Anda di halaman 1dari 6

1. Apa itu abstrak?

Abstrak ialah sinopsis iaitu ringkasan bagi


sebuah kertas projek/kajian ilmiah/kajian
tindakan
Ditulis/terdapat di bahagian hadapan kertas
kerja
2.Bagaimana hendak membuat/menulis abstrak?
Baca keseluruhan laporan kajian
Item yang diperlukan diantaranya
- Tujuan/objektif kajian
- Responden kajian
- Alat kajian
- Data-data dianalisis
- Dapatan kajian
Menulis abstrak/abstract
- Ditulis dalam satu perenggan
3. Kepentingan abstrak/abstract?

Mengetahui keseluruhan kertas kerja dengan mudah


Untuk mendapatkan maklumat
Mudah dibaca dan menjimatkan masa
Bahan untuk rujukan pengkaji
Contoh abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah
pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran menulis
persamaan kimia seimbang. Pelajar-pelajar yang terlibat
dalam kajian ini terdiri daripada 47 orang pelajar
tingkatan 4B dan 4C di SMK Mulong, Kota
Bharu. Tinjauan awal untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran
kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis
latihan yang dibuat oleh pelajar serta jawapan peperiksaan
pertengahan tahun berhubung dengan kemahiran itu. Soal
selidik pelajar juga digunakan bagi meninjau pandangan
pelajar terhadap pengajaran guru. Berdasarkan
analisis tersebut, pelajar didapati belum
menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan
dengan penulisan persamaan kimia seimbang, manakala cara
penyampaian guru bagi kemahiran tersebut pula didapati
mempengaruhi minat pelajar terhadap pembelajaran di bilik
darjah. Bagi menangani masalah tersebut,
kaedah konstruktivisme telah digunakan sebagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan penekanan
diberi kepada aktviti berpasukan bagi merangsang
Contoh abstrak
penglibatan pelajar. Modul pembelajaran dan
penilaian kendiri dijadikan bahan pengukuhan
pembelajaran yang perlu di buat oleh pelajar pada
akhir tiap-tiap sesi pembelajaran.
Sebanyak tiga sesi pengajaran dan pembelajaran
khusus telah dijalankan dan didapati
tindakan yang dijalankan telah membantu pelajar
meningkatkan kemahiran menulis persamaan kimia
seimbang. Tindakan tersebut juga membantu mengekalkan
minat pelajar dalam pembelajaran kemahiran ini.
Di samping itu, penguasaan dan kefahaman pelajar
tentang tajuk yang dipelajari turut meningkat.

Anda mungkin juga menyukai