, CMOS dan BIOS. Perlu boot
kembali komputer ini kembali dan tekan Ctrl-Alt-Esc serentak untuk masuk ke ‘Setup’.
Pastikan kesemua komponen ini telah disetkan dengan nilai-nilai yang betul mengikut
specifikasi yang terdapat di dalam manual motherboard.

2.HARDISK
Troubleshooting

Cara-cara Format Hard Disk

Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di dalam hard disk tersebut tersebut tiudak
terdapat data ataupun data telah dipindahkan kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ‘format’ lain sekiranya ia
diserang virus.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-

1. Menggunakan program DEBUG.


2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )

Format Menggunakan program DEBUG

 Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set komputer yang lengkap.
 Kemudian ‘Boot’kan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem booting di dalamnya.
 Taipkan arahan DEBUG pada
A:> prompt dan tekan ENTER

A:> DEBUG
 Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-

A:> DEBUG

- g=c800:5 Tekan ENTER


 Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi.
 Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan ‘N’
 Hard Disk tersebut akan mula diformat.

Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)

 Mula-mula ‘set’kan sistem ‘booting’ kepada drive A: dengan cara memasuki ‘Setup’.
 Kemudian ‘boot’kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem ‘booting’ di dalamnya
sehingga keluar A:/>.
 Pada A:> taipkan seperti berikut:-

A:> FDISK Tekan ENTER


 Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-

   Choose one of the following:-


1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.

21
2. Set active partition.
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information.

ENTER Choice : [x]


 Pilih ‘4’ dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard disk.,br>
 Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ‘3’ dan tekan ENTER untuk memadamkan
partition tersebut.
 Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
 Kemudian pilih ‘1’ (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam tadi dan juga untuk
membolehkan komputer ini ‘boot’ dengan sendirinya tanpa menggunakan disket.
 Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
 Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A dan mulakan format
dengan menaip arahan seperti berikut:-

A:> format c:/s/v


 Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ‘Y’ untuk meneruskan arahan format ataupun
‘N’ sekiranya tidak mahu format hard disk tersebut.

3.POWERSUPLY

SYMPTOM 1 : Talian kuasa ‘BLACKOUT’

Faktor :

 Guruh atau dipanah petir

SOLUTION
1. Tutup unit bekalan kuasa.
2. Cabut plug daripada soketnya.
3. Tunggu beberapa minit setelah kuasa kembali pulih sebelum menghidupkan semula unit bekalan kuasa.

SYMPTOM 2 : Sistem komputer ‘BLACKOUT’. Tiada bekalan kuasa pada mana-mana bahagian.

Faktor :

 Fius terbuka
 Perintang penghad rosak
 Transistor rosak
 Rektifier Diod rosak
 Litar utama terbuka pada transformer utama

Faktor Utama adalah berlaku litar pintas atau komponen-komponen terlalu panas.
Pastikan :
Adakah semua kabel dimasukkan dengan betul?
Apakah suis telah di ‘ON’ kan?

SOLUTION
1. Cari punca yang menyebabkan berlakunya pintasan dan buang.
2. Gantikan komponen-komponen yang rosak dengan yang baru.

SYMPTOM 3 : Voltan keluaran yang rendah.

Faktor :

 Litar Rektifier Diod terputus


 Diod berintangan tinggi
 Kapasitor penapis litar terbuka
 Rektifier Diod rosak
 Transformer terlalu panas

22
SOLUTION
1. Cari komponen-komponen yang rosak dengan mengguna Multimeter/Huntron Traker.
2. Gantikan dengan komponen-komponen yang baru.

SYMPTOM 4 : Keluaran Voltan DC lebih tinggi dari kebiasaan.

Faktor :

 Kerosakan pada litar Regulator.

SOLUTION
1. Periksa IC TL494, transistor-transitor dan diod-diod pada litar Regulator.   

4.KEYBOARD
Cara-cara Servis Keyboard

 Mula-mula buka casing yang mengikat kekunci (key) dengan cara membuka skru pada bahagian belakang keyboard.
 Cuci casing tadi dengan menggunakan spray cleaner.
 Selepas itu bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum untuk membuang habuk-habuk yang lekat
pada papan litar tersebut.
 Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan cuci dengan menggunakan spray cleaner.
 Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.
 Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard dengan menggunakan Spray Video 90.
 Akhir sekali pasangkan kembali casing keyboard dengan mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Jenis-jenis Kerosakan Pada Papan Kekunci (Keyboard)

 Antara kerosakan pada papan kekunci yang biasa ditemui ialah kekunci tidak dapat berfungsi.
 Kerosakan seterusnya ialah papan kekunci tersebut seolah-olah gila, iaitu ia mengeluarkan bentuk-bentuk yang tidak
difahami atau berlainan daripada apa yang ditaip ke atas papan kekunci.
 Ini adalah kerana BIOS CHIP dalam papan kekunci tersebut mengalami kerosakan dan keadaan ini tidak dapat dibaiki
kerana tidak  mempunyai alat ganti.

