Anda di halaman 1dari 1

PERSOALAN

1. Berani menempuh apa-apa dugaan dan cabaran untuk mencapai cita-cita.


2. Orang yang telah rosak akhlaknya dianggap tidak berguna dan dipandang hina.
3. Kegigihan untuk mencapai kejayaan atau kesenangan dengan menjadikan alam sebagai
sumber pengetahuan dan panduan hidup.
4. Kehilangan tempat bergantung mengakibatkan kesusahan dan keadaan tidak tentu arah.

BENTUK PANTUN
1. Pantun enam kerat ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap.
3. Bilangan kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris pun tidak sama, iaitu antara lapan hingga sebelas suku
kata.
5. Rima akhir pantun ialah abcabc

GAYA BAHASA
- Penggunaan bahasa kiasan.
- Perlambangan.
- Imejan.
- Unsur bunyi(asonansi dan aliterasi)

NILAI MURNI
1. Berani.
Contohnya, berani menempuh segala dugaan untuk mencapai cita-cita.

2. Kerajinan
Kita perlu rajin dan berusaha dengan gigih untuk mencapai cita-cita.

3. Berdikari.
Contohnya, terpaksa berusaha sendiri setelah hilang tempat bergantung.

4.Kesederhanaan.
Bersikap sederhana dalam tingkah laku dan jangan meninggi diri.

5.Rasional. Berfikiran matang dalam bertindak

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah rajin berusaha kerana bukan mudah untuk mencapai cita-cita. Banyak dugaan
dan halangan yang perlu ditempuh dengan semangat yang tinggi.

2. Kita hendaklah peka dan merenung kejadian alam kerana akan memberi pelbagai pengajaran
setelah dibuat perbandingan. Berfikirlah semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu..

3. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam usaha mencapai cita-cita.

4. Kita hendaklah berhati-hati sebelum terlambat.

5. Janganlah kita mudah berasa kecewa atau berputus asa dalam menghadapi dugaan hidup.

Anda mungkin juga menyukai