Mengesan Kerosakan Kekunci dengan Menggunakan Multimeter.

Langkah-langkah mengesan kerosakan kekunci dengan menggunakan multimeter ialah:-

 Buka casing papan kekunci. Laraskan julat multimeter pada julat ohm x 10 ohm. Kemudian letakkan wayar probe
multimeter pada kedua-dua kaki kekunci yang dikhuatiri rosak.
 Jika kekunci dalam keadaan baik, Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter akan bergerak ke kanan dan bila
kekunci tidak ditekan, penunjuk multimeter kekal  dalam keadaan infiniti.
 Jika kekunci dalam keadaan tidak baik atau rosak, Bila kita menekan kekunci, penunjuk multimeter kekal pada keadaan
inifiniti dan bila kita tidak menekan kekunci penunjuk multimeter juga dalam kedaan yang sama.
 Jika sekiranya kekunci mengalami kerosakan, gantikan kekunci tersebut dengan yang baru.

Cara-cara untuk Menjaga Keyboard

Terdapat banyak cara untuk menjaga keyboard supaya ia terhindar daripada sebarang kerosakan. Antaranya termasuklah seperti:-

 Elakkan satu tabiat yang tidak baik iaitu merokok semasa menggunakan komputer.
 Buat ujian dengan menggunakan satu software khas iaitu software Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang
kurang baik dan  baiki jika kekunci didapati rosak.
 Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup keyboard.
 Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.
 Semasa membuat pembersihan pada keyboard, keyboard hendaklah diterbalikkan supaya segala bendasing yang
terdapat di dalam  atau di celah-celah kekunci jatuh.

Troubleshooting

Jenis kerosakan: Sebahagian kekunci mengeluarkan aksara yang salah. Komputer tersalah membaca fail yang betul. Kesalahan
23
ini mungkin disebabkan oleh kecuaian semasa membuat upgraded dari satu DOS version ke DOS version yang lain.

Jenis kerosakan: Paparan skrin ‘Check Keyboard dan Mouse’. Paparan ini adalah bukan satu kerosakan kerana ia terjadi kerana
komputer gagal mencari kod-kod yang yang membolehkan ia mengesan keyboard dan mouse. Paparan di atas juga akan
kelihatan sekiranya penguna salah meng’set’kan keyboard AT dengan keyboard XT. Ia juga terjadi disebabkan port untuk
keyboard dipasang terbalik. Namun sekiranya keyboard boleh digunakan tanpa masalah, paparan ini boleh diabaikan.

Jenis kerosakan: Satu huruf atau nombor (aksara) terus dipaparkan pada komputer apabila sistem dihidupkan. Mungkin
disebabkan oleh kekunci tersebut sentiasa tertekan pada keyboard.
Cara membaiki:

 Buka casing keyboard.


 Cuci bahagian dalam keyboard dan vakum habuk-habuk yang terdapat di dalamnya sehingga bersih.
 Jika terdapat key yang rosak, buat gantian dengan key yang baru.
 Akhir sekali uji keyboard tersebut.

Jenis kerosakan: Tiada nyalaan LED Num Lock, Caps Lock dan Scroll Lock.

Cara membaiki:

 Mula-mula periksa kabel yang menghubungkan keyboard dengan komputer.


 Periksa connector yang menyambungkan komputer dengan keyboard kerana berkemungkinan connector itu longgar.
 Jika connector longgar, cuba ketatkan.
 Jika tiada perubahan berlaku, cuba tukar keyboard tadi dengan keyboard yang baru.
 Jika keyboard baru juga mengalami masalah yang sama berkemungkinan:-

i) Bekalan +5 VDC mengalami kerosakan.


ii) Bahagian dalaman komputer rosak.

Jenis kerosakan: Semua kekunci mengeluarkan aksara salah apabila ditekan. Kerosakan ini boleh diuji dengan membuat
perbandingan dengan keyboard yang baru. Jika keyboard baru berfungsi dengan baik, maka keyboard lama mungkin mengalami
kerosakan pada bahagian dalaman

24

Anda mungkin juga menyukai